Sunday 6 October 2013

2013 - DEWAN JKKK SG.JERIK, JENGKA, PAHANG

LOKASI: DEWAN JKKK SG.JERIK, JENGKA, PAHANG
TARIKH: 6 OKTOBER 2013


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jengka - 162 km

Yayasan Jantung Malaysia dengan kerjasama The Lions Club of Kuantan telah menganjurkan Kempen Kesedaran Penyakit Jantung pada 6 Oktober 2013 bertempat di Dewan JKKK Sungai Jering,Jengka, Pahang. 
Seramai 124 orang penduduk Sg. Jerik telah hadir membuat ujian Saringan Kesihatan di sini. Bantuan jururawat diperolehi dari Pejabat Kesihatan Daerah Maran. 



Dewan yang digunakan untuk Pemeriksaan Kesihatan.



POSTER YAYASAN JANTUNG MALAYSIA

KAUNTER PENDAFTARAN


UJIAN TEKANAN DARAH

KHIDMAT NASIHAT PEMAKANAN
KEMPEN DERMA DARAH
Kempen menderma darah turut dijalankan oleh Jururawat dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
Pemeriksaan mata turut dijalankan .






PEKAN SG.JERIK 
Pekan Sungai Jerik terletak berhampiran dengan FELDA Jengka dan Ulu Jempol, Pahang. Ianya dahulu dikenali dengan nama Pekan TongKiat bersempena nama seorang tauke Cina yang membuka kilang di kawasan berkenaan. Majoriti penduduknya berbangsa Cina.Kawasan ini dahulunya adalah kawasan hitam akibat dari ancaman komunis suatu ketika dahulu. 
Pekan Sungai Jerik merupakan sebuah pekan yang terletak di antara Gugusan FELDA Jengka dan Ulu Jempol, Bandar Jengka, Daerah Maran, Pahang. Dahulunya tempat ini dikenali sebagai pekan Tongkiat bersempena nama seorang tauke berbangsa Cina yang membuka kilang di kawasan berkenaan. Dihuni oleh kebanyakannya kaum Cina. Suatu masa dahulu, tempat ini adalah kawasan hitam kerana ancaman daripada komunis. Dikatakan sebahagian besar penduduk di Sg Jerik datang dari Sitiawan, Perak dalam penempatan semula kampung baru ketika darurat. Mereka dipindahkan kerana sering diganggu oleh komunis yang meminta bekalan makanan....
Nama Sungai Jerik mungkin jarang kita dengar... namun terdapat catatan sejarah yang berlaku di sini iaitu antaranya ialah tragedi Hutan Lipur Lubuk Yu berkait dengan kematian 7 orang yang terbabit dalam operasi mencari mangsa lemas Mohd. Azhar Azizam (28 tahun) di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran, Pahang pada 26 hingga 30 Jun 2010. Mereka maut akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah). Penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar.
Mungkin kita tidak pernah dengar peristiwa Ladang Ng Tong Kiat , Sg Jerik pada tahun 1945 dimana Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah (Sultan Pahang) ditahan selama 27 hari di Ladang Getah Ng Tiong Kiat, Sungai Jerik (17 Ogos 1945 - 9 September 1945) menjadi natijah kecekapan, kecekalan, kesabaran dan kewibawaan Baginda dalam mengatasi saat-saat yang sangat kritikal. Kejadian tersebut telah menggemparkan masyarakat Pahang pada ketika itu.

Gambar ini diambil semasa menghadiri Mesyuarat Penyelarasan di Sg Jerik pada 
11 September 2013




Selepas mesyuarat kami telah dijamu dengan Durian Sg Jerik yang sangat enak

BANDAR TUN ABDUL RAZAK, JENGKA, PAHANG
Bandar Tun Razak Jengka dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka merupakan sebuah Bandar utama di Pahang. Ianya menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka. Segitiga Jengka ialah sebuah gugusan FELDA yang merupakan projek Kerajaan Malaysia.
Bandar ini dinamakan sebagai Bandar Tun Abdul Razak pada 7 Julai 2011 sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak yang merupakan pengasas FELDA.
Terdapat 2 lagi Bandar di Malaysia yang menggunakan nama yang sama iaitu Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur dan Bandar Tun Razak d Keratong, Pahang.
Disini juga terdapat kampus UiTM Cawangan Pahang - kampus Bandar Jengka. 



Issoria Hotel di Bandar Tun Razak, Jengka dimana kami menginap semasa Program di 
Sungai Jerik, Jengka. 

Issoria Hotel
2, Lorong Jed 1
Bandar Jengka
26400 Bandar Tun Razak
Pahang
Tel: 09-466 1134









No comments: