Monday 26 January 2015

Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj


10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas.

Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.

Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.

1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja

2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.
5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada. 

6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.

8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT) 10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~

Baca pelan2" A L L A H " ........, Aku cinta dan memerlukan Engkau, bersihkanlah hatiku dengan KUASA-Mu ........ Lindungilah Rumahku,keluargaku & orang2" tercinta ........ (Kirim ke 15 orang special dan lihatlah keajaiban besok pagi). Amin ,,,,آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن


Sumber : Facebook
26.1.2015

CARA ROTAN ANAK


Seorang sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ” Tarbiah al-Aulad fi al-Islam” telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan.
Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut : 
1. Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan.
2. Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu mara yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak.
3. Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak.
4. Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dirotan sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud: Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah.
5. Tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun.
6. Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka.
7. Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.
8. Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini.

Rujukan:
1. Abdullah Naseh al-Ulwan, Tarbiah al-Aulad, juzu’ 2, cet. ke-30 1996, Dar al-Fikr, Lubnan.

Moga wacana isu diatas menambah ilmu pd kita. Hujah2 di atas juga dtgnya dari rakan2 Ckgu di Jakim serta guru2 agama yg arif dlm bidang masing2. Selamat beramal

Sumber : Facebook
26.1.2015

Thursday 22 January 2015

Islamophobia and the duty of da’wah

by Salwa Rashad
Source: OnIslam

“A girl like you should take off this burqa and start getting an education,” a middle-aged white woman told a 17-year-old Muslim girl at the dressing room of a respected health club.
The Muslim girl was shocked by these hostile comments but chose not to reply.
Later, she reported the harassment incident to the club’s manager. The manager apologized and assured her that this behavior is against their policy, and if it was repeated, he would take an action against the aggressor.
Ironically, this Muslim girl is a national merit scholar who started her college education at one of the well-known universities at age 16.
In the middle of a friendly conversation, a receptionist at a medical clinic told a young Muslim mother who came to see a doctor for her baby, “You don’t know how to drive.”
In both cases, stereotypes and presumptions were absolutely wrong.
Cashiers at department or grocery stores often assume that Muslim women who wear scarves (in accordance with the Islamic dress code) do not speak English.
One Muslim girl put it this way: “Do I need to wear a shirt with labels saying ‘I speak English, I know how to drive, I have an education’ so that the general public don’t think otherwise just because I am devoted to my religion and covering my hair?”
Anti-Muslim Hate: Why Dawah is Our Top Priority
Since September 11, 2001, the damage of planned media campaigns against Islam and Muslims has been increasing exponentially with time. “Hateful, negative rhetoric regarding Muslims is on the increase both in tone and frequency. It has almost become socially acceptable to engage in bigoted and racist speech about Muslims.”
“More frightening is the reality that the hateful thoughts and speech can turn into hateful, even violent action, which can ruin an innocent person’s life,” Karen J. Dabdoub, the director of the Cincinnati office of the Council on American-Islamic Relations (CAIR), Ohio, USA, wrote in the Enquirer.
Islamophobes are aggressively organizing propaganda that portrays Islam as a foreign religion that came with the backward, violent Arabs, who oppress women and deny them their rights of education, driving, working, or even leaving their homes. This completely distorted image is ingrained in the minds of the majority of the American public as a result of organized efforts by bigoted figures.
Daniel Pipes, a critic of “Islamism,” has proposed the creation of a new “Anti-Islamist Institute” (AII), designed to expose legal political activities of “Islamists,” according to Jim Lobe of the Inter Press Service News Agency (IPS).
The draft of a grant proposal by Pipes’s Middle East Forum (MEF), obtained by IPS, reads, “In the long term … the legal activities of Islamists pose as much or even a greater set of challenges than the illegal ones.”
“Pipes is also working with Stephen Schwartz on a new ‘Center for Islamic Pluralism’ (CIP) whose aims are to ‘promote moderate Islam in the U.S. and globally'” and to oppose the influence of extremists,” Lobe writes.  
“The ‘extremists,’ according to the CIP proposal, are mainly represented by … an array of organizations consisting of CAIR, the Islamic Society of North America (ISNA), the North American Islamic Trust (NAIT), the Muslim Students’ Association of the U.S. and Canada (MSA), the Muslim Public Affairs Council (MPAC), as well as ‘secular’ groups, including the Arab-American Institute (AAI) and the American Arab Anti-Discrimination Committee (ADC),” he adds.
Muslim civil rights organizations, such as CAIR, are working day and night to counteract the effects of such campaigns. But they are limited in number and resources compared to Islamophobes. The American people are victims of the biased and racist media propaganda. Ordinary American citizens do not have the time or motivation to filter the information fed to them through media outlets.
Leaving this destructive tide unchallenged could lead to serious consequences: For instance, some Muslims — especially the young — will be forced or tempted to deviate from the authentic teachings of Islam in order to be called liberal or progressive. On the other hand, those who have strong beliefs will be persecuted for false allegations; they will be labeled extremists, isolated, and discriminated against.
We Must Unite for the Sake of Da`wah
To preserve genuine Islam in the West, every sincere Muslim has an obligation to educate as many people as they can about Islamic beliefs and values.
Islam is a complete way of life. We must adjust our lifestyle to our religion — not the other way round. That is, we cannot twist the laws of Allah and His message to fit our convenience or to please a person or group.
To accomplish this noble mission, Muslims need to coordinate and unite their efforts to withstand the plots that aim at distorting Islamic teachings under slogans like “Reforming Islam” or “Promoting Liberal Islam.” We need to focus our energy in passing the genuine message of Allah to humanity.
In order to do this, we must begin to unite. The Muslim community in the West is so diverse that Muslims end up getting segregated in clusters. Not only is this disunity totally against the spirit of Islam, it also makes Muslims much less effective in pursuing their goals or acting as a powerful minority that can positively influence the societies they live in.
Muslims in the West need to put aside cultural differences developed from their ethnicity or original country and consider their Islamic identity as the only source for a unified Islamic culture.
Muslims from every background should review all their customs and traditions, give up what is national but not Islamic, and preserve only what is compatible with the Quran and Sunnah. Every Muslim must make learning the Arabic language a high priority. In their golden days, Muslims used the language of the Quran to communicate.
Developing a unified set of customs and social behaviors that is based on Islamic teachings and communicating in one language will act as strategies to develop a united Muslim community.
The views expressed in this article are the author’s and do not necessarily reflect those ofMuslimVillage.com.

Resource: 

22 January 2015

Monday 19 January 2015

Enam Cara Boleh Menjana Pahala Di Laman Sosial Facebook

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم 

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,
Satu ketika, terdapat cubaan dari sesetengah orang Islam ingin memulaukan laman sosial Facebook kerana selain ia adalah ciptaan seorang bukan Islam, ia banyak membawa kelalaian kepada umat. Beberapa laman sosial yang agak Islamik diwujudkan. Namun mungkin kerana kurang daya tarikan, ia kurang mendapat sambutan dan akhirnya berkubur begitu sahaja. Facebook juga yang menjadi pujaan hati orang-orang Islam. Yang jelasnya, buat masa sekarang Facebook sudah menjadi kegilaan ramai orang termasuk umat Islam.


Tidak kisahlah ia ciptaan siapa, alangkah baik dan beruntungnya jika seseorang Muslim dapat menjana pahala mudah dengan kemudahan laman sosial ini. Sekurang-kurangnya daripada 3-4 jam seseorang menghadap Facebook dalam satu hari, ada juga pahala yang tercatit di buku amalan, yang diharapkan dapat meneutralkan balik dosa-dosa yang terhasil disebabkan Facebook.


Beberapa amalan mudah dan mampu dibuat oleh sesiapa sahaja untuk menjana kebaikan dan pahala melalui Facebook adalah seperti berikut:


1. Update status anda dengan pengisian yang bermanfaat. Contohnya, menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadis, kata-kata salaf, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang yang membacanya. Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10% yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang dengan cara yang cukup mudah. 

Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi penyebabkebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka.


Tapi awas! jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan sekata. Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan variasikan ia samada dengan tulisan, gambar, video, dan lain-lain.


2. Jika anda terbaca status orang lain yang sangat bermanfaat dan boleh memberi kesan kepada orang lain, apa salahnya anda sebarkan status tersebut. Gunakan kemudahan share untuk tujuan perkongsian, atau copy paste sahaja apa yang anda ingin kongsikan dengan friends anda. Lebih-lebih lagi, bagi pemegang akaun Facebook yang mempunyai list friends yang ramai, boleh membantu menyebarkan kebaikan yang ada pada status seseorang yang mempunyai bilangan friends yang ciput. Mudah-mudahan termasuk dalam bekerjasama dalam dakwah.


3. Anda yang mempunyai maklumat tentang program-program ilmu (yang betul-betul), bolehlah mengiklankan program tersebut di laman Facebook masing-masing dengan memberikan tajuk, nama penceramah, dan jadual pengajian. Manalah tahu, ada kalangan friends kita yang tinggal berhampiran dengan lokasi dan mempunyai kelapangan, boleh mengambil faedah dari majlis-majlis yang berkat.


4. Atas semangat silaturrahim dan atas kesedaran betapa besarnya kewajipan mengeratkan silaturrahim, alangkah baiknya jika setiap kelurga mempunyai group tersendiri yang boleh menghimpunkan segala suku-sakatnya. Dalam group seperti ini, banyak kebaikan dapat dibuat, contohnya bertanya khabar antara ahli keluarga, mengupdate berita-berita keluarga, menyelesaikan permasalahan ahli keluarga secara tertutup dan macam-macam. Walaupun perkara kecil, namun siapa sangka dengan semangat silaturrahim, Allah Taala akan memberkati hidup seseorang.


5. Jika anda mempunyai komen bernas dan bernilai terhadap sesuatu kandungan status orang lain, lakukanlah dengan penuh adab dan sopan seolah-olah anda sedang bercakap dengannya. Mungkin anda yang berpengetahuan tinggi boleh membuat penambahan maklumat, pembetulan kesilapan, pencerahan terhadap kekeliruan, dan lain-lain. Malahan, mungkin komen-komen untuk tujuan tersebut boleh sampai ke tahap fardhu kifayah jika di sana terdapat keperluan mendesak dari sudut Syarak, dan tiada yang boleh melakukannya kecuali anda.


6. Jika mereka yang mempunyai kemusykilan agama, boleh juga menggunakaan laman Facebook sebagai tempat perbincangan. Tulislah soalan anda, dan tag kan ustaz-ustaz Facebook yang dipercayai dan mempunyai masa untuk melayan soalan anda. Mudah-mudahan, ini sebagai satu cara melaksanakan arahan Allah SWT supaya bertanya kepada ahli ilmu dalam perkara-perkara yang tidak diketahui.

Sahabat yang dikasihi,

Semoga dengan melakukan perkara-perkara kecil di atas ketika melayari Facebook, akan ada insan-insan yang beroleh kebaikan dari dakwah kita, akan ada pahala-pahala tercatat di buku amalan baik kita, akan ada dosa-dosa dihapuskan dari buku amalan jahat kita. Mudah-mudahan Facebook yang dicipta oleh seorang bukan Muslim menjadi satu sebab kebaikan kepada seseorang Muslim.

Wallahu a'lam.

Friday 16 January 2015

French Director Finds Islam After Charlie Attacks

OnIslam Staff
Thursday, 15 January 2015 00:00



CAIRO – French director Isabelle Matic has announced her decision to revert to Islam on her FaceBook account, making the unexpected announcement only a few days after Charlie Hebdo Paris attacks.
“Today, I passed through the first pillar of Islam. There is no god but Allah and Muhammad is His Prophet,” Matic said in a message posted on her Facebook page on January 11.
She followed her announcement with a series of posts in which she thanked Moroccan actor Hicham Bahloul for announcing her decision on Moroccan papers.


“Between the massacre at the premises of Charlie Hebdo and other event that have followed: I became a Muslim,” Matic wrote.In another message, she described how she took the decision and its effect on her beliefs in freedom of expression.
“Am I still for freedom of expression for all and Charlie Hebdo in particular?! Yes,” Matic wrote yesterday.
“With regard to my position towards the caricatures of the Prophet, I will write you the text of the SMS that I received this morning from a mosque which agreed quite well with my thoughts since the beginning of the cartoons, well before I became a Muslim,” she added
“They are making fun of Muhammad and do not harm Muhammad. They are making fun of a character that they have imagined and to whom they have given a name. This man is not our Prophet,” she wrote.
The new Muslim referred to the early life of Prophet Muhammad (peace be upon him) when non-believers rejected his calls to Islam.
“The Makkans laughed at Muhammad (worthy of praise) in the appellant Modamam (worthy of name calling). The prophet peace be upon him was smiling. Yes, he was smiling! And he said: They are making fun of Modamam and not me,” Matic wrote.
“The wisdom is the answer to provocations. And this is what our beloved Prophet (peace and blessings of Allah be with him) has taught us.


In its Wednesday’s edition, Charlie Hebdo magazine features a cartoon of a man they claim to be the prophet of Islam on the cover.“So when Charlie Hebdo will be published insha ' allah (God willing), do not pay attention. Do not respond to the provocation. And do not give them of importance,” she added.
The cover depicts Prophet Mohammed (pbuh) with a tear falling from his cheek, holding a sign that says, "Je suis Charlie” under the headline "All Is Forgiven."
The edition is the first after two gunmen attacked the magazine’s headquarters in Paris, killing 10 journalists and two policemen. Two of the dead were Muslims, an editor and a police cop.
It culminates the magazine’s long history of offending millions of Muslims worldwide.

Thursday 15 January 2015

Ajak kepada Islam, ajak kepada apa



AKHBAR SINAR HARIAN
Ajak kepada Islam, ajak kepada apa
YAMIN CHENG
2 Januari 2015

NABI Muhammad (SAW) pernah bersabda bahawa seseorang itu dilahirkan dalam fitrahnya dan melalui ibu bapanya dia memperoleh identiti dirinya sama ada sebagai seorang Yahudi, Nasrani, atau Majusi. Dalam pengertian yang sama, ia juga merujuk kepada yang beragama Buddha, Hindu, Sikh, dan sebagainya.
Tidak kira seseorang itu dilahirkan menganut apa jua agama, yang pasti, dia dilahirkan dalam satu ruang lingkup dan peraturan hidup yang membesarkan serta mendidiknya untuk menjadi seorang insan yang baik, cerdik, mulia, dan berguna.
Sehubungan itu, memilih Islam sebagai jalan hidup bukan bermaksud seseorang itu telah memutuskan hubungan dengan dirinya yang sebelumnya tetapi ia bermakna dia memilih untuk meletakkan jiwanya di atas landasan yang membolehkannya untuk menjelmakan erti kemanusiaan di dalam dirinya dengan lebih luhur dan berkesan.
Sebagai contoh, menyanjung ibu bapa dan moyang adalah suatu adat masyarakat Cina yang cukup mendalam ertinya kepada faham kemanusiaan orang Cina sehingga mereka disembah selepas meninggal dunia. Dalam rumah akan terdapat ruang untuk menyembah arwah mereka yang telah pergi dan saban tahun, masyarakat Cina akan menyambut kedatangan Qing Ming, sebuah hari dan upacara untuk memperingati ibu bapa dan moyang mereka.
Untuk sesetengah pihak, perkara sedemikian cepat dihukum sebagai syirik dan terkeluar dari akidah Islam. Namun, pengertian yang tersirat dan terkandung dalam amalan itu tidak diselami untuk memahami kenapa perkara sedemikian terjadi.
Mentaati ibu bapa, moyang dan mereka yang lebih tua daripada kita adalah fitrah kita sebagai manusia. Cuma sejauh mana kita meluahkan ketaatan ini dan apa cara yang kita gunakan untuk melafazkannya, ini yang menjadi perbezaan dari satu adat kepada adat yang lain, dari satu agama kepada agama yang lain.
Memilih jalan Islam dalam hal ini ialah memilih untuk mentaati orang tua kita dengan menekankan peri pentingnya kita melayan mereka dengan penuh hormat, kasih sayang, dan prihatin semasa mereka masih hidup di muka bumi ini. Selagi hayat dikandung badan inilah masanya untuk berbakti kepada mereka.
Selepas mereka sudah tiada, yang tinggal hanyalah kenangan lama. Sekalipun kita mengidam untuk membuat bakti kepada mereka seandainya kita belum berbuat demikian, hasrat berkenaan sudah tidak berguna.
Justeru, apabila seorang Cina atau Tionghoa memilih jalan Islam, dia memilih untuk mempersembahkan dirinya sebagai seorang yang senantiasa menjaga kemaslahatan ibu bapanya selagi hayat mereka masih ada.
Dia tidak memilih untuk menyembah orang tuanya selepas pemergian mereka kerana dia ingin menabur bakti kepada mereka semasa mereka bersama dengannya, dapat berasa kehadirannya, mencium dan memeluknya, serta melihat dengan mata kasar mereka yang dia akan menjadi insan yang baik dan berguna yang menyalakan kebanggaan ke dalam jiwa mereka.
Dan seperti kata Roger Garaudy, "To be faithful to our ancestors is not to preserve the ashes of their fire but to transit its flame." Bermaksud "Mentaati moyang kita bukan sekadar menyimpan abu mereka tetapi menyalakan api keriangan ke dalam kehidupan mereka."
Memilih jalan Islam dan menjadi Muslim bukan bermulanya suatu episod hidup yang baharu, tetapi ia adalah rentetan perjalanan hidup dari yang sebelumnya. Seorang yang memilih Islam bukanlah seorang yang sekadar bergelar convert, revert atau cross over. Dia adalah seorang yang awakened, yang kasyaf, terjaga, dan sedar bahawa dia adalah seorang Muslim selama ini.
Justeru, mengajak kepada Islam bukanlah mengajak kepada sesuatu yang baru, asing, dan terpisah daripada naluri dan fitrah kita. Sebaliknya, ia adalah mengajak kepada apa yang telah sedia ada di dalam diri tetapi dengan meletakkannya di atas landasan yang akan mendatangkan natijah yang lebih murni kepada erti diri kita sebagai seorang manusia.
Dr Yamin Cheng mantan pensyarah, Jabatan Pengajian Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online

Monday 5 January 2015

10 JENIS TANGISAN MENURUT IBNU QAYYIM

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1.    Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2.    Menangis karena rasa takut.
3.    Menangis karena cinta.
4.    Menangis karena gembira.
5.    Menangis karena menghadapi penderitaan.
6.    Menangis karena terlalu sedih.
7.    Menangis karena terasa hina dan lemah.
8.    Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9.    Menangis karena mengikut-ikut orang menangis.
10.   Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
“…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ???
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis karena takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”
Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton film itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis kalau uang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu???…
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 pasang mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”
“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”
Berkata Salman Al Faarisi r.a “Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1. Apabila dahi nya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

Sumber: My Ibrah
5.1.2015

JANGAN JADI MUSUH AGAMA SENDIRI

By: Muhammad Azhari

Senario masa kini dapat dilihat bahawa Islam itu sedang dimusuhi oleh sebahagian umatnya sendiri. Ini dapat dilihat dengn penolakan terhadap hukum-hukum Allah.

Umat Islam zaman sekarang lebih suka untuk mengikut cara barat berbanding daripada mengikut panduan dan peraturan yang telah Allah tetapkan.
Umat Islam jenis ini boleh diklafikasikan sebagai golongan munafiq. Persoalannya siapakah golongan munafiq ini?
Golongan munafiq ini ialah golongan yang berpura-pura muslim tetapi pada masa yang sama cuba untuk merosakkan Islam itu sendiri.
Firman Allah swt:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Surah al-Baqarah: 120)
Persoalannya apakah punca umat Islam memusuhi agamanya sendiri?
DIDIKAN BARAT
Salah satunya adalah kerana didikan budaya barat. Kegagalan sebahagian umat kita untuk menahan diri daripada digoda dengan budaya barat itu susah.
Apabila unsur-unsur barat sudah masuk ke dalam jiwa umat Islam, maka akan berlakulah  penolakan pada ayat-ayat Allah.
Pelbagai falsafah barat yang cuba diterapkan. Ada yang positif dan ada yang negatif.Akan tetapi bahayanya ialah apabila unsur-unsur negatif itu lebih banyak berbanding dari yang positif.
Barat terkenal dengan budaya yang bersifat kepuasan diri. Seks bebas, arak, dan sebagainya menjadi amalan biasa rakyatnya.Dan ia merebak kepada umat Islam itu sendiri.
Syaitan berusaha menggoda kita untuk menjadikan kita golongan yang sesat.
Firman Allah swt:
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. (Surah al-Aaraf: 175)
KURANGNYA TARBIYAH
Apa yang kita lihat dengan fenomena ini adalah kerana kurangnya tarbiyah pada umat Islam.Cuba tanya pada mereka yang memilih budaya barat, bagaimanakah mereka meletakkan al-quran di dalam kehidupan mereka?
Bilakah kali terakhir mereka membaca maksud ayat-ayat Allah? Bagaimanakah perasaan mereka terhadap kecintaan mereka terhadap Rasulullah saw?
Tarbiyah memimpin kita ke jalan yang benar dan membawa kita dalam kehidupan Islam yang sebenar.
Firman Allah swt:
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”. (Surah al-Baqarah: 132)
UTAMAKAN DUNIAWI
Selain itu salah satu puncanya ialah ketaksuban individu tersebut dalam mengejar urusan duniawi. Kerana mengganggap dengan mengamalkan konsep konvesional akan meraih harta yang berlipat ganda, maka segala hokum-hakam ditolak ketepi. Yang penting kepuasan diri.
Apabila memiliki kebendaan menjadi matlamat hidup, maka individu tersebut sudah semestinya akan memilih jalan yang senang walaupun ia terpaksa menolak al-quran.
Apabila dunia itu tidak disandarkan kepada Allah, maka kemusnahan dan kerosakan akan berlaku.Buktinya apabila nilai-nilai kemanusiaan bertukar menjadi negatif seperti buruk sangka, fitnah dan sebagainya.
Firman Allah swt:
Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (Surah al-Baqarah: 86)
Oleh yang demikian apakah penyelesaian yang terbaik?
KEMBALI PADA SYARIAT ISLAM
Dengan situasi yang kita lihat terhadap sebahagian umat Islam yang menolak al-quran dan as-sunnah ini, penyelesaiannya ialah dengan cara kembali kepada Islam.
Perhatikan di sudut manakah yang menyebabkan kita sedang menuju ke neraka? Segera perbaiki jalan kita. Ubah haluan kerana hidup hanya sekali.
Patuhilah segala hukum-hakam yang telah ditetapkan. Percayalah bahawa tujuan Allah memberi panduan syariat pada manusia adalah untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.
Firman Allah swt:
“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariatdan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (Surah al-Baqarah:128)
 SENSITIF TERHADAP DOSA DAN PAHALA
Jadilah individu muslim yang sensitive terhadap dosa dan pahala.Jangan menjadikan dosa menjadi punca kita ke neraka sedangkan kita sudah diberi peluang dan ruang untuk memilih syurga ketika hayat kita.
Muslim yang berhati-hati terhadap nilai dosa dan pahala pasti akan selamat hidupnya di dunia dan akhirat.
Yang jelas sekiranay dosa yang kita miliki lebih banyak dari pahala ketika ia ditimbang di akhirat kelak, maka neraka  adalah tempat yang terbaik bagi orang tersebut.
Friman Allah swt:
Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu. (Surah al-Baqarah: 95)
AL-QURAN PENYELAMAT MANUSIA
Sangat jelas bahawa al-quran menjadi panduan buat umat Islam baik masa dahulu mahupun masa sekarang. Tanpa al-Quran manusia itu akan hilang arah.ibarat layang-layang yang terputus tali.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (Surah al-Baqarah: 2)
PENUTUP
Sebagai pengajaran pada hari ini ialah:
  1. Kita ketahui bahawa punca umat Islam memusuhi agamanya sendiri adalah kerana terlalu menganggungkan budaya barat.
  2. Selain itu kurangnya tarbiyah terhadap jiwa juga menjadi puncanya, dan apabila individu tersebut tidak mentarbiyahkan jiwanya maka ia akan lena dengan keasyikan duniawi.
  3. Apabila duniawi menjadi keutamaan hidupnya, kelak hidupnya menjadi tidak terurus dan akhirnya kehiudpannya berakhir dengan pengakhiran yang tidak baik.
  4. Islam datangkan penyelesaian iaitu dengan cara mematuhi segala syariat Allah.
  5. Sentiasa muhasabah diri terhadap segala dosa yang telah kita lakukan secara harian.
  6.  Sebagai orang Islam letaklah al-Quran ditempatnya iaitu bukan sekadar dilidah, akan tetapi juga dihati.

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
Wallahualam