Monday 16 September 2013

Sekilas tentang isu kenaikan harga minyak


Awal bulan September ini negara Malaysia dikejutkan dengan isu kenaikan harga minyak sebnyak 20sen seliter. Dianggap sebagai ‘Hadiah Hari Merdeka’ kerajaan kepada rakyat, ramai yang tidak berpuas hati dengan isu tersebut. Pihak parti pembangkang melihat isu ini sebagai tanda penipuan pihak kerajaan yang tidak telus dalam menyatakan janji kepada rakyat manakala pihak kerajaan menggunakan alasan bahawa pengurangan subsidi minyak tersebut ialah untuk disalurkan kepada pembangunan negara dan pulangan melalui BR1M. Kenyataan yang lebih mengejutkan datang daripada seorang Ulama Muda parti kerajaan yang menyatakan bahawa kenaikan harga barang adalah ketentuan Tuhan suatu teori yang menyerupai pandangan Adam Smith, bapa free-market economy dan rakyat harus bermuhasabah dan bertawakal menerima kenaikan harga tersebut.
Kami daripada pihak Barisan Islam Malaysia melihat isu kenaikan harga minyak ini sebagai suatu masalah paradigma yang perlu diatasi dengan cara yang kritis dan kreatif. Hanya dengan merungut dan menyalahkan sesuatu pihak tidak akan mengubah sesuatu polisi. Kami percaya dengan bertindak secara bijak dan berpandangan jauh, kita boleh menyelesaikan masalah tanpa menghasilkan sentimen yang negatif. Oleh itu, berikut kami menyenaraikan beberapa langkah yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia untuk mengadaptasi seterusnya menyelesaikan masalah kemelut kenaikan harga minyak. 
1. Beralih kepada NGV
NGV atau Natural Gas Vehicle ialah suatu bentuk pengunaan tenaga gas asli untuk pembakaran dan penghasilan tenaga bagi menggerakkan kenderaan. Sistem ini banyak digunakan oleh pemandu teksi bagi mengurangkan kos minyak kenderaan tersebut. Walaupun dikatakan bahawa penggunaan NGV akan membawa masalah dengan cara tiada ruang untuk bahagian bonet kereta dan mempunai tekanan yang rendah serta masalah untuk menaiki bukit cerun, tetapi ia sangat efektif dalam mengurangkan kos perjalanan kerana harga gas ini hanya RM0.68 seliter. Apabila mengalami masalah menaiki bukit cerun, punat boleh ditekan untuk mengubah sumber tenaga pemanduan kepada petrol. Kos pemasangan NGV ialah sekitar RM3000 bergantung kepada jenis kenderaan.
2. Penggunan kereta Hybrid
Kereta Hybrid ialah kereta yang mempunyai dua jenis bekalan tenaga kepada enjin iaitu melalui petrol dan juga bateri. Bateri digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik yang seterusnya membentuk tenaga kinetik dan mekanik untuk kereta. Terdapat pelbagai kereta di pasaran yang menggunakan yang mempunyai system Hybrid contohnya Saturn Vue, Toyota Prius, Toyota Camry Hybrid, Ford Escape Hybrid, Toyota Highlander Hybrid, Honda Insight, Honda Civic Hybrid, Lexus RX dan pelbagai lagi. Harga bagi sebuah kereta Toyota Prius adalah sekitar RM136,112.
3. Menggunakan kenderaan awam
Tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan awam di Malaysia memainkan peranan yang amat penting terutamanya di bandar Kuala Lumpur. Sebagai sebuah negara yang kecil, Malaysia tidak mampu untuk meluaskan lebuhrayanya seperti negara-negara maju yang lebih besar daripada Malaysia. Jadi pengangkutan awam memainkan peranan yang amat penting terutamanya di kawasan bandaraya. Menaiki LRT atau Komuter sebenarnya adalah suatu cara penjimatan yang amat baik. Anda hanya memerlukan sekitar RM3 untuk perjalanan dari Gombak ke Kelana Jaya. Perkhidmatan bas juga terdapat setiap 30 minit di setiap stesen. Di dalam LRT atau Komuter masa boleh dihabiskan dengan membaca buku atau bermain telefon. Jadi, anda tidak lagi penat memandu mengaharungi jalan yang sesak. Dengan kewujudan koc wanita di komuter juga keselesaan wujud bagi penumpang perempuan.
4. Car pool
Car pool atau menumpang kereta beramai-ramai ialah suatu konsep yang popular pada sekitar awal 1990an. Dalam system car pool ini, pekerja akan menupang kereta kawan sepejabat atau kawan di kawasan pekerjaan yang sama. Ia boleh dilakukan secara bergilir-gilir antara rakan-rakan atau secara tetap jika hanya terdapat seorang kawan yang mempunyai kenderaan. Dengan cara ini, kos penggunaan minyak dapat dikongsi sesama penumpang dan pembawa kenderaan lalu secara tidak langsung mengurangkan kos individu untuk pembayaran minyak.
5. Berniaga sambil bekerja
Seterusnya dalam proses mengadaptasi kenaikan harga minyak pada pendapat kami ialah dengan merajinkan diri untuk melibatkan diri dalam pekerjaan sampingan selain bekerja di pejabat. Pelbagai pekerjaan boleh dilakukan hanya untuk meng’cover’ harga minyak kenderaan anda. Contohnya seperti yang pernah dilakukan penulis sendiri ialah bekerja sebagai ‘waiter catering’, menjadi peniaga MLM ataupun meminta isteri anda berniaga kecil-kecilan hanya untuk membolehkan anda meng’cover’ harga kenaikan minyak.
6. Berjimat cermat
Langkah terakhir yang dirasakan penulis wajar untuk membantu mengadaptasi kepada kenaikan harga minyak ialah dengan berjimat cermat. Sebenarnya, tanpa kita sedari terdapat pelbagai aspek dalam kehidupan kita dimana kita tidak berjimat cermat. Contohnya, dalam aspek pemakanan, kita banyak membazir dan boros. Dimana keperluan makan kita hanya memerlukan sekitar RM5 untuk suatu hidangan makanan, kita telah menghabiskan sehingga RM15 untuk kemewahan dalam pemakanan. Penulis tidak mengatakan bahawa kita tidak boleh berbuat demikian, tetapi pemakanan yang mewah tidak boleh selalu diamalkan. Makanlah mengikut tabiat Sunnah nabi iaitu makan secara berjemaah dan juga mengurangkan lauk juadah.

Penulis berharap agar idea-idea yang diutarakan dapat membantu pembaca untuk mengadaptasi diri dengan kenaikan harga minyak. Suka saya untuk memetik suatu ayat daripada surah al-Baqarah ayat 286 yang mengatakan bahawa ‘Allah s.w.t tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’ Juga terdapat suatu petikan daripada cerita Pirates of the Carrebean dimana Captain Jack Sparrow mengatakan: ‘The problem is not the problem. The problem is your attitude about the problem.’ Di harap tulisan saya ini dapat membantu. Wallahualam. Sekian, Terima Kasih.

Untuk update tentang artikel politik, sila ke page/group: Barisan Islam Malaysia..

Sumber: Facebook

No comments: