Tuesday 16 May 2017

My comment - Patriotik kah kaum bukan Melayu?

Kita seharusnya menyanjungi jasa dan pengorbanan anggota tentera dan polis semasa zaman Jepun, Darurat, Konfrantasi dan lain lain.. tanpa mengira apa pun bangsa mereka…..
Bagi saya… tak kiralah dia Cina ke India ke … Sikh ke atau lain lain bangsa… kalau mereka sanggup menyertai tentera dan menjaga keamanan negara kita.. kita tak seharusnya melupakan jasa mereka begitu….
Kebanyakan generasi kita hari ini tidak mengetahui pergorbanan mereka ini…. saya bukan nak membela satu satu bangsa…tapi kalau menteri kita kata mereka tak patriotik… adakah ini bermakna kita akan lupakan mereka yang pernah berkhidmat dan malah ada antara mereka yang terkorban semasa era darurat, konfrantasi dan era komunis… malah penerima pertama pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Pingat Seri Pahlawan Gagah perkasa (SP) adalah bukan Melayu…..
sebenarnya ramai orang cina dan india yang berkhidmat dengan Pasukan Infantri tentera darat seperti Renjer dan Rejimen Persekutuan ketika darurat dan konfrantasi… dan juga dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) . Ini tidak termasuk Tentera Laut dan Tentera Udara…. malah ada antara mereka ini adalah penerima pingat PGB dan SP dan ada juga yang terkorban…. kita boleh tidor selesa dan menjalankan urusan harian hari ini adalah atas jasa dan pengorbanan mereka ini… kalau tak ada pasukan keselamatan… aman kah Negara kita hari ini….

Sebenarnya patriotik atau tidak bukanlah diukur dengan memasuki pasukan polis atau tentera… orang awam pun boleh menunjukkan semangat patriotik dalam cara yang berlainan…..
Tentang penglibatan bukan Bumiputera dalam tentera dan polis yang dipertikaikan… sebenarnya saya tak setuju kalau dikatakan Orang Cina dan India kurang melibatkan diri dalam mempertahankan tanahair kita ini…..cuma mereka ini kurang didedahkan kepada masyarakat (siapalah mereka kalau nak dibandingkan dengan artis atau ahli sukan di Malaysia ini)…..
Sebenarnya tak kurang juga orang cina dan india yang telah mempertahankan jiwa raga mereka … tapi sayang kisah mereka tidak pernah diwawarkan …
Sjn Chong Yong Chin dari 1st Federation Regiment adalah penerima Pingat Gagah Berani (PGB) yang pertama
PC Velu Rajavelu dari Polis DiRaja Malaysia adalah penerima pertama Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)….
Goh Chin Hee penerima George Medal semasa Darurat…. ini sekadar menyebut beberapa nama… ramai lagi seperti Supt. Paul Kiong (SP), DSP Sia Boon Chee (SP), Capt. Mohana Chandran (Ranger) (PGB), Mendiang Cpl Yeap Sean Huan (SP), PC Fong Thean Kit (PGB) dan ramai lagi….
Semasa berkhidmat di KD Sri Rejang (bot Lancang) di Sibu Sarawak pada 1982-1984 .. kami (TLDM) pernah membantu unit unit Tentera Darat dan pasukan Polis Hutan dalam operasi mereka…. saya lihat anggota Renjer dan Polis Hutan juga ramai dari kalangan orang India dan Cina… jadi tak sepatutnya kita mempertikaikan kenapa non bumiputera tak ramai menyertai tentera dan polis… baca sejarah dulu…. baru boleh dipertikaikan…..

No comments: