Saturday 6 July 2013

TAQWA KEPADA ALLAH

TAZKIRAH 13 RAMADAN 1433H

Tarikh: 2 Ogos 2012
Tempat: Surau At Taqwa Lembah Keramat Kl
Penceramah: Ustaz Bashir Ismail

Tazkirah Ramadan di Surau At Taqwa Lembah Keramat KL malam ini disampaikan oleh Ustaz Bashir Ismail, penuntut Universiti Al Azhar Mesir. Antara intisari tazkirah beliau ialah mengenai taqwa.

Seruan Allah pada surat Ali Imran ayat 102 yang berbunyi, “Bertaqwalah kamu sekalian dengan sebenar-benarnya taqwa dan janganlah kamu sekali-kali mati kecuali dalam keadaan muslim”, bermakna bahwa Allah harus dipatuhi dan tidak ditentang, diingat dan tidak dilupakan, disyukuri dan tidak dikufuri.
Taqwa adalah bentuk peribadatan kepada Allah seakan-akan kita melihat-Nya dan jika kita tidak melihat-Nya maka ketahuilah bahwa Dia melihat kita.

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa taqwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Ada pun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa". 

Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya.


Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Ada 3 golongan yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,” (sementara kata Muawiyah) “ juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat seksa yang pedih iaitu orang tua penzina, Raja (penguasa) yang pembohong dan si miskin yang sombong.”
(Al Hadis)

Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
6.7.2013 - 1.15 am

No comments: