Thursday, 16 November 2017

KEMBARA CHINA 2017 - KEMBALI KE TANAHAIR

Sambungan:
15/11/2017 - Guangzhou Hari Ke 2

Setelah 5 hari berada di Negara China (Yangshuo, Guilin dan Guangzhou), maka tiba masanya kami berangkat kembali ke Tanahair tercinta. 
Kami dijangka berlepas ke Kuala Lumpur dengan Penerbangan Air Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou pada jam 10.00 pagi. 




Selepas sarapan pagi dan check out hotel, kami terus menuju ke Lapangan Terbang Baiyun, Guangzhou yang terletak lebih kurang 5.3 km dari hotel penginapan kami. 


Baiyun International Airport adalah lapangan terbang utama Guangzhou, ibu kota wilayah Guangdong. 
Pada 2015, Baiyun International Airport adalah Lapangan Terbang yang ke 3 paling sibuk di China dan yang ke 17 di dunia dengan jumlah penumpang 55,201915 orang. 
Lapangan Terbang ini dibuka pada 5 Ogos 2004 menggantikan lapangan terbang lama yang kini telah pun ditutup. 




Mr.Alex (Tour Guide) dan Ustaz Ariff (Tour Leader)



Pesawat AK113 Air Asia yang membawa kami pulang ke Tanahair. 



  
























Maka berakhirlah perjalanan kami sepanjang 6 hari berada di Tanah Besar China. Lawatan ini akan tetap menjadi kenangan manis buat kami sekeluarga, in sya Allah jika ada rezeki kami akan ke negara lain pula... semoga Allah limpahkan rezeki buat kami untuk berjalan di muka bumi Allah yang cantik dan indah ini. 


KENANGAN DARI GUILIN & GUANGZHOU




 Sabun dan Body Lotion dari Royal Tulip Luxury Hotel di Guangzhou ini pun saya bawa balik buat kenangan


 Canton Tower, Guangzhou


 Yang ini saya beli di Bamboo Unlimited,Yangshuo , Guilin. Sebelum beli saya tanya dulu pada Tourits Guide saya makna yang tertulis dalam bahasa China itu. Saya tak mahu pula nanti ada unsur-unsur keagamaan mereka. Mr. Alex kata ia adalah kata kata falsafah China.

Walau pun saya tak merokok, tapi kota manciis dari hotel di Yangshuo dan Guilin ini menarik minat saya. Saya memang suka mengumpul koleksi-koleksi barangan yang menarik,walaupun hanya sekotak mancis

SELAMAT TINGGAL YANGSHUO, 
SELAMAT TINGGAL GUILIN
DAN
SELAMAT TINGGAL GUANGZHOU

Wednesday, 15 November 2017

KEMBARA CHINA 2017 - GUANGZHOU HARI KEDUA

Sambungan :
14/11/2017 - Guangzhou hari Pertama

Kalau selama ini kami bersarapan pagi di luar hotel, tapi kali ini kami bersarapan pagi di Hotel penginapan kami di Royal Tulip Luxury Hotel.






Bas sudah sedia menanti kami di depan hotel

Hari Kedua dan juga hari terakhir di Guangzhou, aturcara lawatan kami yang pertama ialah kedai Herba, lokasinya saya tidak ingat. 


Minum teh China sambil menunggu beberapa ahli kumpulan mendapatkan rawatan di sini. 

Dari kedai herba kami menuju ke Yuexiu Park merupakan sebuah taman rekreasi yang terbesar di Guangzhou, dengan kawasan seluas 920,000 meter persegi. Setiap tahun akan diadakan Festival Musim Bunga disini.



Yuexiu Park dalam kawasan Zhongshan 6 meliputi kawasan Yuexiu sebelum ianya diperbesarkan pada tahun 2005. Dikatakan telah wujud sejak 214 SM. 
Antara tarikan utama Yuexiu Park ialah Muzium Guangzhou yang terletak di Menara Zhanhai, Taman Orkid, Makam Nanyue King, Kuil Guangxiao,Tokong Kuil 6 Banyan, Masjid Huaisheng, Beijing Lu Shopping District,Dewan Peringat Dr. Sun Yat Sen dan lain-lain.



Aktiviti Senam warga Emas China





Dari Yuexiu Park kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran Muslim iaitu Mint Leaf Sri Lanka Restaurant yang terletak di Beijing Road, Guangzhou. Jaraknya lebih kurang 3 km dari Yuexiu Park. 





Selepas makan tenghari kami diberi kesempatan untuk bersiar-siar sambil membelibelah di Sekitar Beijing Road Pedestrian Street yang terletak dihapan restoran ini. 







Setelah beberapa jam berada di Beijing Road, kami dibawa pula ke satu lagi tempat membelibelah iaitu di Onelink International Plaza di YiDe Lu, Yuexiu Qu, Guangzhou, lebih kurang 2.2. km. 






Merasa bosan dengan keadaan didalam saya dan anak ambil keputusan untuk lepak di luar sahaja... 

Memandangkan waktu Asar hampir berakhir, kami terus menuju ke sebuah masjid yang tertua di Guangzhou iaitu Masjid Huaisheng di Guangta Road untuk solat Jamak Asar dan Zohor. Jaraknya lebih kurang 2.7 km dari Onelink International Plaza. 



Masjid Huaisheng beralamat di 56 Guangta Road juga dikenali dengan nama Masjid Rumah Api adalah masjid utama di Guangzhou. Ia adalah merupakan masjid yang tertua dan yang pertama dibina di Negara China lebih kurang 1300 tahun. 
Dalam catatan sejarah Negara China dan juga Manuskrip lama Muslim di China, dicatatkan bahawa masjid ini dibina pada tahun 627M oleh salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Saad bin Abi Waqqas (salah seorang dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga). Kebanyakan sejarahwan China mengakui bahawa Orang Islam telah sampai ke China pada abad ke 7 Masehi. 
Masjid Huaisheng dibina ketika zaman Dinasti Tang.
Masjid ini kemudian dibina semula pada tahun 1350M ketika zaman Dinasti Yuan dan sekali lagi pada 1695M ketika pemerintahan Dinasti Qing setelah musnah dalam kebakaran. 

Rujuk: 
1. Wikipedia - Islam in China    
2. Wikipedia - List of mosques in China
   


























Selesai solat kami kembali ke hotel kerana malam ini kami ada aturcara yang dicadangkan oleh Tour Leader kami Ustaz Ariff. Kami mengadakan potluck di bilik penginapan Ustaz Ariff kerana malam ini adalah malam terakhir kami di China. Esok kami akan berangkat balik ke Malaysia. 


Mr. Alex (Tour Guide) dan Ustaz Ariff (Tour Leader)



  

Gembira campur sedih kerana esok kami akan berpisah dan membawa haluan masing-masing apabila kembali ke Malaysia. Pesanan Ustaz Ariff agar ukhuwah kami tidak akan terputus setakat ini sahaja. Semoga kami akan sering berhubung antara satu sama lain di masa akan datang. 

Sambungan :
16/11/2017 - Kembali Ke Tanahair