Sunday 29 November 2015

2015 - FELDA LAKUM, LANCHANG DAN TEMERLOH

Sepanjang tahun 2015 saya dan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia (YJM) telah menjelajah ke beberapa daerah di Pahang. Antaranya adalah:

FELDA LAKUM, LANCHANG, PAHANG
Kali pertama tiba di FELDA Lakum ialah pada 12 Mei 2015 iaitu menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program dan kemudian pada 17 Mei 2015 pula adalah Program Pemeriksaan Kesihatan di FELDA Lakum. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke FELDA Lakum ialah sejauh 90.9 km dan mengambil masa perjalanan selama 1 jam 16 minit. 







Program Pemeriksaan Kesihatan dijalankan di Dewan Semai Bakti, FELDA Lakum, Lanchang, Pahang pada 17 Mei 2017. Seramai 69 penduduk FELDA Lakum telah menjalani ujian pemeriksaan kesihatan pada hari tersebut. 


FELDA LAKUM, LANCHANG, PAHANG
FELDA Lakum pada asalnya adalah hutan dara dan telah dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada 1975. Ia tertelak di Mukim Semantan, Daerah Temerloh. Nama Felda Lakum diambil sempena nama sejenis pokok hutan yang terdapat didalam hutan Simpang Lakum. 
FELDA Lakum terletak di dalam kawasan Parlimen Temerluh dan Dewan Undangan Negeri Lanchang. `
FELDA Lakum berjiran dengan FELDA Bukit Damar dan FELDA Mempaga. 






HOMESTAY ZULKIFLI - KG. SOKMEK, BOLOK HULU, LANCHANG, PAHANG
Kampong Bolok Hulu adalah sebuah perkampungan tradisional yang terletak di daerah Lanchang, Pahang, kira-kira 67 kilometer dari Kuala Lumpur. 
Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Kampung Bolok Hulu termasuk juga saya sebelum saya tiba di Kampung ini. Sebenarnya kampung ini terletak berdekatan dengan Pusat Pemeliharaan Gajah di Kuala Gandah, Pusat Pemeliharaan Rusa di Bukit Rengit dan juga Institut Biodiversiti juga di Bukit Rengit. (sila klik pada Rujukan).
Sepanjang program kami menginap di Homestay Zulkifli di Kampong Sokmek, Bolok Hulu, Lanchang, Pahang. 












PROGRAM KOMUNITI - KG. BOLOK HULU SOKMEK, LANCHANG PAHANG
Pada 29 November 2015 kami telah mengadakan program Pemeriksaaan Kesihatan di Kg Bolok Hulu Sokmek, Lanchang, Pahang. Ianya adalah kampung asal salah seorang anggota team iaitu Mahdza. 
Seramai 62 penduduk kampung telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 
Di sana kami bermalam di sebuah homestay milik bapa saudara kepada Saudara Mahdza. 



Disebelah malam, kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di Pekan Temerloh yang tertelak tidak jauh dari Lanchang, Pahang (33.2 KM). 



Disana saya mengambil kesempatan juga untuk merasai masakan gulai tempoyak Ikan Patin Temerloh yang memang cukup terkenal. Harga semangkok ikan patin temerloh ialah RM12.00, tapi memang puas hati. 





Temerloh sebuah daerah yang terletak di Negeri Pahang diantara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Jaraknya dengan Kuala Lumpur adalah 130 km. Terletak antara persimpangan Sungai Pahang dan Sungai Semantan. 










Lanchang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak antara bandar Karak dan Mentakab melalui Lebuhraya Pantai Timur. 
Walaupun Lanchang merupakan sebuah pekan yang kecil, namun ramai yang tidak tahu bahawa di pekan ini terdapat sebuah tempat yang cukup dikenali oleh pelancong-pelancong dari luar negara iaitu Pusat Perlindungan Gajah yang terletak di Kuala Gandah. 

Rujuk: 
1. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang
2.  Zulheimy Maamor Blogspot - Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah

Demikianlah serba sedikit perjalanan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia di Pahang sepanjang tahun 2015. 

No comments: