Sunday, 30 March 2014

YJM HEARTWEEK 2014 - CENTRAL SQUARE, SUNGAI PETANI, KEDAH

VENUE : CENTRAL SQUARE, SUNGAI PETANI, KEDAH
DATE: 26 - 30 MARCH 2014 

Program Minggu Jantung bagi tahun 2014 dimulakan dengan Program Minggu Jantung Sungai Petani 2014 yang berlansung dari 26 - 30 Mac 2014 bertempat di Central Square Sungai Petani. 
Seramai 424 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan manakala 85 menjalani ujian Elektrokardiogram (ECG) sepanjang tempoh program ini dijalankan. 
Yayasan Jantung Malaysia telah kerjasama dari pihak Hektar Property Sdn Bhd (Central Square Management) serta bantuan jururawat-jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, Kolej Kejururawatan Sungai Petani dan juga dari Pantai Hospital Sungai Petani. 

CENTRAL SQUARE SUNGAI PETANI

Central Square Sungai Petani dibina pada 1997 adalah salah satu mercu tanda bandar Sungai Petani. Walaupun kini telah wujud pusat membeli belah yang terbaru seperti AmanJaya Mall dan Village Mall, Central Square tetap dikunjungi oleh pelanggan. 

UJIAN SARINGAN KESIHATAN 
Seperti biasa ujian Saringan Kesihatan YJM adalah Ujian Kolesterol, Ujian Glukos, Ujian Tekanan Darah, BMI dan lain-lain. 








SUNGAI PETANI, KEDAH


Sungai Petani adalah sebuah bandar yang terbesar di Kedah. Ia terletak berdekatan dengan Butterworth di Pulau Pinang dan kira-kira 70 km dari bandar Alor Setar. 
Sungai Petani dikatakan mengambil nama sempena sebatang anak sungai yang mengalir dari Sungai Merbok. 
Bandar ini dijangkan akan dinaikkan taraf bandaraya menjelang tahun 2015.

 

D Vista Hotel yang terletak di Jalan Kg Baru, Sungai Petani adalah hotel dimana kami menginap sepanjang berada di Sungai Petani. 

Warong Marina 3 terletak di hadapan Hotel D'Vista ... disini kami makan malam setiap selesai program selepas 10 Malam. 


Balai Polis Sungai Petani agak unik kerana kerana ia adalah sebuah bangunan lama yang dibina pada tahun 1916, terletak di Jalan Ibrahim. 







Sebuah lagi bangunan lama yang terdapat di Sungai Petani ialah Bangunan HSBC bank yang dibina pada tahun 1921. 





Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Thursday, 20 March 2014

PERJALANAN : PAHANG 2014 - KUANTAN PARADE

KUANTAN PARADE
24-28 APRIL 2014



Pada 24-28 April 2014, saya bersama team Yayasan Jantung Malaysia telah mengadakan Program "Minggu Jantung Kuantan 2014" di Kompleks Kuantan Parada, Kuantan Pahang. 


Kuantan, Pahang sebenarnya memang tidak asing bagi saya kerana saya pernah berkhidmat di Kuantan Pahang dari tahun 1991 - 1995. 




Kuantan adalah merupakan ibunegeri Pahang iaitu negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. 
Kuantan berkeluasan lebih kurang 36,000 km dengan penduduknya yang terdiri 57% Melayu, 32% Cina, 4% India dan 7% lain-lain kaum. Bandar Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan menjadi ibunegeri Pahang sejak 1976 selepas pusat pentadbiran Negeri Pahang berpindah dari Kuala Lipis. 
Kompleks Teruntum mempunyai banyak kenangan pahit manis di zaman bujang dulu.... di sinilah saya selalu melepak dengan kawan-kawan ketika bertugas di Kuantan sekitar tahun 1992-95 dahulu. Ketika itu Kuantan Parade belum wujud lagi. 





Surau Al Mustaqim yang terletak diantara Kompleks Teruntum dan Kuantan Parade masih wujud lagi. Teringat dulu selalu solat berjemaah dengan kawan-kawan disini ...  apa-apa pun Kuantan memang banyak meninggalkan memori silam bagi diri saya.....  

Zulheimy Maamor
3.5.2015

Monday, 17 March 2014

IBRAH MH 370

Oleh:
Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Felo Fatwa


Insafi Diri Dan Elak Jadi Penyebar Berita Palsu 
Allah SWT; Tuhan Yang Maha Berkuasa, menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kehidupan manusia. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dan baginda berperanan menjelaskan petunjuk yang terkandung dalam al-Quran. Manusia yang hidup berpandukan al-Quran dan as-Sunnah Nabi Muhammad saw adalah manusia yang berjaya mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT dalam al-Quran; surah al-Isra' ayat 97 yang bermaksud, "Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan. Dan sesiapa yang disesatkannya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang".

Seluruh rakyat Malaysia sedang diuji oleh Allah SWT berkenaan isu kehilangan kapal terbang MH 370. Pelbagai usaha dilakukan dan pelbagai berita disampaikan. Walau apapun tindakan yang dilakukan, al-Quran dan as-Sunnah wajib menjadi panduan. Qabisah bin al-Mukhariq melaporkan, Rasulullah saw bersabda, "Al-Quran itu memberi syafaat di hari akhirat kelak dan sumber kesuburan hati yang diakui. Sesiapa yang menjadikannya di hadapannya (mengikuti petunjuknya), maka al-Quran itu akan memandunya ke syurga. Sesiapa yang menjadikannya di belakangnya (mengingkari petunjuknya), maka al-Quran itu akan menghumbannya ke neraka". (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban)

Dalam kerancakan masyarakat membicarakan isu MH370, terdapat panduan al-Quran yang diabaikan oleh kita sebagai umat Islam, iaitu dalam menerima, menilai dan mengesahkan sesuatu maklumat sebelum disebarkan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. Allah SWT mengarahkan kepada orang yang beriman, apabila mendapat sesuatu berita, maka hendaklah disiasat terlebih dahulu kebenarannya sebelum sebarang tindakan diambil. Ini bagi mengelakkan tindakan tersebut dibuat atas asas yang tidak betul, sehingga melahirkan akibat yang buruk. Umat Islam tidak selayaknya menjadi golongan penyebar berita palsu, atau berita yang masih diragui kesahihannya, kerana ia hanya akan mengundang bencana dalam masyarakat.

Terdapat pelbagai spekulasi diberikan tentang kehilangan MH370. Ada yang menjangkakan ia telah meletup, ada yang mengatakan ia terjunam jatuh ke dalam laut, ada yang beranggapan ia dirampas dan disembunyikan, dan pelbagai spekulasi diberikan. Kehadiran pelbagai media menjadikan isu ini menjadi semakin kompleks. Setiap media memaparkan pelbagai spekulasi, sehingga menjadikan masyarakat semakin bingung. Persoalan yang timbul, kenapa masyarakat kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang masih belum disahkan kesahihannya. Banyak masa dihabiskan membicarakan pelbagai spekulasi. Apa manfaat spekulasi ini kepada ahli keluarga mangsa dan masyarakat umumnya?

Nabi Muhammad saw telah memberikan panduan, umat Islam seharusnya hanya melakukan perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi perkara yang sia-sia. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah saw bersabda, "Seorang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding seorang mukmin yang lemah. Pada setiap kebaikan maka lakukanlah apa-apa yang mendatangkan manfaat untuk kamu. Mintalah bantuan daripada Allah dan jangan sekali-kali kamu merasa lemah dan berputus asa. Jika kamu ditimpa dengan satu musibah, maka janganlah kamu berkata, 'Jika aku lakukan begini, maka sudah tentu kesannya begitu dan begini'. Tetapi katakanlah, 'Segala-galanya telah ditentukan oleh Allah. Dia hanya lakukan apa yang Dia kehendaki.' Sesungguhnya ungkapan 'kalau' hanya akan membuka pintu gangguan syaitan." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim)

Allah SWT memberi amaran agar jangan bercakap sebarangan membuat ulasan, mungkin kita menyangka isu yang diulas adalah perkara biasa atau remeh tapi dosanya sangat besar di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam al-Quran; surah al-Nur ayat 15 yang bermaksud, "Iaitu (ingatlah) semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya”. 

Ulasan terhadap isu MH370 yang tidak bersandarkan data dan maklumat yang sahih hanya akan mengundang perbalahan antara anggota masyarakat. Satu pihak menuding jari kepada pihak lain, kononnya menyembunyikan fakta sebenar, pihak yang lain pula melaga-lagakan sesama umat Islam dengan mengemukakan spekulasi berdasarkan logik akal semata-mata, ada pula yang menganalisa isu ini dengan kaca mata kepentingan politik. Yang lebih teruk, apabila ada orang Islam yang cuba melakukan spekulasi terhadap perbuatan Allah SWT, dengan mengemukakan analisa liar yang menghubungkan isu MH370 sebagai hukuman Allah kepada seseorang atau sesuatu isu yang sedang berlaku di Malaysia, seolah-olahnya penganalisis itu menjadi juru bicara Allah menyampaikan apa yang termaktub dalam Luh Mahfuz. 

Umat Islam hendaklah menjaga lidah daripada menjadi penyebar fitnah atau pembawa berita palsu, kerana semua perbuatan dan perkataan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Azza Wajalla pada hari Kiamat. Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Isra' ayat 36 yang bermaksud, "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

Kembalilah Kepada Allah SWT
Pencarian kapal terbang MH370 dan para penumpangnya masih belum mendapat kata pemutus. Bagaimanakah keadaan mereka, adakah masih selamat? Persoalan demi persoalan timbul, pelbagai usaha telah dilakukan. Namun, jawapannya masih kabur. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan dalam bukunya, Jami' al-'ulum wa al-hikam: "Antara rahsia yang terkandung dalam setiap penderitaan itu ada kebahagiaan, setiap kesulitan ada kemudahan iaitu jika penderitaan yang ditanggung semakin menyakitkan, seseorang hamba Allah mula berputus asa daripada bergantung kepada mahkluk, lantas hatinya hanya mengharap kepada Allah semata-mata, maka itulah hakikat tawakkal kepada Allah. Tawakkal itulah yang dituntut bagi setiap penyelesaian masalah. Firman Allah SWT dalam surah al-Talaq ayat 3, '...dan ingatlah, sesiapa bertawakkal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (jil. 1, hlm. 493)
Ibnu Rajab berkata, “Tawakkal adalah penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia mahupun akhirat. Menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata-mata.”

Namun begitu, tawakkal bukan bermaksud seseorang hamba hanya pasrah kepada ketentuan Allah tanpa sebarang usaha. Tanggungjawab seorang hamba adalah berusaha mengikut cara yang dibenarkan oleh Allah SWT. Menurut Ibnu Rajab, "Bertawakkal tidaklah bermaksud seseorang meninggalkan sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha, sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakkal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota badan adalah termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakkal dengan hati merupakan keimanan kepadaNya”.

Segelintir umat Islam tersalah faham tentang konsep tawakkal. Ada yang menyerah diri sahaja kepada takdir tanpa berusaha, hanya berdoa memohon agar Allah menyelesaikan masalahnya. Ada pula sebaliknya, hanya yakin dengan usaha yang dilakukan tanpa meyakini bahawa yang mampu memberikan hasil daripada usaha yang dilakukan hanyalah Allah. Terkadang manusia terpedaya dengan kecanggihan teknologi yang ada. Mereka yakin dengan peralatan canggih, segala masalah boleh diselesaikan. Lihat sahaja isu MH370. Kecanggihan sistem kapal terbang yang direka, ketepatan sistem radar dalam mencari maklumat, alat komunikasi penghubung antara benua, dan pelbagai teknologi canggih, masih belum mampu merungkai isu MH370. Ketika seseorang telah sampai pada jalan buntu dalam upaya mencapai tujuan dan tidak mempunyai kemampuan lagi untuk menyelesaikan dan memecahkan persoalannya, dia akan menyandarkan diri kepada Allah tanpa menghentikan usahanya. Walaupun manusia mampu mencipta peralatan canggih, namun faktor utama yang boleh menyelesaikan masalahnya adalah Allah SWT sahaja.

Tetapi berlaku juga kepada orang yang berusaha, berdoa dan bertawakal dalam usahanya itu, tetapi tetap tidak berjaya dan Allah tidak memberikan kejayaan kepadanya. Kita wajib bermuhasabah diri dalam mencari penyelesaian isu MH370 ini. Adakah usaha yang dilakukan itu menepati Syariat Allah SWT? Adakah usaha itu sudah mencukupi dan dilakukan bersungguh-sungguh? Adakah orang yang berdoa dan sembahyang hajat mengabaikan ibadah-ibadah wajib, sering melakukan dosa atau sebagainya? Sebab itulah tawakkal kita perlu bersama dengan redha dan sabar dengan apa yang akan diberikan oleh Allah. Orang yang bersabar itu adalah orang yang mempunyai iman dan keyakinan akan kekuasaan Allah. Abdullah bin Mas'ud melaporkan, Rasulullah saw bersabda “Bersabar itu separuh daripada iman”. (Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Haythami)

Jauhi Perkara Yang Haram
Dalam masa berusaha mencari penyelesaian berkaitan isu MH370, manusia perlu sedar tentang satu hakikat, Allah SWT telah menetapkan dalam SyariatNya, usaha yang halal dan usaha yang haram. Ketika berusaha menyelesaikan masalah, manusia wajib menghindari daripada usaha yang diharamkan oleh Allah SWT.

Kerancakan usaha mencari petanda MH370, masyarakat Malaysia dan dunia digemparkan dengan sekumpulan 'tok bomoh' yang dikatakan berusaha untuk membantu mencari MH370. Aksi ala 'Laksama Do Re Mi' di KLIA mendatangkan reaksi pelbagai daripada masyarakat; sama ada tempatan atau antarabangsa. Menggunakan buluh sebagai teropong, bubu dan kelapa seumpama radar pengesan, serta tikar terbang, diselangi dengan doa, zikir, dan jampi serapah; menjadikan masyarakat bingung. Adakah ini termasuk dalam usaha yang dibenarkan Syarak untuk merungkai persoalan MH370? Sehingga ada media antarabangsa melabelkan 'Sihir adalah jalan terakhir Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu MH370'.

Aksi perbomohan seumpama itu termasuk dalam amalan sihir dan khurafat yang dilarang dalam Islam. Doa dan zikir yang diungkapkan tidak meng'halal'kan perbuatan khurafat yang dilakukan. Menurut Islam, terdapat tiga hukum yang bertautan antara satu sama lain iaitu hukum Syarak, hukum akal dan hukum adat. Sesuatu tindakan yang berlawanan dengan hukum akal dan adat hanya diterima oleh hukum Syarak sekiranya ia termasuk dalam maksud mukjizat atau karamah. Mukjizat merupakan perkara luar biasa yang berlawanan dengan dengan hukum adat dan akal yang dikurniakan Allah kepada para Nabi dan Rasul. Manakala perkara luar biasa yang berlawanan dengan dengan hukum adat dan akal yang dikurniakan Allah kepada manusia selain Nabi dan Rasul dinamakan karamah.

Meneropong bagi mengesan objek yang jauh menggunakan buluh merupakan perkara yang berlawanan dengan hukum adat dan akal. Manakala bubu pula menurut hukum akal dan adat, ia direka untuk menangkap ikan, bukan dijadikan sebagai radar pengesan. Tikar pula bukanlah digunakan untuk tujuan terbang di udara. Persoalan yang timbul, adakah penggunaan buluh, bubu, kelapa, dan tikar yang berlawanan dengan hukum adat dan akal itu termasuk dalam karamah yang dikurniakan oleh Allah SWT? Adakah ilmu 'tok bomoh' itu termasuk dalam karamah?

Memang terdapat hamba Allah yang mempunyai keistimewaan di sisi Allah, mereka dikurniakan Allah dengan karamah seperti Maryam, ibu Nabi Isa boleh menerima hidangan makanan dari langit hanya dengan berdoa kepada Allah, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 37, "...tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya, 'Wahai Maryam, dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?' Maryam menjawab, 'Ia daripada Allah'. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". Namun, apakah yang membezakan hidangan yang dikurniakan oleh Allah kepada Maryam dengan hidangan hasil tiupan bangsi hikmat 'Laksamana Do Re Mi'?

Jawapannya, Allah mengurniakan kepada hambaNya perkara luar biasa yang menyalahi hukum adat dan akal dalam dua keadaan; pertama: karamah dan kedua: istidraj. Karamah dikurniakan Allah kepada hambaNya yang ikhlas beramal soleh kepadaNya. Manakala istidraj pula perkara luar biasa yang dilakukan oleh seseorang manusia dengan dibantu oleh iblis dan syaitan.

Perbezaan antara karamah dan istidraj boleh dilihat pada watak seseorang individu. Individu yang patuh kepada segala perintah Allah dan menjaga adabnya dengan Allah dan sesama makhluk Allah, berkemungkinan besar, perkara luar biasa yang dilakukannya itu adalah karamah pemberian Allah. Namun, jika sebaliknya, seseorang individu yang boleh melakukan perkara luar biasa, tidak mencerminkan akhlak seorang Mukmin, maka jelaslah ialah adalah istidraj. Orang yang sombong, menunjukkan kebolehan diri di khalayak ramai dan kemudian dengan angkuh menghentam orang yang mengkiritiknya sehingga mencabar untuk menampar orang itu dan menyumpahnya menjadi buaya, orang seperti ini secara jelas dan terang tidak layak mendapat karamah daripada Allah. Mana ada dalam sejarah umat manusia, ada Nabi atau wali Allah yang dikurniakan kelebihan oleh Allah, berlaku sombong dan angkuh seperti itu.

Amalan sihir adalah termasuk dalam maksud istidraj. Walaupun ahli sihir boleh melakukan perkara luar biasa yang berlawanan dengan hukum adat dan akal, namun, perkara itu dilakukan dengan bantuan iblis dan syaitan. Oleh itu, perkara luar biasa yang berlawanan dengan hukum adat dan akal yang berasaskan sihir dan istidraj ditentang oleh hukum Syarak. 

Islam mengharamkan amalan sihir dan ia termasuk dalam perbuatan Syirik. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah saw bersabda, "Jauhkan diri kamu daripada tujuh dosa besar yang menghancurkan!" Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah tujuh dosa itu?" Jawab baginda, "Mensyirikkan Allah, sihir..." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari) Abdullah bin Mas'ud melaporkan, Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang datang bertemu dengan penenung nasib, ahli sihir, atau kahin (tok bomoh), lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka orang itu telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad". (Hadis sahih direkod oleh al-Haythami) Imam al-Khattabi menjelaskan, "Golongan 'kahin' (tok bomoh) ialah golongan yang mendakwa tahu ilmu ghaib dan memberitahu manusia tentang rahsia yang berlaku di alam. Dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah, golongan ini mendakwa tahu banyak ilmu ghaib yang tidak diketahui oleh orang ramai". (Ma'alim al-sunan, jil. 4, hlm. 228)

Orang Islam yang mengamalkan sihir; sama ada menjadi ahli sihir atau meminta pertolongan kepada ahli sihir, maka hukumnya adalah Syirik. Orang Islam itu telah menjadi murtad kerana amalan sihir tersebut. Menurut undang-undang jenayah Islam, individu yang terlibat dengan sihir telah melakukan jenayah riddah. Oleh itu, dalam kerancakan kita mencari penyelesaian kepada isu MH370, elemen syirik dan sihir seumpama ini wajib dijauhi. Ia bukan membantu menyelesaikan isu ini, bahkan ia menjadi penghalang kepada rahmat Allah. Maka seluruh umat Islam di Malaysia, wajib menunjukkan penentangan kepada amalan syirik tersebut dan pihak berkuasa Agama di Malaysia, wajib mengambil tindakan kepada individu terbabit.

Wallahu A'lam.

Sumber: FB -Al Quran dan Hadis

Cucu paderi jadi imam ternama

NORHIDAYYU ZAINAL, FOTO: TV AL HIJRAH
7 Mac 2014

DAHULU, dunianya agak ‘hitam’.

Seorang yang hilang kepercayaan pada agamanya sendiri.

Terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

Namun, itu semua berubah sejak beliau memeluk Islam pada usia 20 tahun.

Ya, perjalanan hidup William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb sangat menarik.

Malah, Suhaib berjaya membuktikan bahawa Islam adalah milik semua, termasuk dirinya yang berkulit putih dan warga Barat.

Tidak cukup dengan itu, Suhaib juga mempunyai kualiti yang sangat cemerlang sebagai seorang Muslim.

Menyorot latar belakang Suhaib, siapa sangka beliau dilahirkan dalam keluarga Kristian (Prostestan) pada 1972 di Oklahoma. AS.

Sebelum memeluk Islam, beliau telah membesar sebagai cucu kepada paderi, menghadiri pertemuan di gereja tiga kali seminggu, sehinggalah tarikan beliau untuk mendalami Kristian semakin lemah.

Jelasnya, pada usia 14 tahun, akibat krisis kerohanian, dia hilang minat kepada mana-mana anutan agama.

"Pada usia itu juga, saya mula terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

"Selain itu, saya juga adalah DJ Hip Hop dan sering merakamkan lagu dengan ramai artis ketika itu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Begitu pun, kata Suhaib, melalui industri muzik juga, beliau mula diperkenalkan dengan agama Islam,

Ketika beliau berusia 17 tahun, seorang kenalan dalam industri itu menghadiahkannya senaskhah al-Quran terjemahan.

"Saya telah bekerja dengan artis Hip Hop dan sebahagian daripada mereka adalah beragama Islam dan mereka memperkenalkan saya kepada al-Quran.

"Sejak itu, al-Quran sedikit demi sedikit telah mula memberikan pengaruh cukup besar dalam hidup saya.

"Saya belajar al-Quran selama tiga tahun sebelum saya memeluk Islam," kata bapa kepada dua anak ini.

Tambahnya lagi, pada waktu sama, beliau juga semakin jauh terheret dalam kehidupan yang ganas akibat bergaul dengan kumpulan-kumpulan remaja liar.

'Paling berpengaruh di dunia'

Beliau adalah seorang yang suka berkongsi ilmu, jika dalam bahasa Arabnya perumpamaannya adalah Al Ilmu kal Usrati, iaitu ilmu itu bagai keluarga, mesti dikongsi bersama.

William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb suka berkongsi ilmu tanpa mengira cara dan tempat di mana saja terutamanya dalam menggunakan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat (IT).

Bahkan, kenyataan ini disokong daripada kejayaan laman webnya sendiri, iaitu www.SuhaibWebb.com (Your Virtual Mosque), yang diiktiraf sebagai Blog Terbaik, The Best Blog Of The Year oleh Brass Crescent Awards dan di laman sosial Tweeter pula, dengan undian tertinggi untuk memenangi The Best Muslim Tweeter, setahun kemudian.

Tidak cukup dengan itu, di laman sosial Facebook miliknya, beribu-ribu likes dimilikinya dan beliau juga boleh dikenali sebagai Ustaz Youtube lantaran kepopularannya pada hari ini.

Selain itu, beliau turut dipilih sebagai salah seorang daripada '500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia' oleh Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam pada 2010.

Suhaib juga telah dinobatkan sebagai 'Pemimpin Islam Sederhana' oleh Kerajaan British pada 2010 dan 2013.

Malah, Suhaib turut menjadi penggerak sayap belia untuk Muslim American Society dan juga menjadi tenaga pengajar untuk Al Maghrib Institute, universiti maya yang beroperasi 24 jam di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom.

Insiden jenayah berkumpulan

Suhaib memeluk agama Islam pada 1992, ketika itu beliau berusia 20 tahun.

Insidennya dikejar oleh kereta peronda polis dan terselamat daripada ditembak atas jenayah berkumpulan yang mereka lakukan menjadi titik tolak akan penghijrahannya.

Baginya, kejadian berkenaan adalah satu 'siren amaran' yang kuat kepada buat dirinya agar sedar sebelum segala-galanya terlambat.

"Saya benar-benar sedar sejak kejadian itu dan tidak ada cara atau jalan lain kecuali memeluk Islam bagi memastikan saya tidak lagi terjerumus dalam kancah jenayah," katanya.

Setelah itu, beliau berhenti dari menjadi DJ dan mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti of Central Oklahoma di dalam bidang pendidikan.

Pengajiannya kemudian diteruskan di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir selama enam tahun bermula pada 2004 dalam bidang Syariah.

"Saya mempelajari dan menghafal al-Quran di Mekah daripada seorang ilmu agama terkenal, Sheikh Abu Mustafa,

"Saya juga pernah menjadi guru agama dan mengajar di AS dan United Kingdom," kata pendakwah bebas ini.

Namun tidak sahaja beliau belajar di universiti bagi melengkapkan keperluan pendidikan rasmi, bagi yang tidak rasmi Suhaib belajar mengenai Islam dan bahasa Arab secara persendirian dengan seorang ulama dari Senegal.

Kini, beliau adalah Imam Masjid Boston di Pusat Masyarakat Islam dan Kebudayaan Boston (ISBCC), masjid yang terbesar di wilayah New England, Amerika Syarikat.

Hos Reflections

Menjadi antara peneraju awal bagi rancangan agama popular masa kini, Reflections di TV Al Hijrah (saluran 114), Suhaib berjaya mengumpulkan peminatnya tersendiri.

Maka tidak hairanlah, rancangan itu yang kini bakal memasuki musim ke-16 dan 17, sejak mula diperkenalkan hampir tiga tahun lalu, masih lagi mengekalkannya sebagai hos rancangan.

"Dulu, saya membesar dengan pengaruh yang disiarkan oleh saluran TV MTV, maka tidak menghairankan yang lahir adalah generasi MTV.

"Jadi, kita perlu mengambil kesempatan sepenuhnya demi membentuk generasi Islam yang terbaik terutama daripada kalangan anak muda kita hari ini," katanya.

Sebagai bekas DJ, beliau masih lagi menggunakan kemahiran dalam berkomunikasi itu bagi menarik perhatian penonton.

Dalam rancangan itu, Suhaib mengupas surah-surah dalam al-Quran dari pelbagai aspek, terutama dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian umat Islam.

Beliau tidak sahaja mengeluarkan pendapat, malah berkongsi dengan ulama-ulama dan tokoh ilmuan Islam lain bagi memberikan perspektif lebih luas kepada penonton.

"Konsep dan pemahaman ajaran Islam secara terperinci dengan terjemahan ayat-ayat suci al-Quran akan didedahkan kepada semua penonton," katanya.

Reflections musim baharu akan ditayangkan menjelang Mei nanti.

Sumber: Sinar Harian

KIAMAT

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Pengukir Kata

Tuesday, 11 March 2014

Misteri Hantu Krew Pesawat 401

Malam 29 Disember 1972, penerbangan pesawat 401 Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang New York menuju Miami, membawa 163 penumpang bersama 13 orang krew.

Pesawat jenis jet Tri-Star (Lockheed L-1011) itu baru empat bulan beroperasi. Dipandu oleh juruterbag berpengalaman, Kapten Robert Loft dibantu juruteranya, Donald Repo.

Tetapi, pesawat itu mengalami masalah apabila rodanya tidak berfungsi. Loft dan Repo bertungkus-lumus cuba membaiki kerosakan. Belum sempat diatasi, pesawat itu menjunam ke kawasan berpaya, tersasar lebih 30 kilometer dari landasan Miami.








Tragedi itu telah mengorbankan 101 nyawa. Kapten Loft dan juruteranya, Repo turut terkorban. Pesawat itu mengalami kerosakan teruk, namun tidak terbakar.

Setelah siasatan berkaitan insiden itu selesai, bahagian yang masih boleh dipakai daripada bangkai pesawat telah diambil, lalu dipasang ke dalam pesawat lain.

Dan di sinilah misteri bermula!

Sejak itu, para krew penerbangan mula melihat kelibat bayang-bayang roh Kapten Loft dan Repo dalam pesawat yang menggunakan komponen daripada bangkai pesawat 401 itu.

Bayangan kedua-dua mereka dikatakan dilihat jelas. Bahkan, bukan hanya krew tetapi para penumpang juga sering melihat kelibat mereka. Ramai krew penerbangan yang tidak perasan telah bercakap dengan Loft yang mereka sangka adalah juruterbang yang bertugas ketika itu.

Seorang juruterbang dan dua krew penerbangan bercerita, mereka bukan saja melihat, malah berbicara dengan Loft sebelum pesawat berlepas.

Di depan mata, mereka saksikan kelibat Loft tiba-tiba hilang menyebabkan mereka menggigil ketakutan sehingga penerbangan waktu itu terpaksa dibatalkan.

Pernah seorang penumpang wanita melihat seorang lelaki duduk di sebelahnya. Lelaki itu berpakaian seragam jurutera syarikat penerbangan yang sama. Wajahnya pucat dan sekadar diam membisu. Tiba-tiba, lelaki itu ghaib di depan mata menyebabkan wanita itu menjerit ketakutan.

Kepada krew bertugas, wanita itu menceritakan apa yang telah disaksikannya. Lalu mereka tunjukkan foto Repo kepada penumpang wanita itu. Dia mengakui, itulah lelaki yang dilihatnya ghaib secara tiba-tiba tadi.

Pada masa yang lain pula, sewaktu seorang jurutera sedang memeriksa pesawat sebelum berlepas, muncul kelibat Repo lantas berpesan: "Jangan risau. Aku sudah memeriksanya. Semuanya baik". Sejurus selepas itu, Repo hilang begitu saja.

Seorang krew juga pernah melihat kelibat Repo dengan seragam juruteranya sedang membetulkan peralatan ketuhar yang rosak dalam pesawat.

Di waktu lain, seorang jurutera yang turun ke bahagian bawah kokpit untuk memeriksa bunyi yang didengarinya tiba-tiba melihat Repo turut berada di situ.

Kisah lain, seorang krew melihat wajah Repo yang memandangnya pada kaca ketuhar di dapur pesawat. Lantas dia memanggil dua orang rakan. Salah seorang daripadanya adalah jurutera yang juga rakan kepada Repo untuk melihat sendiri bayangan pada ketuhar itu.

Jurutera itu mengakui, itu adalah wajah Repo. Malah, ketiga-tiga mereka sempat mendengar Repo menyuruh mereka meninggalkan kapal: "Hati-hati dengan api diatas pesawat ini".

Tidak lama kemudian, pesawat itu benar-benar menghadapi masalah enjin dan penerbangan terpaksa dibatalkan. Pesanan Repo telah menyelamatkan mereka.

Salah seorang lembaga pengarah syarikat penerbangan itu juga pernah melalui pengalaman sama. Di dalam pesawat bahagian kelas pertama, dia berbual dengan seorang lelaki berpakaian kapten. Namun, setelah dia menyedari itu adalah Kapten Loft, ia hilang begitu saja.

Dalam insiden lain pula, Repo muncul di depan kapten yang bertugas dan memberitahu: "Pesawat ini tidak akan terhempas. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku!".

Satu demi satu peristiwa membabitkan kemunculan Kapten Loft dan Repo menyebabkan golongan paranormal dipanggil untuk membuat kajian namun tidak mendapat kebenaran daripada pihak syarikat penerbangan tersebut.

Beberapa buah buku dan filem pernah diterbitkan berjudul 'The Ghost of Flight 401' pada penghujung tahun 80an berkisar tentang tragedi penerbangan 401 dan misteri jelmaan kapten dan juruterbangnya yang telah terkorban.

Dikatakan, setelah pihak syarikat penerbangan mengarahkan komponen yang diambil daripada bangkai pesawat 401 dikeluarkan dari kapal terbang baru tersebut, sejak itu kelibat roh Loft dan Repo tidak pernah muncul lagi.

Sumber: http://mforum2.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=2688

Misteri Masa Berputar Kembali Yang Tidak Terjawab

Adakah anda percaya bahawa seseorang manusia itu boleh merentasi masa hadapan? Secara logik akalnya ia adalah satu perkara yang suakr untuk dipercayai. Walaubagaimanapun, kisah Isra’ Mikraj membuktikan tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW yang merentasi perjalanan yang sangat jauh sehinggakan ia hanya berlaku dalam satu malam. Kisah misteri yang KisahBest.My mahu bawakan kepada anda adalah tentang misteri kapal terbang yang hilang secara tiba-tiba dari radar. Bagaimanapun kapal terbang terbang tersebut muncul kembali selang beberapa minit.

masa1
Alam ini penuh dengan perkara-perkara yang ajaib. Walaupun di zaman teknologi yang pesat membangun, namun fenomena ‘Masa berulang’ ataupun ‘Waktu berputar kembali’ sukar untuk dijelaskan. Secara teori misteri Waktu Berputar Kembali diertikan sebagai waktu yang telah berlalu berulang kembali. Kembali ke masa lampau bukannya sesuatu yang mustahil, walaupun tiada orang mengalaminya secara sengaja setakat ini. Menurut teori Albert Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya. Jadi, seandainya suatu benda bergerak dengan kecepatan 300,000 km/saat ataupun atau 186,000 batu sesaat, maka ruang dapat dipendakkkan, dan waktu dapat diperlambatkan.
KONICA MINOLTA DIGITAL CAMERA
Ada sebuah kisah… Pada awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai Afrika. Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali di ruang udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat tersebut. Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, kru kapal dan 315 penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah “hilang”.
Perkara itu diberitahu oleh patugas di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana mungkin kami semua ‘hilang’?”. Tetapi yang menjadi misteri dan membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.
Meskipun jarang tapi ada kejadian yang serupa.. Menurut catatan, pada 1970, pernah juga terjadi kejadian mirip kejadian di atas. Ketika itu, sebuah pesawat penumpang jet 727 yang sedang melakukan penerbangan, juga telah ‘hilang’ selama 10 minit dalam perjalanannya ke lapangan terbang Miami, AS. 10 minit kemudian, pesawat tersebut muncul kembali di tempat yang sama dimana ia dilaporkan ‘hilang’. Pesawat tersebut tiba dengan selamat. Seluruh penumpang pesawat tersebut tidak percaya apa yang telah terjadi, sehinggalah mereka sedar bahawa jam mereka masing-masing terlambat 10 minit.
Menurut para ahli saintis satu-satunya penjelasan tentang fenomena ini adalah : “dalam sesaat ‘kehilangan’ itu, waktu ‘berhenti’ tidak bergerak, atau dengan kata lain waktu berputar kembali.”
Duit moden ditemui dalam kuil purba.
masa3
Sewaktu pesawat penumpang Italia mengalami fenomena masa yang aneh ini pada tahun yang sama, dilaporkan bahawa fenomena tersebut telah berlaku di Mesir.Sekeping duit syiling perak dari zaman lebih baru yang belum di edarkan ketika 4000 tahun yang lalu, terpendam di dasar sebuah Kuil Dewa Matahari. Ketika itu, sebuah pasukan arkeologi dari Perancis, tiba di daerah penempatan pertama manusia di tepi Sungai Nil. Di situ mereka menemui sebuah Kuil Dewa Matahari yang berusia 4000. Kuil itu sungguh usang dan telah runtuh kerana dimakan usia. Yang tinggal hanyalah struktur yang paling kukuh iaitu tiang-tiangnya sahaja.
Ketika mereka menggali kawasan kuil, di bawah sebuah binaan batu kuno, mereka telah menemui sekeping duit syiling perak terkubur di bawah tanah. Yang menjadi tanda tanya ialah bukan duit perak Mesir kuno yang mereka temui, tetapi sekeping duit syiling perak Amerika. Yang lebih menghairankan lagi, itu bukan duit perak kuno Amerika, tapi sekeping duit perak zaman sekarang! Namun, yang lebih menghairankan adalah duit tersebut adalah buatan Amerika pada tahun 1997. Sedangkan cari gali tersebut dilakukan pada tahun 1994 dan duit tersebut masih belum lagi dipasarkan… Timbul dua persoalan yang membingungkan para saintis serata dunia. Pertama, bagaimana duit syiling moden Amerika boleh berada dibawah timbunan runtuhan kuil purba Mesir yang berusia 4000 tahun? Kedua, bagaimana duit tersebut yang tahun pembuatannya 1997 boleh ditemui pada tahun 1994?
Laporan Rahsia Sulit NATO (North Atlantic Treaty Organization)
masa4
Mungkin fenomena kembali ke masa lampau boleh dikatakan sebagai mustahil serta ianya hanyalah suatu kebetulan oleh sesetengah orang. Namun seorang ahli fizik telah membocorkan rahsia yang sangat sulit dari NATO. Dalam fakta yang digambarkan dalam laporan tersebut beliau menceritakan, “Dalam suatu latihan terbang dari Eropa Timur pada tahun 1982, seorang pilot NATO melihat ratusan ekor dinosaurus. Juruterbang tersebut telah melalui daratan Afrika zaman prasejarah“. “Dalam suatu penerbangan yang lain, seorang juruterbang telah ‘tersesat’ ke zaman Perang Jerman (Perang Dunia ke-2). Pilot tentara Sekutu dan pesawat tempur Jerman melihat-nya, dan hanya dalam waktu satu minit kemudian, ia kembali ke alam nyata.
Apakah Waktu Boleh Berputar Kembali?
Secara realitinya, kecerdasan manusia masih belum cukup untuk menghalang berlalunya waktu. Secara teori, tidak mustahil untuk kita kembali ke masa lalu.Menurut teori Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya. Jadi, seandainya suatu objek bergerak dengan kecepatan 300 ribu km/detik, maka ruang dapat di perpendekkan, dan waktu dapat diperlambatkan.
masa5
Seorang ahli fizik dari Universiti California menganggarkan bahawa manusia memerlukan 200 ribu tahun untuk sampai ke Andromeda (Galaksi yang paling hampir dengan galaksi kita). Jika kita menaiki sebuah kapal angkasa yang berkecepatan cahaya pula, masa yang diperlukan ialah 20 tahun. Tetapi adakah akan wujud kenderaan yang berkepantasan begitu nanti. Seperti kapal angkasa dalam cerita Star Trek? Yang diketahui hanyalah para malaikat serta jin yang memiliki kepantasan seperti kepantasan cahaya.
Para saintis telah menemui partikel yang lebih laju daripada cahaya. Menurut kajian, apabila sebuah kapal angkasa telah melepasi daya graviti bumi, daya tarikan medan graviti diubah menjadi daya keupayaan. Maka pada ketika itu kapal angkasa mampu bergerak menyamai kelajuan cahaya bahkan mampu bergerak dengan kecepatan cahaya ultra.
Pakar-pakar dari NASA telah membentuk “teori resonansi medan waktu”. Teori ini dibentuk berdasarkan “teori medan kesatuan” Einstein dan searang ahli fizik Jerman sebagai dasar teori. Intinya adalah, dengan bantuan elastisik perkembangan bersama elektromagnet, gravitasi, kecepatan cahaya dan ruang, sesaat melintasi ruang angkasa.
masa6
Segitiga perkaitan antara masa dan ruang serta kecepatan cahaya
masa7
Sehingga kini, fenomena ‘Masa berulang’ tidak lagi merupakan sebuah rahsia besar yang terlalu misteri. Apa yang diperlukan untuk kita kembali ke masa silam ialah sebuah mesin yang boleh bergerak melampaui kecepatan cahaya. Mungkin juga seperti mesin dalan cerita ‘The Time Machine’ ataupun ‘Back To The Future’. Kedengaran seperti khayalan, namun siapa yang tahu apa yang akan dicipta pada masa yang akan datang? Tiada yang mustahil di zaman ini. Sama-samalah kita renungkannya…

Copied: 11.3.2014