Monday 30 March 2015

Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut :

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.
Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.
Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Post: 30.3.2015

Tuesday 24 March 2015

2015 - CONSIST COLLEGE HULU KELANG

PROGRAMME : HEALTH SCREENING
VENUE: CONSIST COLLEGE, HULU KELANG, SELANGOR
DATE: 24 MAC 2015



  

  
  

Sunday 22 March 2015

HADIS 40 IMAM NAWAWI Hadits 2: Iman, Islam, dan Ihsan

Hadits 2: Iman, Islam, dan Ihsan
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ .
[رواه مسلم]
Arti hadits / ترجمة الحديث :
Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.
(Riwayat Muslim, kitab al-Iman, no: 9 dan 10, at-Tirmidzi, kitab al-Iman, no:2355, beliau berkata: hadis ini hasan sahih, an-Nasa’i, kita al-Iman, no:4904, 4905, Abu Daud, kitab as-Sunnah, no:4075, Ibnu Majah, kitab al-Muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, Musnad, no: 346.)
Catatan :
Hadits ini merupakan hadits yang sangat dalam maknanya, karena didalamnya terdapat pokok-pokok ajaran Islam, yaitu Iman, Islam dan Ihsan.
Hadits ini mengandung makna yang sangat agung karena berasal dari dua makhluk Allah yang terpercaya, yaitu: Amiinussamaa’ (kepercayaan makhluk di langit/Jibril) dan Amiinul Ardh (kepercayaan makhluk di bumi/ Rasulullah)
Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :
Disunnahkan untuk memperhatikan kondisi pakaian, penampilan dan kebersihan, khususnya jika menghadapi ulama, orang-orang mulia dan penguasa.
Siapa yang menghadiri majlis ilmu dan menangkap bahwa orang–orang yang hadir butuh untuk mengetahui suatu masalah dan tidak ada seorangpun yang bertanya, maka wajib baginya bertanya tentang hal tersebut meskipun dia mengetahuinya agar peserta yang hadir dapat mengambil manfaat darinya.
Jika seseorang yang ditanya tentang sesuatu maka tidak ada cela baginya untuk berkata: “Saya tidak tahu“, dan hal tersebut tidak mengurangi kedudukannya.
Kemungkinan malaikat tampil dalam wujud manusia.
Termasuk tanda hari kiamat adalah banyaknya pembangkangan terhadap kedua orang tua. Sehingga anak-anak memperlakukan kedua orang tuanya sebagaimana seorang tuan memperlakukan hambanya.
Tidak disukainya mendirikan bangunan yang tinggi dan membaguskannya sepanjang tidak ada kebutuhan.
Didalamnya terdapat dalil bahwa perkara ghaib tidak ada yang mengetahuinya selain Allah ta’ala.
Didalamnya terdapat keterangan tentang adab dan cara duduk dalam majlis ilmu.

Sumber: Facebook - Al-Quran dan Hadis
22.3.2015

Pengedaran Terjemahan Al-Quran Oleh MRM

[Respon Kepada Ucapan YB V. Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah Di Parlimen Pada 19hb Mac 2015 Berkenaan Pengedaran Terjemahan Al-Quran Oleh MRM]
Amat mendukacitakan kami apabila isu yang telah kami jelaskan faktanya melalui sidang media yang diadakan oleh kami pada 28hb Februari 2015 di Wisma MRM serta laporan polis yang kami lakukan di IPD Shah Alam masih ditimbulkan oleh wakil rakyat yang sepatutnya mengetahui mengenai isu-isu membabitkan rakyat.
Berikut adalah teks ucapan YB. V. Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah di dalam Dewan Rakyat semalam (19hb Mac 2015);
"Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetahui apakah tujuan sebenar pihak-pihak tertentu mencetak dan mengedar naskah Al-Quran secara percuma kepada orang-orang bukan Islam. Adakah naskah Al-Quran itu juga akan diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah seperti yang di propagandakan oleh pihak-pihak tertentu?
Ketua Pengarah JAKIM pula berkata buku suci Al-Quran diedarkan oleh Malaysia Reverted Muslim (MRM) kepada orang ramai yang datang mendekatinya untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Islam. Beliau menambah lagi buku suci yang diterjemahkan itu diedarkan tanpa memaksa mana-mana pihak. Pertama sekali, saya ingin mengetahui benarkah MRM terlibat dengan projek mengedar kitab suci Al-Quran itu seperti yang didakwa oleh Ketua Pengarah JAKIM.
Isu pengagihan 1 juta naskah Al-Quran yang diterjemahkan dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil kepada orang bukan Islam tersebar luas dalam media komunikasi sosial. Saya ingin mengetahui kebenaran fakta yang disebarkan itu. Mesej yang diedarkan itu menimbulkan kebimbangan dan rasa tidak selesa di kalangan orang bukan Islam. Saya juga ingin mengetahui sama ada benar atau tidak Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik telah mencetak terjemahan kitab suci itu untuk diedarkan kepada orang-orang bukan Islam. Saya juga difahamakan usaha terjemahan Al-Quran itu adalah program yang dinaungi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Adakah ini juga benar?
Kita suci Al-Quran harus dihormati oleh semua orang. Saya risau pelbagai masalah boleh timbul jika kitab itu diedarkan kepada bukan Islam yang mempunyai amalan dan kepercayaan yang berlainan. Kita harus menghormati hak kebebasan agama orang bukan Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Pada hemat saya, adalah baik untuk semua pihak jika dapat kita elakkan isu-isu kontroversi terutamanya yang boleh menyinggung perasaan pelbagai pihak. Ini merupakan satu isu sensitif yang mudah diputarbelitkan. Oleh yang demikian, ia perlu ditangani dengan berhati-hati dan penuh tanggungjawab.
Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme berpendapat bahawa penerbitan Al-Quran dalam empat bahasa itu bakal menggutgat kepercayaan penganut bukan Islam. Oleh yang demikian, saya ingin mengetahui pendirian rasmi kerajaan dalam isu yang dibangkitkan ini." +++ END QUOTE+++
RESPON MRM KEPADA YB V. SIVAKUMAR
1) "saya ingin mengetahui apakah tujuan sebenar pihak-pihak tertentu mencetak dan mengedar naskah Al-Quran secara percuma kepada orang-orang bukan Islam."
>> Pertama, tujuan sebenar kami tidak lain tidak bukan adalah memudahkan masyarakat Islam & Bukan Islam membaca sendiri terjemahan Al-Quran agar mereka memahami apakah ajaran sebenar dalam Islam berbanding dengan apa yang digambarkan oleh media massa. Kedua adalah sebagai seorang Muslim, Allah telah memerintahkan kami untuk berkongsikan Al-Quran ini dan mengajak manusia kembali kepada Islam agar manusia selamat dari azab akhirat sebagaimana firmanNya;
"Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."

(Ibrahim 14:1)
2) "Adakah naskah Al-Quran itu juga akan diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah seperti yang di propagandakan oleh pihak-pihak tertentu?"
>> Naskah terjemahan Al-Quran diedarkan kepada semua lapisan masyarakat sama ada Muslim ataupun Bukan Muslim mengikut permintaan masing-masing. Naskah terjemahan Al-Quran kami juga diedarkan ke masjid, surau, sekolah tahfiz, dan individu yang memintanya dari kami.
Merujuk kepada sambungan ayat YB iaitu "...seperti yang di propagandakan oleh pihak-pihak tertentu", kami ingin mengetahui pihak mana yang mempropagandakannya supaya tindakan undang-undang dapat kami ambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu ataupun YB tidak menyiasat kesahihannya tetapi mempercayainya?
3) "Ketua Pengarah JAKIM pula berkata buku suci Al-Quran diedarkan oleh Malaysia Reverted Muslim (MRM) kepada orang ramai yang datang mendekatinya untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Islam."
>> Pertama, nama NGO kami adalah Multiracial Reverted Muslims (MRM) yang berdaftar secara rasmi dengan ROS. Ya. Ketua Pengarah JAKIM, Dato Othman Mustapha telahpun membuat kenyataan melalui laman Facebooknya. Sila lihat pautan ini YB >https://www.facebook.com/DatoHjOthmanMustapha/photos/a.1443387075882921.1073741830.1429739307247698/1629167460638214/?type=1&theater
4) "Pertama sekali, saya ingin mengetahui benarkah MRM terlibat dengan projek mengedar kitab suci Al-Quran itu seperti yang didakwa oleh Ketua Pengarah JAKIM."
>> Tidak pernah kami menafikannya sebagaimana juga kenyataan KP JAKIM.
5) "Isu pengagihan 1 juta naskah Al-Quran yang diterjemahkan dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil kepada orang bukan Islam tersebar luas dalam media komunikasi sosial. Saya ingin mengetahui kebenaran fakta yang disebarkan itu. Mesej yang diedarkan itu menimbulkan kebimbangan dan rasa tidak selesa di kalangan orang bukan Islam. Saya juga ingin mengetahui sama ada benar atau tidak Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik telah mencetak terjemahan kitab suci itu untuk diedarkan kepada orang-orang bukan Islam. Saya juga difahamakan usaha terjemahan Al-Quran itu adalah program yang dinaungi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Adakah ini juga benar?"
>> Soalan ini biarlah dijawab oleh pihak Islamic Information & Services di bawah Puan Sabariah yang merupakan penganjur kepada projek One Soul One Quran (OSOQ).
6) "Saya risau pelbagai masalah boleh timbul jika kitab itu diedarkan kepada bukan Islam yang mempunyai amalan dan kepercayaan yang berlainan"
>> YB, program pengedaran terjemahan A-Quran yang dilakukan oleh MRM telahpun dijalankan beberapa tahun sebelum IIS melancarkan program One Soul One Quran dan Alhamdulilah (Syukur Pada Allah), selama beberapa tahun program kami dilaksanakan tiada masalah yang timbul malahan disambut baik oleh masyarakat bukan Islam yang terkejut rupa-rupanya mereka juga boleh membaca Al-Quran yang selama ini dianggap eksklusif kepada orang Islam atau orang Melayu sahaja. YB sebagai wakil rakyat juga pasti memiliki atau membaca terjemahan Al-Quran agar memudahkan interaksi antara YB dan rakyat di kawasan Palimen YB. Jikalau YB tidak memiliki naskah terjemahan, kami di MRM boleh hadiahkan kepada YB.
Kedua, jikalau masalah mula timbul sekarang, maka sudah pastinya iainya tidak berkaitan dengan pengedaran terjemahan Al-Quran tetapi kerana sabotaj dan atas dasar kepentingan sesuatu pihak yang ingin melihat program ini dihentikan.
7) "Kita harus menghormati hak kebebasan agama orang bukan Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Pada hemat saya, adalah baik untuk semua pihak jika dapat kita elakkan isu-isu kontroversi terutamanya yang boleh menyinggung perasaan pelbagai pihak. Ini merupakan satu isu sensitif yang mudah diputarbelitkan. Oleh yang demikian, ia perlu ditangani dengan berhati-hati dan penuh tanggungjawab."
>> YB, kami menghormati hak kebebasan beragama orang bukan Islam sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu kami hanya MEMBERIKAN TERJEMAHAN AL-QURAN apabila diminta dan bukannya memaksa mereka menerimanya sebagaimana firman Allah SWT;
"... bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah."

(Al-Baqarah 2:185)
"...Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk"

(Al-Baqarah 2:272)
YB, masalah berkenaan agama disensasikan oleh ahli politik untuk kepentingan masing-masing maka ianya menjadi kontroversi & kami pasti YB setuju bahawa lebih banyak timbul kontroversi dan masalah kerana isu politik maka apakah politik harus diberhentikan kerana rakyat Malaysia mempunyai ideologi politik yang berlainan & kita harus menghormati ideologi politik maka usah diadakan sebarang propaganda ideologi politik kerana itu akan menimbulkan permasalahan di kalangan rakyat Malaysia?
smile emoticon
 Kami melakukan program kami dalam suasana harmoni dan ceria sebagaimana yang YBb boleh tonton melalui video-video program Street Dakwah di Youtube dan antaranya ialah; https://www.youtube.com/watch?v=2twuYQUjpaY
8) "Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme berpendapat bahawa penerbitan Al-Quran dalam empat bahasa itu bakal menggutgat kepercayaan penganut bukan Islam."
>> Pihak kami telahpun mengadakan sidang media pada 14hb Februari 2015 bersama dengan IIS & Hidayah Centre dan YB bolehlah baca kenyataan kami di situ ;https://www.facebook.com/MultiRacialRevertedMuslims/posts/1051816424834672:0
RUMUSAN
YB, kami di MRM sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bersemuka dan berbincang dan walaupun akan terdapat perkara yang barangkali kita tidak akan sepakat namun kita harus berpegang kepada konsep sepakat dalam tidak bersepakat ataupun "agree to disagree". Kami di MRM merasakan masalah sensitiviti agama boleh ditangani dengan baik jikalau semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama boleh berbincang secara bersemuka dari meraih publisiti murahan melalui tohmahan dan kenyataan di media. Andai kita ikhlas dan jujur memastikan keamanan dan keamanan negara kita terpelihara, sudah pastinya kita akan mengambil inisiatif berjumpa dan berbincang di antara kita semua.
YB, jemput rakaman penuh sidang media kami yang tidak diubah yang diadakan pada 28hb Februari 2015 bertempat di Wisma MRM >>https://www.youtube.com/watch?v=8eM-rD1_flA&feature=youtu.be
Firdaus Wong Wai Hung

Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM)
20hb Mac 2015

INGAT NI’MAT BATIN DARI ALLAH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (Luqman [31:20]) pada 17 Mac 2015. Antara isunya adalah seruan Allah kepada hambaNya agar mengingati NI'MAT ZAHIR DAN NI'MAT BATIN yang dikurniakan kepada mereka.
Apa akan jadi jika degupan jantung, aliran darah, gerakan paru-paru menghela oksigen, dan denyutan nadi kita ditarik Allah walau barang sesaat? Pasti saat itu, surat mati sudah boleh dicetak oleh pejabat pendaftaran Negara. Setiap hari, tanpa kita arah, jantung akan senantiasa berdegup mengepam darah ke seluruh tubuh. Tanpa perlu ditekan mana-mana suis, paru-paru kita akan senantiasa menghela nafasnya. Soalnya, adakah kita bersyukur atas kurniaan “NI’MAT BATIN” ini?
أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُنِيرٍ
Ertinya: Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, “DAN TELAH MELIMPAHKAN KEPADA KAMI NIKMAT-NIMATNYA YANG ZAHIR DAN YANG BATIN?” Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran (Luqman [31:20]).
Panjang lebar para ulama Tafsir mengulas perincian “NI’MAT BATIN” pada manusia. Antara yang disebut adalah:
- Operasi organ dalaman yang bergerak tanpa kita sedari,
- Bantuan malaikat ketika bertempur dengan musuh dan bisikan kebaikan dari mereka kepada hati orang beriman,
- Kemampuan akal mengenal Allah dengan siraman ilmu,
- Kewujudan hati, akal dan deria rasa sebagai pintu mencari ilmu,
- NI’mat akhirat yang belum dapat dilihat dengan mata zahir semasa di dunia,
- Penutupan perkara aib yang dilakukan di luar pengetahuan manusia, dan banyak lagi (Tafsir al-Alusi).
Subhanallah! Itu baru sekelumit ni’mat batin yang cuba dihuraikan oleh para ulama. Benar sekali firman Allah ini:
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Ertinya: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Nahl[16:18]).
Semoga sedikit perkongsian ini membuka pintu “hati jantung” kita untuk menjadi hamba Allah yang benar-benar bersyukur atas segala kurniaan ni’mat zahir dan ni’mat batin yang sering kita lupai. Ya Allah! Jadikan kami hambaMu yang benar-benar bersyukur.
22.3.2015

Tuesday 17 March 2015

Kisah Benar Di Sebalik Pengislaman Hana Tajima


Nama Hana Tajima Simpson bukan lagi asing di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil.
Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya ‘layers’. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah.
Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim.
Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. “Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam.” katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.
Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. “Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita.
Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam” katanya.
Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. “Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik,” tuturnya.
Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. “Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan,” ujarnya.
Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. “Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab.” katanya lagi.
Dalam blog peribadinya hanatajima.com, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. “Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu.” ujarnya.
Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.
Sumber:http://www.sportmusang.com/2015/03/kisah-benar-di-sebalik-pengislaman-hana.html

Thursday 12 March 2015

Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)


  1. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan kelaurnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.
  3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.
  4. Mati di medan perang keran membela agama Allah.
  5. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
    1. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
    2. Diselamatkan dari seksa kubur.
    3. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
    4. Diperhiasi dengan iman.
    5. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
    6. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.
  6. Mati kerana melhirkan anak.
  7. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendakalh ia sabar dan redha menganggungnya). Riwayat oleh Muslim.
  8. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". Riwayat oleh Muslim.
  9. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
  10. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.
  11. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.
  12. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.
  13. Mati akibat luka perang du jalan Allah. Sabda Rasulullah "Barang siapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.
  14. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.
  15. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barang siapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid. Riwayat Abu Daud.
  16. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.
  17. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah.
  18. Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalakan 4 perkara:
    1. Mejaga sembahyang 5 waktu.
    2. Banyak bersedekah.
    3. Banyak membaca Al Quran.
    4. Banyak bertasbih.
    Dan hendaklah ia meninggalakan:
    1. Meninggalkan dusta.
    2. Meninggalakan sifat khianat.
    3. Meninggalkan sifat mengadu - domba.
    4. Mejaga Kencing.
Sumber: http://www.tranungkite.net

Tinggalkan Nyanyian Mendapat Hidayah


IA TINGGALKAN NYANYIAN MAKA ALLAH MENGGANTIKANNYA DENGAN HIDAYAH DAN IMAN
Negara-negara kafir pada umumnya, baik Barat maupun Timur hidup dalam kesengsaraan. Ya, demi Allah, itulah kenyataan mereka. Sebab hati yang merupakan raja anggota badan adalah asal-muasal kebahagiaan dan kenikmat-an serta siksa dan kesengsaraan.

Jangan terkecoh dengan kenikmatan mereka. Memang, jasad mereka berada di Surga, tetapi hati mereka di Neraka. Inilah kenyataan yang ada!
Karena itu, orang kafir selalu hidup dalam kesempitan dan kesusahan. Allah berfirman:
"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu maka sesungguhnya baginya adalah kehidupan yang sempit dan Kami kumpulkan mereka pada hari Kiamat dalam keadaan buta."
Wahai hamba Allah, tahukah kamu apakah kesempitan hidup itu? Ia adalah siksaan dalam hati berupa kesedihan, kesesakan dan berakhir dengan bunuh diri.

Ketika negara Skandinavia melihat begitu banyak pen-duduk negaranya yang bunuh diri, justeru mereka berkata, 'Kita siapkan untuk mereka tempat bunuh diri sehingga kita bisa memanfaatkan darah mereka untuk orang-orang sakit dan kecelakaan'.

Dan berikut ini, wahai saudaraku muslim tercinta ada-lah kisah seorang pemuda yang meninggalkan pesona, godaan dan hiruk-pikuk dunia kemudian hanya meng-hadapkan diri kepada Allah, maka ia pun mendapatkan kelapangan dan keleluasaan.
Dahulunya, ia seorang pecinta nyanyian dan segala hal yang biasa menyertainya seperti minum minuman keras, disco, musik dan kemaksiatan serta dosa lainnya.
Ia adalah orang yang hatinya telah dimasuki iman, maka ia mendapati kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian. Dengan iman pula, ia mendapatkan ketinggian dan kemu-liaan, kebaikan, keshalihan dan keberuntungan.
Ia adalah kisah seorang selebriti Inggris yang amat ter-kenal di kolong langit ini. Ia adalah Cat Stevens yang kemu-dian berganti nama menjadi Yusuf Islam.
Ia bertutur sendiri tentang dirinya. Dan alangkah indah sesuatu yang murni keluar dari jiwa yang jujur. Cat Stevens berkisah.
"Aku dilahirkan di London, jantung dunia Barat. Aku dilahirkan di era televisi dan angkasa luar. Aku dilahirkan di era teknologi mencapai puncaknya di negara yang terke-nal dengan peradabannya, negara Inggris.
Aku tumbuh dalam masyarakat tersebut dan aku belajar di Sekolah Katholik yang mengajarkanku tentang agama Nashrani sebagai jalan hidup dan kepercayaan. Dari sini pula aku mengetahui apa yang harus kuketahui tentang Allah, Al-Masih 'alaihis salam dan taqdir, yang baik maupun yang buruk.
Mereka banyak memberitahuku tentang Allah, sedikit tentang Al-Masih dan lebih sedikit lagi tentang Ruhul Qudus (Jibril).
Kehidupan di sekelilingku adalah kehidupan materi. Paham materialis gencar diserukan dariberbagai media informasi. Mereka mengajarkan, kekayaan adalah kekayaan harta benda yang sesungguhnya dan kefakiran adalah ketiadaan harta benda secara hakiki. Amerika adalah con-toh negara kaya dan Negara-negara Ketiga adalah contoh kemiskinan, kelaparan, kebodohan dan kepapaan.
Karena itu, aku harus memilih dan meniti jalan kekaya-an. Supaya aku bisa hidup bahagia. Supaya aku mendapat-kan kenikmatan hidup. Karena itu, aku membangun falsafah hidup bahwa dunia tidaklah ada kaitannya dengan agama. Falsafah inilah yang aku jalani, agar aku mendapatkan kebahagiaan jiwa.
Lalu aku mulai melihat kepada sarana untuk meraih kesuksesan. Dan cara yang paling mudah -menurutku- adalah dengan membeli gitar, mengarang lagu dan me-nyanyikannya sendiri. Aku lalu tampil di hadapan mereka. Inilah yang benar-benar aku lakukan dengan membawa nama Cat Stevens. Dan tidak berapa lama, yakni ketika aku berusia 18 tahun aku telah menyelesaikan rekaman dalam delapan kaset. Setelah itu banyak sekali tawaran. Dan aku pun bisa mengumpulkan uang yang banyak. Di samping itu, pamorku pun mencapai puncak.
Ketika aku berada di puncak ketenaran, aku melihat ke bawah. Aku takut jatuh! Aku dihantui kegelisahan. Akhirnya, aku mulai minum minuman keras satu botol setiap hari. Supaya memotivasi keberanianku untuk me-nyanyi. Aku merasa, orang-orang di sekelilingku berpura-pura puas. Padahal dari wajah mereka, tak seorang pun tampak puas, kepuasan yang sesungguhnya!
Semuanya harus munafiq, bahkan dalam jual beli dan mencari sesuap nasi, bahkan dalam hidup! Aku merasa, ini adalah sesat. Dari sini, aku mulai membenci kehidupan-ku sendiri. Aku menghindar dari orang banyak. Aku lalu jatuh sakit. Aku kemudian opname di rumah sakit karena sakit paru-paru. Ketika di rumah sakit, kondisiku lebih baik karena mengajakku berfikir.
Aku memiliki iman kepada Allah. Tetapi gereja belum mengenalkanku siapakah Tuhan itu dan aku tak mampu sampai pada hakikat Tuhan sebagaimana yang dibicarakan gereja! Pikiranku buntu. Maka aku memulai berfikir kepada jalan hidup yang baru. Aku memiliki buku-buku tentang aqidah dan masalah ketimuran. Aku mencari tentang Islam dan hakikatnya. Dan seperti ada perasaan, aku harus menuju pada titik tujuan tertentu, tetapi aku tidak tahu keberadaan dan pengertiannya.
Aku tidak puas berpangku tangan, duduk dengan pikiran kosong. Aku mulai berfikir dan mencari kebahagiaan yang tidak kudapatkan dalam kekayaan, ketenaran, puncak karir maupun di gereja. Maka aku mulai mengetuk pintu Budha dan Falsafah Cina. Aku pun mempelajarinya. Aku mengira, kebahagiaan adalah dengan mencari berita apa yang terjadi di hari esok, sehingga kita bisa menghindari keburukannya. Aku berubah menjadi penganut paham Qadariyah. Aku percaya dengan bintang-bintang, mencari berita apa yang akan terjadi. Tetapi semua itu ternyata keliru.
Aku lalu pindah kepada ajaran komunis. Aku mengira bahwa kebajikan adalah dengan membagi kekayaan alam ini kepada setiap manusia. Tetapi aku merasa bahwa ajaran komunis itu tidak sesuai dengan fitrah manusia. Sebab ke-adilan adalah engkau mendapatkan sesuai apa yang telah engkau usahakan, dan ia tidak lari ke kantong orang lain.
Lalu aku berpaling pada obat-obat penenang. Agar aku memutuskan mata rantai berbagai pikiran dan kebimbang-an yang menyesakkan. Setelah itu aku mengetahui bahwa tidak ada aqidah yang bisa memberikan jawaban kepadaku. Yang bisa menjelaskan kepadaku hakikat yang sedang aku cari. Aku putus asa. Dan ketika itu, aku belum mengetahui tentang Islam sama sekali. Maka aku tetap pada keyakinan-ku semula, pada pemahamanku yang pertama, yang aku pelajari dari gereja. Aku menyimpulkan bahwa kepercaya-an-kepercayaan yang aku pelajari itu adalah keliru. Dan bahwa gereja sedikit lebih baik daripadanya. Aku kembali lagi kepada gereja. Aku kembali mengarang musik seperti semula. Dan aku merasa Kristen adalah agamaku.
Aku berusaha ikhlas demi agamaku. Aku berusaha mengarang lagu-lagu dengan baik. Aku berangkat dari pemikiran Barat yang bergantung pada ajaran-ajaran gereja. Yakni ajaran yang memberikan inspirasi kepada manusia bahwa dia akan sempurna seperti Tuhan jika dia melakukan pekerjaannya dengan baik serta ia mencintai dan ikhlas terhadap pekerjaannya.
Pada tahun 1975 terjadi suatu mu'jizat. Yakni ketika saudara kandungku tertua memberiku hadiah satu mushaf Al-Qur'an. Mushaf itu masih tetap bersamaku sampai aku mengunjungi Al-Quds di Palestina. Setelah kunjungan tersebut, aku mulai mempelajari Kitab yang dihadiahkan oleh saudaraku itu. Suatu Kitab yang aku tidak mengetahui apa isi di dalamnya, juga tak kuketahui apa yang dibicara-kannya. Lalu aku mencari terjemahan Al-Qur'anul Karim setelah aku mengunjungi Al-Quds. Pada pertama kalinya, melalui Al-Qur'an itu, aku berfikir tentang apa itu Islam. Sebab Islam menurut pandangan orang Barat adalah aga-ma yang fanatik dan sektarian. Dan umat Islam itu adalah sama saja. Mereka adalah orang-orang asing, baik bangsa Arab maupun Turki. Kedua orang tua saya adalah berdarah Yunani. Dan orang Yunani begitu bencinya kepada Turki Muslim. Karena itu, seyogyanya aku membenci Al-Qur'an, yang ia adalah agama dan pedoman orang-orang Turki se-bagai dendam warisan. Tetapi aku memandang, aku harus mempelajarinya (terjemahnya). Tidak mengapa aku menge-tahui isinya.
Sejak pertama, aku merasa bahwa Al-Qur'an dimulai dengan Bismillah (dengan nama Allah). Bukan dengan na-ma selain Allah. Dan ungkapan 'Bismillahirrahmanirrahim' (dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang) begitu sangat berpengaruh dalam jiwaku. Lalu surat Al-Fatihah itu berlanjut dengan Fatihatul Kitab (Pembukaan Al-Qur'an), Alhamdulillahirabbil 'alamin (segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam). Segala puji milik Allah Sang Pencipta sekalian alam, dan Tuhan segenap makhluk.
Sampai waktu itu, pemikiran saya tentang Tuhan begitu lemah tak berdaya. Mereka mengatakan kepadaku, 'Se-sungguhnya Allah adalah Mahaesa, tetapi terbagi menjadi tiga dzat! Bagaimana? Saya tidak tahu!'
Dan mereka mengatakan kepadaku, 'Sesungguhnya Tuhan kita bukanlah Tuhannya orang Yahudi..!'
Adapun Al-Qur'anul Karim, maka ia mulai dengan ber-ibadah kepada Allah Yang Mahaesa, Tuhan segenap alam semesta. Al-Qur'an menegaskan keesaan Sang Pencipta. Dia tidak memiliki sekutu yang berbagi kekuasaan dengan-Nya. Dan ini adalah pemahaman baru bagiku. Sebelumnya, sebelum aku mengetahui Al-Qur'anul Karim, aku menge-tahui adanya pemahaman kesesuaian dan kekuatan yang mampu mengalahkan mu'jizat. Adapun sekarang, dengan pemahaman Islam, aku mengetahui bahwa hanya Allah semata yang mampu dan Mahakuasa atas segala sesuatu.
Hal itu masih dibarengi dengan keimanan terhadap hari akhir dan bahwa kehidupan akhir itu adalah abadi. Jadi, tidaklah manusia itu dari segumpal daging kemudian ber-ubah setiap hari hingga berakhir menjadi debu, sebagai-mana yang dikatakan oleh para ahli biologi. Sebaliknya, apa yang kita lakukan dalam kehidupan dunia ini sangat menentukan keadaan yang akan terjadi dalam kehidupan di hari akhir nanti. Al-Qur'anlah yang menyeruku kepada Islam. Maka aku pun memenuhi seruannya. Adapun gereja yang menghancurkanku dan membuatku lelah dan letih, maka dialah yang mengantarkanku kepada Al-Qur'an. Yakni ketika aku tak mampu menjawab berbagai pertanya-an jiwa dan kalbuku.
Di dalam Al-Qur'an, aku melihat sesuatu asing. Ia tidak serupa dengan kitab-kitab lain. Ia tidak mengandung beberapa bagian atau sifat-sifat yang ada dalam kitab-kitab agama yang telah kubaca. Di sampul Al-Qur'an, juga aku tidak mendapatkan nama pengarangnya. Karena itu, aku yakin betul dengan makna wahyu yang Allah wahyukan kepada nabi yang diutusNya. Kini, aku telah jelas betul tentang perbedaan antara Al-Qur'an dengan Injil yang di-tulis oleh tangan-tangan pengarang yang berbeda-beda sehingga melahirkan kisah-kisah yang berbeda pula.
Aku berusaha untuk mencari kesalahan di dalam Al-Qur'an, tetapi aku tidak menemukannya. Semua isi Al-Qur'an adalah sesuai dengan pemikiran keesaan Allah yang murni. Dari sini, aku mulai mengenal tentang apa itu Islam.
Al-Qur'an bukanlah satu-satunya risalah. Sebaliknya, di dalam Al-Qur'an didapatkan nama-nama semua nabi yang mereka itu dimuliakan Allah. Al-Qur'an tidak membeda-bedakan antara satu dengan yang lainnya. Dan teori ini adalah sangat logis. Sebab jika Anda beriman kepada seorang nabi dan tidak kepada yang lain, berarti Anda telah menghancurkan adanya kesatuan risalah.
Dari sejak itu, aku memahami bagaimana berantainya risalah sejak awal penciptaan manusia. Dan bahwa manusia sepanjang sejarah selalu terdiri dari dua barisan; mukmin atau kafir.
Al-Qur'an telah menjawab semua hal yang kupertanya-kan. Dengan demikian aku merasa bahagia. Kebahagiaan mendapatkan kebenaran.
Aku mulai membaca Al-Qur'an semuanya, sepanjang satu tahun penuh. Aku mulai menerapkan pemahaman yang aku baca dari Al-Qur'an. Saat itu aku merasa bahwa akulah satu-satunya muslim di muka bumi ini.
Lalu aku berfikir bagaimana aku menjadi muslim yang sesungguhnya. Maka aku pergi ke masjid London dan aku mengumumkan keislamanku. Aku mengatakan, 'Asyhadu anlaa ilaaha illallaah wa anna muhammadar rasuulullaah' (Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah).
Ketika itu, aku yakin bahwa Islam yang kupeluk adalah risalah yang berat, tidak suatu pekerjaan yang selesai dengan sekedar mengucapkan dua kalimah syahadat.
Aku telah dilahirkan kembali. Dan aku telah menge-tahui ke mana aku berjalan bersama saudara-saudara muslimku yang lain dari hamba-hamba Allah. Sebelumnya, aku sama sekali tidak pernah menemui salah seorang mereka. Seandainya pun ada seorang muslim yang mene-muiku dan berusaha untuk mengajakku kepada Islam, tentu aku menolak ajakannya karena keadaan umat Islam yang diremehkan dan diolok-olok oleh media informasi barat. Bahkan media informasi Islam sendiri sering meng-olok-olok hakikat Islam. Mereka justeru sering mendukung berbagai kedustaan yang dilontarkan oleh musuh-musuh Islam yang mereka itu tidak mampu memperbaiki bangsa mereka sendiri yang kini telah dihancurkan oleh penyakit-penyakit akhlak, sosial dan sebagainya.
Aku telah mempelajari Islam dari sumbernya yang uta-ma, yaitu Al-Qur'anul Karim. Selanjutnya, aku mempelajari sejarah hidup (sirah) Rasul shallallahu 'alaihi wa sallam. Bagaimana beliau dengan perilaku dan sunnahnya mengajarkan Islam kepada umat Islam. Aku lalu mengetahui kekayaan yang agung dari kehidupan dan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Aku sudah lupa musik. Aku bertanya kepada kawan-kawanku, 'Apa aku mesti melanjut-kan karir musikku?' Mereka menasihatiku agar aku ber-henti, sebab musik akan melalaikan dari mengingat Allah. Dan ini bahaya besar.
Aku menyaksikan pemuda-pemuda yang meninggalkan keluarga mereka dan hidup di tengah-tengah musik dan lagu. Ini adalah sesuatu yang tidak diridhai oleh Islam, yang menganjurkan dibangunnya generasi-generasi tang-guh.
Itulah kisah seorang penyanyi Inggris terkenal, Cat Stevens (Yusuf Islam) yang menolak popularitas dan uang, karena ia menemukan apa yang ia cari sejak lama, yakni kebenaran dan petunjuk, sumber kebahagiaan abadi, di dunia maupun di akhirat. Karena itu, Allah menggantikan-nya dengan iman yang tidak ada sesuatu pun yang menan-dingi nilainya, demi Allah!
Hidup tanpa iman adalah Neraka Jahim yang tak ter-tahankan. Lalu, Allah juga menggantinya dengan kecintaan Allah kepadanya. Karena Allah mencintai orang-orang ber-iman, bertakwa dan yang berbuat baik. Maka Allah meng-gantinya dengan kecintaan makhluk yang ada di langit dan makhluk yang ada di bumi kepadanya. Allah menggan-tinya dengan nama harum di antara hamba-hamba Allah yang beriman, di Timur maupun di Barat.

Sumber: http://www.tranungkite.net
12.3.2015

Wednesday 11 March 2015

Ini Fakta! Maksud Tersirat Lagu M. Nasir "Tanya Sama Itu Hud - Hud" Sangat Mengejutkan.

Pernah tak korang dengar lagu hasil ciptaan M. Nasir iaitu ‘Tanya Sama Itu Hud - Hud’. Lagu yang senang melekat di halwa telinga ini sebenarnya mempunyai lirik yang tersirat serta bermakna. Mari kita rungkaikan maksud lagu tersebut satu persatu.

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).

Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.



Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,

"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"

Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?


Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Yang ni, kena baca kisah Musyawarah Burung. Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.

11.3.2015