Thursday 18 June 2015

2015 - FELDA LAKUM, LANCHANG,PAHANG

Pada 17 Mei 2015, Saya dan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia telah mengadakan program Pemeriksaan Kesihatan di FELDA Lakum, Lanchang, Pahang. 
Ini bukanlah kali pertama saya ke Lanchang, pada tahun lepas (2014) kami pernah mengadakan Program yang sama di Kampung Bolok Hulu, Lanchang, Pahang. 

Rujuk :


FELDA LAKUM, LANCHANG, PAHANG


Lakum pada asalnya adalah hutan dara dan telah dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada 1975. Ia tertelak di Mukim Semantan, Daerah Temerloh. Nama Felda Lakum diambil sempena nama sejenis pokok hutan yang terdapat didalam hutan Simpang Lakum. 
FELDA Lakum terletak di dalam kawasan Parlimen Temerluh dan Dewan Undangan Negeri Lanchang. `
FELDA Lakum berjiran dengan FELDA Bukit Damar dan FLEDA Mempaga. 













HOMESTAY ZULKIFLI 
KG. SOKMEK, BOLOK HULU, LANCHANG, PAHANG


Kampong Bolok Hulu adalah sebuah perkampungan tradisional yang terletak di daerah Lanchang, Pahang, kira-kira 67 kilometer dari Kuala Lumpur. 
Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Kampung Bolok Hulu termasuk juga saya sebelum saya tiba di Kampung ini. Sebenarnya kampung ini terletak berdekatan dengan Pusat Pemeliharaan Gajah di Kuala Gandah, Pusat Pemeliharaan Rusa di Bukit Rengit dan juga Institut Biodiversiti juga di Bukit Rengit. (sila klik pada Rujukan).
Sepanjang program kami menginap di Homestay Zulkifli di Kampong Sokmek, Bolok Hulu, Lanchang, Pahang. 




 
 












ZULHEIMY MAAMOR
18.6.2015 (1 RAMADHAN 1436H)

No comments: