Saturday 13 October 2012

2012 - KETEREH, KOTA BHARU, KELANTAN

KETEREH, KELANTAN
13.10.2012
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ketereh di Kota Bharu Kelantan adalah sejauh 416 km dan mengambil masa perjalanan lebih kurang 6 jam. 


Ketereh adalah satu daerah terletak dibawah jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia adalah bandar laluan antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan Gua Musang. 
Yayasan Jantung Malaysia turut menganjurkan kempan "Go Red for Women" iaitu suatu kempen khusus untuk meningkatkan kesedaran Bahaya penyakit jantung di kalangan wanita. Kempen kali ini dijalankan di Dewan Rukun Tetangga, Ketereh, Kota Bharu Kelantan. Kempen berlansung pada 13 Oktober 2012 dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan, Rukun Tetanggan Ketereh, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Pejabat Kesihatan Daerah Ketereh. 

Rujuk: Program Kesihatan 2012 - Ketereh Kelantan

 Hotel Dynasty Inn Kota Bharu, Kelantan



Cafeteria Dynasty Inn, kami bersarapan pagi di sini



Dynasty Inn Kota Bharu
2865, D1,Bandar Kota Bharu
15050 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-747 3000

Aku dan keluarga pernah tinggal di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan sekitar tahun 60'an dahulu. Ketika itu arwah ayah ku ada anggota tentera dari Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja yang berpengkalan di Kota Bharu ketika itu. 

Ketereh, Kota Bharu, Kelantan 





Simpang Kuala Krai 522.jpg
Kuala Krai yang merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang. Sebelum 1977 Kuala Krai dikenali dengan nama Ulu Kelantan.


Kok Lanas tertelak dalam kawasan Ketereh atau jajahan Kota Bharu. Ia adalah merupakan bandar Satelit di Kelantan , jaraknya adalah sekitar 27 km dari bandar Kota Bharu. 
Di sini terdapat sebuah kem Tentera iaitu Kem Desa Pahlawan. 



Kota Bharu Central Market - panoramio.jpg


Pasar Khadijah di Kota Bharu adalah ikon pelancongan di Kelantan. Sesiapa yang ke Kota Bharu tidak sah kalau tak menjejaki Pasar Khadijah. 
Nama pasar ini adalah mengambil sempena nama Siti Khadijah, isteri pertama Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW yang merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang Berjaya di zamannya. Sesuai dengan namanya, majoriti peniaga di pasar ini adalah wanita. Pengunjung berpeluang untuk memilih berbagai jualan seperti kraftangan , kuih muih tradisional dan hasil tanaman segar…… kalau berkunjung ke Kota Bharu tidak sah jika tak singgah ke Pasar Khadijah. 





Kami singgah di Hentian Rehat Gua Musang untuk sarapan pagi.
Jajahan Gua Musang (Jawi: ڬوا موسڠ ) terletak di selatan negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Gua Musang dikenali jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Jajahan Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan.
Jajahan Gua Musang merangkumi 3 DUN iaitu Paloh, Nenggiri atau dulunya Bertam dan Galas (Bandar Gua Musang). Ahli Parlimennya kini ialah Bekas Menteri Kewangan Malaysia & Pengasas Petronas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah. 



Disini kami singgah makan tengahari di sebuah restoran yang menyajikan Ikan Patin Sangkar yang terkenal di Pahang. Aku tak melepaskan peluang untuk menikmati sajian yang cukup terkenal ini.  Selepas makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. 

Pekan Hulu Dong mengingatkan aku pada arwah Bapa Saudara ku Allahyarham Win Bin Yasin yang pernah mengajar di SMK Dong Raub Pahang sekitar tahun 70'an dan aku pernah bersama keluarga bermalam di rumah beliau pada ketika itu. 

Dong merupakan sebuah mukim di daerah Raub, Pahang, Malaysia. Pada 1993, negara ini dikejutkan berita Mona Fandey, suaminya serta pembantunya telah membunuh seorang wakil rakyat Pahang di sebuah rumah tidak bernombor di sekitar mukim ini.
Dalam kes ini beliau bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. 

Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jamaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. 

BERTEMU SAHABAT LAMA
Syukur Alhamdullilah semasa berada di Kota Bharu saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan sahabat lama saya iaitu Roseli Md Zin yang tinggal di Pintu Geng,Kota Bharu, Kelantan. Roseli adalah sahabat satu intake dengan saya semasa dalam perkhidmatan Tentera Laut dahulu. Malah pernah bertugas bersama di atas kapal KD Ganas di Woodlands, Singapura pada tahun 1981 dan juga di SKTLDM Kuantan pada tahun 1992 - 1995.




Begitulah catatan perjalanan ku ke Kelantan pada 2012. 


15.1.2015

No comments: