Thursday 17 January 2013

MASJID - RUMAH ALLAH (LAIN-LAIN NEGERI)

KEDAH

Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam.
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.

Aku berpeluang solat Jumaat di Masjid ini ketika Yayasan Jantung Malaysia mengadakan program Minggu Jantung Alor Setar di Star Parade Alor Setar dari 3 – 8 July 2012. 


MELAKA



Masjid Negeri Al-Azim mula dibina pada 14hb. Mac,1984. Batu asas dan arah kiblat diletakkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka pada ketika itu Datuk Seri Mohd. Adib bin Haji Adam. Seterusnya disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Abd. Rahim bin Datuk Thamby Chik hinggalah masjid ini siap dan dirasmikan pada hari Jumaat 20hb. Zulhijjah 1410 (H) bersamaan 13hb. Julai 1990 (M) dalam suatu upacara yang bersejarah oleh Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong Sultan Azlan Shah. Masjid ini memuatkan jemaah berjumlah 11,700 orang. 
Gambar ini diambil ketika saya menginap di hotel berhampiran ketika program "Minggu Jantung Melaka 2012" berlansung di AEON Bandaraya Melaka dari 23-28 March 2012.



Masjid ini mula-mula dibina dalam tahun 1281 Hijrah bersamaan 1865 Masihi dengan derma orang ramai. Dalam tahun 1978 masjid ini dibesarkan dengan bantuan kerajaan.Masjid ini mula-mula dibina dalam tahun 1281 Hijrah bersamaan 1865 Masehi dengan derma orang ramai. Dalam tahun 1978 masjid ini dibesarkan dengan bantuan kerajaan.
Gambar ini diambil ketika aku menginap di Emperor Hotel Melaka yang terletak berhampiran dengan masjid ini. 

NEGERI SEMBILAN




Masjid Putra Nilai telah dibina pada tahun 2003M. Pengasasnya adalah penduduk setempat dan Kerajaan Negeri. Tapak Masjid ini adalah kurniaan Kerajaan Negeri. Pada asalnya nama masjid ini adalah Masjid Bandar Baru Nilai tetapi kemudiannya telah ditukar nama menjadi Masjid Putra Nilai pada tahun 2007m.
Aku berpeluang solat di Masjid ini ketika bersama keluarga adik beradik membeli peralatan-peralatan untuk perkahwinan untuk anak saudaraku di Nilai 3 pada 2 Disember 2012.



Masjid asal di Tanjung Beringin di bina pada tahun 1885M di atas tanah yang diwakafkan oleh Yam Tuan Tuanku Muhammad Shah.Bangunan baru dibangunkan pada tahun 1964M. 
Aku dan keluarga ku berpeluang solat zohor di masjid ini ketika menghadiri majlis perkahwinan saudara isteri di Kg.Mampas, Teraci , Kuala Pilah , NS pada 2 Jun 2013. 



Pembinaan Masjid ini bermula setelah upacara menentukan arah kiblat dilakukan Menteri Besar N.Sembilan ketika itu YAB Tan Sri Dr. Mohamed Said pada 25 Mac 1966. Pembukaan rasmi Masjid ini dilakukan oleh Yang DiPertuan Besar N.Sembilan Tuanku Jaafar Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 24 November 1967.
Aku berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid ini ketika program "Minggu Jantung Seremban 2012" di Kompleks Terminal 1, Seremban dari 19-21 Oktober 2012. 

Masjid Jamek Tunku Besar Tampin telah dibina pada tahun 1966M. Pengasasnya ialah YM Tunku Besar Tampin dan telah dirasmikan oleh beliau sendiri pada 7 Jun 1968m. 
Di Masjid ini aku bersolat Jenazah arwah Bapa Saudara ku Win Bin Yasin (maaf tak ingat tahun dan tarikhnya).

PAHANG


Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi. Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890.
Aku pernah bersolat Jumaat di Masjid ini ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia berpengkalan di Tanjung Gelang, Kuantan dari tahun 1992 - 1995. 



Masjid ini terletak di Bandar Maran, Pahang. Aku sempat bersolat zohor di Masjid ketika menghadiri mesyuarat di Sri Jelai, Maran pada 12 Jun 2013.  Tiada keterangan mengenai masjid ini ku temui di internet. 

PULAU PINANG




Masjid An Nur, Kg.Titi Teras, Balik Pulau , Pulau Pinang. Aku berkesempatan solat Zohor di Masjid ini ketika berlansung "Program Kesihatan Penyakit Jantung" di daerah ini pada 15 April 2012. 




Aku berpeluang bersolat Jumaat di Masjid ini ketika program "Minggu Jantung Pulau Pinang 2012" berlansung di AEON Seberang Prai dari 23-28 November 2012.

PERAK

Masjid An Nur di awal pembinaan tahun1980


Ketika bertugas dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia dan berpengkalan di Lumut, Perak, Masjid An Nur adalah tempat aku sering menunaikan solat Jumaat dan kadangkala menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan di sini. Aku tidak ingat bilakan masjid ini didirikan. 




Masjid Diraja Ubudiah terletak di sebelah kawasan Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina atas titah Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke -28 (1887-1816) kerana menunaikan nazar ketika baginda gering.Kerajaan Negeri Perak kemudiannya telah mengarahkan Coloney Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur sepaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan reka bentuknya telah diserahkan kepada Hubbeck, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan pembinaan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield, iaitu ketua jurutera di Negeri Perak ketika itu.
Pada hari Jumaat, 25 Syawal 1331 Hijri bersamaan 26 September 1913 Masihi, Sultan Idris telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.
Penghantaran batu marmar yang dipesan dari Itali pula tergendala akibat meletusnya Perang Dunia Pertama. Setelah beberapa halangan berlaku, pada tahun 1917 Masihi barulah masjid yang terindah di Negeri Perak ini dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah, iaitu pengganti Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916 Masihi. 

Aku pernah bersolat di masjid ini ketika bersama keluarga bercuti ke Taiping, Perak. Kami singgah di Kuala Kangsar dan menunaikan solat di masjid ini. 


Gambar ini diambil ketika aku bersama Yayasan Jantung Malaysia menjalankan program "Kempen Kesihatan Jantung Peringkat Luar Bandar" di Pulau Pangkor pada 7 April 2012. Tidak ada maklumat mengenai masjid ini yang aku temui. 


SABAH




Masjid Negeri Sabah dibina di kawasan seluas 14.5 ekar. Terletak di kawasan strategik bulatan Sembulan antara Jalan Mat Salleh dan Jalan Sembulan.  Rekabentuk Masjid ini dicipta oleh Arkitek Jurubena Betiga. Kubah besar yang terletak di bahagian kiblat masjid diilhamkan dari masjid lama dan termasyhur di dunia seperti masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Masjid Biru di Istanbul dan Masjid Jamek di New Delhi dan Lahore. Menaranya setinggi 215 kaki diilhamkan daripada Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid ini dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 28 Jun 1977.
Aku pernah bersolat di Masjid ini pada tahun 1997  ketika aku bersama keluarga bercuti di rumah Abang Sulong kami yang ketika itu menetap di Graceville , Kota Kinabalu Sabah. Abang ku ketika itu adalah Manager Sime Bank di Kota Kinabalu, Sabah. 

SARAWAK

Masjid An Nur adalah merupakan masjid bandar Sibu yang terletak di jalan Awang Ramli Amit.  Ianya telah dibina untuk menggantikan masjid lama iaitu Masjid Al-Qadim yang tidak mampu menampung jumlah penduduk Islam yang makin bertambah di Sibu. Pada 15 December 1981, TYT Datuk Patingi Tan Sri Haji Abdul Rahman Ya'kub telah meletakan batu asas masjid tersebut dan merasmikannya pada 18 Ogos 1983.  Kos pembinaan masjid An Nur pada waktu itu berjumlah RM7.2 juta.
Aku amat berbangga kerana aku adalah salah seorang yang terlibat dalam perasmian Masjid ini pada tahun 1983. Ketika itu aku berkhidmat dengan TLDM dan berpengkalan di KD Sri Rejang, Sibu, Sarawak antara tahun 1983 - 1984. 

TERENGGANU


Masjid Tengku Tengah Zaharah, Teluk Ibai, Kuala Terengganu lebih dikenali sebagai Masjid Terapung merupakan cetusan idea Almarhum Duli Yang Maha Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Nama masjid tersebut adalah sempena nama Almarhumah bonda baginda dan baginda telah berkenan menyumbangkan sebahagian daripada dana pembinaanya.
Masjid yang bernilai RM6.977 juta ini dimulakan pembinaanya pada September 1991 dan siap sepenuhnya pada pertengahan Februari 1994.
Aku pernah bersolat di masjid ketika aku dan arwah ibuku Hajjah Yang Chik mengikuti rombongan dari Lembah Keramat, KL dalam rangka lawatan ke Kelantan dan Terengganu pada tahun 1996. 

LUAR NEGARA



Masjid ini dinamakan sempena nama seorang Pemerintah dan juga Pahlawan Maldive iaituAl-Sultan Muhammad Thakurufaanu Al-Azam
Islam di Maldives dinyatakan dalam sejarah bermula apabila Raja Buddha yang terakhir di Maldives bernama Dhovemi memeluk agama Islam pada tahun 1153. 
Sejak dari itu agama Islam mula berkembang di Republik of Maldives sehingga kini majoriti penduduknya adalah beragama Islam. 
Aku berpeluang bersolat di masjid ini ketika mengikuti lawatan operasi KD Mutiara ke India dan Republic of Maldives pada tahun 1985. 



Masjid Kowloon & Pusat Islam Hong Kong adalah salah satu dari 4 masjid utama di Hong Kong. Terletak di antara Nathan Road and Haiphong Road, Masjid ini mampu menampung sehingga kira-kira 2000 orang jemaah.
Masjid ini dibina pada tahun 1896 untuk kemudahan solat bagi Tentera India Muslim yang berkhidmat dengan British Army. Tapak asal masjid ini adalah terletak di tapak Balai Polis Tsim Sha Tsui sekarang. Masjid yang ada sekarang siap dibina pada tahun 1984 di Nathan Road bagi menggantikan masjid yang lama yang mengalami kerosakan struktur yang agak teruk akibat pembinaan Mass Transit Railway. Masjid ini dibina semula hasil sumbangan umat Islam Hong Kong dan juga dari hasil dari wang pampasan yang dibayar oleh Mass Transit Railway Corporation kerana kerosakan Masjid asal berpunca dari pembinaan MRT di Hong Kong. 
Aku pernah bersolat di masjid ini ketika berkhidmat dengan KD Lekir dalam lawatan Operasi ke Hong Kong dan Korea Selatan pada tahun 1990. 




Zhen-Jiao Si (Mosque of the True Religion), juga dikenali sebagai Feng-Huang Si (Masjid Phoenix) terletak di Zhongshan Road di Hangzhou, Zhejiang Province, dipercayai telah dibina pada zaman pemerintahan Dinasti Tang (618-907). Ia adalah antara 4 masjid lama China yang terbesar (tiga lagi adalah Masjid  Xianhe di YangzhouMasjid Qingjing diQuanzhou dan Masjid Huaisheng di Guangzhou)

Masjid ini mempunyai sejarah yang panjang dan ia telah dibina semula dan diubahsuai beberapa kali sepanjang zaman. Masjid ini telah dimusnahkan di zman PemerintahanDinasti Song (960-1279).  Pada tahun 1281, di zaman Dinasti Yuan (1206-1368), seorang China Muslim yang terkenal di zaman itu bernama LaoDing telah membina semula masjid ini. Dan semasa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644), disekitar tahun 1451 hingga 1493, masjid dibina dan diperbesarkan. Pada tahun 1646, kerajaan Dinasti Qing (1644-1912) mengarahkan supaya ianya dibina semula. 
Ia adalah jauh lebih kecil daripada binaan yang asal, kerana projek  melebarkan jalan pada tahun 1929, dan ia sebahagiannya dibina semula pada tahun 1953.


Di belakang Yu Gardens, di daerah Huangpu di pusat Kota Shanghai, terletak Fuyou Road mosque salah satu masjid tertua yang dibangun pada 1870 oleh Dinasti Qing dizamanMaharaja Tongzhi. Ia juga dikenali dengan nama Masjid Utara. 
Jemaah muslim Nanjing Hui adalah mereka yang membangun masjid tersebut ketika bermigrasi ke Shanghai. Ketika itu, masjid adalah pusat kehidupan budaya jemaah tersebut. Pada awal 1900-an, masjid tersebut dijadikan markas bagi sekolah dasar, Dewan Direksi Islam Shanghai dan Masyarakat Bisnis Muslim. 

Rujuk : Suzhou, Hangzhou dan Shanghai 2003


MASJID CHONG SHAN, GUILIN, CHINA






Masjid ChongShan dibina pada tahun 1735, tahun ke 13 pemerintah Maharaja Yongzheng. Masjid ini telah diperbesarkan pada tahun 1849 dizaman pemerintahan Maharaja Jianqing, manakala pembaikpulihan masjid ini dibuat pada zaman Maharaja Daoguang (1821-1850) dan juga selepas pembentuk Republik Rakyat China (1912-1949). 
Pada masa kini, Masjid ini meliputi kawasan seluas 2000 meter persegi. 


MASJID XIANXIAN (MASJID AS SHAHBI ABI WAQQAS)

GUANGZHOU, CHINA






Masjid Xianxian (Masjid As Shahbi Abi Waqqas) asalnya dibina dizaman Dinasti Tang dan kemudian dibina semula dizaman Dinasti Ming. Tiada info mengenai masjid ini yang saya temui. 
Di masjid ini dikatakan terdapat maqam Saad bin Abi Waqqas, iaitu sahabat Rasulullah s.a.w (antara 10 yang dijamin syurga). 
Terdapat banyak pendapat mengenai adakah Saad bin Abi Waqqas dimakamkan disini. 
Namun yang paling sahih (berdasarkan hadis Rasulullah s.aw.) dalam kitab Imam Malik, Saad bin Abi Waqqas meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di Perkuburan Baqi'.



MASJID HUAISHENG, GUANGZHOU, CHINA




Masjid Huaisheng beralamat di 56 Guangta Road juga dikenali dengan nama Masjid Rumah Api adalah masjid utama di Guangzhou. Ia adalah merupakan masjid yang tertua dan yang pertama dibina di Negara China lebih kurang 1300 tahun. 
Dalam catatan sejarah Negara China dan juga Manuskrip lama Muslim di China, dicatatkan bahawa masjid ini dibina pada tahun 627M oleh salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Saad bin Abi Waqqas (salah seorang dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga). Kebanyakan sejarahwan China mengakui bahawa Orang Islam telah sampai ke China pada abad ke 7 Masehi. 
Masjid Huaisheng dibina ketika zaman Dinasti Tang.
Masjid ini kemudian dibina semula pada tahun 1350M ketika zaman Dinasti Yuan dan sekali lagi pada 1695M ketika pemerintahan Dinasti Qing setelah musnah dalam kebakaran. 

Rujuk: 
1. Wikipedia - Islam in China    

2. Wikipedia - List of mosques in China

3. Zulheimy Maamor blogspot : 
    a. Kembara China 2017 - Guiling & Yangshou
      b. Kembara China 2017 - Guangzhou Hari Pertama
      c. Kembara China 2017 - Guangzhou Hari Kedua


MASJIDIL HARAM, MEKKAH




Masjidil Haram adalah Masjid terbesar di dunia, terletak di Kota Mekkah yang dikelilingi dengan bukit bukau. Binaan kaabah yang merupakan qiblat umat Islam terletak di Masjid al-Haram. 
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Imran ayat 96 yang bermaksud,"Sesungguhnya rumah ibadah yang pertama kali dibangun untuk manusia adalah Baitullah yang ada di Mekah yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi manusia."
Pahala bersolat di Masjidilharam 100,000 kali berbanding dengan solat di tempat-tempat lain. 
Perkataan "Masjidilharam" disebut sebanyak 15 kali dalam al-Quran. 

                 
MASJID NABAWI , MADINAH AL MUNAWWARAH



Masjid Nabawi asalnya dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan masjid kedua tersuci dan terbesar di dunia setelah Masjidil Haram. Rasulullah s.a.w besabda, "Satu waktu solat di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan solat sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram."

Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada bulan Rabiulawal tahun pertama Hijrah (622M), iaitu pada hari kedua setibanya Rasulullah s.a.w. di Kota Madinah.
Keluasan asalnya ketika itu adalah kira-kira 35m x 30m = 1050m persegi dan 2.9m tinggi. Tiangnya diperbuat daripada batang tamar, disimen dengan tanah liat. Kemudian pembesaran Masjid Nabawi dilakukan oleh beberapa orang khalifah-khalifah Islam selepas itu sehinggalah kepada apa yang kita lihat hari ini. 



MASJID QUBA, MADINAH


Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam yang diasaskan atas dasar takwa dan iman yang padu. Ia dibina setelah Nabi s.a.w berhijrah dari Mekkah ke Madinah. Pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 September 622 Masihi Rasulullah s.a.w bersama Saidina Abu Bakar as Siddiq tiba di perkampungan Bani Amru ibn Auf, 3 kilometer dari kota Madinah dan membina masjid yang pertama di Madinah ini. Nama Quba diambil daripada nama sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid ini disebut dalam al-Quran dengan nama Masjid At-Taqwa.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai masjid ini:
"Barangsiapa telah berwudhu dirumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba, lalu ia mengerjakan solat maka ia akan mendapat pahalanya seperti pahala mengerjakan umrah."
Bagaimanapun masjid yang ada sekarang ini bukanlah masjid asal yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. Masjid yang baru ini adalah hasil sentuhan arkitek Mesir, Abdel Wahed El Wakil yang siap dibina pada tahun 1986. 



No comments: