Thursday 16 February 2017

2017 - PERLIS INDERA KAYANGAN / MSU COLLEGE SG PETANI

Alhamdullillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah mengabulkan doa ku selama ini untuk dapat menjejakkan kaki ke Bumi Perlis Indera Kayangan kerana Perlis adalah satu-satunya negeri di Malaysia ini yang aku belum pernah jejaki lagi... 
Dengan menjejakkan kaki ke bumi Perlis ini maka aku telah berjaya menjelajah ke seluruh pelusuk tanahair dari Perlis sampailah ke Sabah...

Perjalanan kami ke Perlis bermula pada 14 Februari 2017 dari Pejabat kami di Yayasan Jantung Malaysia, Jalan Semarak , Kuala Lumpur pada jam 2 petang. Perjalanan sejauh 378 km mengambil masa lebih dari 4 jam. 

Kami tiba di Sungai Petani pada jam 7 petang dan menginap di Hotel D'Vista Sungai Petani yang terletak di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani. Kami singah di Sungai Petani kerana kami ada program Pemeriksaan Kesihatan di MSU College Sungai Petani pada 15 Februari 2017. 




Ini merupakan kali kedua aku menginap di Hotel D'Vista Sungai Petani ini. Kali pertama adalah pada tahun 2014 ketika kami mengadakan program Pemeriksaan Kesihatan di Central Point Sungai Petani yang terletak tidak jauh dari hotel ini. 

Rujuk : YJM Heartweek 2014 - Central Square Sg. Petani

D'Vista Hotel
Jalan Kampung Baru
08000 Sungai Petani
Kedah
Tel : 04-425 1111    Fax: 04-425 1112



Anggota Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia yang terlibat dalam Program di Sungai Petani dan Arau Perlis.

Kelihatan Komplek Beli Belah Central Point dimana kami pernah mengadakan program Kesihatan di sana pada tahun 2014.


MSU COLLEGE SUNGAI PETANI
Pemeriksaan Kesihatan di MSU College pada 15 Februari 2017 telah dihadiri oleh seramai 57 orang pelajar dan setaf. 

MSU College dulunya dikenali sebagai Kolej PTPL di Sungai Petani Kedah terletak di Jalan Bakar Arang, Taman Sentosa, Sungai Petani Kedah. Ia merupakan salah satu dari 2 kampus MSU yang terletak di Utara Semenanjung. Ianya terletak hanya 500 meter dari hotel penginapan kami. 















Setelah selesai program di MSU College Sungai Petani lebih kurang jam 2 petang, kami meneruskan perjalanan terus ke Kangar, Perlis. Perjalanan sejauh 128 km mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit. 



Sepanjang di Perlis kami menginap di Hotel Federal Kangar yang terletak di Kampung Tok Peduka, Kangar, Perlis. 

Federal Hotel
Kampung Tok Peduka
01000 Kangar
Perlis
Tel: 04-976 6288



FEDERAL HOTEL, KANGAR, PERLIS




Anggota Team Awareness Yayasan Jantung Malaysia di Hotel Federal, Kangar, Perlis
15.2.2017

Pemandangan bandar Kangar di hadapan Hotel penginapan kami

Bertemu sahabat lama anggota Skot 139/80 TLDM, Musib Senawi

Yang paling menyeronokkan aku semasa di Kangar ini ialah dapat bertemu kembali dengan rakan Seperjuangan aku Skot 139/80 (TLDM) ia itu Musib Senawi yang menetap di Utan Aji, Perlis. Kami sama-sama berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia. 





KOLEJ KOMUNITI ARAU, PERLIS




Pada 16 Februari 2017, kami mengadakan program Pemeriksaan di Kolej Komuniti Arau yang terletak di Jalan Tengku Budriah, Tambun Tulang, Arau, Perlis. Program berlansung dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Seramai 96 orang pelajar dan setaf telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 

Kolej ini ditubuhkan pada 12 Jun 2001 dengan menjalan 2 kursus sepenuh masa iaitu Sijil Pelukis Plan Senibina dan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan). 
Pada awal penubuhan, KKAP menumpang beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis sementara menantikan bangunan tetap di Tambun Tulang, Perlis untuk siap. Pada bulan November 2005, KKAP telah berpindah ke bangunan tetap di Jalan BN (sekarang Jalan Tengku Budriah). Pada masa itu, KKAP menjalankan tiga (3) lagi kursus sepenuh masa iaitu Sijil Komputer dan Sokongan, Sijil Fesyen dan Pakaian dan Sijil Pemprosesan Kawalan Mutu Makanan.
Selain kursus sepenuh masa, KKAP juga menawarkan kursus-kursus pendek di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).  Kursus pendek disediakan untuk manfaat komuniti bagi meningkatkan kemahiran (upskilling), melatih semula tenaga manusia (reskilling), menambahkan pengetahuan, memberi nilai tambah kepada produk/perkhidmatan dan lain-lain lagi. KKAP merupakan hab pembelajaran sepanjang hayat yang ditubuhkan untuk memenuhi aspirasi kerajaan untuk memudahkan komuniti akses kepada pendidikan.













17/2/2017 - PADANG BESAR DAN KUALA PERLIS

Sepanjang di Perlis kami mendapat satu hari bebas iaitu pada hari Jumaat 17 Februari. Jadi kami mengambil peluang ini untuk berkunjung ke Padang Besar dan Kuala Perlis.  Salah satu rancangan kami adalah untuk ke Wang Kelian, namun hampa apabila kami dapati ianya telah ditutup kerana sebab-sebab tertentu. 

Dari Federal Hotel, Kangar ke Padang Besar adalah sejauh 33.4 km mengambil masa 36 minit perjalanan sahaja. 


PADANG BESAR,PERLIS
Padang Besar merupakan sebuah pekan sempadan yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia bersempadan dengan Wilayah Songkhla, Thailand. Ia bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar. 
Ia adalah merupakan destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. 




Van Yayasan Jantung Malaysia yang paling banyak berjasa kepada kami.. telah menjelajah dari Utara ke Selatan , Timur dan Barat Semenanjung. 









Dari Padang Besar, kami menuju ke Wang Kelian, namun kami merasa hampa kerana ianya telah pun ditutup kerana beberapa sebab. 


Wang Kelian merupakan sebuah bandar di negeri Perlis dalam kawasan sempadan Malaysia-Thailand, berhampiran dengan bandar SatunThailand.
Wang Kelian merupakan pintu keluar antara Malaysia dan Thailand. Sejak 1992, pintu masuk Wang Kelian- Wang Prachan ini bebas untuk keluar masuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad namun kelepasan itu dibatalkan pada 1 Feb 2008 (dikembalikan pada 4 Disember 2008) dan dibatal semula pada 1 April 2015. Timbalan Menteri, Datuk Mohd Johari Baharom mahu kebebasan keluar masuk ini ditarik balik demi keselamatan negara. Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar dan Wang Kelian dikendalikan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Senjata api, barangan dagangan, rokokarakdadah dan pendatang asing mudah bolos melalui pintu Wang Kelian. Berikutan itu, Jabatan Imigresen membatalkan kelepasan yang diberikan bermula 1 April 2015 meskipun dibantah kerajaan negeri Perlis. Kerajaan negeri Perlis bercadang membincangkan isu Wang Kelian bersama Menteri Dalam Negeri berikutan aktiviti pelancongan dan ekonomi Perlis akan terjejas hasil perlaksanaan peraturan baru itu.
Menurut Perjanjian Pertumbuhan Segi Tiga Utara dibuat antara Indonesia, Malaysia, Thailand pada 1992 yang membenarkan rakyat dari negara-negara sempadan dibenarkan bebas keluar masuk kerana mereka mempunyai tali persaudaraan ketiga-tiga pihak. 
Rujuk : Wikipedia - Wang Kelian
Destinasi kami seterusnya ialah Kuala Perlis. Perjalanan sejauh 56.5 km mengambil masa perjalanan lebih kurang 50 minit.


KUALA PERLIS

Kuala Perlis terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi melalui jalan Laut selain dari Kuala Kedah. 
Yang paling terkenal di Kuala Perlis ialah Laksa Kuala Perlis dan juga Ikan Bakar. 



Dari Kuala Perlis, kami terus pulang ke Hotel untuk beristirehat kerana esoknya kami ada satu lagi program Kesihatan di Kampung Guar Lepai, Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis. 
18/2/2017 - KG. GUAR LEPAI, JALAN PADANG NYU, ARAU , PERLIS
Program terakhir kami di Perlis ialah Program Komuniti di Kampung Guar Lepai, yang terletak di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis. Hanya 53 orang penduduk telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 
Turut hadir ialah sahabat ku Musib Senawi (Skot 139/80 TLDM)





















19/2/2017 - PULANG KE KUALA LUMPUR
Setelah beberapa hari berada di Sungai Petani dan Arau Perlis , maka tiba masa kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada 19 Februari 2017. 



SELAMAT TINGGAL KEDAH / PERLIS...in sya Allah ada rezeki kami datang lagi....







Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
6 Mac 2017 : 10.25 pm