Thursday 9 November 2017

2017 - AEON MALL PERMAS JAYA, MASAI, JOHOR

Pada 31 Oktober 2017, saya dan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia (AT YJM) telah bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Permas Jaya, Johor Bahru dengan perjalanan sejauh 337 km yang mengambil lebih kurang 3 jam 35 minit. 
Perjalanan ke Johor Bahru adalah untuk program AT YJM seterusnya iaitu Program "Minggu Jantung Johor Bahru 2017" yang berlansung di Kompleks Membeli Belah  AEON Permas Jaya yang terletak di Bandar Baru Permas Jaya , Masai , Johor. 
Semasa program berlansung dari 1 hingga 5 November 2017 kami telah menetap di Lavender Inn Permas Jaya yang terletak hanya dibelakang AEON Permas Jaya. Jadi kami hanya berjalan kaki sahaja untuk ke AEON Permas Jaya dari Hotel Penginapan kami. 




Bandar Baru Permas Jaya adalah merupakan kawasan perindustrian dan perumahan yang terletak dalam daerah Plentong, Johor Bahru dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru. 








Turut membantu kami dalam program kali ini ialah jururawat-jururawat dari Klinik Kesihatan Masai, Klinik Kesihatan Tebrau, KPJ Puteri Specialist Hospital dan KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital.
Sepanjang program selama 5 hari, seramai 629 orang telah menjalani Ujian Pemeriksaan kesihatan. 


Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia telah meredah ke Seluruh Pelusuk Tanahair termasuk Sabah dan Sarawak untuk menjalankan Program Pemeriksaan Kesihatan. 






Jejaka-jejaka hebat Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia yang telah meredah ke seluruh pelusuk Tanahair termasuk Sabah dan Sarawak.





Semasa program di Johor Bahru ini, kami berkesempatan untuk berkunjung ke sebuah tempat yang terkenal di Johor Bahru iaitu Cafe Kilang Bateri yang terletak di Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru. Kenapa dinamakan Kilang Bateri?
Asalnya bangunan ini adalah Kilang Bateri Eveready yang beroperasi sekitar tahun 1960'an. Namun ianya telah ditutup dan pada tahun 2013 ianya telah diubahsuai menjadi tempat membeli belah, kedai makanan dan tempat untuk lepak. 








Mee Rebus Johor memang enak, susah nak jumpa di KL


Kacang Pool... kalau kat KL memang jarang dengar nama makanan ni. Tetapi di JB ia sangat terkenal. Kacang Pool sangat popular di Johor dan Singapura. Kacang pool satu hidangan pencicah yang begitu sesuai dengan capati, roti canai, roti kosong waimah lempeng pun sedap. Cara hidangan disajikan bersama telur mata kerbau yang bahagian kuningnya dibiarkan lembut sedikit, bawang besar yang didadu, tomato yang didadu, hirisan cili merah dan hijau serta dicurah sedikit minyak sapi cair sebelum dihidangkan.
Kalau ke Johor Bahru jangan lupa untuk mencuba Kacang Pool... dijamin sedap... tak rugi mencuba....

Program Minggu Kesihatan Johor 2017 selesai pada 5 November 2017. Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 6 November 2017 dan tiba di Kuala Lumpur lebih kurang jam 4.30 petang. 
Selesai sudah program di Johor Bahru... in sya Allah tahun hadapan kami akan cuba buat program ini sekali lagi. 


No comments: