Monday 12 October 2015

CARA MUDAH NAK BUAT SOLAT HAJAT

Kita ni semua ada hajat.. Ada keinginan dan permintaan kita yg berharap ALLaH kabulkan dan kita diajar untuk berdo'a kepada ALLaH.. Tapi kita juga diajar oleh Baginda Nabi SAW agar mendirikan Solat Sunat Hajat..

Tak semua orang tahu camne nak buat solat ni.. Bila beli buku panduan solat sunat, ada macam-macam versi solat.. Ada yg 2 rakaat, 6 rakaat dan 12 rakaat.. ada zikir yg terlalu detail.. ada yg simple.. Ada do'a ini, ada do'a itu.. tapi kita nak buat yg mana satu? Tak semua orang hafal zikir-zikir tu.. Kalau tersangkut2 baca, takut tak khusyuk..
Kat sini atok kongsikan cara Solat Sunat Hajat paling mudah.. Kepada sesiapa yg baru mula nak belajar buat, boleh guna cara ni.. Atok nak tekankan sikit yer, solat hajat ni bukan bermaksud kalau kita buat yg 12 rakaat atau zikir yg hebat-hebat, pasti ALLaH akan kabulkan hajat kita.. Salah tu! 
ALLaH tengok pada keikhlasan dan kesungguhan kita memohon kepadaNya.. Bukan tengok pada siapa yg lebih hebat buat solat yg paling berat.. Bila kita nak mulakan sesuatu ibadah, biar mudah jadi kita mampu nak Istiqomah.. Jangan buat yg berat tapi terputus-putus.. Kejap buat, kejap tak..

Solat Sunat Hajat ni afdhal dilakukan di 1/3 malam yg akhir.. Di hening malam sebelum masuk waktu Subuh.. Tapi kalau tak mampu nak bangun, boleh buat sebelum tidur..
Sunat kalau kita mandi dulu (untuk badan kita segar), ambil wudhu dan kalau dpt, pakailah baju putih dan pakai minyak wangi (bagi lelaki)..
Ni kita buat yg paling mudah yer.. Kita buat 2 rakaat.. Sebelum niat, kita dah bersiap sedia berdiri tu, kita Istighfar dulu seberapa banyak yg kita nak... Tenangkan hati.. pastu baru baca niat dan takbiratul ihram..
LAFAZ NIAT:
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini liLLaHi ta’aalaa”
Ertinya:
“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana ALLaH Taala”

1. Rakaat Pertama; selepas Al- Fatihah, baca Surah Al-Kafirun (1x atau 10x) ATAU Ayat Kursi 1x
2. Rakaat Kedua; selepas Al-Fatihah, baca Surah Al-Ikhlas (1x atau 11x)
3. Teruskan sampai akhir rakaat kedua dan bagi salam.
4. Selesai bagi salam, terus sujud.
5. Dalam sujud tu, baca selawat Nabi 10x
Kemudian membaca Tasbih ni;
"SubhaanaLLaH walhamdu lil-laahi wa laa ilaaha illaLLaHu waLLaHu akbar. Wa laa hawla wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyul ‘azhiim." 10x
Kemudian Do'a ni;
"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar." 10x
Pastu, digalakkan kita baca Do'a Nabi Yunus;
"Laa ilaaha illa anta subhaanaka, innii kuntu minaz zholimiin " 10x 
[waktu baca Do'a ni, jari telunjuk kita tegakkan mcm dlm tahiyat tu]

Lepas tu, lafazkanlah hajat kita.. Menangislah kalau boleh.. Merintihlah.. Merayulah.. Kita bila waktu sujud ni, kita berada dlm keadaan serendah-rendahnya.. sehina-hinanya.. 
Bila dah puas luahkan apa je hajat dalam hati tu (hajat yg baik2 yer.. bukan hajat tak baik).. baru kita bangun semula.. Duduklah cara apa yg kita selesa.. nak duduk tahiyat akhir boleh.. nak duduk antara 2 sujud boleh.. nak bersila pun boleh..

Selepas ni bacalah do'a ni.. (kalau tak hafal, boleh tulis kat kertas dan baca sambil berdo'a.. Kalau tak boleh baca yg arab, baca je terjemahan do'a ni..)
Laa ilaha illaLLaHul haliimul kariimu subhaanaLLaHi robbil ‘arsyil ‘azhiim. Alhamdu liLLaHi robbil ‘aalamiin. As `aluka muujibaari rohmatika wa ‘azaaima maghfirotika wal ghoniimata ming kulli birri wassalaamata ming kulli itsmin Laa tada’ lii dzamban illa ghofartahu walaa hamman illaa farojtahu walaa haajatan hiya laka ridhon illa qodhoitahaa yaa arhamar roohimiin.
Ertinya: “Tidak ada Tuhan melainkan ALLaH Yang Maha Lembut dan Maha Penyantun. Maha Suci ALLaH, Tuhan pemelihara Arsy yang Maha Agung. Segala puji bagi ALLaH Tuhan seru sekalian alam. Kepada-Mu-lah aku memohon sesuatu yang mewajibkan rahmat-Mu, dan sesuatu yang mendatangkan ampunan-Mu dan memperoleh keuntungan pada tiap-tiap dosa. Janganlah Engkau biarkan dosa daripada diriku, melainkan Engkau ampuni dan tidak ada sesuatu kepentingan, melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tidak pula sesuatu hajat yang mendapat kerelaan-Mu, melainkan Engkau kabulkan. Wahai Tuhan Yang Paling Pengasih dan Penyayang.”
Kalau tak mampu nak baca do'a kat atas ni, boleh baca yg kat bawah ni.. (ni takkan tak hafal kut?)
WASALLaHU 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALIHI WASAHBIHI AJMAI'IN. 
SUBHANA RABBIKA RABBIL IZZATI AMMA YASIFUN WASALAMUN 'ALAL MURSALIN WALHAMDULILaHI RABBIL 'ALAMIN

Dah selesai semua.. jangan terus bangun.. tapi Istighfar lah lagi seberapa banyak kita nak.. Selesai..
Simple kan solat ni? 


Kalau rasa ada manfaatnya, SILAKAN SHARE.. Mana tau ada kengkawan kita yg masih mencari-cari mcm mana cara yg mudah nak buat solat hajat ni.. Wassalam...
Salam Sayang,
ATOK
5 Okt 2015
Tropicana Golf & Country Resort
Petaling Jaya

😊😊





No comments: