Sunday 6 January 2013

2013 - PEKAN NAKA, KEDAH

Lokasi: Pekan Naka, Kedah
Tarikh: 6 Januari 2013




Kuala Nerang ke Naka lebih kurang 16.5 km

Selepas program kesihatan di Lubuk Merbau, kami berangkat keesokan harinya ke Pekan Naka, Kedah untuk ujian Kesihatan selanjutnya. 
Program yang berlansung pada 6 Januari 2013 dimana seramai 115 penduduk pekan Naka telah menjalani ujian Saringan Kesihatan yang dikendalikan oleh YJM dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap. 







Nasihat Kesihatan dan Pemakanan diberikan kepada penduduk Naka





Kempen Anti Merokok dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap






NAKA, KEDAH

Naka adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. Naka diambil sempena "Na" bermakna 'Kubang' dan "Ka" nama sejenis pokok herba iaitu "lengkuas" atau 'kha" bermaksud sejenis rumput "juluk". Memandangkan satu tempat yang sama maka, maka Kubang Juluk disebut dalam bahasa melayu dan Naka dalam bahasa Siam Kedah. Pekan Naka terletak di timur bandar raya Alor Setar dan bandar Pokok Sena dan di selatan Kuala Nerang. Dahulunya pekan Naka terletak di Kampung Kubang Julok dan dikenali sebagai "Naka Lama" dan Pekan Naka sekarang asalnya bernama 'Simpang'.
Kampung Baru Naka (Siam) adalah sebuah kampung yang terletak di Mukim Tekai Kiri, merupakan perkampungan Siam paling maju di Malaysia. Asalnya Kg Baru Naka (Siam) merupakan penempatan baru bagi membendung pengaruh komunis dan penyamun pada waktu itu. Kebanyakannya penduduk Kg Baru ini berasal dari Kg. Chang Deng (Pak Kra) dan Lamdin.
Sumber: Wikipedia





Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
23.10.2013 : 11.22 pm


No comments: