Wednesday 31 December 2014

2014 - NEGERI SEMBILAN : SEREMBAN, REMBAU , LUBOK CHINA DAN SG. GADUT


Sepanjang 2014 aku tidak banyak menjelajah ke Negeri Sembilan walaupun pun ada program Yayasan Jantung di Negeri Sembilan tetapi aku tidak turut serta kerana masalah kesihatan isteri. 
Namun pada 7 Oktober 2014 aku bersama kakak, isteri dan anak ku telah ke Masjid Tanah Melaka untuk urusan tanah di Kampung. Kami menaiki Tren Komuter dari Kuala Lumpur ke Seremban. Dari Seremban kami ke Masjid Tanah menaiki kereta abang Sulong ku yang menetap di Seremban 2. 
Dalam perjalanan ke Masjid Tanah dan Balik kami singgah kebeberapa tempat. 








Chengkau adalah merupakan sebuah pekan yang terletak antara Rembau dan Kota di Negeri Sembilan. 
Di zaman awalnya Chengkau dibina berhampiran sebuah stesen Keretapi lama (stesen itu kemudian dipindahkan ke tempat lain.)


Rembau adalah merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak bersempadan dengan negeri Melaka. Rembau mempunyai keluasan seluas 402.76 km.
Menurut sejarah, Rembau adalah merupakan penempatan terawal orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Mereka telah membawa bersama mereka adat Perpatih yang sehingga kini diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. 
Rembau juga dikatakan adalah sebahagian dari jajahan Negeri Melaka ketika zaman Pemeritahan Kerajaan Melayu Melaka dahulu. 
Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, Raja Melawar dikatakan telah ditabalkan di Rembau iaitu di Kampung Penajis dan bersemayam di Kampung Astana Raja. Makam baginda masih ada di Rembau. 
Meriam Pusaka peninggalan moyang ku yang terletak di Kg. Nerambai, Lubok Cina, Negeri Sembilan. 


Kg. Nerambai yang terletak di Daerah Lubok Cina, Negeri Sembilan adalah kampung asal arwah Ayah ku Maamor bin Sudin. Ketika dalam perjalanan dari Rembau ke Seremban, kami singgah di Kampung Nerambai untuk melawat Meriam pusaka peninggalan moyang ku yang terletak di bekas tapak rumah arwah moyang dan Nenda ku. 
Menurut cerita arwah Bonda ku, meriam ini adalah meriam peninggalan moyang ku yang ketika itu adalah merupakan seorang yang berpengaruh di daerah ini... namun tidak ada bukti sejarah mengenainya.....wallahu alam...  






Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami menaiki tren Komuter dari Stesen Komuter di Sungai Gadut, Negeri Sembilan. 


Zulheimy Maamor
1.2.2015 : 1.15 am


No comments: