Friday, 29 January 2016

TOKOH-TOKOH WANITA ISLAM TERKEMUKA

  1. Aisyah binti Abdul Hadi - sorang wanita yang pakar ilmu Hadiths
  2. Aisyah bt Abu Bakar - Puteri kepada Abu Bakar as Siddiq, juga Ummul Mukminin  yang ketiga. Satu-satunya isteri Rasulullah s.a.w yang masih gadis. Telah meriwayatkan 1,210 hadis. 
  3. Aminah bt Abi Qays Al-Ghifari - antara jururawat Islam yang merawat tentera-tentera Islam di medan pertempuran di zaman Rasulullah s.a.w. 
  4. Aminah binti Wahab : Ibu Rasulullah s.a.w
  5. Amrah binti Abdur-Rahman : Seorang Juri, mufti dan pakar ilmu hadith. 
  6. Anisah binti Al-Harith : saudara susuan Rasulullah s.a.w dengan Halimah as-Sadiah. 
  7. Anouseh Ansari : Wanita Islam pertama ke angkasa lepas, dari Iran. 
  8. Ar-Rubai binti An-Nadhr : antara wanita yang terawal memeluk Islam. Ibu kepada Anas bin Malik
  9. Arwaa binti Abdul Mutalib : Ibu saudara Nabi s.a.w. seorang penyair yang hebat. 
  10. Arwa binti Kuraiz : Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain. 
  11. Asma binti Abu Bakar : Puteri Abu Bakar as-Siddiq. Pernah membantu menghantar makanan untuk Rasulullah s.a.w dan ayahnya Abu Bakar ketika Baginda dan Abu Bakar  bersembunyi di Gua Thur dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. 
  12. Asma binti Umais Al-Khas'amiah : isteri kepada Jaafar bin Abi Talib, antara yang terawal memeluk agama Islam. Pernah berhijrah ke 2 tempat  iaitu Habsyah dan Madinah. 
  13. Asma binti Yazid : antara wanita yang terawal menerima Islam dikalangan kaum Ansar. Juga antara wanita Muslimah yang paling banyak meriwayatkan hadis. Pernah membunuh 9 tentera musuh Islam dengan hanya menggunakan tiang khemah. 
  14. Asy-Syifa binti Abdullah : Memeluk Islam sebelum Hijrah, salah seorang perawi hadis Rasulullah s.a.w. 
  15. Asy-Syifa bin Auf : Bidan Rasulullah s.a.w.
  16. Atikah binti Abdul Mutalib : Ibu saudara Nabi s.a.w dan juga ibu kepada Ummu Salamah (isteri Nabi s.a.w). Beliau memiliki keistimewaan boleh mentafsirkan mimpi. 
  17. Barakah binti Tha'labah : a.k.a Ummu Aiman, pengasuh Rasulullah s.a.w. 
  18. Benazir Bhutto : Wanita pertama memimpin sebuah negara Islam iaitu Pakistan. 
  19. Durrah binti Abu Lahab : anak perempuan kepada Abu Lahab. Serikandi Islam dan juga seorang penyair. Meriwayatkan 3 buah hadis. 
  20. Fatima Al-Fihri : mengasaskan Universiti yang tertua di Dunia - The University of Al-Karaouine di Tunisia pada 859 Masehi. 
  21. Fatima binti Ibrahim Ibn Jawhar : Guru kepada Imam al-Bukhari
  22. Fatimah Al-Juzdani : Ilmuan Islam dari Isfahan (Iran). 
  23. Fatimah al-Samarqandiyya : Ilmuan Islam (pakar ilmu hadis dan Sains).
  24. Fatimah binti Al-Khattab : saudara perempuan kepada Saidina Umar Al-Khattab. Beliau antara yang terawal memeluk Islam. Saidina Umar memeluk Islam sejurus selepas mendengar Fatimah membaca Al-Quran (Surah Thaha). 
  25. Fatimah binti Asad : Ibu kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a. dan juga pengasuh kepada Nabi s.a.w. Berbai'ah dan berhijrah bersama Nabi s.a.w ke Madinah. Rasulullah s.a.w sangat mencintainya seperti ibunya sendiri. 
  26. Fatimah binti Muhammad : a.k.a Fatimah az-Zahra, puteri bungsu Rasulullah s.a.w. 
  27. Fatimah binti Qais : merupakan antara perawi hadis Rasulullah s.a.w
  28. Hafsah binti Umar : Ummul Mukminin yang ke 4, puteri Umar Al Khattab. Dipilih antara isteri Rasulullah s.a.w untuk menyimpan nafkah pertama Al-Quran. 
  29. Halimah binti Abu Dzu'aib Al-Sa'diah : Ibu susuan Rasulullah s.a.w. 
  30. Halimatun Armiah: Wanita Islam yang berjaya menundukkan singa yang garang. 
  31. Hawa binti Yazid bin As-Sakan : antara wanita pertama berbaiat dengan Rasulullah s.a.w. 
  32. Hind binti Atiq : Anak tiri Rasulullah s.a.w - puteri kepada Siti Khadijah dari suami terdahulu. 
  33. Hindun binti Abu Umaiyah : a.k.a Ummu Salamah - antara golongan pertama memeluk Islam. Ummul Mukminin yang ke 6 dan yang paling akhir wafat. Beliau meriwayatkan sebanyak 328 hadis. 
  34. Isabelle Eberhardt : (1877 - 1904) Penulis dan pengembara dari Algeria yang memeluk Islam pada tahun 1897. Turut melibatkan diri dalam pertempuran antara Komuniti Muslim Afrika Utara menentang penjajahan Peranchis. 
  35. Juwairiah binti Harits : Ummul Mukminin yang ke 8, nama sebenar Barrah binti Harits bin Abi Dhirar. 
  36. Kabsyah binti Rafi' : Ibu para pahlawan Islam. 2 orang anaknya Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz gugur syahid di medan pertempuran. 
  37. Keumala Hayati: Wanita Islam pertama menjadi Laksamana memimpin Angkatan Laut Acheh menetang Portugis. 
  38. Khadijah binti Khuwalid : Ummul Mukminin yang pertama dan wanita pertama memeluk Islam
  39. Khaulah binti Azur : "The Black Rider" - seorang Muslimah yang turut serta bersama tentera Islam di bawah Khalid bin Walid menentang tentera Rom.
  40. Khaulah binti Hakim : wanita yang mencadangkan kepada untuk menikahi Saudah Binti Zum'ah. 
  41. Lubada binti al-Harith ibn Hazim : a.k.a Ummi al-Fadl, wanita kedua beriman kepada Allah s.w.t selepas Siti Khadijah binti Khuwalid. 
  42. Maimunah binti al-Harits : Ummul Mukminin yang ke 12 - tidak banyak sejarah yang diketahui mengenainya. 
  43. Malika Urwa : Wanita Islam yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke 11. 
  44. Mariah al-Qibtiyah : Ummul Mukmin yang ke 11, satu-satunya isteri Rasulullah s.a.w dikalangan hamba yang melahirkan anak selepas Siti Khadijah.
  45. Nailah binti al-Farafishah : Isteri Khalifah Uthman bin Affan r.a - turut mengangkat pedang membela suaminya yang diserang oleh musuh sehingga terputus jarinya. 
  46. Nusaibah binti Ka'ab Ansyariyah / Nasibah al-Khazrajiah : Serikandi Islam yang menjadikan tubuhnya sebagai perisai untuk melindungi Rasulullah s.a.w dari serangan musuh. 
  47. Nusaibat binti Ka'ab Al Mazniyat : Jururawat Islam dizaman Rasulullah s.a.w. 
  48. Rabiatun al Adawiyah : Ahli sufi Basra pada abad ke 8. 
  49. Raihanah binti Sam'un : hamba yang dikahwini oleh Rasulullah s.a.w. 
  50. Ramlah binti Abu Sufyan: Ummul Mukminin yang ke 10, puteri kepada Abu Sufyan. 
  51. Rosalind Rushbrook @ Ruqaiyyah Waris Maqsood : Pengarang Inggeris yang memeluk Islam. Muslimah UK pertama menerima anugerah "Muslim News Award for Excellence" pada tahun 2001
  52. Rubiyya binti Muawidh Ibn Arfah : Seorang perawi Hadis, hadis riwayatnya terdapat dalam Bukhari, Muslim , Ibnu Majah dan lain-lain. 
  53. Rufaidah al-Aslamiyah : Jururawat Islam semasa Perang Khandak. 
  54. Rufaidah binti Sa'ad : Jururawat Islam pertama di zaman Rasulullah s.a.w. Pencetus Sekolah Jururawat pertama di dunia lebih awal sebelum Florence Nightingale. 
  55. Rumiah Al-Hasanian : Jururawat Muslim yang terulung, memberi banyak sumbangan dalam bidang Kejururawatan Islam. 
  56. Ruqaiyyah binti Muhammad : puteri kedua Rasulullah s.a.w dengan Siti Khadijah dan juga isteri kepada Saidina Uthman bin Afffan. 
  57. Ruqayyah binti Ali : Cucu Rasulullah s.a.w - puteri kepada Fatimah Az Zahra dan Ali Bin Abi Talib. 
  58. Safiyah binti Abu Mutalib : Ibu saudara Rasulullah s.a.w. Wanita pertama yang berjaya membunuh musuh Islam dalam Perang Khandak
  59. Safiyah binti Huyai : Ummul Mukminin ke 9 - tawanan Perang Khaibar yang dimuliakan oleh Rasulullah s.a.w dengan mengambilnya menjadi isteri Baginda. 
  60. Sana Hasan : Arab world's first peace envoy & probably its most unusual. 
  61. Sarah Joseph : Wanita Muslimah UK yang paling berpengaruh. Disenaraikan dalam "One of the UK's most powerful Muslims in the Muslim Power 100" oleh Carter Anderson.  Juga tersenarai dalam "The World's 500 most influential Muslims" oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre di Jordan dan Georgetown University. 
  62. Saudah binti Zum'ah : Ummul Mukminin yang ke 2. Wanita pertama dinikahi oleh Rasulullah s.a.w selepas kewafatan Siti Khadijah. 
  63. Shaikha Shuhda : a.k.a Fakhr al-Nisa  - ilmuan wanita terkemuka abad ke 11. 
  64. Shirin Ebadi : Peguam dari Iran, wanita Islam pertama dianugerah "Noble Peace Price" pada tahun 2003. 
  65. Sumayyah binti Khabath : Wanita pertama syahid dalam Islam. Dibunuh dengan tombak Abu Jahal kerana kegigihannya mempertahankan iman. 
  66. Syajar al-Durr : Sultanah Mesir - pahlawan wanita Islam yang berjaya mengalahkan Tentera Salib dan menangkap Raja Louis IX. 
  67. Umamah binti Abi Al-Ash : Cucu Rasulullah s.a.w. puteri kepada Zainab binti Muhammad s.a.w .
  68. Ummi Darda : Tokoh ilmuan Islam di Baitul Maqdis.  Kuliahnya dihadiri oleh Imam, para juri dan ahli hadis. 
  69. Ummu Amir binti Yazid As-Sakar : antara wanita pertama berbaiat dengan Rasulullah s.a.w.
  70. Ummu Atiyah Al-Ansariyat : jururawat Islam di zaman Rasulullah s.a.w
  71. Ummu Ayman : Jururawat Islam di zaman Rasulullah s.a.w
  72. Ummu Ayyub binti Qais : pernah menjaga makan dan minum Rasulullah s.a.w
  73. Ummu Kalsom binti Muhammad : puteri Rasulullah s.a.w. Berkahwin dengan Uthman bin Affan r.a. setelah wafat kakaknya Ruqayyah binti Muhammad. 
  74. Ummu Kalthum binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w. - puteri kepada Fatimah az-Zahra dengan Ali bin Abi Talib. Beliau berkahwin dengan Umar Al Khattab. 
  75. Ummu Sulaiman : Antara jururawat Islam di zaman Rasulullah s.a.w yang merawat tentera Islam di medan pertempuran. 
  76. Yvonne Ridley : Wartaman British yang menjadi tawanan Taliban pada tahun 2001. Beliau memeluk Islam setelah dibebaskan dan kini giat berkempen untuk Islam. 
  77. Zainab binti Ahmad : Tokoh ilmuan wanita Islam pada abad ke 14, antara murid-murid beliau ialah Ibn Batutta.
  78. Zainab binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w - puteri kepada Fatimah bt Muhammad dengan Ali Bin Abi Talib. 
  79. Zainab binti Jahsy : Ummul Mukminin ke 7 - bekas isteri Zaid bin Haritsah, anak angkat Rasulullah s.a.w. Surah Al Ahzab ayat 37 diturunkan yang memerintahkan Rasulullah s.a.w supaya menikahi Zainab (Hukum berkahwin dengan bekas isteri anak angkat).
  80. Zainab binti Khuzaimah : Ummul Mukminin ke 5, terkenal dengan sifat dermawan terhadap golongan miskin dan digelar "Ummul Masakin" (Ibu orang-orang miskin). 
  81. Zainab binti Muhammad : puteri sulong Rasulullah s.a.w.
  82. Zubaidah binti Ja'afar : Isteri Khalifah Harun al-Rasyid, mempunyai pengaruh besar dalam urusan pentadbiran negara. Pernah membina mataair di Mekah untuk keperluan jemaah Haji yang dikenali dengan "Ain Zubaidah". 















Update: 28 January 2016



















































No comments: