Tuesday 9 July 2013

CHECKLIST BULAN RAMADAN

InsyaAllah berikut adalah 'checklist' amalan kita ketika Ramadan. Bukan sekadar Ramadan, amalkan juga ketika bulan-bulan yang lain.

1. Bangun sepertiga malam dan berdoa.
2. Bersuci, berwuduk dan berdoa.
3. Solat sunat taubat, Tahajud dan Hajat.
4. Membaca al-Quran.
5. Menjawab azan Subuh.

6. Berdoa selepas azan.
7. Solat sunat sebelum Subuh.
8. Solat Subuh berjemaah.
9. Membaca al-Quran.
10. Pergi bekerja sambil berzikir dan beristighfar.
11. Bekerja, belajar, berniaga dan sebagainya dengan niat kerana Allah.
12. Solat sunat Dhuha.
13. Menjawab azan Zuhur.
14. Berdoa selepas Azan.
15. Solat sunat sebelum Zuhur.
16. Solat Zuhur berjemaah.
17. Solat sunat selepas Zuhur.
18. Membaca al-Quran.
19. Meneruskan kerja sambil berzikir dan beristighfar.
20. Menjawab azan Asar.
21. Berdoa selepas azan.
22. Solat Asar berjemaah.
23. Memberi sedekah dan derma.
24. Solat Maghrib berjemaah.
25. Solat sunat selepas Maghrib.
26. Membuat persiapan untuk ke masjid atau ke surau.
27. Solat sunat Tahiyatul Masjid.
28. Menjawab azan Isyak.
29. Berdoa selepasa azan.
30. Solat sunat sebelum Isyak.
31. Solat Isyak berjemaah.
32. Mendengar kuliah ataupun tazkirah agama.
33. Membaca buku ilmiah.

[Sumber : Diari Ramadan tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahmad Fadzli Fauzi, Terbitan PTS Islamika Sdn Bhd]


9.7.2013 : 1.05 AM

No comments: