Monday 13 November 2017

KEMBARA CHINA 2017 - ELEPHANT TRUNK HILL & FUBO HILL, GUILIN

Sambungan:
12/11/2017 - Night Tour Guilin

13 NOVEMBER 2017
Destinasi lawatan kami untuk hari ini ialah ke Elephant Trunk Hill yang terletak di Xiangbi Mountain, Xiangshan, Guilin. Perjalanan sejauh 4.6 km mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan. Kami meneruskan perjalanan selepas bersarapan pagi di sebuah Restoran Halal di Guilin.



 Menunggu bas di hadapan hotel kami di Guilin.

Pemandangan di luar hotel




ELEPHANT TRUNK HILL
Elephant Trunk Hill terletak di persimpangan Sungai Li dan Sungai Taohua di Barat Daya bandar Guilin. Dipanggil Elephant Trunk Hill kerana ianya berbentuk seperti seekor gajah yang sedang meminum air. Ianya telah menjadi destinasi pelancongan terkenal sejak dari era Dinasti Tang (618-907).






Termenung memikirkan masaalah Negara....





Anggota kumpulan kami menggayakan pakaian tradisional rakyat tempatan.








Selesai lawatan di sini, kami menuju pula ke destinasi seterusnya iaitu di Fuboshan Park yang jaraknya lebih kurang 2.5 km iaitu 8 min perjalanan. 


FUBOSHAN PARK
Fuboshan Park ialah pintu masuk ke Fubo Hill, ianya ditanda dengan patung Jeneral Fubo yang terkenal iatu Ma Yuan





Jeneral Ma Yuan

General Ma Yuan (14SM - 49M) yang dikenali dengan gelaran rasminya Fubo Jiangjun (General who calms the waves) adalah seorang Jeneral yang berkhidmat ketika zaman Dinasti Han
Beliau adalah seorang Jeneral yang amat terkenal dalam sejarah China. Dia amat di hormati dikalangan masyarakat China ketika itu malah anak perempuan nya menjadi Permaisuri kepada Maharaja Ming dari Dinasti Han. 
Salah satu dari pencapaian beliau dalam bidang ketenteraan ialah membantu Maharaja Guangwu menyatukan Empayar China dan menumpaskan pemberontakan Trung Sisters di Jiaozhi (Vietnam) dan juga menumpaskan pemberontakan suku Wulin di Timur Tengah Guizhou. Beliau meninggal dunia pada tahun 49 M akibat sakit ketika dalam ekspedisi ke Hunan. 



Pintu masuk ke Fubo Hill










Selesai sessi bergambar di Fuboshan Park, kami meneruskan perjalanan ke sebuah kedai memperoses Teh China yang saya tidak ingat nama tempatnya. 

Bersambung....
13/11/2017 - Chinese Tea and Jade

No comments: