Monday 13 March 1995

SKTLDM KUANTAN 1991 - 1995

STESEN KOMUNIKASI TLDM KUANTAN
MARKAS WILAYAH LAUT 1
TG.GELANG, KUANTAN, PAHANG
4.12.1991 - 13.3.1995


SKTLDM Kuantan ditubuhkan pada 4 Dis 83 dan diletakkan di bawah pemerintahan Pegawai Kanan Stesen Komunikasi TLDM yang berpangkalan di Markas Armada. Pada 1 Apr 89, SKTLDM Kuantan diletakkan di bawah pemerintahan Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1) bersama unit-unit lain yang telah sedia ada di MAWILLA 1. Tugas dan fungsi utama yang diamanahkan adalah untuk menyediakan saluran komunikasi kepada kapal-kapal yang berada di perairan pantai timur semenanjung Malaysia dan kapal-kapal di bawah pemerintahan PANGWILLA 1 serta unit-unit di bawah naungan. Selain daripada itu, SKTLDM Kuantan ditubuhkan untuk bertindak sebagai penyalur sekunder (back-up) jaringan komunikasi TLDM sekiranya jaringan komunikasi utama TLDM di Pangkalan TLDM Lumut (SKTLDM Lumut, SKTLDM Parit dan SKTLDM Sitiawan). Ianya lebih kepada jaringan strategik komunikasi TLDM.
Pegawai Memerintah pertama SKTLDM Kuantan ialah Lt Kdr Mohd Sharif bin Kalam TLDM N/400329. 

SKTLDM Kuantan merupakan pengkalan TLDM yang paling lama saya dapat bertugas. Kalau sebelum ini paling lama saya pernah bertugas di Pengkalan hanyalah 2 tahun sahaja, lepas tu balik ke kapal semula. Sebenarnya selepas setahun lebih bertugas di SKTLDM Kuantan, saya telah mendapat arahan untuk bertukar tugas ke KD Musytari. Oleh kerana terasa bosan asyik bertugas di Kapal, saya telah berjumpa Pegawai Bahagian saya minta pertukaran saya tu dibatalkan kerana saya dah mengambil keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan dan tak berminat lagi nak bertugas di Kapal. Syukur Alhamdullillah atas budi bicara dan jasa baik Pegawai Bahagian saya itu (seorang Pegawai Wanita yang saya tak ingat namanya).. pertukaran saya ke kapal telah dibatalkan dan saya terus berkhidmat di sini sehingga tiba waktu untuk Kursus Peralihan. Terima kasih Puan... maaf saya tak ingat nama puan... cuma kalau tak silap saya ialah Lt Halimah...
Pegawai Memerintah SKTLDM Kuantan ketika saya berkhidmat di sini ialah Lt Kdr Mohamad Halim bin Maulud TLDM N/401374. 
Semasa bertugas di Pengkalan inilah saya telah mendirikan rumahtangga dengan Norziah bt Ahmad, namun saya tak bawa isteri saya bersama kerana isteri saya ketika itu bekerja di Kuala Lumpur. Jadi setiap hujung minggu saya akan berulang alik ke Kuala Lumpur... kerana sebab itu jugalah saya tak berniat untuk menyambung perkhidmatan dengan TLDM... cukuplah 16 tahun bertarung dengan gelombang dan badai...  disinilah berakhirnya perjalanan saya sebagai seorang PELAUT... 












6 comments:

Anonymous said...

Salam,
Nice sejarah (foto) yang ada. Minta agar dapat saya simpan utk arkib sejarah SKTLDM Kuantan.


PM SKTLDM Kuantan.

zulheimymaamor.blogspot said...

Syukran Jazilan... silakan tuan...

Unknown said...

Sepupu Saya bernama Elangkovan a/l Vadivelu berasal Dari Parit Buntar Perak. Sepupu Saya pernah bekerja di TLDM LUMUT Dan 1991 bertukar KE TLDM tanjung Gelang Kuantan sehingga 1994 Dan kami Terus hilang HUBUNGAN selepas Saya berhijrah ke Kuala Lumpur. Kini Saya berusaha untuk menjejakinya Dan berharap sangat pihak TLDM akan membantu saya menjejaki Dan menghubunginya. Ini adalah tarikh lahirnya , iaitu 27/1/1962. Sekiranya pihak tuan dapat menjejakinya tolong hubungi Saya Dewi,016-2392895. Kerjasama Dari pihak tuan didahului dgn ucapan terima kasih.

Unknown said...

Sepupu Saya ini pernah bekerja di KD Ganas.tg.Gelang Kuantan.

zulheimymaamor.blogspot said...

Cik Dewi... Maaf kerana lambat menjawab ... saya kenal sangat dengan Elangkovan... kami terputus hubungan kali terakhir bersama dia di SKTLDM Kuantan tahun 1992 - 1995.....
Saya tiada nombor contact dia.... minta maaf

Unknown said...

Terima kasih kerana en.sudi menjawab. Saya rasa kalau dapat alamat bolehlah menziarahinya.anyway tq en.