Tuesday 30 July 2013

KENALI AL QURAN


Kenali Al Quran
  • Al Quran menurut bahasa bererti “bacaan”
  • Diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari
  • Mengandungi 6236 ayat, 114 Surah, 30 Juzuk setiap juzuk terbahagi kepada 2 hizb (bahagian). Sebanyak 60 hizb terkandung di dalamnya. 
  • Jumlah kata dalam Al Quran : 77439 Kata dan 320670 huruf. 
  • Nama-nama lain bagi Al Quran: Al Kitab, Al Furqan dan Adz Zikir
  • Surah Makkiyah : diturunkan di Mekah sebelum Hijrah Rasulullah SAW, meliputi 19/30 isi Al Quran dan terdiri dari 86 surah. 
  • Surah Madaniyyah : diturunkan di Madinah setelah Hijrah Rasulullah SAW, meliputi 11/30 isi Al Quran dan terdiri dari 28 Surah
  • Pertengahan Al Quran adalah pada surah Al Kafh ayat 19 pada lafaz “Walya tallattaf”
  • Surah yang terpanjang: Surah Al Baqarah (286 ayat)
  • Surah yang terpendek : Surah Al Kauthar (3 ayat)
  • Ayat yang terpanjang : Surah Al Baqarah ayat 282
  • Jumlah ayat Sajdah dalam al-Quran : 14 ayat
  • Surah yang mempunyai 2 ayat Sajdah: Surah al-Haj ayat 18 dan 77.
  • Ummul al Quran : Surah Al Fatihah
  • Jantung Al Quran : Surah Yasin
  • Surah yang tidak dimulai dengan Bismillahirahmanir rahiim : Surah At Taubah
  • Surah yang terdapat 2 Bismillah : Surah An Naml
  • Surah yang bernilai 1/4 al-Quran : Surah al-Kafirun.
  • Surah yang bernilai 1/3 al-Quran: Surah al-Ikhlas. 
  • Surah yang menyelamatkan dari siksa kubur: Surah al-Mulk
  • Terdapat 29 surah dimulakan dengan huruf Muqathaiah (Thohaa, Yaa Sin, Shad, Qhaf, Alif Lam Min dan lain-lain)
  • Terdapat 15 surah dalam al Quran terkandung didalamnya ayat Sajadah yang dihukumkan sunat muakkad untk melaksanakan sujud tilawah ketika sampai pada bacaan ayat tersebut. 
  • Nama-nama Nabi yang disebut dalam al-Quran (25 Nabi) :Adam, Nuh, Ibrahim, Ismail, Isyaq, Yaaqub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Daud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Ilyasa, Luth, Hud, Saleh, Zulkifli, Syuaib, Idris dan Muhammad s.a.w. 
  • Nabi Musa a.s. adalah nama yang paling banyak disebutkan didalam al Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama wanita yang disebut didalam al Quran. 
  • Satu-satunya nama wanita disebut dalam al-Quran :Maryam binti Imran (Surah Maryam)
  • Satu-satunya nama sahabat disebut didalam al-Quran : Zaid bin Harithsah dalam surah al-Ahzab ayat 37.

Zulheimy Maamor
30.7.2013 : 12.59 am

No comments: