Thursday 24 April 2014

2014 - KUANTAN PARADE, KUANTAN, PAHANG

KUANTAN PARADE
24-28 APRIL 2014

Kuantan Parade adalah dibawah pentadbiran Badan Pengurusan Bersama Kuantan Parade dibina sekitar tahun 1995. 
Ketika bertugas di SKTLDM Kuantan (1992-1995), bangunan ini ketika itu dalam pembinaan dan saya tidak berkesempatan untuk melihat ianya siap kerana bertukar tugas ke Kuala Lumpur. 
Namun, syukur Alhamdullillah kali ini saya berkesempatan untuk berada didalam bangunan ini ketika Minggu Jantung Kuantan dari 24 - 28 April 2014. 

MINGGU JANTUNG KUANTAN 2014
Pada 24-28 April 2014, saya bersama team Yayasan Jantung Malaysia telah mengadakan Program "Minggu Jantung Kuantan 2014" di Kompleks Kuantan Parada, Kuantan Pahang. 
Sepanjang program dijalankan seramai 392 orang telah menjalani Ujian Pemeriksaan Kesihatan dan 96 orang pula menjalani Ujian Elektrokardiogram (ECG). 


Jururawat dari University College SHAHPUTRA, Kuantan, Pahang



Kuantan, Pahang sebenarnya memang tidak asing bagi saya kerana saya pernah 2 kali berkhidmat di Kuantan Pahang pada tahun 1987 dan dari tahun 1991 - 1995. 

Rujukan
1. KD Panah - 1987
2. SKTLDM KUANTAN : 1991 - 1995
Kenangan ketika berkhidmat dengan KD Panah, 14th Squadron Patrol Craft di Kuantan, Pahang pada tahun 1987

Kenangan ketika berkhidmat dengan Stesen Komunikasi TLDM Kuantan dari 1992 hingga 1995.

Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Kuantan mengambil masa 5 jam 31 minit melalui Lebuhraya LPT. 




KARAK TOLL PLAZA




Kuantan adalah merupakan ibunegeri Pahang iaitu negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. 
Kuantan berkeluasan lebih kurang 36,000 km dengan penduduknya yang terdiri 57% Melayu, 32% Cina, 4% India dan 7% lain-lain kaum. Bandar Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan menjadi ibunegeri Pahang sejak 1976 selepas pusat pentadbiran Negeri Pahang berpindah dari Kuala Lipis. 

Semasa program di Kuantan kami menginap di Hotel Seasonview, Lorong Haji Abdul Rahman 1, Kuantan. Hotel ini terletak tidak jauh dari Kuantan Parade, hanya jarak berjalan kaki sahaja. 
Kompleks Teruntum mempunyai banyak kenangan pahit manis di zaman bujang dulu.... di sinilah saya selalu melepak dengan kawan-kawan ketika bertugas di Kuantan sekitar tahun 1992-95 dahulu. Ketika itu Kuantan Parade belum wujud lagi. 





Surau Al Mustaqim yang terletak diantara Kompleks Teruntum dan Kuantan Parade masih wujud lagi. Teringat dulu selalu solat berjemaah dengan kawan-kawan disini ...  apa-apa pun Kuantan memang banyak meninggalkan memori silam bagi diri saya.....  

Zulheimy Maamor
3.5.2015

No comments: