Friday 5 July 2013

HATI YANG MATI

TAZKIRAH 7 RAMADAN 1433H

Tarikh: 27 Julai 2012
Tempat: Surau At Taqwa Lembah Keramat KL
Penceramah: Ustaz Hidayatullah (Indonesia)

Tazkirah Ramadan dari Surau At Taqwa Lembah Keramat KL malam ini disampaikan oleh Ustaz Hidayatullah dari Indonesia. Tajuk Tazkirah beliau ialah Hati yang mati , doa tidak diterima oleh Allah swt. Hati yang mati itu kerana 10 sebab seperti yang dinyatakan oleh Ibrahim Adam
1. Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak mentaati-Nya
2. Kamu mengenali Rasulullah tetapi kamu tidak mengikuti 
sunnahnya
3. Kamu mengenali al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan kandungannya
4. Kamu makan daripada ni’mat-ni’mat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya
5. Kamu mengetahui tentang syurga tetapi kamu tidak mengejarnya
6. Kamu mengetahui tentang neraka tetapi kamu tidak lari darinya
7. Kamu kenal syaitan tetapi kamu tidak memeranginya, sebaliknya selalu bersetuju dengannya
8. Kamu mengetahui tentang mati tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya
9. Kamu kebumikan orang mati tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya
10. Kamu terbangun dari tidur, lalu kamu sibuk menghitung keaipan manusia dan kamu abaikan keaipan diri kamu sendiri.

Syurga merindui 4 golongan manusia seperti sabda Rasulullah saw.
" Syurga merindui 4 golongan iaitu :
 
1- Orang yang membaca Al-Quran
 
2- Orang yang menjaga Lidahnya
3- Orang yang memberi Makan kepada orang yang lapar
4- Orang yang berpuasa di Bulan Ramadhan


Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
5.7.2013 :1.16 am

Top of Form

No comments: