Tuesday 31 December 2013

2013 - KEDAH : KUALA NERANG,LUBOK MERBAU, NAKA, YAN, GUAR CHEMPEDAK DAN KULIM

LUBOK MERBAU, KEDAH
5.1.2013


Saya bersama team YJM (Yayasan Jantung Malaysia) telah ke Lubuk Merbau, Kedah  pada 5 Januari 2013 untuk Program Kesedaran Penyakit Jantung .

Semasa program kami menginap di Terap Inn, di Kuala Nerang Kedah.  Perjalanan dari Kuala Lumpur ke penginapan kami di Terap Inn Kuala Nerang adalah sejauh 463 km mengambil masa perjalanan 5 jam. 



Rujuk: YJM Community 2013 - FELDA Lubok Merbau, Kedah


Felda Lubok Merbau adalah kawasan penanaman getah dan kelapa sawit yang terletak di Sik, Kuala Nerang , Kedah. Merbau ialah nama sejenis pokok liar yang banyak di kawasan ini terutama di sekitar Sungai Muda. Ia ditadbir oleh pegawai Felda.
Antara kawasan berhampiran ialah Nami, Kampung Sungai Bakap, Kampung Jurong dan Kampung Baru Nami. Kawasan ini diairi oleh Sungai Muda . Penduduk membeli-belah di Sik atau di Kuala Nerang.
Kawasan ini dahulu merupakan kawasan hutan tebal yang menjadi tempat persembunyian komunis PKM. Pada 1964, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menjemput peneroka yang terdiri daripada penduduk miskin dan tidak bertanah di kawasan pedalaman. Pada 1968, seramai 178 peneroka ditempatkan di Felda Lubuk Merbau. Kini, terdapat 769 peneroka terdiri daripada peringkat 1 hingga peringkat 9 di FELDA Lubuk Merbau.
Rujuk: Wikipedia

Perjalanan kami dari Terap Inn, Kuala Nerang ke FELDA Lubok Merbau adalah sejauh 39.2 km dan mengambil masa 39 minit perjalanan. 





NAKA, KEDAH
6.1.2013


Pada 6 Januari 2013 kami bertolak ke Pekan Naka untuk Program Kesihatan seterusnya. 


Naka adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. Naka diambil sempena "Na" bermakna 'Kubang' dan "Ka" nama sejenis pokok herba iaitu "lengkuas" atau 'kha" bermaksud sejenis rumput "juluk". Memandangkan satu tempat yang sama maka, maka Kubang Juluk disebut dalam bahasa melayu dan Naka dalam bahasa Siam Kedah. Pekan Naka terletak di timur bandar raya Alor Setar dan bandar Pokok Sena dan di selatan Kuala Nerang. Dahulunya pekan Naka terletak di Kampung Kubang Julok dan dikenali sebagai "Naka Lama" dan Pekan Naka sekarang asalnya bernama 'Simpang'.
Kampung Baru Naka (Siam) adalah sebuah kampung yang terletak di Mukim Tekai Kiri, merupakan perkampungan Siam paling maju di Malaysia. Asalnya Kg Baru Naka (Siam) merupakan penempatan baru bagi membendung pengaruh komunis dan penyamun pada waktu itu. Kebanyakannya penduduk Kg Baru ini berasal dari Kg. Chang Deng (Pak Kra) dan Lamdin.
Sumber: Wikipedia

Jarak Pekan Naka dari Terap Inn Kuala Nerang adalah 16.5 km, Perjalanan lebih kurang 15 minit.







Selesai program di Naka, kami meneruskan perjalanan kami ke Yan, Kedah untuk program seterusnya iaitu di SMK Agama, Yan. Perjalanan sejauh 50.7 km mengambil masa lebih kurang 54 minit. 
Kami menginap di D'Aman Homestay di Taman Desa Aman, Guar Chempedak, Kedah. 


SEK.MEN.AGAMA YAN, KEDAH
7-8 JANUARI 2013



Program Kesihatan kami diteruskan di Sekolah Menengah Agama Yan, Kedah pada 7 & 8 Januari 2013. 


Yan adalah sebuah daerah di Kedah yang terletak kira-kira 50 km dari Alor Setar dan 30 km dari Sungai Petani. 

Antara kawasan yang menarik di daerah Yan ialah Gunung Jerai,  Air Terjun Titi Hayun, Air Terjun Puteri Mandi, tempat sejarah seperti Air Terjun Alur Naga, Batu Kapal, Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh dan lain-lain kawasan yang terdapat di daerah ini.

SMK Agama Yan, Kedah dibuka pada 1 Januari 1997. Guru besar yang pertama ialah Puan Hjh Hindong bt Hj Ali.
Pada tahun 2007, seorang pelajar SMK Agama Yan,Kedah iaitu Azali Azlan telah membuat kejutan yang besar apabila memperolehi keputusan 21 A dalam peperiksaan SPM. 






D'AMAN HOMESTAY, TAMAN DESA AMAN
GUAR CHEMPEDAK, KEDAH

Sepanjang program Kesihatan di SMKA Yan ini kami dari YJM telah menetap di D'Aman Homestay, Taman Desa Aman, Guar Chempedak, Kedah yang dimiliki oleh salah seorang guru di SMKA Yan. 




GUNUNG JERAI, KEDAH
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter. 
Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja.
Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

SMJK CHIO MIN, KULIM BANDAR BAHARU
29.12.2013
Pada 29 Disember 2013 sekali lagi kami menjelajah ke Negeri Kedah, kali ini di Kulim Bandar Baharu untuk Program "KE ARAH GAYA HIDUP SIHAT DAN BAHAGIA" . Program ini berlansung di SMJK Chio Min, Kulim Bandar Baharu.


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kulim mengambil masa 4 jam perjalanan dengan jarak 340 km. 

SMJK Chio Min, Kulim Bandar Baharu
SMJK Chio Min telah ditubuhkan pada tahun 1957, kesinambungan dari Sekolah Rendah Chio Min, yang ditubuhkan pada 10 Mei 1918. Pada 1942, Sekolah Chio Min terpaksa ditutup kerana pencerobohan tentera Jepun. Ia dibuka semula pada tahun 1945.

Kulim merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulim.
  • Daerah Kulim adalah cantuman dari lima belas mukim iaitu Junjung, Kulim, Keladi, Sungai Seluang, Terap, Bagan Sena, Karangan, Sungai Ular, Padang China, Nagalilit, sedim, Sidam Kanan, Padang Meha, Mahang dan Lunas.
  • Dewan Undangan Negeri Kulim terletak di Kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.
  • Penubuhan Taman Teknologi Tinggi Kulim (atau Kulim Hi-Tech Park) diharap dapat mencetuskan pembangunan pesat di Kulim.


Nasi Lemak Mummy agak terkenal di Kulim , disini saya sempat bersarapan pagi sebelum pulang ke Kuala Lumpur. 

KULIM INN


Sepanjang program dijalankan kami telah menginap di Kulim Inn yang terletak di Jalan Bukit Awi, Kulim, Kedah. Kulim Inn adalah merupakan sebuah penginapan yang tertua terdapat di bandar Kulim. Ianya dahulu dikenali sebagai Rumah Rehat Kulim cukup popular di kalangan golongan elit di Kulim suatu ketika dahulu. Ia kini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim.

 
Gambar ini diambil semasa Mesyuarat Penyelarasan Program pada 4 Disember 2013. 

Program di Kulim merupakan destinasi terakhir di Kedah bagi tahun 2013. In sya Allah kami merancangkan lebih banyak lagi program di Negeri Kedah pada tahun akan datang. 

13.1.2015

2013 - JALAN MUNSHI ABDULLAH, MELAKA

JALAN MUNSHI ABDULLAH, MELAKA
18.4.2013


Dalam perjalanan pulang dari program Kesihatan di Masai dan Johor Bahru, saya dan team telah singgah bermalam di Melaka. Kami menginap di Hotel Emperor yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka. 

The Emperor Hotel Malacca
123, Jalan Munshi Abdullah
75100 Melaka
Tel: 06-284 0777     Faks: 06-283 8989

Perjalanan dari Masai ke Jalan Munshi Abdullah, Melaka sejauh 226 km dan mengambil masa perjalanan 2 jam 38 minit.









Masjid Bukit China juga dikenali sebagai Masjid Al-Hameden,terletak di Bukit China Melaka. Masjid ini dibina pada tahun 1865 Masihi dan telah diperbesarkan pada tahun 1978 dengan bantuan Kerajaan Negeri Melaka. 


Gambar ini diambil dari Hotel Emperor



HENTIAN REHAT AYER KEROH, MELAKA
7 NOVEMBER 2013

Gambar ini diambil ketika dalam perjalanan ke Kluang untuk Program Minggu Jantung Kluang Johor 2013 yang berlansung di Kluang Mall, Johor dari 8-10 November 2013







15.1.2015 - 3.50 PM

Updated : 12/12/2017 : 11,57pm