Wednesday, 31 December 2014

PERJALANAN - MELAKA 2014

LUBOK CINA / MASJID TANAH, MELAKA
7.10.2014
Saya, Kakak dan abang saya ke Pejabat RISDA Masjid Tanah Melaka untuk urusan Tanah Pusaka arwah Ibu Kami pada 7 Oktober 2014. 
Lubok Cina adalah sebuah daerah yang terletak di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan.
Lubok Cina juga adalah kampung arwah Ibu dan juga arwah ayah saya. Kampong arwah ibu terletak di Kg Sungai Siput Lubok Cina Melaka manakala kampong arwah ayah saya di Kg Nerambai, Lubok Cina Negeri Sembilan. Ini bererti Lubok Cina adalah sebuah daerah di dalam 2 negeri..Jarak antara Kuala Lumpur ke Lubok China adalah 102 km. 












Meriam pusaka peninggalan arwah Moyang 
Kampung Nerambai terletak dalam daerah Lubok Cina , N.Sembilan adalah kampong asal arwah ayah ku Maamor bin Sudin. Kami Singgah ke Kampong Nerambai sebab anak saya nak melihat Meriam Pusaka peninggalan Moyang kami yang terletak di bekas Tapak Rumah Arwah Datok ku. Tak banyak sejarah yang saya ketahui tentang meriam ini... cuma menurut Abang saya, moyang kami dulu adalah seorang yang berkuasa juga di daerah ini, tapi sayang tidak ada catatan sejarah mengenainya, yang tinggal hanyalah meriam ini sebagai kenangan. 


Replika mesin getah ini mengimbau kembali kenangan di tahun 70'an dulu semasa di kampong. Teringat dulu arwah Atok pada waktu petang akan mula memesin getah yang telah ditoreh di waktu Subuh pagi....

15.1.2015

PERJALANAN - KEDAH 2014

Program tahun 2014 yang melibatkan Negeri Kedah adalah di Central Square Sungai Petani dan Sek.Men. Sin Min (Persendirian) di Alor Setar Kedah.

PULAU SAYAK / KOTA KUALA MUDA, KEDAH
18 FEBRUARI 2014
Saya mengunjungi Pulau Sayak dan Kota Kuala Muda Kedah ketika mesyuarat Penyelarasan Program di Central Square Sungai Petani pada 18 Februari 2014. 

Kisah lanjut layari:

CENTRAL SQUARE SUNGAI PETANI, KEDAH
26-30 MARCH 2014


Saya dan rakan-rakan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia telah berada di Central Square Sungai Petani dari 26 hingga 30 March 2014 untuk program "Minggu Jantung Sg Petani 2015". 

Central Square Sungai Petani dibina pada 1997 adalah salah satu mercu tanda bandar Sungai Petani. Walaupun kini telah wujud pusat membeli belah yang terbaru seperti AmanJaya Mall dan Village Mall, Central Square tetap dikunjungi oleh pelanggan. 



Sungai Petani adalah sebuah bandar yang terbesar di Kedah. Ia terletak berdekatan dengan Butterworth di Pulau Pinang dan kira-kira 55 km dari bandar Alor Setar, dan 376 km dari Kuala Lumpur. 
Sungai Petani dikatakan mengambil nama sempena sebatang anak sungai yang mengalir dari Sungai Merbok. 
Bandar ini dijangkan akan dinaikkan taraf bandaraya menjelang tahun 2015.
Hotel D'Vista dimana kami menginap sepanjang program dijalankan. 

Warong Marina 3 yang terletak dihadapan hotel kami menginap, disini kami akan singgah setiap selesai program selepas jam 10 malam untuk mengisi perut. 

Balai Polis Sungai Petani agak unik kerana kerana ia adalah sebuah bangunan lama yang dibina pada tahun 1916, terletak di Jalan Ibrahim. 




Penjara Sungai Petani telah ditubuhkan pada tahun 1920 oleh pihak British dan dikenali sebagai 'Local Prison Sungai Petani'. Di letakkan di bawah pentadbiran Penjara Alor Star sehingga tahun 1987. Diisytiharkan sebagai Penjara Pusat Latihan Banduan-Banduan Muda sehingga tahun 1993. Pada tahun 1993 kategori sebagai Penjara Pusat Latihan Banduan-Banduan Muda telah ditukarkan kepada Penjara Sungai Petani.



Sebuah lagi bangunan lama yang terdapat di Sungai Petani ialah Bangunan HSBC bank yang dibina pada tahun 1921. 





Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

SEK.MEN.SIN MIN (PERSENDIRIAN)
ALOR SETAR, KEDAH
24.6.2014



Sek. Men. Sin Min (Persendirian) Alor Setar terletak di Jalan Alor Mengkudu, Mukim Perga, Alor Setar, Kedah. Sekolah ini adalah sekolah Persendirian Cina yang didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Seramai 129 murid termasuk juga guru dan setaf telah menjalani ujian Saringan Kesihatan Penyakit Jantung yang dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. 
Program ini adalah kerjasama daripada The Lions Club of Alor Setar dan juga bantuan tenaga jururawat dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah. 
`
ALOR SETAR, KEDAH
29.12.2014
Gambar berikut dibawah saya ambil ketika mesyuarat di Star Parade Alor Setar pada 29 Disember 2014. 




Menara Alor Setar dibuka pada 14 Ogos 1997 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia adalah Menara Telekomunikasi yang kedua tertinggi di Malaysia dan yang ke 22 tertinggi di dunia. 



Pekan Rabu ditubuhkan pada 7 Ogos 1940 Pekan Rabu mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera bergiat di dalam bidang perniagaan. Kegiatan perniagaan di Pekan Rabu telah bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Almarhum Tunku Yaacob, seorang Putera DiRaja Kedah supaya orang Melayu dapat terus menjalankan perniagaan di dalam bandar. Kini Pekan Rabu merupakan lambang kegiatan utama ekonomi orang Melayu di dunia perniagaan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menjadi peniaga di Pekan Rabu ketika zaman mudanya dahulu. 

16.1.2015



PERJALANAN : NEGERI SEMBILAN - 2014


Sepanjang 2014 aku tidak banyak menjelajah ke Negeri Sembilan walaupun pun ada program Yayasan Jantung di Negeri Sembilan tetapi aku tidak turut serta kerana masalah kesihatan isteri. 
Namun pada 7 Oktober 2014 aku bersama kakak, isteri dan anak ku telah ke Masjid Tanah Melaka untuk urusan tanah di Kampung. Kami menaiki Tren Komuter dari Kuala Lumpur ke Seremban. Dari Seremban kami ke Masjid Tanah menaiki kereta abang Sulong ku yang menetap di Seremban 2. 
Dalam perjalanan ke Masjid Tanah dan Balik kami singgah kebeberapa tempat. 








Chengkau adalah merupakan sebuah pekan yang terletak antara Rembau dan Kota di Negeri Sembilan. 
Di zaman awalnya Chengkau dibina berhampiran sebuah stesen Keretapi lama (stesen itu kemudian dipindahkan ke tempat lain.)


Rembau adalah merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak bersempadan dengan negeri Melaka. Rembau mempunyai keluasan seluas 402.76 km.
Menurut sejarah, Rembau adalah merupakan penempatan terawal orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Mereka telah membawa bersama mereka adat Perpatih yang sehingga kini diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. 
Rembau juga dikatakan adalah sebahagian dari jajahan Negeri Melaka ketika zaman Pemeritahan Kerajaan Melayu Melaka dahulu. 
Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, Raja Melawar dikatakan telah ditabalkan di Rembau iaitu di Kampung Penajis dan bersemayam di Kampung Astana Raja. Makam baginda masih ada di Rembau. 
Meriam Pusaka peninggalan moyang ku yang terletak di Kg. Nerambai, Lubok Cina, Negeri Sembilan. 


Kg. Nerambai yang terletak di Daerah Lubok Cina, Negeri Sembilan adalah kampung asal arwah Ayah ku Maamor bin Sudin. Ketika dalam perjalanan dari Rembau ke Seremban, kami singgah di Kampung Nerambai untuk melawat Meriam pusaka peninggalan moyang ku yang terletak di bekas tapak rumah arwah moyang dan Nenda ku. 
Menurut cerita arwah Bonda ku, meriam ini adalah meriam peninggalan moyang ku yang ketika itu adalah merupakan seorang yang berpengaruh di daerah ini... namun tidak ada bukti sejarah mengenainya.....wallahu alam...  






Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami menaiki tren Komuter dari Stesen Komuter di Sungai Gadut, Negeri Sembilan. 


Zulheimy Maamor
1.2.2015 : 1.15 am