Tuesday 22 October 2013

2013 : MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR, JOHOR

LOKASI: MAKTAB RENDAH SAINS MARA, MUAR, JOHOR
TARIKH: 22 OKTOBER 2013


Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Muar ialah 184 km (2 jam perjalanan)

Yayasan Jantung Malaysia meneruskan program Peringkat Sekolah di Maktab Rendah Sains MARA, Muar Johor pada 22 Oktober 2013. 
Seramai 106 murid dan 3 orang guru telah menjalani ujian kesihatan yang dijalankan pada hari tersebut. 


MRSM Muar terletak kira-kira 10 km dari bandar Maharani,Muar di mukim Bakri daerah Muar, Johor. Ia dibuka pada tahun 1980 dengan pengambilan pelajar seramai 149 orang.
Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM adalah merupakan sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dihampir setiap negeri di Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat bil. 20 tahun 1966 sebagai usaha MARA untuk melatih bumiputera dalam bidang latihan dan pendidikan. 
Terdapat 48 buah MRSM di seluruh Malaysia. 43 buah di Semenanjung manakala bakinya 5 buah MRSM di Sabah dan Sarawak.






Jururawat dari Klinik Kesihatan Batu 5 Bakri Muar turut membantu dalam program tersebut. 

MUAR, JOHOR
Daerah Muar terletak di Barat Laut negeri Johor. Daerah Muar terdiri daripada daerah Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, Segamat di Timur dan Batu Pahat di Selatan. 
Perkataan 'Muar' dikatakan berasal dari perkataan 'Muara' . Sejarah Muar dikatakan telah bermula lebih awal dari Sejarah Melaka, namun kerana tiada catitan sejarah yang sempurna dan bukti arkeologi, sejarah silam Muar kurang diketahui umum. 
Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar (Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Bandar Muar juga tercatat dalam sejarah negara dimana di sini pernah berlaku pertempuran hebat (Battle of Muar) antara Tentera Imperialis Jepun dengan Briged ke 8 Tentera Australia di Jambatan Gemensah dan Sungai Muar. Ianya berlaku pada 14 - 22 Januari 1942.











Hotel penginapan kami ketika program:
Jalan Bakri, Taman Orkid
84000 Muar
Johor

Jarak hotel ke MRSM Muar hanyalah 9 km sahaja. 


Zulheimy Maamor
YJM
2.11.2013

No comments: