Sunday 28 February 2016

KEJATUHAN MELAKA 1511: REAKSI DAN TINDAKBALAS KERAJAAN MING TERHADAP PORTUGIS

Kita sedia maklum dalam sejarah bahawa ada kerajaan nusantara lain yang memberikan bantuan dan sokongan kepada Sultan Mahmud Shah dalam usaha baginda untuk merebut kembali Melaka daripada pihak Portugis contohnya Demak dan Jepara dari Jawa. Namun kita mungkin jarang dengar tentang reaksi kerajaan bangsa asing berkenaan penawanan Melaka oleh Portugis. Jadi adakah kejatuhan Melaka tidak diketahui atau tidak dipedulikan oleh rakan-rakan dagangnya dari negara asing? Sedangkan Melaka adalah sebuah Empayar kota perdagangan antarabangsa yang tersibuk dan antara terkaya di timur pada zaman tersebut, setaraf dengan Venice dan Genoa di Itali.
Semasa Portugis menyerang Melaka, terdapat para pedagang asing seperti orang India dan Cina yang membelot terhadap kerajaan Melaka. Naina Chittu memberikan maklumat risikan kepada Portugis manakala terdapat segelintir daripada pedagang Cina membantu Portugis dengan memberikan mereka jong untuk digunakan dalam penyerangan Kota Melaka. Walaupun begitu, tindakan para pedagang Cina yang mengkhianati Melaka tersebut tidak mewakili pendirian sebenar Kerajaan dinasti Ming sendiri. Hal ini kerana terdapat bukti bahawa Kerajaan Ming marah dengan tindakan biadap pihak Portugis yang menyerang Melaka. Kemarahan kerajaan Ming terhadap pihak Portugis ditonjolkan dengan tindakan-tindakan agresif yang dikenakan terhadap pihak Portugis serta pedagang-pedagang mereka yang berada di sekitar China.
Walaupun Bandar Melaka telah jatuh ke tangan Portugis, namun kerajaan Melaka belum benar-benar tumbang. Sultan Mahmud yang bertahan di Bintan telah mengantar aduan kepada kerajaan Ming, dan memaklumkan mereka tentang kejahatan dan kelicikan pihak Portugis. Hal ini telah menimbulkan kemarahan kerajaan Ming yang mempunyai kepentingan dalam perdagangan dengan Melaka. Selain itu kegiatan penculikan dan tindakan Admiral Portugis bernama Simao De Andrade yang tidak menghormati kedaulatan kerajaan Ming dengan membina lojing di Pulau Tamao tanpa persetujuan pihak berkuasa tempatan telah menambahkan lagi kebencian kerajaan Ming terhadap Portugis. Aduan bukan sahaja datang dari Sultan Mahmud, malah para pembesar Ming di Peking dan Canton juga turut menghantar aduan kepada Maharaja supaya tindakan tegas diambil terhadap Portugis.
Akibatnya Tome Pires yang telah menunggu di China selama dua tahun untuk mendapat kebenaran menuju ke Peking bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Ming telah dihalang daripada memasuki Kota Diraja. Mereka telah diarahkan untuk balik semula ke Canton. Segala barang persembahan dan hadiah yang sepatutnya diberikan kepada Maharaja telah ditolak. Terdapat menteri di ibu kota Ming yang tidak mengiktiraf rombongan diplomatik tersebut dan menuduh mereka sebagai perisik. Mereka mahu agar rombongan Portugis tersebut dikenakan hukuman. Catatan Portugis juga menyebut bahawa terdapat beberapa orang penterjemah dalam rombongan Portugis itu telah ditangkap oleh kerajaan Ming.
Dipercayai mereka adalah penterjemah Cina Melaka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan, kerana bahasa Portugis ketika itu masih asing bagi pegawai kerajaan Ming, pasti terjemahan dibuat daripada bahasa Portugis ke bahasa Melayu dan kemudian ke bahasa Cina. Seorang daripada mereka mati kerana penyakit dan 4 orang lagi telah dihukum pancung oleh kerajaan Ming kerana membelot kepada Melaka dan membawa orang Portugis ke China. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan Ming memang prihatin terhadap apa yang telah berlaku pada kerajaan Melaka ketika itu. Sbaik sahaja rombongan Tome Pires tiba di Canton, mereka telah dijadikan tebusan bagi mendesak pihak Portugis supaya mengembalikan takhta Melaka kepada Sultan Mahmud.
Setelah arahan untuk memerangi orang Portugis dari ibu kota sampai ke Canton, pihak pentadbir Canton telah menangkap semua orang Portugis yang berada di sekitar pelabuhan tersebut. Konflik ini memuncak apabila pada tahun 1521 berlakunya pertempuran awal diantara kerajaan Ming dengan pihak Portugis yang dinamakan sebagai Pertempuran Tamao Pertama. Kerajaan Ming telah berjaya mengalahkan armada Portugis dalam pertempuran tersebut. Ramai tentera Portugis yang terbunuh dan ditawan hinggakan orang Portugis terpaksa meninggalkan kapal-kapal mereka dan hanya dapat lari dengan tiga buah kapal ke Melaka.
Sejak itu mana-mana kapal Portugis yang masuk ke perairan China akan diserang oleh armada laut Ming. Anak kapal akan dibunuh atau ditawan. Catatan Portugis menyebut ramai tawanan yang mati di dalam tahanan, ada yang mati kelaparan, ada yang mati dicekik, ada yang dibunuh dengan cara dipukul kepalanya dengan cokmar dan yang selebihnya dibelasah sehingga mati. Bagi yang tidak dibunuh iaitu ahli rombongan diplomatik Tome Pires, mereka diseksa dan dipakaikan rantai besi besar serta dipenjarakan. Tome Pires juga dipaksa oleh pihak berkuasa Ming untuk menulis surat kepada pemerintah Portugis di Melaka agar mengembalikan semula Melaka kepada Sultannya. Pihak pentadbir Ming di Canton turut merampas segala harta benda serta barangan yang dibawa oleh rombongan Portugis tersebut.
Pada tahun 1552 satu angkatan Portugis dengan empat buah kapal yang diketuai oleh Martim Afonso de Merlo Coutinho telah dihantar oleh kerajaan Portugis di India ke China bagi meneruskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Ming. Angkatan Portugis tersebut tidak tahu akan situasi yang sedang berlaku di China ketika itu, dan mereka masih belum mendapat khabar berita bahawa hubungan diplomatik yang dihantar sebelumnya tidak berjaya malah berakhir dengan konflik. Apabila sampai di Melaka, rombongan tersebut telah dimaklumkan mengenai konflik yang berlaku di China. Namun mereka tetap mahu meneruskan misi untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Ming. Perjalanan mereka ke China ditambah dengan sebuah lagi kapal dan sebuah Jong dari Melaka.
Mereka bertolak dari Melaka pada bulan Julai 1552 dan sampai ke China dalam bulan Ogos tahun itu. Apabila angkatan Portugis ini sampai di perairan Tamao, mereka telah diserang oleh angkatan laut kerajaan Ming dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Tamao Kedua. Ramai anak kapal Portugis yang terbunuh dalam pertempuran itu dan lebih kurang 40 orang ditawan. Mereka kehilangan dua buah kapal dan sebuah Jong. Usaha mereka untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Ming adalah sia-sia kerana mereka dianggap sebagai bangsa gasar yang biadap dan lanun perampas Melaka. Akhirnya mereka terpaksa berundur semula ke Melaka dengan sisa kapal yang masih tinggal.
Sementara itu pihak berkuasa Ming di Canton sekali lagi memaksa Tome Pires untuk menulis surat bagi pihak kerajaan Ming kepada Raja Portugal bagi mendesak mereka menyerahkan semula kerajaan Melaka kepada tuannya yang sah. Surat tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada duta Melayu Melaka di China untuk dipanjangkan kepada pemerintah Portugis di Melaka. Jika pihak Portugis tidak memberikan jawapan yang memuaskan maka duta Portugis tersebut (Tome Pires) tidak akan dilepaskan. Tiga pucuk surat telah ditulis iaitu untuk Raja Portugal, Pemerintah Portugis di India dan Pemerintah Portugis di Melaka. Rombongan utusan ini terdiri daripada 15 orang wakil Melayu dan 15 orang wakil Cina yang dihantar dengan sebuah Jong. Namun demikian dipercayai bahawa surat dan utusan tersebut tidak sampai kepada pihak Portugis. Hal ini kerana ianya telah dipintas oleh Sultan Mahmud Syah bagi mengelakkan sebarang hubungan diplomatik terjalin diantara Portugis dan kerajaan Ming.
Pihak kerajaan Ming juga telah menghantar warkah kepada Sultan Mahmud Syah melalui duta Melayu di Canton bagi memaklumkan baginda mengenai tindakan dan polisi yang dilaksanakan kerajaan Ming terhadap orang Portugis dan rombongan duta mereka di Canton. Sebaik sahaja warkah tersebut dibalas oleh Sultan Mahmud Syah, pihak berkuasa Ming di Canton telah bertindak membunuh ahli rombongan duta Portugis tersebut dengan kejam. Tidak diketahui apakah sebenarnya isi warkah dari Sultan Mahmud tersebut namun catatan Portugis menyebut bahawa mereka percaya warkah tersebut berisi tuduhan dan fitnah kepada mereka.
Mereka dibunuh dengan cara tubuh badan dipotong satu persatu daripada tangan, kaki, kepala, dan kemaluan mereka turut dipotong dan disumbatkan kedalam mulut. Bahagian perut mereka pula dibelah dua. Hukuman ini dilaksanakan di hadapan khalayak ramai di beberapa tempat di sekitar Bandar Canton bagi memberikan mesej kepada penduduk tempatan bahawa rakyat dilarang daripada bekerjasama dengan mereka. Hanya 2 atau 3 orang Portugis dari rombongan diplomatik Tome Pires yang tidak dibunuh dengan kejam termasuk Tome Pires sendiri. Dikatakan bahawa Tome Pires akhirnya mati di penjara kerana sakit. Namun terdapat juga maklumat yang menunjukkan bahawa Pires tidak mati tetapi telah dibuang ke wilayah lain di China dan hidup sehingga usia tua dan berkahwin dengan perempuan Cina.
Apabila terdapat lagi kapal-kapal Portugis yang masuk ke pelabuhan Canton kemudiannya, ia terus dirampas oleh pihak berkuasa tempatan. Kesemua orang Portugis yang berada dalam kapal ditangkap dan dibunuh. Mereka dipancung dan kemaluan mereka juga dipotong. Orang Portugis yang tidak mati dipaksa untuk berarak keliling bandar dengan membawa bahagian badan rakan-rakan mereka yang dipotong tadi sambil diiringi dengan permainan musik Cina. Mayat-mayat mereka kemudian dipamerkan kepada umum dan kemudannya dibuang di kumbahan.
Ketegangan dan konflik diantara Portugis dan kerajaan Ming ini berterusan selama lebih kurang 20 tahun. Selama 20 tahun kapal-kapal Portugis tidak dibenarkan untuk masuk ke perairan China apatah lagi mendarat dimana-mana pelabuhan di China. Hal ini menunjukkan bahawa aduan Sultan Melaka kepada Maharaja tidak diambil ringan oleh pihak kerajaan Ming. Hubungan Ming dengan Melaka dilihat bukanlah satu hubungan biasa diantara Negara penaung dengan Negara bawahan sebaliknya adalah Negara rakan yang akrab. Dapat dilihat dengan jelas bahawa pakatan diantara Ming dengan Melaka untuk menentang Portugis sangat berjaya dan berkesan untuk beberapa lama.
Malahan rapatnya hubungan Melaka dan Ming dibuktikan dengan kewujudan sebuah makam milik kerabat diraja Melaka yang dibina oleh kerajaan Ming di sebuah pekan di China. Makam tersebut adalah milik seorang kerabat diraja Melayu yang merupakan duta kerajaan Melaka yang dihantar ke China bagi mendapatkan pertolongan kerajaan Ming untuk menentang Portugis. Catatan Portugis menyebut nama duta tersebut adalah Tuan Acem Mudeliar atau Tun Hashim Mudeliar iaitu bapa saudara Sultan Mahmud Syah.
Ada sejarawan yang mentafsirkan nama tersebut sebagai Tun Hassan Mudeliar, merujuk kepada Tun Hassan anak Tun Mutakhir Bendahara Melaka yang dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah pada 1510. Namun bagi saya pendapat ini mungkin salah kerana daripada sumber Melayu kita mengetahui bahawa Tun Hassan anak Bendahara Tun Mutakhir juga telah dihukum bunuh bersama seluruh ahli keluarga lelakinya.
Walaupun dalam tempoh 20 tahun tersebut kapal dan pedagang Portugis tidak dibenarkan masuk ke pelabuhan-pelabuhan utama di China, namun masih ada orang Portugis yang berdegil dan telah membuat kacau di sekitar perairan selatan China terutama di sekitar Fujian, Pulau Wuyu, pelabuhan Yue di Zhangzhaou, Pulau Shuangyu di Wenzhou dan Pulau Nandao di Guangdong. Mereka dengan beraninya membina kubu dan petempatan haram di kawasan tersebut malah menjalankan aktiviti melanun, merompak serta menculik anak isteri penduduk tempatan untuk dijadikan hamba dan pelacur. Mereka juga bekerjasama dengan lanun-lanun Jepun dan keluarga-keluarga kaya disana dalam aktiviti haram.
Akibatnya pada tahun 1545 hingga 1547 kerajaan Dinasti Ming telah mengarahkan Naib Panglima kanan kerajaan Ming merangkap wakil Maharaja, Zhu Wan agar menguatkuasakan undang-undang mengharamkan sebarang kegiatan perdagangan laut dan hubungan dengan negara luar. Zhu Wan telah menyerang dan memusnahkan kubu-kubu Portugis yang terdapat di Pulau Shuangyu serta menghapuskan semua lanun termasuk lanun Portugis yang terdapat disana. Satu angkatan tentera Ming seramai 60,000 orang telah dihatar untuk menyerang kawasan pendudukan Portugis di Ningbo. Seramai 800 daripada 1,200 orang Portugis yang terdapat di pulau tersebut dibunuh, 25 buah kapal Portugis dan 42 buah Jong dimusnahkan. Portugis terpaksa berundur dari wilayah tersebut dan hanya berani untuk mendekati perairan Guangdong. Mereka terpaksa menjalankan aktiviti perdagangan dengan bantuan orang tengah atau menjalankan kegiatan secara haram.
Selain daripada polisi agresif yang dilaksanakan kerajaan Ming terhadap Portugis, para pendagang Cina yang menetap di seluruh nusantara juga memboikot Bandar Melaka setelah ia jatuh ke tangan Portugis. Sebahagian daripada pendagang Cina yang menetap di Jawa telah membantu orang-orang Islam Jawa dan Melayu Melaka dalam usaha Sultan Mahmud bagi mendapatkan semula kota tersebut daripada tangan Portugis. Keterlibatan orang-orang Cina Jawa dalam peperangan untuk mendapatkan semula Bandar Melaka telah disebut dengan jelas dalam catatan “The Malay Annals of Semarang and Cirebon” atau Sejarah Melayu Semarang dan Cirebon. Para pedagang Cina juga hanya menjalankan kegiatan perdagangan dengan orang Melayu serta Jawa sahaja. Perkara ini menunjukan betapa eratnya hubungan diantara orang Cina dengan orang Melayu ketika itu.
Hubungan yang buruk diantara kerajaan Ming dengan Portugis ini berterusan sehinggalah 1557 apabila kerajaan Ming membenarkan mereka untuk menapak di Macau. Kerelaan pihak Ming ini adalah kerana bantuan yang telah diberikan oleh Portugis dalam menghapuskan lanun-lanun Wako Jepun di sekitar perairan China. Pada masa yang sama Kesultanan Melaka yang ketika itu telah diwarisi oleh Kesultanan Johor telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Portugis di Melaka.
Dapat disimpulkan di sini bahawa hubungan diantara orang Melayu dengan orang Cina telah berlansung sejak berabad-abad lamanya. Hubungan Melayu dan Cina bukan hubungan sembarangan, bukan hubungan diantara tuan dengan hamba atau si penakluk dengan yang tertakluk, tetapi ia adalah hubungan persahabatan dan kasih sayang sepertinya adik dengan abang. Hubungan ini termenterai dalam lembaran sejarah panjang kedua-dua bangsa ini baik dari catatan pihak Cina mahupun dalam catatan Melayu. Kedua-dua bangsa ini saling berinteraksi antara satu sama lain, baik dari segi intelektual, ekonomi, persemendaan, mahupun aktiviti ketenteraan.
Ahli sejarah China sendiri seperti Prof Liang Liji berasa kagum dengan perhubungan mesra yang terjalin diantara Kerajaan Melayu dan Kerajaan Cina satu ketika dahulu, melalui rekod-rekod imperial. Oleh kerana itulah anak-anak muda Melayu dan Cina yang terdapat di Malaysia pada hari ini seharusnya belajar daripada sejarah silam yang gemilang ini. Mereka seharusnya menjadikan hubungan baik tersebut sebagai panduan dan pedoman supaya dapat mengeratkan lagi hubungan dan merapatkan jurang perbezaan diantara dua etnik besar Malaysia ini. Sekian.
~ASJ~
SUMBER:
•Alijah Gordon, Malaysian Sociological Research Institute. The propagation of Islam in the Indonesian-Malay archipelago. Malaysian Sociological Research Institute.
•Derek Heng,Sino–Malay Trade and Diplomacy from the Tenth through the Fourteenth Century.
•C. Guillot, Denys Lombard, From the Mediterranean to the China Sea: Miscellaneous Notes.
•Liang Liji,Lembaran Sejarah Gemilang : Hubungan Melaka-Dinasti Ming Abad ke 15.
•Li Qinngxin, Maritime Silk Road.
•Tomé Pires, Francisco Rodrigues, The Suma oriental of Tomé Pires.
•Nik Hassan Shuhaimi dan Zuliskandar Ramli,Hubungan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan China Sejak Awal Abad Masihi dalam jurnal International Journal of the Malay World and Civilisation (IMAN) tahun 2012.
•John William Parry, Spices: The story of spices. The spices described.
•Zhidong Hao, Macau History and Society.
Copied from MACMA Selangor Facebook
28.2.2016

Tuesday 16 February 2016

Abdullah Quilliam

Liverpool article01 body02.jpg
From Wikipedia, the free encyclopedia
  (Redirected from William Abdullah Quilliam)
William Henry Quilliam (10 April 1856 Liverpool – 23 April 1932 London), who changed his name to Abdullah Quilliam and later Henri Marcel Leon or Haroun Mustapha Leon, was a 19th-century convert from Christianity toIslam, noted for founding England's first mosque and Islamic centre.
William Quilliam was born in Liverpool to a wealthy local family in 1856. His father, Robert Quilliam, was a watch manufacturer. His great grandfather, also called Robert Quilliam, was born in the Isle of Man.[4] William was educated at the Liverpool Institute and King William's College on the Isle of Man. He began work as a solicitor in 1878, building a successful legal practice in Liverpool. He married Hannah Johnstone in 1879.

Conversion to Islam

Quilliam was brought up a Methodist but converted to Islam after visiting Morocco to recover from an illness at the age of 17. Returning to Liverpool, he began to promote Islam in Britain as Abdullah Quilliam. He had earlier learned about Islam while visiting southern France in 1882 and crossing over to Algeria and Tunisia.
Quilliam established the Liverpool Muslim Institute at 8 Brougham Terrace, West Derby Road, Liverpool in 1889, opening on Christmas Day. This was England's first mosque, accommodating around a hundred Muslims, This was followed by a Muslim college, headed by Haschem Wilde and Nasrullah Warren, which offered courses for both Muslims and non-Muslims. A weekly Debating and Literary Society within the college attracted non-Muslims.
Quilliam influenced the paths of other converts, including his mother Harriet, his sons, and scientists and intellectuals, and his example led to the conversion of over 150 Englishmen to Islam. Quilliam was influential in advancing knowledge of Islam within the United Kingdom and gained converts through his literary works and the charitable institutions he founded.
An active writer and essayist, he produced a weekly paper, The Crescent, from 1893 until 1908. He published three editions of his The Faith of Islam which, translated into thirteen languages, gained him fame across the Islamic world.
He travelled extensively and received many honours from the leaders of the Islamic world. He had contact with English-speaking West African Muslims and toured the region's coastal cities on his way to Lagos to attend the consecration of the Shitta Bey Mosque in 1894. He was appointed Sheikh-ul-Islam of the British Isles by the Ottoman SultanAbdul Hamid II, in 1894, and Persian Vice Consul to Liverpool by the Shah. He also received money from the Emir of Afghanistan to help fund the Islamic Institute in Liverpool.
Quilliam's work in Liverpool stopped when he left England in 1908 in advance of being struck off as a solicitor. His son swiftly disposed of the property that had been used as a mosque and Islamic centre. Without Quilliam's influence and funding, the Muslim community in Liverpool dispersed.
He had returned to the UK by December 1914 under the name of H. M. Leon. He spent much of his time at Onchan on the Isle of Man. He died in Taviton Street,Bloomsbury, London in 1932, and was buried in Brookwood Cemetery near Woking. The prominent Anglo-Muslims Abdullah Yusuf AliMuhammad Marmaduke Pickthall (who each translated the Qur'an), and Lord Headley were later buried near him.

Political views

Quilliam argued that Muslims should not fight Muslims on behalf of European powers. He denounced British foreign policy in Sudan and called for a worldwideCaliphate. It was as a result of his political views and his allegiance to the Ottoman Caliph that led some to denounce him as a traitor.

Legacy

His legacy is maintained by the Abdullah Quilliam Society which was formed in 1996. The Society is raising funds to restore 8–10 Brougham Terrace in Liverpool to reopen the historic mosque and establish an educational centre.
The Quilliam Foundation, a think tank aimed at challenging extremist Islamist ideologies, was launched in 2008.

16.2.2016


Rowland Allanson-Winn, 5th Baron Headley

Headley.jpg
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rowland George Allanson Allanson-Winn, 5th Baron Headley (19 January 1855 – 22 June 1935), also known asShaikh Rahmatullah al-Farooq, was an Irish peer and a prominent convert to Islam, who was also one of the leading members of the Woking Muslim Mission alongside Khwaja Kamal-ud-Din. He also presided over the British Muslim Society for some time.
Rowland George Allanson Allanson-Winn was born in London and educated at Westminster School and Trinity College,Cambridge University. He then entered Middle Temple, before commencing studies at King's College London. He subsequently became a civil engineer by profession, a builder of roads in India, and an authority on the protection ofintertidal zones.
He was an enthusiastic practitioner of boxing as well as other arts of self-defence, and in 1890 co-authored, with C. Phillipps-Wolley, the classic Broad-sword and Singlestick (1890). He was solo author of Boxing (1889) in the same "All-England Series" (introduced by the boxer Bat Mullins) which was reprinted in 2006.
Headley embraced Islam on 16 November 1913 and adopted the Muslim name of Shaikh Rahmatullah al-Farooq. In 1914 he established the British Muslim Society. He was the author of several books on Islam, including A Western Awakening to Islam (1914) and Three Great Prophets of the World. He was a widely travelled man and twice made the Hajj.
He inherited his peerage from his cousin in 1913. In 1921 he married the Australian author Barbara Baynton. He became bankrupt in 1922. He was offered the throne of Albania in 1925, along with $500,000 and $50,000 per year but refused it, at which point Lady Headley returned to Melbourne, where she died in 1929. From 1929 Headley owned and lived atAshton Gifford House near the village of Codford in Wiltshire. His widow Lady Catherine Headley continued to live at the property until 1940.

16.2.2016

Marmaduke William Pickthall (1875 – 1936)

Pickthall1.jpg

Muhammad Marmaduke Pickthall (born Marmaduke William Pickthall, 7 April 1875 – 19 May 1936) was a WesternIslamic scholar noted for his English translation of the Qur'an (1930). A convert from Christianity, Pickthall was a novelist, esteemed by D. H. LawrenceH. G. Wells, and E. M. Forster, as well as a journalist, headmaster, and political and religious leader. He declared his conversion to Islam in dramatic fashion after delivering a talk on 'Islam and Progress' on 29 November 1917, to the Muslim Literary Society in Notting Hill, West London. He was also involved with the services of the Woking Muslim Mission in the absence of Khwaja Kamal-ud-Din, its founder.
Marmaduke William Pickthall was born in Cambridge Terrace, London on 7 April 1875, the eldest of the two sons of the Reverend Charles Grayson Pickthall (1822–1881) and his second wife, Mary Hale, née O'Brien (1836–1904).
Charles was an Anglican clergyman, the rector of Chillesford, a village near Woodbridge, Suffolk. The Pickthalls traced their ancestry to a knight of William the Conqueror, Sir Roger de Poictu, from whom their surname derives. Mary, of the Irish Inchiquin clan, was the widow of William Hale and the daughter of Admiral Donat Henchy O'Brien, who served in the Napoleonic Wars. Pickthall spent the first few years of his life in the countryside, living with several older half-siblings and a younger brother in his father's rectory in rural Suffolk.  He was a sickly child. When about six months old, he fell very ill of measles complicated by bronchitis. On the death of his father in 1881 the family moved to London. He attended Harrow School but left after six terms.
Pickthall travelled across many Eastern countries, gaining a reputation as a Middle-Eastern scholar. Before declaring his faith as a Muslim, Pickthall was a strong ally of the Ottoman Empire. He studied the Orient, and published articles and novels on the subject. While in the service of the Nizam of Hyderabad, Pickthall published his English translation of the Qur'an with the title The Meaning of the Glorious Koran. The translation was authorized by the Al-Azhar Universityand the Times Literary Supplement praised his efforts by writing "noted translator of the glorious Quran into English language, a great literary achievement."
When a propaganda campaign was launched in the United Kingdom in 1915 over the massacres of Armenians, Pickthall rose to challenge it and argued that the blame could not be placed on the Turkish government entirely. At a time when Muslims in London had been co-opted by the Foreign Office to provide propaganda services in support of Britain's war against Turkey, Pickthall's stand was considered courageous given the wartime climate. When British Muslims were asked to decide whether they were loyal to the Allies (Britain and France) or the Central Powers (Germany and Turkey), Pickthall said he was ready to be a combatant for his country so long as he did not have to fight the Turks. He was conscripted in the last months of the war and became corporal in charge of an influenza isolation hospital.In 1920 he went to India with his wife to serve as editor of the Bombay Chronicle, returning to England only in 1935, a year before his death at St Ives, Cornwall. It was in India that he completed his famous translation, The Meaning of the Glorious Koran.
Pickthall was buried in the Muslim cemetery at Brookwood in Surrey, England, where Abdullah Yusuf Ali was later buried.
16.2.2016

Lady Evelyn Zainab Cobbold (1867 – 1963)

<b>Lady Evelyn Cobbold</b>

Salmiya: <b>Lady</b> <b>Evelyn</b> Zainab <b>Cobbold</b>
Lady Evelyn Murray Zainab Cobbold, daughter of the 7th Earl of Dunmore, embraced Islam and in April 1933 performed the Pilgrimage to Mecca at the age of 66, being probably the first British woman convert to Islam to perform this rite. In 1934 she published an account of this in her bookPilgrimage to Mecca (Murray, London)

Lineage and family

According to information on the website www.william1.co.uk which traces the descendants of William the Conqueror, she was descended from this famous French Norman conqueror of England. A genealogical table of her family starting with her father Charles Adolphus Murray, 7th Earl of Dunmore (1841–1907), may be read here on this website. From there we learn that in 1891 she married John Dupius Cobbold who died in 1929.
Note: One of Lady Evelyn’s daughters, Pamela (d. 1932), married in 1919 Sir Charles Jocelyn Hambro (d. 1963) of the famous Hambro banking dynasty. He was a director of the Bank of England for many years and also served as Chief Executive of the SOE (Special Operations Executive) during the Second World War.
A brief biography is provided in a section of a family tree website, written by Anthony Cobbold in 2006. It describes her occupation as: Fearless Traveller, Author and convert to IslamSee this link.

Obituary from the Daily Telegraph

Following the death of Lady Cobbold on 25 January 1963, The Islamic Review in its issue of April–June 1963 (p. 34) published extracts from the obituary which appeared in the Daily Telegraph on 28 January 1963. We quote from it below:
“Lady Evelyn Cobbold, who has dies aged 95, was the first Englishwoman to make a pilgrimage to Mecca. She made the journey in April 1933, at the age of 66, when she had already been a Moslem for many years.… After travelling across the desert by car from Jeddah she performed the Moslem religious ceremonies, walking with other Moslem women seven times round the Holy Kaaba.… Lady Evelyn was the eldest daughter of the Seventh Earl of Dunmore. In 1891 she married John Dupois Cobbold, of Ipswich, who became Deputy Lieutenant and High Sheriff of Suffolk, and who died in 1929. They had one son, killed in the 1939–45 war, and two daughters, one of whom died… A fluent Arabic speaker, Lady Evelyn also had the reputation of being a first-class shot and deer-stalker. She wrote two travel books, Pilgrimage to Mecca, in 1934, and in the following year Kenya: The land of Illusion.
Here the editor of The Islamic Review adds the following note: Another book which was issued for private circulation was the Wayfarers in the Libyan Desert (published by Arthur L. Humphreys, 187 Piccadilly, London, 1912.

We are making available here the following material about Lady Evelyn Zainab Cobbold.

16.2.2016

Sunday 7 February 2016

TOKOH-TOKOH ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Keluarga Rasulullah s.a.w:
  1. Abdullah bin Abdul Muttalib ibn Hisyam : Bapa Nabi s.a.w.
  2. Aminah binti Wahab ibn Abd Manaf ibn Zuhrah ibn Kilab ibn Murrah - ibu Nabi s.a.w
Nenek sebelah Bapa: Fatimah binti Umar al-Makhzumiyah
Nenek sebelah Ibu   : Burrah binti Abd Uzza bin Usman bin Abdul Dar bin Qusay bin Murrah.

Bidan Rasulullah s.a.w. : Shifa' binti Auf (Ummu Abd Rahman) * Ibu kepada Abdul Rahman bin Auf
Penjaga Rasulullah s.a.w : Barakah bt Tha'labah  @ Ummu Aiman

Ibu Susuan:
1. Tsuwaibah al-Aslamiyah - Hamba Abu Lahab yang dimerdekakan
2. Halimah binti Dzuaib as-Sa'diyah

Saudara Susuan:
Darpada Tsuwaibah:
1. Abdullah bin Jahay
2. Hamzah bin Abdul Mutalib
3. Abu Salamah bin Abdul Asad
4. Masruh bin Tsuwaibah

Dari Halimah
1. Abdullah bin al-Harith
2. Anisah binti al-Harith
3. Huzaifah bin al-Harith
4. Abu Sufiyan bin Harith
5. Hamzah bin Abdul Mutalib

BAPA & IBU SAUDARA NABI SEBELAH BAPA (ANAK-ANAK ABDUL MUTALIB)
  1. Al-Harith bin Abdul Mutalib
  2. Abbas bin Abdul Mutalib
  3. Dhirar bin Abdul Mutalib
  4. Qutsam bin Abdul Mutalib
  5. Abu Talib bin Abdul Mutalib - (Ayah Ali bin Abu Thalib, dia yang menjaga nabi s.a.w. setelah Datuk Nabi Wafat). 
  6. Zubayr bin Abdul Mutalib
  7. Abdullah bin Abdul Mutalib
  8. Hamzah bin Abdul Mutalib - (Singa Allah, Syahid di Medan Uhud)
  9. Muqawwim bin Abdul Mutalib
  10. Hajl bin Abdul Mutalib
  11. Abdul Uzza bin Abdul Mutalib (Abu Lahab)
  12. Ghaidaq bin Abdul Mutalib
  13. Safiyyah binti Abdul Mutalib (ibu Zubayr bin Awwam)
  14. Ummu Hakim (Al-Baydha bt Abdul Mutalib - Ibu Uthman bin Affan)
  15. Atikah bt Abdul Mutalib
  16. Umaimmah bt Abdul Mutalib (ibu kepada Zainab bt Jahsy - Ummul Mukminin)
  17. Arwah bt Abdul Mutalib
  18. Barrah bt Abdul Mutalib 
Ummul Mukminin (isteri-isteri Rasulullah )
  1. Khadijah binti Khuwalid - wanita pertama memeluk Islam
  2. Saudah binti Zam'aah - wanita pertama dinikahi oleh baginda selepas kewafatan Khadijah. 
  3. Aisyah binti Abu Bakar - satu-satunya anak gadis yang nikahi oleh Rasulullah s.a.w. 
  4. Hafsah binti Umar Al-Khattab - anak kepada Saidina Umar Al Khattab. Gelarannya adalah Hafizatul Mashaf (Penjaga Al Quran). 
  5. Zainab binti Khuzaimah - Gelarannya ialah Ummul Masakin (ibu orang-orang Miskin). Adik beradik dengan seorang lagi Ummul Mukminin iaitu Maimunah binti Haris, satu ibu lain bapa
  6. Hindun binti Abi Umaiyah - gelarannya Ummu Salamah. Antara wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis. 
  7. Zainab binti Jahsy - sepupu Nabi s.a.w, bekas isteri Zaid bin Haritsah (anak angkat Nabi s.a.w). Perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w adalah perintah lansung dari Allah s.w.t. berkenaan hukum menikahi bekas isteri anak angkat. 
  8. Juwairiyah binti Haris
  9. Ramlah binti Abi Sufiyan Sakhar @ Ummu Habibah: adik kepada Mu'awiyah bin Abi Sufiyan (pengasas Kerajaan Bani Ummaiyah). 
  10. Saffiyah binti Huyyai - keturunan Yahudi yang menjadi tawanan perang dalam Perang Khaibar. 
  11. Maimunah binti Haris - Ummul Mukminin yang terakhir
Isteri Rasulullah s.a.w dikalangan hamba:
  1. Mariah binti Sam'un Al-Qibtiyah : satu-satunya isteri Nabi s.a.w. yang melahirkan anak selain Khadijah. 
  2. Raihanah binti Sam'un bin Zaid. 
Anak-anak Rasulullah s.a.w:
  1. Al-Qasim bin Muhammad - wafat ketika berusia 2 tahun. 
  2. Zainab binti Muhammad
  3. Ruqayyah binti Muhammad - isteri Khalifah Uthman bin Affan. 
  4. Ummi Kalsom binti Muhammad - berkahwin dengan Uthman bin Affan setelah kewafatan kakaknya Ruqayyah. 
  5. Fatimah binti Muhammad -isteri Saidina Ali bin Abi Talib r.a.
  6. Abdullah bin Muhammad - wafat sewaktu kecil. 
  7. Ibrahim bin Muhammad - anak dari Mariah Al-Qitiyah , wafat sewaktu kecil.
AL-SABIQUN AL-AWWALUN (YANG TERAWAL MEMELUK ISLAM)
1. Ummul Mukminin Khadijah bt Khuwalid
2. Zaid bin Tsabit
3. Ali bin Abi Thalib
4. Abu Bakar as-Siddiq
5. Uthman bin Affan
6. Zubair bin Awwam
7. Abdul Rahman bin Auf
8. Sa'ad bin Abi Waqqas
9. Talhah bin Ubaidillah
10. Bilal bin Rabbah
11. Ubaidah Amir bin Jarrah
12. Abu Salamah bin Abd Al-Asad
13. Al-Arqam bin Abi Al-Arqam
14. Uthman bin Maz'un
15. Qudamah bin Maz'un
16. Abdullah bin Maz'un
17. Ubaidah bin Al-Harith
18. Sa'id bin Zaid
19. Fatimah bt Al-Khattab
20. Khabbab bin al-Aratt
21. Abdullah bin Mas'ud

10 Sahabat yang dijamin Syurga oleh Nabi S.A.W :
  1. Abu Bakar As Siddiq
  2. Umar bin Al Khattab
  3. Uthman bin Affan
  4. Ali bin Abi Talib
  5. Zubair bin Awwam
  6. Sa'ad bin Abi Waqash
  7. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah
  8. Abdul Rahman bin Auf
  9. Talhah bin Ubaidillah
  10. Sa'id bin Zaid
Orang- orang di sekeliling Rasulullah s.a.w :
  1. Abbad bin Bishir : Pembawa Al Quran semasa dalam peperangan. Pernah dipanah oleh musuh sewaktu mengerjakan solat namun dia tetap meneruskan solatnya. Beliau gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  2. Abbad bin Sahli : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  3. Abban bin Sa'id : gugur syahid dalam peperang menentang tentera Rom bersama saudaranya Amr bin Sa'id. 
  4. Abbas bin Abdul Muttalib : Bapa saudara Nabi s.a.w. Telah meriwayatkan 35 hadis dari Nabi s.a.w. 
  5. Abbas bin Ubadah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  6. Abd ar-Rahman bin Abd al_Qari : Tabiin yang lahir ketika Nabi s.a.w masih hidup. Murid kepada Saidina Umar al-Khattab. Meninggal dunia pada tahun 81 Hijrah ketika berusia 78 tahun. 
  7. Abdul Manaf bin Atiq : anak tiri Rasulullah s.a.w (anak Khadijah dengan suaminya yang dahulu). 
  8. Abdul Muthalib ibn Hasyim : Datuk kepada Nabi s.a.w. 
  9. Abdul Rahman bin Abu Bakar : anak Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan penentang kuat Nabi s.a.w. Setelah memeluk Islam, beliau turut serta dalam peperangan menentang musuh Islam. 
  10. Abdul Rahman bin Auf : antara sahabat yang terawal memeluk Islam dan juga antara 10 sahabat yang dijamin syurga. Seorang hartawan yang paling banyak menginfakkan harta ke jalan Allah. Beliau telah meriwayatkan 65 hadis dari Nabi s.a.w. 
  11. Abdullah bin Abbas @ Ibnu Abbas : sepupu Nabi s.a.w. Pakar tafsir al-Quran. Meriwayatkan 1660 hadis dari Nabi s.a.w. antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis. 
  12. Abdullah bin Abdul Muttalib : Bapa kepada Rasulullah s.a.w.
  13. Abdullah bin Abdullah bin Ubai bin Salul : Ayahnya Abdullah bin Ubai adalah ketua Munafik di Madinah. Beliau meriwayatkan 3 hadis dari Nabi s.a.w dan gugur syahid dalam Perang Al-Yamamah. 
  14. Abdullah bin Abu Bakar : Putera Abu Bakar as-Siddiq yang menjadi pengingip kegiatan orang Quraisy yang menjejak kehilangan Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar. 
  15. Abdullah bin Abu Umayyah : Sebelum Islam sangat kuat menentang Nabi. Beliau memeluk Islam ketika Nabi s.a.w sedang dalam perjalanan untuk Pembukaan Kota Mekkah. 
  16. Abdullah bin Al-Arqam : Penulis kepada Nabi s.a.w
  17. Abdullah bin Al-Harith : Saudara susuan Rasulullah s.a.w daripada Halimah. 
  18. Abdullah bin Amir : Gabenor Basrah - yang pertama membuat kolam-kolam air di Padang Arafah. 
  19. Abdullah bin Amru @ Abu Jabir : antara 70 orang yang berbai'ah dengan Nabi s.a.w dalam Bai'atul Aqabah yang kedua. Syahid dalam Perang Uhud. 
  20. Abdullah bin Amru bin Al-As : seorang yang akan berada dibarisan hadapan ketika peperangan dan apabila perang selesai, dia ditemui beribadah dalam masjid. Beliau telah meriwayatkan 700 hadis Nabi s.a.w. 
  21. Abdullah bin Amr bin Haram : Salah seorang di kalangan 70 orang Ansar yang membai'at Rasulullah s.a.w. Beliau gugur syahid dalam perang Uhud. 
  22. Abdullah bin Arqat : Jurupandu Rasulullah s.a.w ketika hijrah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar r.a. 
  23. Abdullah bin Hudhafah al-Sahmi : Utusan Rasulullah s.a.w kepada Kisra Maharaja Parsi. 
  24. Abdullah bin Jahay : saudara susuan Rasulullah s.a.w dari Tsuwaibah. 
  25. Abdullah bin Jahsy : Sepupu Nabi s.a.w. Adik perempuan beliau Zainab binti Jahsy adalah Isteri Rasulullah s.a.w. Beliau antara tentera Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  26. Abdullah bin Jubir : Ketua Batalion Memanah di Bukit Uhud. antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  27. Abdullah bin Mas'ud : sahabat yang paling baik bacaan Al-Quran. Beliau berjaya menebas leher Abu Jahal dalam Perang Uhud sebelum  Mu'az berjaya membunuhnya. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 848 hadis dari Nabi s.a.w. 
  28. Abdullah bin Mughaffal : sahabat Nabi s.a.w, antara yang menyertai Bai'atur Ridhwan. 
  29. Abdullah bin Rawahah : salah seorang dari Rombongan Madinah yang berbai'ah dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah yang mula-mula menyambut Rasulullah s.a.w ketika Baginda tiba di Madinah semasa Hijrah. Beliau Syahid dalam Perang Mut'ah ketika menentang Tentera Rom. 
  30. Abdullah bin Sa'ad : Penunggang Kuda Quraisy yang sangat Masyur. Beliau adalah salah seorang juru tulis wahyu Nabi s.a.w. Beliau berjaya membebaskan Afrika, Cyprus dan memerangi angkatan laut Romawi. 
  31. Abdullah bin Sahl : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  32. Abdullah bin Salam : pendeta Yahudi yang nama asalnya adalah Mu'ammar bin Sulaim. Nama Abdullah bin Salam diberi oleh Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 25 hadis dari Nabi s.a.w. 
  33. Abdullah bin Salamah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  34. Abdullah bin Sarjis al-Muzani : sahabat Rasulullah s.a.w yang menetap di Basrah. 
  35. Abdullah bin Ubay Ibn Salul : Bapa Munafik, seorang Yahudi yang menganut Islam tetapi berniat untuk menghancurkan Islam dari dalam. 
  36. Abdullah  bin Umair : sahabat yang menolak jawatan pemimpin. Telah meriwayatkan 2630 hadis dari Nabi s.a.w dan merupakan sahabat yang terakhir meninggal di Mekah pada tahun 73 H. 
  37. Abdullah bin Umar : anak kedua Saidina Umar al-Khattab. Termasuk orang yang paling banyak meriwayatkan hadis selepas Abu Hurairah r.a. iaitu sebanyak 2,630 hadis. 
  38. Abdullah bin Ummi Maktun : salah seorang muazin Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang buta dan ayat pertama Surah Abasa diturunkan yang menegur Nabi s.a.w kerana tidak mengindahkan soalan Abdullah. Beliau syahid dalam Pertempuran Al-Qadisiyyah. 
  39. Abdullah bin Unais : Ahli Perjanjian Aqabah dan Perang Uhud. Rasulullah s.a.w pernah menghadiahkan sebatang tongkat kepada beliau kerana kejayaannya membunuh Khalid bin Sufyan al-Hudzali yang mengumpul kekuatan tentera untuk menyerang Madinah. Sabda Nabi s.a.w "Tongkat ini menjadi tanda antara aku dengan mu pada hari kiamat nanti." 
  40. Abdullah bin Uthman : cucu Rasulullah s.a.w - anak kepada Ruqayyah dengan Saidina Uthman bin Affan r.a. 
  41. Abdullah bin Zaid : anak lelaki kepada Nusaibah bt Ka'ab. Beliau gugur dalam peperangan menentang KhalifahYazid bin Mu'awiyah.
  42. Abdullah bin Zubair : anak kepada Zubair bin Awwam dan Asma binti Abu Bakar. Seorang pahlawan yang hebat dan berani. Terkorban dalam peperangan menentang Kerajaan Bani Ummaiyyah. Beliau telah meriwayatkan 32 hadis dari Nabi s.a.w. Beliau mengetuai Pasukan Pemanah di Jabal Ruman semasa Perang Uhud dan gugur syahid. 
  43. Abu Abdilah al-Arqam bin Abi al-Arqam : antara yang terawal memeluk Islam. Rumah beliau yang terletak di Bukit Safa menjadi tempat umat Islam mendalami Agama Islam secara rahsia. 
  44. Abu Abdullah al-Amiri Jabir dan Samurah : Sahabat Nabi s.a.w dan Panglima Perang yang handal. 
  45. Abu Aiman, Maula Amru bin Hadidah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  46. Abu Aiman , Maula Amru bin Al-Jamuh : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  47. Abu al-Abbas Sahl bin Saad al-Ansari : Meriwayatkan 188 hadis, beliau berusia 15 tahun ketika Rasulullah s.a.w wafat. 
  48. Abu Amir Al-Asyari: pemimpin tentera Muslimin yang dihantar ke Nakhlah. Beliau gugur syahid dalam pertempurang di sana. 
  49. Abu Amir Ar Rahid : Pemimpin golongan munafik dari puak Khazraj di zaman Rasulullah s.a.w.
  50. Abu Ayub Al-Ansari @ Khalid bin az-Zaid :Salah seorang dikalangan 70 orang Ansar yang turut serta dalam Bai'at Aqabah II.  Ketika Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, Baginda telah menumpang di rumah Abu Ayub selama 7 bulan sebelum rumah baginda siap dibina. Gugur syahid di Konstatinopel dan dikebumikan di sana. Beliau telah meriwayatkan 155 hadis dari Nabi s.a.w. 
  51. Abu Bakar as-Siddiq : Sahabat Rasulullah s.a.w yang paling rapat dan juga Khalifah Islam yang pertama. Lelaki yang pertama memeluk Islam. Dikebumikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi, Madinah. Beliau meriwatkan 142 hadis dari Rasulullah s.a.w. 
  52. Abu Darda' : Mukbiran bin Zaid bin Qais. sahabat yang bijak dalam mengungkapkan kata-kata hikmah. Turut serta dalam beberapa peperangan bersama Rasulullah s.a.w.Salah seorang sahabat yang hafal al-Quran. Beliau telah meriwayatkan 179 hadis dari Nabi s.a.w. 
  53. Abu Dujanah : Nama sebenar Sammak bin Kharsyah Al-Khazraji. Dalam Perang Uhud, dia berperang dengan Pedang milik Rasulullah s.a.w. Beliau gugur syahid dalam Perang Yamamah pada tahun 11 H. 
  54. Abu Hadrad al-Aslami : dihantar oleh Rasulullah s.a.w bersama 2 sahabat lagi untuk memerangi seorang lelaki dari Jusyam bin Muawiyah yang merancang untuk menyerang Madinah. 
  55. Abu Juhaifah : nama sebenar Wahab as-Sawa' - perawi hadis yang kuat hafalannya dan dapat dipercayai. 
  56. Abu Dzar Al-Ghifari : perawi hadis Rasulullah s.a.w. Orang pertama yang mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w dengan ucapan "Assalamu' alaikum". Beliau telah meriwayatkan 281 hadis dari Nabi s.a.w.
  57. Abu Fakihah - antara umat Islam yang diseksa oleh orang Quraisy ketika awal Islam. 
  58. Abi Habbah bin Umair : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  59. Abu Haithani bin Taihan : seorang petani yang juga seorang pahlawan Islam yang handal di zaman Rasulullah s.a.w.
  60. Abu Aiman Anshari: pahlawan islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  61. Abu al-Haisar : syuhada Perang Uhud. 
  62. Abu Hubbah bin Amru :  pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  63. Abu Hurairah : Nama penuhnya Abdul Rahman bin Shakhr. Orang yang paling banyak meriwayatkan dan menghafal hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 5,374 hadis dari Nabi s.a.w
  64. Abu Hurairah bin Al-Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  65. Abu Huzaifah bin Uthban r.a : Antara yang terawal memeluk Islam bersama isterinya Sahlal binti Suhail. Beliau telah diseksa oleh orang-orang Quraisy dengan berbagai seksaan. Beliau gugur syahid dalam peperangan menetang nabi palsu Musailamah al-Kazzab. 
  66. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzil: Dilantik Pemangku Presiden Madinah ketika Perang Badar. 
  67. Abu Maryam al-Hanafi: Sebelum Islam beliau telah membunuh Zaid bin Khattab r.a. saudara kepada Saidina Umar bin Khattab r.a. dalam satu peperangan. 
  68. Abu Musa Al-Ansya'ari : antara 4 orang Qadi atau hakim dizaman Rasulullah s.a.w. Telah meriwayatkan 355 hadis Rasulullah s.a.w. 
  69. Abu Qais bin al-Aslat : Pemimpin Kaum Aus di Madinah yang memeluk agama Islam selepas hijrah Nabi s.a.w ke Madinah. 
  70. Abu Qatadah Harith bin Rib'i : Pakar Tentera Berkuda terlibat dalam Perang Uhud. 
  71. Abu Rimtsah at-Taymi : Sahabat Nabi s.a.w. 
  72. Abu Sa'id al-Khudri : sahabat dari kalangan Ansar Madinah. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 1170 hadith. Ayahnya Malik bin Sinan gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  73. Abu Sa'id al-Khuza'iy : diarahkan oleh Rasulullah s.a.w untuk membaikpulih mercu-mercu di Tanah Haram selepas Pembukaan Mekkah. 
  74. Abu Saad Khaitsamah bin Khaitsamah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  75. Abu Said Abdullah bin Mughaffal : Pernah ikut serta dalam Bai'ah Syarah ar-Ridhwan. Meriwayatkan 43 hadis Nabi. 
  76. Abu Said al-Khudri : nama sebenar Saad bin Malik bin Sinan al-Khudri. Sahabat Nabi dari golongan Ansar dari suku Khazraj. Turut menghadiri Bai'ah Syajarah ar-Ridhwan di Hudaibiyyah pada tahun 6H. Beliau meriwayatkan sebanyak 1,170 hadis dan telah mengikuti lebih dari 12 peperangan. Meninggal di Madinah pada tahun 74H. 
  77. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad Al-Makhzumi : saudara susuan Rasulullah s.a.w dari Thuwaibah. Termasuk yang terawal memeluk Islam. Turut sama dalam pertempuran Uhud dimana beliau mengalami cedera yang teruk. Beliau meninggal dunia akibat luka tersebut selepas Perang. Rasulullah s.a.w menikahi balunya Ummu Salamah r.a. 
  78. Abu Sinan bin Mahshan: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Bani Quraizha. 
  79. Abu Siyah bin Thabit: pahlawan Islam yang terpaksa berpatah balik ke Madinah ketika dalam perjalanan ke Perang Badar kerana patah kaki. 
  80. Abu Sufiyan bin al-Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  81. Abu Sufiyan bin Harb  : sepupu Nabi s.a.w. Orang yang paling kuat menentang Rasulullah s.a.w disamping Abu Lahab. Beliau akhirnya memeluk Islam sewaktu pembukaan Kota Mekkah. Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa beliau adalah ketua Pemuda di Syurga
  82. Abu Talhah : Nama lengkap Zaid bin Sahl bin Aswad Al-Ansari. Seorang pemanah yang ulung di zaman Nabi. Ketika Nabi s.a.w wafat, beliau ialah orang yang menggali kubur Nabi sendiri. Telah meriwayatkan 25 hadis dari Nabi s.a.w. Syahid di Lautan ketika berangkat menuju medan Perang di zaman Khalifah Uthman bin Affan. 
  83. Abu Thufail : nama sebenar Amir bin Watsilah al-Laitsi al-Kina'iy. Antara sahabat yang terakhir meninggal dunia di Mekkah pada tahun 110 Hijrah. 
  84. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah : antara yang terawal memeluk Islam. Antara 10 sahabat yang dijamin syurga. Orang yang paling amanah. Beliau telah membunuh anaknya sendiri yang menentang Islam dalam peperangan Badar. Beliau meriwayatkan 14 hadis dari Nabi s.a.w. 
  85. Abu Ubaidah al-Tsaqafi : Panglima Tentera Islam yang terkorban di Iraq. 
  86. Abu Umamah al-Bahili : Sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat terkenal terutama di Syam. Meriwayatkan 250 hadis Rasulullah s.a.w. Beliau adalah sahabat yang paling akhir meninggal di Syra pada tahun 81H. 
  87. Abu Umarah Bara' bin Azib al-Ansari: sahabat Nabi, ikut serta dalam Perang Uhud dan lain-lain peperangan. Meriwayatkan 305 hadis. 
  88. Abu Walid Ubadah bin Shamit al-Ansari : sahabat Nabi s.a.w yang paling tua. Ikut serta bersama Nabi dalam Perang Badar dan peperangan yang lain. Meriwayatkan 181 hadis. 
  89. Abul As ibn ar-Rabiah : berkahwin dengan Zainab binti Muhammad (anak perempuan Rasulullah s.a.w.). Dia menjadi tawanan pihak Muslim dalam Perang Badar, dimana Zainab menebusnya dengan kalung ibunya Siti Khadijah. Setelah Abul As memeluk Islam, Rasulullah s.a.w mengembalikan anak baginda, Zainab kepada Abul As. 
  90. Adi ibn Hatim : asalnya beragama Kristian dan memusuhi Islam selama hampir 20 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau terlibat dalam beberapa peperangan menentang Musuh Islam. Beliau juga ditakdirkan oleh Allah s.w.t dapat melihat 2 daripada 3 mukjizat Nabi s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 66 hadis dari Rasulullah s.a.w. 
  91. Ahnaf bin Qais : Pemimpin Bani Tamim
  92. Aiman bin Abid : pembantu Rasulullah s.a.w.
  93. Ali bin Abi Talib r.a. : Khalifah Islam ke 4 dan juga sepupu Rasulullah s.a.w. Kanak-kanak yang pertama memeluk Islam. Terkenal dengan keberanian dan ketangkasannya dalam peperangan. Meriwayatkan 586 hadis Rasulullah s.a.w. 
  94. Al-'Ala Al-Hadrami : berasal dari Hadramaut Yaman. Pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w menjadi Gabenor Bahrain. Beliau Muslim pertama mengharungi lautan untuk berperang dan antara sahabat Nabi s.a.w yang mustajab doanya. 
  95. al-Amru bin al-'As : ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w untuk memusnahkan berhala milik Kabilah Hudhayl di Rahat selepas pembukaan Mekkah.  
  96. al-Arqam bin Abi al-Arqam al-Makhzumi : antara yang terawal memeluk Islam. Rumahnya dijadikan tempat orang Islam mendalami Agama ketika di awal Islam.
  97. Al-Bara' bin 'Azib : sahabat Rasulullah s.a.w. 
  98. Al-Bara' bin Malik : tentera Islam yang paling gagah dan berani. Saudara kepada Anas bin Malik.Beliau telah gugur syahid dalam peperangan menentang Musailamah bin Al-Kazzab (orang yang mengaku Nabi). 
  99. Al-Dahhak bin Sufyan Al-Kilabi : Pasukan Al-Dahhak diutus oleh Rasulullah s.a.w untuk berdakwah kepada Bani Kilab. Ajakan dakwah di tolak dan tentera Muslimin diperangi. Namun kemenangan akhirnya berpihak kepada pihak Muslim. 
  100. AL-Habbab bin al-Munzir :Pembawa panji batalion Khazraj di Perang Uhud. 
  101. Al-Haris bin Hisyam : sepupu Ikrimah bin Abu Jahal, memeluk Islam ketika penaklukan Kota Mekah. 
  102. Al-Harith bin Anas : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  103. Al-Harith bin Umayr Al-Azdi : sahabat Rasulullah s.a.w - ditangkap dan dipancung oleh Gabenor di Mutah semasa membawa pesanan Rasulullah s.a.w yang menyebabkan berlakukan Peperangan Mutah. 
  104. Al-Hubab bin Al-Munzir : pahlawan Islam di Perang Badar. 
  105. Al-Khansa binti Umar : Ibu para Syuhada. Seorang wanita yang tabah, 4 anaknya gugur syahid dalam pertempuran, namun beliau tabah dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. 
  106. Al-Mujdar bin Zaid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  107. Al-Mughirah bin Syu'bah : Penulis Rasulullah s.a.w
  108. Al-Sakran bin Amru: suami kepada Saudah binti Zam'ah. Selepas Al-Sakran meninggal dunia, Rasulullah s.a.w telah melamar Saudah. 
  109. al-Syaima' binti al-Harith al-Sa'diyyah: tawanan wanita ketika Perang Hunayn. Nabi mengenali dia sebagai saudara sesusuan dari Halimah al-Sa'diyyah lantas Nabi memuliakannya dan membebaskannya. 
  110. al-Mut'im bin Adiy : antara orang Quraisy yang melindungi Rasulullah s.a.w walaupun dia bukan Islam. Rasulullah tidak lupa jasa Al-Mut'im kepada baginda. 
  111. AlQamah bin Mujazziz Al-Mudliji: Beliau memimpin 300 tentera Muslimin menghalau sekumpulan lelaki dari Habsyah yang berkumpul di persisiran pantai Jeddah untuk melakukan kegiatan melanun dan merompak penduduk Mekkah.  b
  112. Ali bin Abi Al-Ash : cucu Rasulullah s.a.w. anak kepada Zainab. Ketika Pembukaan Mekah, dia menaiki unta bersama Rasulullah s.a.w. Meninggal ketika hampir baligh. 
  113. Amah binti Khalid : Lahir di Habsyah ketika kedua ibubapanya yang pertama berhijrah ke Habsyah. Isteri kepada Zubair bin Awwam. 
  114. Amar bin Thabit : pahlawan Islam yang gugur syahid sejurus dia mengucapkan syahadah. Rasulullah saw mengatakan istimewanya Amar ini ialah kerana dia masuk syurga sedangkan dia tidak pernah bersolat sekalipun kepada Allah. 
  115. Aminah binti Abi Qays Al-Ghifari : antara jururawat Islam yang merawat tentera-tentera Islam di medan pertempuran di zaman Rasulullah s.a.w. 
  116. Aminah binti Qais : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  117. Amir bin Fahirah : penulis Rasulullah s.a.w 
  118. Amir bin Fuhairah : Hamba kepada Abu Bakar as-Siddiq yang membantu Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur. 
  119. Amir bin Hadrami : Pahlawan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. 
  120. Amir bin Mukhallid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  121. Ammar bin Yasir : antara yang terawal memeluk Islam. Beliau dan keluarganya telah diseksa oleh orang Quraisy, malah ibunya Summayah adalah wanita pertama syahid dalam Islam. Beliau turut serta dalam setiap peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 62 hadis dari Nabi s.a.w. Beliau gugur syahid dalam Perang Siffin. 
  122. Ammarah bin Zayyad : pahlawan Islam yang gugur syahid di Perang Badar. 
  123. Amr bin Ash : Panglima Tentera Islam di zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. Antara yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
  124. Amr bin Sa'id: gugur syahid dalam peperangan menentang tentera Rom.. antara yang terawal masuk Islam. 
  125. Amr bin Thufail: Panglima Tentera Islam yang gugur syahid dalam Perang Yarmuk. 
  126. Amru bin Al-As : sebelum memeluk Islam, pernah diutus oleh Abu Jahal ke Habyah untuk mengambil kembali orang Islam yang berhijrah ke sana. Setelah memeluk Islam bersama Khalid Ibn Walid , beliau diutus ke Mesir untuk membebaskan Mesir daripada Rom dan Parsi. Beliau dikenali sebagai "Pembebas Mesir". Beliau telah meriwayatkan 39 hadis dari Nabi s.a.w. 
  127. Amru bin Iyas : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  128. Amru bin Jamuh : seorang yang telah lanjut usia dan cacat kaki yang gugur syahid dalam Peperangan Uhud. 
  129. Amru bin Mu'az : antara yang gugur syahid dalam Perang Uhud. Saudara kepada Saad bin Mu'az. 
  130. Amru bin Muthraf' Alqamah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  131. Amru bin Tsabit : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  132. Amru bin Qais : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  133. An-Nuayman Bin Amr : penduduk Madinah dikalangan kaum Ansar. Sahabat Nabi s.a.w yang suka bergurau. Turut serta dalam Perang Badar, Uhud, Khandaq dan lain-lain perang yang utama. 
  134. Anas bin An-Nadhri : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  135. Anas bin Aus : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  136. Anas bin Malik : pembantu Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 2,286 hadis dari Nabi s.a.w dan merupakan sahabat yang paling akhir meninggal dunia pada tahun 91H di Basrah.
  137. Anis bin Qatadah : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam perang Uhud. 
  138. Anisah binti Al-Harith : saudara susuan Rasulullah s.a.w dengan Halimah as-Sadiah. 
  139. Aqil bin Abi Talib : adik beradik Ja'afar bin Abi Talib dan Ali bin Abi Talib. Beliau menjadi buta kerana terlibat dalam beberapa peperangan. 
  140. Aqil bin Bukair : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  141. Arqam bin Abi Arqam : Sahabat Nabi saw yang mempergunakan rumahnya sebagai tempat pertemuan Rasulullah saw dengan sahabat-sahabat Baginda di Mekah.
  142. Ar-Rubai binti An-Nadhr : antara wanita yang terawal memeluk Islam. Ibu kepada Anas bin Malik
  143. Arwa binti Kuraiz : Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain. 
  144. Arwaa binti Abdul Muttalib : ibu saudara Rasulullah s.a.w. Beliau paling kuat membela Rasulullah s.a.w. dengan lisannya. 
  145. Arfaja al-Bariqi : berasal dari Yaman memeluk Islam di zaman Rasulullah s.a.w. 
  146. As'ad bin Zurarah : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah. 
  147. Ashim bin Amr - Ketua Pasukan Pemusnah Islam yang dilantik oleh Saad bin Abi Waqqas.
  148. Asim bin Abu' Auf : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  149. Asim bin Adi : Pahlawan Islam Perang Uhud. Menjadi wakil Nabi di Quba. Ketika Perang Badar beliau tidak ikut serta kerana diarah oleh Nabi s.a.w untuk menjaga penduduk di Aliyha. 
  150. Asim bin Tsabit : Pahlawan Islam yang telah berjaya membunuh Uqbah bin Abu Mu'it dalam Perang Uhud. 
  151. Asla' bin Syarik : pembantu dan teman dalam perjalanan Rasulullah s.a.w. 
  152. Asma' binti Abu Bakar : anak kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau banyak berjasa kepada Rasulullah s.a.w dan bapanya semasa baginda dan Abu Bakar berhijrah ke Madinah dan bersembunyi di Gua Thur dengan membawa bekalan makanan kepada mereka. Ketika itu beliau sedang sarat mengandung. Beliau telah meriwayatkan 56 hadis dari Nabi s.a.w. 
  153. Asma binti Salamah : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  154. Asma' binti Umais Al-Khas'amiah : antara yang terawal memeluk Islam. Isteri kepada Ja' afar bin Abi Talib dan bersama suaminya berhijrah ke Habsyah.  Beliau telah meriwayatkan 60 hadis dari Nabi s.a.w. 
  155. Asma binti Yazid : antara wanita yang terawal menerima Islam dikalangan kaum Ansar. Juga antara wanita Muslimah yang paling banyak meriwayatkan hadis. Pernah membunuh 9 tentera musuh Islam dengan hanya menggunakan tiang khemah. Beliau telah meriwayatkan 80 hadis dari Nabi s.a.w. 
  156. Asy' Syifa binti Abdullah : Berhijrah bersama Rasulullah s.a.w ke Madinah. Salah seorang perawi Hadis Nabi. 
  157. Asy-Syifa binti Abdul Rahman : Bidan Rasulullah s.a.w.
  158. At-Tufail Ibn Amr ad-Dawsi : Bangsawan Arab yang terkemuka. Gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  159. Atikah binti Abdul Muttalib : ibu saudara Nabi s.a.w dan juga ibu kepada Ummu Salamah (isteri Nabi s.a.w.). Beliau memiliki keistimewaan boleh mentafsir mimpi. 
  160. Atiqah binti Zaid : Adik kepada Said bin Zaid. Pernah menjadi Isteri kepada beberapa sahabat Nabi s.a.w antaranya Abdullah bin Abu Bakar, Saidina Ummar Al-Khattab, Zubair bin Awwam dan Ali bin Abi Talib. 
  161. Aus bin Al-Arqam : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  162. Aus bin Tsabit : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  163. Auf bin Harts : Pemuda Ansar yang turut sama dalam Perang Badar. Beliau adalah tentera Islam yang ke 4 gugur syahid
  164. Awais Al- Qarni : Seorang hamba Allah yang tidak dikenali oleh penduduk dunia tetapi besar kedudukannya di sisi penduduk langit kerana ketinggian taqwanya kepada Allah swt. 
  165. Awn bin al-Harith : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  166. Awwas bin Mughairah Al-Jamhi @ Abu Mahzurah : Muazin Rasulullah s.a.w di Mekkah. 
  167. Ayas bin Aus : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  168. Ayyasy bin Abi Rubai'ah : Saudara seibu dengan Abu Jahal. Termasuk yang terawal memeluk Islam. 
  169. Az-Zabarqan bin Badar : Pegawai kepada Nabi s.a.w. 
  170. Azdah binti Haris : Muslimah yang menyertai peperangan dan banyak memperolehi kemenangan. 
  171. Bara' bin Ma'rur : Pemimpin Bani Salamah yang berbaiah dengan Nabi. 
  172. Barakah binti Tha'labah @Ummu Aiman : Pengasuh Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayangi Ummu Aiman dan menganggapnya seperti ibu baginda sendiri. Beliau adalah ibu kepada Usamah bin Zaid. 
  173. Barakah binti Yasar : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah.
  174. Basyir bin Saad al-Ansari: Memimpin misi dakwah seramai 30 orang yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w. ke pada Bani Murrah di pinggiran Fadak. Dalam misi ini mereka telah diserang oleh Bani Murrah dan semua terkorban kecuali Basyir yang cedera parah. Beliau tinggal bersama kaum Yahudi sehingga sembuh sebelum pulang ke Madinah.  
  175. Bazan bin Sasan : Gabenor Yang pertama. Beliau adalah juga orang yang pertama di utus oleh Nabi s.a.w menjadi Gabenor. 
  176. Bilal bin al-Hariths al-Muzani :Sahabat Nabi s.a.w. , penjaga Baitulmal pada zaman Saidina Umar. 
  177. Bilal bin Rabah : Muazin pertama dalam Islam. Beliau antara umat Islam yang paling teruk diseksa oleh pihak Quraisy.  Perkataan "Bilal" sehingga kini digunakan untuk para jura azan di Masjid. Beliau telah meriwayatkan 44 hadis dari Nabi s.a.w. 
  178. Buraidah bin al-Hushaib : sahabat Rasulullah s.a.w yang memeluk Islam sebelum Perang Badar tetapi tidak sempat menyertai peperangan tersebut. 
  179. Dhuba'ah binti Zubair : Sepupu Rasulullah s.a.w. Bernikah dengan pelopor Pasukan Berkuda Islam iaitu Miqdad bin Amr. 
  180. Dhurar bin Azwar : Pahlawan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. 
  181. Dihyah ibnu al-Khalifatu al-Kalbiy : sahabat Rasulullah s.a.w yang turut menyertai Perang Badar. Beliau adalah utusan Rasulullah s.a.w bertemu dengan Heraclius di Himish. Kadangkala malaikat Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w menyerupai Dihyah. 
  182. Dimad al-Azdiy : seorang yang pandai menjampi. Beliau asalnya berjumpa Rasulullah s.a.w untuk menjampi Baginda. Tapi akhirnya memeluk Islam setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. 
  183. Durrah binti Abu Lahab : anak kepada Abu Lahab. Berhijrah bersama Nabi s.a.w ke Madinah. 
  184. Dzakwan bin Abdu Qais: antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  185. Fadalah bin Umayyah: pernah cuba membunuh Nabi s.a.w ketika baginda sedang tawaf. Apabila Rasulullah s.a.w memberitahu apa yang tersirat dalam hatinya, lantas dia memeluk Islam. 
  186. Fahitah binti Abi Thalib : antara yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. 
  187. Fairuz Ad-Dailami : pemuda berketurunan Arab-Parsi. Beliau telah membunuh seorang Nabi palsu bernama Aswad Al-Ansi. 
  188. Fari'ah binti Abi Shalt : Memeluk Islam selepas penaklukan kota Thaif. 
  189. Fariah binti Abu Sufyan : Saudara perempuan kepada Ramlah binti Abu Sufyan (Ummul Mukminin). Isteri kepada Abdullah Bin Jahsy (saudara lelaki kepada Zainab binti Jahsy isteri Nabi s.a.w). Termasuk kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  190. Fatimah binti Al-Khattab : adik kepada Saidina Umar Al-Khattab dan isteri kepada Sa'id bin Zaid (antara 10 yang dijamin syurga). Fatimah adalah diantara yang terawal memeluk Islam. Saidina Umar memeluk Islam setelah mendengar beliau dan suaminya membaca Al-Quran (surah Thahaa). 
  191. Fatimah binti Al-Qamah : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  192. Fatimah binti Assad : ibu kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Pernah menjadi pengasuh Rasulullah s.a.w. dan Nabi menganggap beliau seperti ibunya sendiri. Meriwayatkan 46 hadis Rasulullah s.a.w. 
  193. Fatimah binti Mujallil : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  194. Fatimah binti Qais : Isteri Usamah binti Zaid, antara perawi hadis Rasulullah s.a.w. Beliau termasuk rombongan yang pertama berhijrah. 
  195. Fatimah binti Shafwan : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  196. Fatimah binti Utbah : Saudara Hindun binti Utbah. Termasuk rombongan wanita yang berbaiah di hadapan Rasulullah s.a.w. selepas pembukaan Mekah. 
  197. Fatimah binti Walid : Saudara perempuan kepada Khalid bin Walid. Khalid selalu meminta pendapat Fatimah mengenai beberapa strategi peperangan. 
  198. Fatimah binti Yaman : Mujahidah yang hebat, meriwayatkan beberapa hadis dari Nabi. 
  199. Fukaihah binti Yasar : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  200. Furai'ah binti Malik : Sahabiah Nabi s.a.w, yang membenarkan apa yang dijanjikan Allah. Anak perempuan Malik bin Sinan. 
  201. Gazalah al-Haruriah : wanita yang berani dan tangkas. Turut sama berperang dalam beberapa peperangan.
  202. Gaziah binti Jabir : antara yang terawal memeluk Islam. Banyak meriwayatkan hadis. 
  203. Ghalib bin Abdullah al-Laithi : Memimpin 130 tentera Muslimin ke al-Haraqat al-Juhainah.
  204. Habbab bin Qaizhi : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  205. Habib bin Yazid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  206. Habib bin Zaid : pemegang bendera Islam dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Beliau telah dibunuh oleh Musailamah bin Al-Kazzab yang mengaku Nabi. 
  207. Habibah binti Ubaidillah : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  208. Habit bin Abi Balta'ah : Wakil / utusan Rasulullah s.a.w. kepada Raja Muqawqis di Mesir. 
  209. Hakim ibn Hazm : salah seorang dari 2 individu yang lahir dalam Kaabah selain Saidina Ali bin Abi Talib r.a. 
  210. Halimah binti Abu Dzu'aib Al-Sa'diah : Ibu susuan Rasulullah s.a.w.
  211. Hamnah binti Jahsy @ Ummu Habibah : sepupu Nabi s.a.w. Beliau turut serta dalam beberapa peperangan bersama Nabi s.a.w. 
  212. Hamnah binti Sufyan : Ibu kepada Saad bin Abi Waqqas
  213. Hamzah bin Abdul Muttalib : Bapa saudara Nabi s.a.w.  Gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  214. Hanzalah bin Abu Amir : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud. Jasadnya dimandikan oleh Malaikat kerana beliau masih berjunub ketika syahid. 
  215. Hanzalah bin Rabi'al Asadi : Penulis Rasulullah s.a.w. 
  216. Haram bin Milhan : Utusan yang membawa surat dari Rasulullah s.a.w. kepada Amir bin Thufail, ketua Bani Amir. Amir tidak mengendahkan surat itu malah dibunuhnya Haram bin Milhan. 
  217. Haris bin Uthbah: Gugur syahid dalam Perang Uhud bersama bapa saudaranya Wahab bin Qabus. 
  218. Harith bin Abdul Muttalib : Bapa saudara Nabi s.a.w. 
  219. Harith bin Anas : Antara tentera Pemanah di Medan Uhud yang tetap bertahan walaupun sebahagian dari mereka engkar arahan Rasulullah s.a.w agar bertahan di Bukit Pemanah itu (Jabal Ruman).
  220. Harith bin Hatib : diarahkan pulang ke Madinah oleh Rasulullah s.a.w ketika Perang Badar untuk menjaga Bani Amru bin Auf. 
  221. Harith bin Summah: seorang pahlawan Islam yang terjatuh dan patah kaki ketika dalam perjalanan menuju ke Medan Badar dan terpaksa dihantar balik ke Madinah. 
  222. Harithah bin Nu'man : Ahli Perang Badar dan Uhud, pernah melihat malaikat Jibrail.
  223. Harits bin Hisham : Bapa Saudara Ikrimah bin Abu Jahal. Beliau gugur syahid di Perang Yarmuk bersama Ikrimah. 
  224. Harits bin Udai' : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  225. Haritsah bin Suraqah : Tentera Islam yang kedua gugur syahid dalam Perang Badar akibat terkena panah sesat seorang tentera Islam. 
  226. Hasan bin Ali : cucu Rasulullah s.a.w. -anak kepada Fatimah az-Zarah dan Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Beliau telah meriwayatkan 13 hadis Nabi s.a.w. 
  227. Hasanah Ummu Syarahbil : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  228. Hassan bin Thabit : Seorang penyair yang sering mendampingi Rasulullah saw dalam menangkis ejekan musuh-musuh Islam melalui syair
  229. Hashim bin Abdul Manaf - Datuk Rasulullah s.a.w.
  230. Hashim bin Utbah : anak saudara Saad bin Abi Waqqas. Turut serta dalam beberapa peperangan setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. 
  231. Hasil bin Jahir: Pahlawan Islam yang agak berumur yang menyertai Perang Uhud. 
  232. Hatib bin Abi Baltaah : Sahabat Nabi yang hampir membocorkan rancangan Nabi menakluk Mekkah. Namun Rasulullah s.a.w memaafkan Hatib kerana Hatib melakukan itu kerana risaukan keluarganya yang masih berada di Mekkah. Hatib adalah salah seorang daripada Sahabat Badar yang telah diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t.
  233. Hawa binti Yazid bin As-Sakan : antara wanita pertama berbaiat dengan Rasulullah s.a.w. 
  234. Hind bin Abi Halah : anak tiri Rasulullah s.a.w. (anak Siti Khadijah dengan suaminya yang dahulu). Beliau termasuk orang yang paling banyak menceritakan sifat Rasulullah s.a.w.  
  235. Hind binti Atiq : anak tiri Rasulullah s.a.w. (anak Siti Khadijah dengan suaminya yang dahulu).
  236. Hindun bt Abu Umayyah: isteri Abu Salamah yang ikut berhijrah bersama suaminya ke Habsyah. 
  237. Hindun binti Amr : Wanita yang tabah ditinggalkan keluarganya. 
  238. Hindun binti Auf :Sejarah Islam mengelar beliau Ibu Mertua Paling Terhormat kerana beliau adalah Ibu Mertua Rasulullah s.a.w dari 2 isteri Nabi iaitu Zainab bt Khuzaimah dan Maimudah bt Haris (Zainab dan Maimunah satu Ibu lain bapa), disamping beliau juga adalah ibu Mertuanya Abu Bakar, Ali bin Abi Thalib, Hamzah bin Abd Mutalib, Abbas dan Jaafar.  
  239. Hindun binti Utbah : isteri Abu Sufiyan bin Harb, pemimpin Musyirikan Quraisy sebelum memeluk Islam. Beliau dikatakan pernah memamah hati Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dalam Perang Uhud kerana dendamnya kepada Hamzah yang telah membunuh ayah dan saudaranya dalam Perang Badar. Setelah memeluk Islam, beliau turut terlibat dalam beberapa peperangan melawan musuh Islam dan turut membakar semangat tentera Muslimin.
  240. Hisyam bin Ash : Antara sahabat Rasulullah s.a.w yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh bapa dan abang dengan berbagai seksaan.  
  241. Hubab bin Munzir : Ketua suku Aus yang turut berperang di Uhud. 
  242. Hubaib bin Zaid : anak lelaki Nusaibah bt Ka'ab. Beliau telah dibunuh oleh Nabi Palsu Musailamah al-Kazzab al-Hanafi ketika ditugaskan menghantar surat kepada Musailamah. 
  243. Hubar bin al-Aswad: Orang yang menghalang Zainab (puteri Nabi) semasa dia hendak berhijrah sehingga Zainab terjatuh dan gugur kandungannya. Dia kemudian memeluk Islam semasa Pembukaan Mekkah dan menjadi Muslim yang baik. 
  244. Hudhayfah al-Bariqi : sahabat Nabi s.a.w dari Yaman. Panglima tentera Islam yang menentang Tentera Parsi. 
  245. Humaydah al-Bariqi : sahabat Nabi s.a.w. Beliau mengetuai tentera Islam berjaya melumpuhkan seluruh  angkatan Tentera Parsi. 
  246. Husail bin Jabir : Seorang yang telah berusia tua dan terlalu inginkan syahid, beliau akhirnya gugur syahid dalam Perang Uhud.
  247. Husein bin Ali bin Abi Talib: Cucu Rasulullah s.a.w Penghulu pemuda penghuni syurga. Syahid dalam peristiwa Karbala pada tahun 61H.
  248. Huzaifah bin al-Harith : saudara susuan Rasulullah s.a.w  daripada Halimah. 
  249. Huzaifah bin Al-Yamani : pemegang rahsia Rasulullah s.a.w dan juga menjadi perisik Nabi s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 225 hadis dari Nabi s.a.w. 
  250. Hujaimah binti Huyyai @ Ummu Darda : isteri Abu Darda' . Seorang yang faqih ilmu agamanya dan juga perawi hadis Nabi. 
  251. Hussin bin Ali : cucu Rasulullah s.a.w, anak kepada Fatimah. 
  252. Ibad bin Basyar : menjaga Rasulullah s.a.w dan tentera Islam semasa peperangan. 
  253. Ibn Abi al-'Auja : memimpin 50 orang pendakwah yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Bani Sulaim. Namun Bani Sulaim menolak menolak ajakan dakwah dan berlaku pertempuran dimana Ibn Abi al-'Auja cedera parah.Namun beliau berjaya pulang ke Madinah bersama yang lain. 
  254. Ibnu Abbas : Nama sebenar Abdullah bin Abbas, anak kepada Abbas bin Abdul Muthalib iaitu bapa saudara Nabi s.a.w. Sahabat kelima yang banyak meriwayatkan hadis selepas Saidatina Aisyah r.a.  iaitu sebanyak 1,660 hadis. Meninggal dunia di Taif pada tahun 68H dalam keadaan buta. 
  255. Ibnu Ummi Maktum : Nama penuh Abdullah bin Qais. Seorang sahabat Nabi yang buta dan terkenal berani. Beliau adalah muazin kedua selepas Bilal bin Rabah. Kerana beliau, Rasulullah s.a.w ditegur Allah s.w.t dalam Surah Abasa ayat 1-2. Beliau telah meriwayatkan 3 hadis dari Nabi s.a.w. 
  256. Ikrimah bin Abu Jahal : anak kepada Abu Jahal. Pada awal Islam, beliau adalah musuh ketat orang Islam seperti bapanya. Beliau memeluk Islam sewaktu Pembukaan Kota Mekkah. Ikrimah gugur Syahid dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom Byzantine. 
  257. Imarah bin Ziad : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  258. Imran bin Hussain : berbai'ah dengan Nabi s.a.w ketika Perang Khaibar. Salah seorang Ulama di kalangan sahabat. Telah meriwayatkan 130 hadis dari nabi s.a.w. 
  259. Iyas bin Abi Rabi'ah al-Makhzumi al-Quraisy : termasuk sahabat Nabi yang mula-mula masuk Islam. Ketika berhijrah ke Madinah, beliau ditahan oleh Abu Jahal dan Harits bin Hisyam dibawa kembali ke Mekah dan diseksa. Rasulullah s.a.w membacakan doa qunut untuk beliau dan yang lain-lain. 
  260. Iyas bin Aus : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  261. Iyas bin Mu'adh : tokoh yang menyebarkan Islam di Madinah di zaman Rasulullah s.a.w. 
  262. Iyas bin udai : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  263. Iyasy bin Abu Rabi'ah : antara sahabat Nabi yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
  264. Ja'afar bin Abi Talib : Sahabat yang memimpin rombongan Islam berhijrah ke Habsyah. Salah seorang Panglima Tentera Islam. Beliau gugur syahid dalam Perang Mut'ah ketika menentang tentera Rom.
  265. Jabir bin Abdullah : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  266. Jabir bin Samurah : beliau dan ayahnya adalah sahabat Rasulullah s.a.w.  
  267. Julaibib : berasal dari Madinah. Sifat fizikalnya yang rendah dan tidak menarik menyebabkan beliau kurang dikenali. Namun Julaibib adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang amat disayangi oleh baginda. Nabi sendiri telah melamar seorang gadis untuk Julaibib. Beliau gugur syahid dalam satu pertempuran setelah berjaya membunuh 7 orang musyrikin. 
  268. Jumanah bin Abi Talib : sepupu Nabi s.a.w.
  269. Juwairiah binti Abu Sofyan : Sahabiyah dan pejuang wanita yang turut menggempur musuh Islam dalam Perang Yarmuk. 
  270. Ka'ab bin Amru : Ahli Perang Badar dan Uhud. 
  271. Ka'ab bin Malik : Penyair Rasulullah s.a.w. Beliau telah meriwayatkan 80 hadis dari Nabi s.a.w. 
  272. Ka'ab bin Umair al-Ansari: beliau memimpin 15 orang tentera Muslimin menyerang Bani Quda'ah yang sedang menghimpun kekuatan yang besar untuk menyerang kaum Muslimin. Kesemua tentera muslimin gugur kecuali seorang yang berjaya pulang ke Madinah. 
  273. Ka'ab bin Zaid: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. Beliau antara yang terselamat daripada 70 orang sahabat Nabi yang Hafiz Al-Quran yang dibunuh oleh Bani Ushayyah, Ri'lin dan Zakwan di Tragedi Telaga Al-Mauna. Kesemua 70 orang sahabat Nabi itu dihantar untuk berdakwah di Najd. 
  274. Ka'ab bin Zuhair : Sahabat Nabi s.a.w dan penyair
  275. Ka'ab bin Zuhayr : antara yang dihalalkan darahnya ketika pembukaan Mekkah. Namun dia dimaafkan setelah memeluk Islam dan menjadi Muslim yang baik. 
  276. Kabsyah binti Rafi' : Ibu para pahlawan Islam. 2 orang anaknya Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz gugur syahid di medan pertempuran. 
  277. Kaltsum bin al-Hadm : Rasulullah s.a.w menetap dirumah beliau selama 4 hari ketika baginda tiba di Quba dalam Hijrah ke Madinah. 
  278. Khabbab bin Al-Art : antara sahabat yang paling teruk diseksa oleh orang Quraisy sehinggakan dagingnya masak akibat dibakar dengan besi panas. Beliau adalah orangnya yang mengajar Al-Quran kepada Fatimah Al-Khattab (Adik Umar Al-Khattab) ketika Umar datang ke rumah Fatimah. Sahabat yang pertama dikebumikan di Kufah
  279. Khairah binti Abu Hadrad Al-Aslami @ Ummu Darda : sahabat wanita yang terkemuka - banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. 
  280. Khalid bin Sa'id : antara 5 yang terawal memeluk Islam, turut menyertai rombongan Hijrah ke Habsyah. 
  281. Khalid ibnu Walid : Ketua Angkatan Berkuda Quraisy ketika Perang Uhud yang berjaya menumpaskan tentera Islam yang kucar kacir ketika itu akibat berebut harta rampasan perang. Setelah memeluk Islam, Khalid dilantik menjadi Panglima Tentera Islam dan digelar "Pedang Allah". Dia meriwayatkan 18 hadis dari Nabi s.a.w. Strategi Perang Khalid ibn Walid masih dipelajari di berbagai Universiti di German dan Negara Eropah. 
  282. Khallad bin Sawid: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam perang Bani Quraizha. 
  283. Khaitsumah r.a. : Pemimpin Bani Amr bin Auf, gugur syahid di Medan Uhud. 
  284. Khansa' binti Khazam : Antara wanita terawal Madinah memeluk Islam. 
  285. Kharijah bin Abu Suhair: Pahlawan Islam yang gugur dalam Perang Uhud.
  286. Kharijah bin Zaid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  287. Khaulah binti Azur : "The Black Rider" - seorang Muslimah yang turut serta bersama tentera Islam di bawah Khalid bin Walid menentang tentera Rom.
  288. Khaulah binti Hakim : isteri kepada Usman bin Maz'un (Muhajirin pertama meninggal dunia di Madinah dan yang pertama dikebumikan di perkuburan Baqi') beliau juga wanita yang mencadangkan kepada Nabi s.a.w untuk menikahi Saudah Binti Zum'ah. 
  289. Khaulah binti Malik : Wanita yang Allah dengar kata-katanya dari langit dan diturunkan ayat Al-Mujadalah ayat 1-2. 
  290. Khaulah binti Tha'labah : pernah berdebat dengan Nabi s.a.w. berkenaan suaminya sehingga turun surah al-Mujadalah ayat  1-2. 
  291. Khawla binti al-Azwar : seorang wanita sahabat Nabi s.a.w yang turut serta dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom Byzantine. Beliau dikatakan memiliki tahap kepahlawanan setaraf Khalid ibn Walid
  292. Khawwat bin Jubair: Pahlawan Islam yang tidak dapat ikut serta dalam Perang Badar kerana diarahkan untuk menemani 2 orang sahabat yang patah kaki pulang ke Madinah ketika dalam perjalanan menujuk ke Medan Perang Badar. 
  293. Khubaib bin Adi al-Ansari : Pahlawan Islam yang berani mati. Gugur syahid dalam Perang Badar akibat disula. Sebelum dibunuh oleh pihak Quraisy, beliau telah ditawarkan untuk menggantikan tempatnya dengan Rasulullah s.a.w namun Khubaib enggan kerana sayangnya kepada Rasulullah s.a.w. Beliau adalah orang yang pertama disalib kerana berjuang di jalan Allah dan yang pertama menunaikan solat sunat sebelum dibunuh oleh orang Quraisy. Di Perang Badar juga beliau telah berjaya membunuh seorang pemimpin Quraisy bernama al-Hariths bin Amir bin Naufal. 
  294. Khubair bin Yasaf: Pahlawan Islam yang telah membunuh Umayyah bin Khalaf dalam Perang Uhud. 
  295. Khuzaimah binti Jahm : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  296. Laila binti Abi Hatsmah : isteri Amir bin Rabiah, antara wanita pertama berhijrah ke Habsyah dan wanita pertama memasuki kota Madinah semasa Hijrah. 
  297. Laila Al-Ghifariah : sahabiyah yang sering mengikut Rasulullah s.a.w. ke medan perang dan merawat perajurit Islam yang cedera. 
  298. Lailah binti Khatim : wanita yang menawarkan dirinya untuk dinikahi Rasulullah s.a.w namun Rasulullah s.a.w menolaknya. 
  299. Lubabah binti Harith : ibu saudara Nabi s.a.w. Merupakan wanita kedua memeluk Islam sejurus selepas Siti Khadijah. 
  300. Ma'abad bin Wahab: suami Hurairah bt Zam'ah, adik Ummul Mukminin Saudah bt Zam'ah. Beliau gugur syahid dalam Perang Badar. 
  301. Ma'an bin Ady : Sahabat Nabi di kalangan kaum Ansar. Ikut serta dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  302. Malik bin Dakhsam : Pahlawan Islam yang berjaya membunuh Suhail bin Amru  dalam Perang Uhud. 
  303. Malik bin Iyas : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  304. Malik bin Sinan : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  305. Malik bin Tumailah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  306. Mas'ud bin Amru al-Ghifari : dilantik penjaga Harta Rampasan Perang di Medain Hunain. 
  307. Mihja @ Mujahha Maula Umar bin Khattab : Hamba Sahaya Umar bin Khattab, beliau gugur syahid dalam Perang Badar dan adalah merupakan Tentera Islam yang pertama gugur dalam Perang
  308. Miqdad bin Al-Aswad : Sahabat Nabi s.a.w. 
  309. Miqdad bin Amru : antara yang terawal memeluk Islam. Beliau adalah pelopor pasukan Berkuda tentera Islam dalam peperangan. Meriwayatkan 48 hadis dari Nabi s.a.w.
  310. Mu'awiyah bin Abi Sufiyan : orang yang terawal menulis bagi Rasulullah s.a.w. Beliau mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau juga adalah Muslim pertama mengharungi lautan untuk tujuan berperang. Beliau meriwayatkan 130 hadis dari Nabi s.a.w. 
  311. Mu'awiyah bin Harts : Seorang Pemuda Ansar yang turut dalam Perang Badar. 
  312. Muawwiz bin al-Harith : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  313. Muaz bin Afra & Muaz bin Amru bin al-Jamuh: 2 anak muda yang digelar "2 Muaz" inilah yang telah membunuh musuh Islam Abu Jahal di Perang Badar. 
  314. Muaz bin Amr : Salah seorang dari 70 orang Ansar yang turut serta dalam Bai'at Aqabah II. 
  315. Muaz bin Jabal : sahabat Nabi s.a.w yang paling arif dalam soal Halal dan Haram dan hafal al-Quran. Salah seorang dari 6 sahabat yang mengumpulkan al-Quran. Pemimpin para Ulama di Hari Kiamat nanti. Beliau meriwayatkan 157 hadis dari Nabi s.a.w. 
  316. Muazah binti Abdullah Al-Adawiah : pakar hadis yang banyak meriwayatkan hadis dari Aisyah r.a. dan Ali bin Abi Talib r.a. Termasuk perawi yang mencapai tingkat siqah dan hujjah dalam ilmu hadis. 
  317. Mubasyir bin Adu al-Mundzir : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  318. Mughirah bin Syu'bah : antara sahabat Rasulullah s.a.w. yang turut serta dalam Perjanjian Hudaibiyah. Dilantik menjadi Gabenor Kufah semasa zaman Mu'awiyah dan merupakan orang yang pertama menyusun pentadbiran di Kota Basrah. Telah meriwayatkan 136 hadis dari Nabi s.a.w. 
  319. Muhammad bin Abi Al-Ash : cucu Rasulullah s.a.w. anak kepada Zainab. 
  320. Muhammad bin Maslamah : Sahabat Rasulullah s.a.w. Ahli Perang Badar. Beliau juga yang mengetuai operasi memerangi Ka'ab bin al-Asyraf, pembesar Madinah yang jahat dan berjaya membunuhnya. Mereka berdua adalah saudara sesusuan.  
  321. Muhammad bin Salamah : menjaga Rasulullah s.a.w ketika Perang Uhud. 
  322. Mujasyi' bin Mas'ud : Panglima Tentera Islam menentang Tentera Parsi. 
  323. Mus'ab bin Umair : golongan bangsawan Quraisy yang memeluk Islam, beliau menjadi duta orang Islam ketika Perjanjian Aqabah. Beliau adalah duta besar Islam yang pertama di Madinah. Beliau telah mengislamkan ramai penduduk Madinah ketika awal Islam. Beliau telah gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  324. Mutsanna bin Haritsah : pahlawan Islam yang berani, orang yang pertama menyerang wilayah Persia. 
  325. Nafisah binti Muniyyah - wanita yang menemui Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan hasrat Khadijah bt Khuwallid untuk mempersuamikan baginda. 
  326. Nailah binti al-Farafishah : isteri Khalifah Uthman bin Affan r.a. Beliau terputus jarinya ketika cuba menyelamatkan suami dari serangan pemberontak islam. 
  327. Nasibah binti Harits @ Ummu Athiyah Al-Anshariah : banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. dan turut serta dalam beberapa peperangan.
  328. Naufal bin Abdullah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  329. Nu'man bin Abd Amr :Syuhada Perang Uhud. 
  330. Nu'man bin Al-Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  331. Nu'man bin Malik: antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  332. Nu'man ibn Basyir : sahabat Nabi s.a.w dari golongan Ansar. Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa beliau kelak akan mati syahid dalam pertempuran. 
  333. Nu'man ibn Muqarrin : ketua suku Bani Muzainah yang memeluk Islam bersama 10 orang saudara lelakinya bersama 400 orang penunggang kuda ketika Nabi s.a.w berada di Madinah. Gugur syahid ketika menentang tentera Parsi. Dia meriwayatkan 6 hadis dari Nabi s.a.w. 
  334. Nusaibah binti Harith @ Ummu Atiyah : seorang wanita yang berani yang turut serta dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. 
  335. Nusaibah binti Ka'ab @ Ummu Umarah : berbai'ah kepada Rasulullah s.a.w ketika Bai'ahtul Aqabah yang kedua. Dalam perang Uhud beliau bertindak melindungi Rasulullah s.a.w dari serangan musuh sehingga beliau mengalami kecederaan yang teruk. 
  336. Qa'Qa ibnu Amr : Pemimpin pasukan Berkuda di zaman Rasulullah s.a.w. 
  337. Qais bin Abi Sha'sha'ah : Pemimpin tentera Muslimin barisan belakang di Perang Badar. 
  338. Qais bin Mikhrats : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  339. Qais bin Mukhallid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  340. Qais bin Sa'ad bin Ubadah : telah diserahkan oleh bapanya (Sa'ad bin Ubadah) untuk menjadi pembantu Nabi s.a.w . Beliau adalah pakar dalam strategi peperangan dan juga panglima perang Islam yang gagah berani. Beliau telah meriwayatkan 16 hadis dari Nabi s.a.w. 
  341. Qailah binti Makhramah : Sahabat wanita. 
  342. Qatilah binti Harits : penyair wanita yang banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. 
  343. Qutham bin Abbas : sepupu Rasulullah s.a.w. Orang yang paling mirip dengan Rasulullah s.a.w. Gugur syahid semasa pembukaan Samarqand tahun 55 H. 
  344. Qutailah binti Nadhar : penyair wanita yang hebat dizaman Nabi. 
  345. Qutbah bin Amir : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  346. Rabayi' binti Mi'waz : Sahabat wanita yang turut Ba'it Al Ridhwan dan turut serta dalam banyak peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dimana beliau membantu membawa minuman dan merawat tentera Islam yang cedera. 
  347. Rabiah binti Muawwad : turut serta dalam Bai'at Ridwan. Telah meriwayatkan 21 hadis Nabi s.a.w. 
  348. Rafi' bin Malik m: anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  349. Rafi' bin Mu'la : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar.
  350. Raithah binti Harits : Antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  351. Raithah binti Munabbih : isteri Amru bin As. Mempelajari Islam daripada anaknya. 
  352. Ramlah binti Abu Auf : Antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  353. Rasyid Al-Ansari al-Fari : Pahlawan Islam yang turut serta dalam peperang menentang tentera Musyrik. 
  354. Rifa'ah bin Amru : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  355. Rifa'ah bin Rafi' az-Zurqi :Sahabat Nabi yang pernah menyaksikan Perjanjian Aqabah. Turut menyertai Perang Badar dan perang-perang selepas itu. 
  356. Rifa'ah bin Wahsyi : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  357. Rifa'ah bin Waqasih : Pahlawan Islam yang agar berumur, turut serta dalam perang Uhud dan gugur syahid. 
  358. Rubayya' binti Muawwiz : Selalu mendampingi perjuangan Rasulullah s.a.w. 
  359. Rufaidah al-Aslamiyah : Jururawat Islam semasa Perang Khandak. 
  360. Rufaidah binti Sa'ad : jururawat Islam pertama. Wanita dari golongan Ansar di Madinah adalah pelopor bidang kejururawatan lebih awal dari Florence Nightingale. Beliau hidup dizaman Rasulullah s.a.w 
  361. Rukanah bin Abdul Aziz : orang yang lawan gusti dengan Rasulullah s.a.w.
  362. Rumaisha binti Milhan : Ibu kepada Anas bin Malik. Turut serta dalam beberapa peperangan seperti Perang Uhud, Perang Hunain dan lain-lain.Beliau memberi minuman dan merawat tentera Islam yang cedera. 
  363. Rumiah Al-Hasanian : Jururawat Muslim yang terulung, memberi banyak sumbangan dalam bidang Kejururawatan Islam. 
  364. Ruqayyah binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w , anak kepada Fatimah. 
  365. Saad bin Ar-Rabi' : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.Ketika Hijrah, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan beliau dengan Abdul Rahman bin Auf. 
  366. Sa'ad bin Abi Waqqas : Antara 10 sahabat yang jamin Syurga oleh Rasulullah s.a.w. Beliau adalah yang pertama memanah dalam perang dijalan Allah.  Pernah menjadi tawanan perang Uhud oleh pihak Quraisy dan dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan 271 hadis dari Rasulullah s.a.w . Saad adalah sahabat yang terakhir meninggal dari kalangan Muhajirin. 
  367. Sa'ad bin Al-Qaraz : muazin Rasulullah s.a.w di Masjid Quba, Madinah. 
  368. Sa'ad bin Khaithamah : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  369. Sa'ad bin Khuzaimah : Pahlawan Islam yang turut serta dalam Perang Badar.
  370. Sa'ad bin Malik : Seorang pahlawan Islam yang sudah bersiap sedia untuk keluar berperang di Badar namun meninggal dunia di Rauha'. 
  371. Sa'ad bin Mua'z : pemimpin kaum Aus yang paling banyak membantu kaum Muhajirin Mekkah ketika hijrah umat Islam ke Madinah. Terlibat dalam Perang Badar, Uhud dan Khandaq. Gugur syahid dalam Perang Khandaq pada tahun 5 H. 
  372. Sa'ad bin Ubaidillah : Qari di zaman Nabi s.a.w. dan juga pahlawan Islam yang hebat. Gugur syahid dalam Perang Qadisiah. 
  373. Sa'ad bin Ubadah : Pemimpin Suku Khazrah. Beliau merupakan satu-satunya penduduk Madinah yang diseksa seperti penduduk Mekkah. Beliau telah meriwayatkan 21 hadis dari Nabi s.a.w.
  374. Sa'ad bin Zayd al-Asyhadi : ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. bersama 20 orang penunggang kuda untuk memusnahkan berhala di Manah di al-Musyallal selepas pembukaan Mekkah. 
  375. Sa'ib bin Yazid : Sahabat Nabi. Ketika usia 7 tahun, dibawa oleh kedua orang tuanya melaksanakan Haji Wada bersama Nabi Muhammad s.a.w. 
  376. Sa'id bin Amir : Berhijrah bersama Nabi s.a.w ke Madinah. Antara Gabenor yang paling miskin. 
  377. Sa'id bin Suwaid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  378. Sa'id bin Zaid : antara sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. Berkahwin dengan Fatimah bt Al-Khattab. Beliau telah meriwayatkan 48 hadis dari Nabi s.a.w.
  379. Safanah binti Hatim : antara beberapa wanita yang santun dan fasih bertutur kata. 
  380. Safiyah binti Abdul Muttalib : ibu saudara Rasulullah s.a.w. dan juga ibu kepada Zubair bin Awwam. Berhijrah bersama Nabi s.a.w. ke Madinah. Seorang wanita yang berani yang turut serta dalam Perang Uhud. Wanita pertama yang berjaya membunuh musuh Islam dalam Perang Khandak
  381. Saffiyyah binti Syaibah : antara sahabiyyah Nabi s.a.w yang banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. 
  382. Safwan bin Umayyah : Pemimpin Besar Quraisy. Ketika pembukaan Mekkah dia melarikan diri kerana bimbang akan keselamatan dirinya. Namun setelah Rasulullah memberi jaminan atas keselamatannya dia kembali semula ke Mekkah. 
  383. Safwan bin Wahb : pahlawan Islam yang gugur syahid di Perang Badar. 
  384. Sahal bin Qais : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  385. Sahl bin Sa'ad : Sahabat Nabi s.a.w yang paling akhir meninggal dunia di Madinah pada tahun 88 Hijrah. 
  386. Sahlah binti Suhail : Isteri Abu Huzaifah bin Uqbah, antara wanita pertama berhijrah ke Habsyah. 
  387. Saifi bin Qhaizi : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  388. Salim bin Al-Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  389. Salim bin Umair : Ahli Perjanjian Aqabah dan Badar. 
  390. Salafah binti Saad : Pemegang kunci Kaabah. 
  391. Salim bin Amru : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  392. Salim bin Harits : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  393. Salim Maula Abi Hudzaifah : berasal dari keturunan Persia dan termasuk salah seorang Panglima besar dikalangan sahabat. Beliau gugur syahid dalam Perang Yamamah pada tahun 11 H. 
  394. Salamah bin Akwa' : tentera Pejalan kaki yang paling hebat dan kuat. pernah menghalau tentera Musyrikin keluar dari Madinah seorang diri tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Beliau pernah menyerang Afrika dizaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a. Beliau telah meriwayatkan 77 hadis dari Nabi s.a.w. 
  395. Salamah bin Hisyam : antara sahabat Nabi s.a.w yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
  396. Salamah bin Tsabit : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  397. Salman Al-Farisi : sahabat Rasulullah s.a.w yang berasal dari Parsi (Iran). Beliau adalah orang yang memberikan idea supaya menggali parit untuk Perang Khandaq. Beliau telah meriwayatkan 60 hadis dari Nabi s.a.w. 
  398. Saqaf bin Farwah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  399. Sawad bin Ghizyah: Tentera Islam dalam Perang Badar yang dipukul diperutnya oleh Rasulullah s.a.w. kerana dia tidak duduk lurus dalam Barisan Tentera Islam.. Sawad meminta balas namun dia mencium perut Nabi agar jika di syahid dia mahu syahid dengan kulitnya bersentuh dengan kulit nabi. 
  400. Shafwan bin Baidha' : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  401. Shafwan bin Wahab: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  402. Shammas bin Uthman : antara syuhada yang gugur dalam Perang Uhud. 
  403. Siba bin Urfathah: Dilantik memangku Presiden Madinah ketika Prang Bani Sulaim di Qarqarah al-Kudr. 
  404. Subai' bin Hathib : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  405. Subaiah binti Harits : sahabiyah yang banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. 
  406. Suhaib bin Sinan :dikenali dengan Suhaib Ar-Rumi, berasal dari seorang hamba yang menjadi kaya hasil dari perniagaan. Beliau telah melepaskan segala kekayaannya untuk berhijrah ke Madinah. Beliau telah meriwayatkan 307 hadis dari Nabi s.a.w.
  407. Suhail bin Amru : tawanan Tentera Islam dalam Perang Badar. Pernah diutuskan oleh kaum Quraisy untuk bertemu Nabi s.a.w bagi menghalang Umat Islam dari memasuki Mekkah untuk menunaikan umrah ziarah. Beliau memeluk Islam ketika pembukaan Kota Mekkah. 
  408. Suja' bin Wahab r.a. : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Yayamah. 
  409. Sumaira' binti Qais :Wanita Bani Nadhir yang turut serta dibaiah oleh Rasulullah s.a.w. Beliau mempunyai 2 anak yang gugur syahid di Perang Uhud. 
  410. Sumaiyyah binti Khayyat : wanita pertama yang mati syahid dalam Islam. Ibu kepada Ammar bin Yasir. 
  411. Suwad bin Ghaziah : Pahlawan Islam di Perang Badar. Rasulullah s.a.w telah menegurnya kerana beliau terkeluar sedikit daripada barisan tentera Islam dengan memukul perutnya. Suwad meminta balas kepada Nabi dan Nabi mengizinkannya. Suwad mencium perut Nabi kerana menginginkan syahid dengan menyentuh kulit Nabi. 
  412. Suwayd bin Samit : seorang penyair yang handal dari Yathrib, dia memeluk Islam dan gugur dalam Perang Bu'ath. 
  413. Syahar bin Bazan : Gabenor Yaman
  414. Syaddad bin Aus : Pernah dilantik menjadi Gabenor wilayah Himsh oleh Khalifah Umar Al-Khattab r.a. Telah meriwayatkan 50 hadis dari Nabi s.a.w. 
  415. Syaima bt Harith : saudara susuan Rasulullah s.a.w. , anak kepada Halimahtul Sa'adiah. 
  416. Syammas bin Affan : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud ketika menjadikan dirinya perisai melindungi Rasulullah s.a.w.
  417. Syifa binti Abdullah Al-Adawiah : sahabiyah yang pandai menulis dan membaca.
  418. Syuja' bin Wahab al-Asadi : memimpin 24 orang kaum Muslimin yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w ke Zat Irq untuk memerangi Bani Hazwan. Bani Hazwan berjaya ditumpaskan. 
  419. Syurahbil bin Hasanah : sahabat Nabi s.a.w dan juga Panglima Tentera Islam.
  420. Talhah bin Ubaidillah : Antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w., sahabat yang sentiasa melindungi Nabi s.a.w ketika Perang Uhud. Beliau telah meriwayatkan 38 hadis dari Nabi s.a.w. Beliau gugur syahid dalam Perang Jamal.
  421. Tamadhir binti Umar @ Khansa' : seorang ibu yang turut serta bersama 4 orang anak lelakinya dalam Perang Al-Qadisiyah menentang tentera Parsi dimana keempat anaknya gugur syahid. 
  422. Thabit bin Qais : Jurucakap Rasulullah s.a.w. Turut serta dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Gugur syahid dalam perang Al-Yamamah.
  423. Thauban bin Majdad : Hamba Rasulullah s.a.w. 
  424. Thufail bin Amru Al-Dausi : Pemimpin suku Dausi yang memeluk Islam dihadapan Rasulullah s.a.w. Beliau dihantar oleh Rasulullah s.a.w untuk memusnahkan berhala Dzu-Kaffain yang dimiliki oleh Kabilah Al-Dausi. Anaknya Amr bin Thufail r.a. gugur syahid dalam Perang Yarmuk. 
  425. Thufail bin Nu'man : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  426. Thulaihah bin Khuwalid as-Asadi : Panglima Tentera Islam. 
  427. Thuwaibah : Hamba kepada Abu Lahab yang dimerdekakan oleh tuanya semasa kelahiran Rasulullah s.a.w. Beliau juga adalah ibu susuan Rasulullah s.a.w. 
  428. Tsa'labah bin Ghunmah: pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Khandaq. 
  429. Tsa' labah bin Sa'ad bin Malik : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  430. Tsabit bin Akram: Perajurit berkuda di kalangan kaum Ansar di zaman Nabi s.a.w.  Gugur syahid dalam Peperangan Yamamah. 
  431. Tsabit bin Amru bin Qais : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  432. Tsabit bin Amru bin Zaid : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  433. Tsabit bin Wahsyi : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  434. Tsauban bin Bajdad Tsauban : seorang hamba yang dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. 
  435. Tsuaib bin Muqrin: Panglima Tentera Islam menentang Tentera Parsi. 
  436. Tsumamah bin Utsal : Sebelum Islam dia telah membunuh beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w menghalalkan darahnya untuk dibunuh. Setelah Islam dia turut serta dalam pertempuran melawan orang yang murtad dan berjaya membunuh Musailamah Al-Kadzdzab. Dia juga telah mengenakan sekatan gandum dari Yamamah ke Mekkah menyebabkan Musyrikin Quraisy di Mekkah kelaparan. Akhirnya mereka mengutus surat kepada Rasulullah s.a.w untuk memujuk Tsumamah.  
  437. Tufail bin Amru Al-Dausi : seorang bangsawan yang turut serta dalam Perang Badar, Uhud, Khandaq dan pembebasan Kota Mekkah. Beliau gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  438. Ubadah bin Al-Hashas : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  439. Ubadah bin Samit : Utusan kaum Ansar Madinah yang pertama yang pertama datang ke Mekkah untuk berbai'ah dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah salah seorang dari 5 orang Ansar yang halaf al-Quran. Beliau telah meriwayatkan 181 hadis dari Nabi s.a.w. 
  440. Ubai bin Ka'ab : penulis wahyu dan surat Rasulullah s.a.w. Turut serta dalam beberapa peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan 164 hadis dari Nabi s.a.w. 
  441. Ubaid bin Al-Mu'alla : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  442. Ubaid bin At-Taihan : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  443. Ubaid bin Umair : Sahabat Nabi.
  444. Ubaidah bin al-Harith : sepupu Nabi s.a.w. Antara Al-Sabiqun Al-Awwalun, beliau adalah pemegang Panji-Panji Tentera Islam Islam yang pertama di Perang Badar. Gugur Syahid dalam Perang Badar. 
  445. Ubaydah Amir bin al-Jarrah : antara yang terawal memeluk Islam. 
  446. Ukkasyah bin Mushshan r.a. : Perajurit berkuda Islam yang hebat. Beliau turut serta dalam semua peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. Gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  447. Umainah binti Khalaf : Antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  448. Umar bin Abi Waqqas : Pahlawan Islam yang gugur syahid di Perang Badar. 
  449. Umar bin Al-Khattab: Khalifah Islam yang kedua. Termasuk sahabat yang paling dikasihi oleh Rasulullah s.a.w. Beliau adalah orang yang pertama menetapkan tahun hijrah sebagai kalendar Islam. Beliau dikebumikan berdekatan maqam Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar as Siddiq r.a. di Masjid Nabawi, Madinah. Meriwayatkan 527 hadis daripada Rasulullah s.a.w.
  450. Umar bin Ikrimah : anak Ikrimah bin Abu Jahal. Beliau gugur syahid bersama bapanya di medan perang Yarmuk. 
  451. Umar bin Ma'dikarib : Panglima Tentera Islam menentang Tentera Parsi. 
  452. Umar bin Tsana : Panglima Tentera Islam menentang tentera Parsi. 
  453. Umair bin Abdu-Amru bin Nadhlah : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  454. Umair bin Abi Waqqash : adik kepada Saad bin Abi Waqqash, beliau telh gugur syahid dalam Perang Badar. Ketika itu beliau berusia 16 tahun
  455. Umair bin Hammam : Tentera Islam yang ketiga gugur syahid dalam Perang Badar. 
  456. Umair bin Sa'ad : sahabat yang kuat beribadah sehinggakan tidak berpisah dengan Mihrab. Ayahnya ialah Sa'ad Al-Qari (Penghafal al-Quran).Ayahnya gugur syahid dalam Perang Al-Qadisiyah. 
  457. Umair bin Wahab : pernah berniat membunuh Rasulullah s.a.w. Akhirnya memeluk agama Islam kerana merasakan kehebatan Rasulullah s.a.w yang mengetahui niatnya untuk membunuh baginda. 
  458. Umamah binti Abi Al-Ash : cucu Rasulullah s.a.w. , anak kepada Zainab. Ketika kecilnya pernah didukung oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang bersolat. 
  459. Umarah binti Sa'ad : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  460. Ummu Amir binti Yazid As-Sakar : antara wanita pertama berbaiat dengan Rasulullah s.a.w.
  461. Ummu Ayub Al-Ansariah : isteri kepada Abu Ayub Al-Ansari. Rasulullah s.a.w menumpang dirumah beliau dan suaminya sewaktu baru tiba dari Mekkah, sebelum rumah Nabi s.a.w siap dibina. 
  462. Ummu Basyar binti Bara' : seorang yang faham ilmu Hadis. 
  463. Ummu Habib binti Sa'id : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  464. Ummu Habibah binti Abbas : sepupu Nabi s.a.w.
  465. Ummu Habibah binti Abi Sufyan : isteri Ubaidillah bin Jahsy, antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  466. Ummu Hakam binti Zubair : sepupu Nabi s.a.w. salah seorang perawi Hadis Nabi. 
  467. Ummu Hakim binti Al-Harith : isteri kepada Ikrimah bin Abu Jahal. Pernah menyertai peperangan bersama suaminya Ikrimah menentang tentera Rom dimana suaminya Ikrimah gugur syahid. 
  468. Ummu Hani' binti Abi Talib : Nama sebenar Fakhitah binti Abi Talib, sepupu Nabi s.a.w - juga perawi Hadis. Telah meriwayatkan 46 hadis dari Nabi s.a.w. 
  469. Ummu Haram binti Milhan : Nama sebenar Ar-Rumaysha binti Mulhan. ibu saudara kepada Anas bin Malik. 
  470. Ummu Haritsah binti Saraqah : syahid yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w akan berada di syurga Firdaus. 
  471. Ummu Harmalah : antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah.
  472. Ummu Kalthum binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w , anak kepada Fatimah. 
  473. Ummu Kalthum binti Uqbah : wanita yang ikut berhijrah dengan kumpulan pertama. Beliau berjalan kaki dari Mekah ke Madinah. Meriwayatkan 10 hadis dari Nabi s.a.w. 
  474. Ummu Kaltsum binti Suhail : Antara 21 wanita kumpulan ke 2 berhijrah ke Habsyah. 
  475. Ummu Maabad : Seorang wanita dimana Rasulullah s.a.w pernah singgah di khemahnya ketika dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. Disinilah baginda memperlihatkan mukjizatnya dengan mengeluarkan susu daripada kambing yang dusah tua milik Ummu Maabad
  476. Ummu Qais binti Mihsan : wanita yang ikut berhijrah dan membait dengan Rasulullah s.a.w. 
  477. Ummu Ruman binti Amir : isteri Saidina Abu Bakar as-Siddiq, dan ibu kepada Saidatina Aisyah r.a. Turut berhijrah ke Madinah . 
  478. Ummu Sulaim : ibu Anas bin Malik r.a.  termasuk golongan pertama masuk Islam daripada kalangan Ansar. 
  479. Ummu Sulaim binti Malhan : Nama sebenar Syahlah binti Mulhan. Sahabat besar Rasulullah s.a.w yang digelar Ar-Rumaisha. 
  480. Ummu Waraqah binti Abdullah : sahabat wanita yang ikut bertempur dalam peperangan melawan musuh Islam. 
  481. Unais bin Qatadah : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  482. Uqbah bin Amir Al-Jahni : pemandu baghal Rasulullah s.a.w.
  483. Uqbah bin Amir bin Nabi : anak muda Yathrib yang menyebarkan Risalah Islam kepada Penduduk Madinah.
  484. Urwah al-Bariqi : sahabat Nabi s.a.w. Seorang peniaga yang selalu yang selalu mengikuti rombongan perniagaan sekitar daerah Syam dan Damsyik. 
  485. Urwah bin Mas'ud : Sahabat Nabi s.a.w. masuk Islam selepas peperangan Hunain. 
  486. Usaid bin Hudhair : memeluk Islam ditangan Mus'ab bin Umair ketika mendengar ucapan Mus'ab walaupun kedatangannya pada awalnya adalah untuk mengusir Mus'ab. Pembawa Panji Batalion Aus di Perang Uhud. 
  487. Usamah bin Zaid : anak kepada Zaid bin Harithsah dan Ummu Aiman (Ibu susuan Nabi s.a.w.). Dilantik menjadi panglima perang ketika baru berusia 18 tahun. 
  488. Utbah bin Gazuan : antara yang terawal berhijrah ke Habsyah. Pakar dalam melempar tombak dan memanah. Pernah memimpin tentera Islam membebaskan wilayah yang ditawan oleh Parsi. Beliau meriwayatkan 4 hadis dari Nabi s.a.w. 
  489. Utbah bin Rabi' : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  490. Uthman bin Affan r.a. : Khalifah Islam yang ke 3. Beliau bertanggungjawab mengumpulkan naskah Al Quran dan dijadikan sebuah kitab sebagaimana yang kita dapati sekarang ini. Beliau meriwayatkan 146 hadis dari Nabi s.a.w.
  491. Uthman bin Hunaif : sahabat Nabi s.a.w, meriwayatkan hadis tentang seorang buta yang bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. 
  492. Uthman bin Madz'un : sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau adalah Muhajirin pertama wafat di Madinah dan yang pertama dikebumikan di Perkuburan Baqi' di Madinah
  493. Uthman bin Talhah : Pemegang kunci Kaabah sejak zaman Jahiliyah hingga ke zaman Rasulullah s.a.w. setelah memeluk Islam. 
  494. Utsman bin Mauhab : seorang perawi hadis yang dipercayai. 
  495. Uwais bin Arqam Anshari : pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  496. Uwais al-Qarni : Masuk Islam dizaman Rasulullah s.a.w namun beliau tidak pernah berjumpa dengan Nabi. Beliau amat mencintai Rasulullah s.a.w sehingga Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa Uwais adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi. 
  497. Wahab Bin Abdullah bin Amir : sahabat yang muda kerana ketika Rasulullah s.a.w. wafat, beliau belum baligh. Banyak mendengar hadis Rasulullah s.a.w.  dan meriwayatkan 45 hadis. 
  498. Wahab bin Qabus Al-Muzany : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud bersama anak saudaranya Haris bin Uthbah. 
  499. Wahsyi bin Harb : hamba kepada bangsawan Mekkah Jabir bin Mu'tam. Beliau diupah oleh Hindun binti Utbah untuk membunuh Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dalam Perang Uhud. Beliau memeluk Islam ketika pembukaan Kota Mekkah. Setelah Islam, beliau berjaya membunuh Musailamah al-Kazzab yang mengaku Nabi. 
  500. Walid bin Walid : antara sahabat Nabi s.a.w. yang terawal masuk Islam dan diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
  501. Waraqah bin Nawfal : Bapa saudara Khadijah bt Khuwalid. Khadijah membawa baginda berjumpa Waraqah selepas baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
  502. Yahya bin Abi Al-Ash : cucu Rasulullah s.a.w , anak kepada Zainab. 
  503. Yazid bin Abu Sufiyan : anak Abu Sufiyan bin Harb. Panglima Tentera Islam di zaman Khalifah Abu Bakar. 
  504. Yazid bin al-Harith : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  505. Yazid bin Hathib : antara syuhada yang gugur syahid dalam Perang Uhud.
  506. Zaid bin Al-Khattab : abang Saidina Umar bin Al-Khattab. Gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  507. Zaid bin Arqam : Sahabat Nabi s.a.w dari kalangan Ansar. Beliau telah memeluk Islam ketika masih kanak-kanak.
  508. Zaid bin Ashim : Ketua Bani Najjar di Kota Yatsrib (Madinah) yang memeluk Islam bersama isterinya Nusaibah bt Ka'ab dan anak mereka Abdullah bin Zaid  dan Hubaib bin Zaid. 
  509. Zaid bin Dathinnah: Sahabat Nabi yang telah ditawan dan dijual di Makkah bersama Khubaib bin Adi. Kedua mereka telah dibeli oleh waris-waris Quraisy yang terbunuh dalam Perang Badar, kemudian diseksa dan dibunuh sebagai membalas dendam.
  510. Zaid bin Harithsah : anak angkat Rasulullah s.a.w. beliau berada di urutan ke 2 dalam senarai yang mula-mula memeluk Islam. Panglima Perang tentera Islam yang paling hebat. Beliau gugur syahid dalam Perang Mu'tah pada tahun 8 H. 
  511. Zaid bin Qais : Penghafaz al-Quran yang gugur syahid dalam Perang Yamamah. 
  512. Zaid bin Tsabit : penulis wahyu Rasulullah s.a.w . Beliau pernah ikut serta dalam Perang Badar ketika berusia 13 tahun namun tidak dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau juga bertanggungjawab mengumpulkan Al-Quran di zaman Khalifah Abu Bakar. 
  513. Zainab binti Abu Salamah : Antara sahabiyyah Nabi yang banyak meriwayatkan hadis baginda. 
  514. Zainab binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w , anak kepada Fatimah. 
  515. Zakwan bin Abd Qais : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud. 
  516. Zayyad bin Sakan r.a. : Gugur syahid di Perang Uhud ketika menjadikan dirinya benteng untuk melindungi Rasulullah s.a.w. 
  517. Zu al-Syimalain bin Abd Amr : Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Badar. 
  518. Zubair bin Awwam : salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin syurga. Juga merupakan Panglima Tentera Islam. Meriwayatkan 38 hadis dari Nabi s.a.w. Beliau gugur syahid dalam Perang Jamal. Beliau adalah sepupu Nabi s.a.w, anak saudara Siti Khadijah dan Biras Nabi s.a.w (isterinya Asma' bt Abu Bakar)
  519. Zunayrah Al-Nahdiyyah - antara hamba wanita yang memeluk Islam yang diseksa oleh orang-orang Quraisy. 
Orang yang paling kuat menentang Dakwah Rasulullah s.a.w

  1. Abu Jahal : Terbunuh dalam Perang Badar.
  2. Abu Lahab dan Isterinya : Abu Lahab mati kerana penyakit dikepalanya setelah dipukul oleh Ummu Fadhl. 
  3. Ukhbah bin Abu Muit 
  4. Al-Walid bin al-Mughirah : 
  5. Al-Akhnas bin Syarif al-Al-Thaqafiy
  6. al-Hakam bin Abi al-As bin Umayyah
  7. al-As bin Wa'il al-Samit
  8. Abdullah bin Abu Umaiyah
  9. An-Nadar bin al-Harith : menjadi tawanan perang Badar. 
  10. Al-Aswad bin Abdul  Mutalib
  11. Syaibah bin Utbah bin Rabiah : terbunuh dalam Perang Badar. 
  12. Al-As bin Wa'il al-Sahmit
  13. Al-Aswad bin Abdu Yaghut 
  14. Al-Harith bin Qais
  15. Aswad bin Abdul Asad al-Makhzumi - lelaki Quraisy yang dibunuh oleh Hamzah bin Abdul Muthalib r.a. semasa Perang Badar. 
  16. Said bin Al-As
  17. Ubai bin Khalaf : tercedera setelah terkena lembing Rasulullah s.a.w. Beliau mati dalam perjalananan ke Mekah akibat kecederaan itu. 
  18. Al-As bin Wail 
  19. Umaiyah bin Khalaf : terbunuh dalam Perang Badar, dibunuh oleh Bilal bin Rabah r.a. yang pernah diseksa oleh Umaiyah. 
  20. Nabbih bin Munabbih bin Hajjaj : terbunuh dalam Perang Badar. 
  21. Ummu Jamil Arwa binti Harb :isteri Abu Lahab. 
  22. Uqbah bin Abi Mu'ayyat
  23. Adiy bin Hamra al-Thaqafiy
  24. Ibn al-Asda al-Hudhaily
  25. Utaybah bin Abu Lahab
  26. al-Hariths bin Amir bin Naufal : Pemimpin Quraisy yang terbunuh dalam Perang Badar. 
SUMBER RUJUKAN / BACAAN TAMBAHAN
  1. Tokoh-Tokoh Wanita Islam Terkemuka
  2. Tokoh-Tokoh Islam Di China
  3. Sahabiyah Rasulullah s.a.w
  4. Ilmuan Islam
  5. Tokoh - Tokoh Islam Secara Ringkas
  6. Tokoh Ulama Nusantara
  7. Karya-karya Ulama Patani
  8. Biografi Agung Rasulullah s.a.w : Rusydi Ramli Al-Jauhari - mustread Sdn Bhd, 2012
  9. Men and Women Around The Messenger : Sa'a Yusuf Abd 'Aziz:- Darussalam Global Leader in Islamic Books,2009
  10. Commanders of the Muslim Army (Among the Companions of the Prophe pbuh) : Mahmood Ahmad Ghandanfar - Darussalam Global Leader in Islamic Books, 2001
  11. Sirah Nabawiyyah s.a.w :Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2004
  12. Sejarah 133 Wira Terbilang di zaman Rasulullah. s.a.w :Abu Mazaya Al-Hafiz - Al-Hidayah, 2012.
  13. Rahsia-Rahsia Besar di Sebalik Sirah Rasulullah s.a.w. : Saari Sungib - Kemilau Publika Sdn Bhd, 2012
  14. Sejarah Umat Islam : Edisi 2016 > HAMKA - Publishing House Sdn Bhd, ,2016.
  15. Eksiklopedia Sejarah Islam : Dr. Ahmad Syalabi > Jasmin Publications,2010
  16. Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman: Syeikh Muhammad Sa'id Mursi (Terjemahan) - Al-Hidayah Publications,2013
  17. Ensiklopedia Perang Rasulullah s.a.w : Ahmad Adnan Fadzil/Muhamad Aizuddin Kamarulzaman > Telaga Biru Sdn Bhd , 2017. 



Updated: 28 Oktober 2022 : 8.16 pm