Sunday 23 June 2013

2013 : SRI JAYA, MARAN, PAHANG

LOKASI: DEWAN JKKK SRI JAYA, MARAN, PAHANG
TARIKH: 23 JUN 2013
Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Maran: 184 km





Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Komuniti tahun 2013 diteruskan di Dewan JKKK Sri Jaya, Maran, Pahang. Program kali ini adalah dengan kerjasama The Lions Club of Kuantan dengan dibantu oleh 2 jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Maran. 
Seramai 137 penduduk Sri Jaya telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan yang dijalan selama satu hari. 


Dewan JKKK Sri Jaya, Maran Pahang

Pameran Poster dari Yayasan Jantung Malaysia


Kaunter Pendaftaran




Jururawat di Pejabat Kesihatan Daerah Maran turut membantu dalam program ini. 
Ujian Kolesterol dan Glukosa








Dewan JKKK Sri Jaya, Maran, Pahang
23.6.2013
MARAN, PAHANG


Maran merupakan satu daerah di negeri Pahang yang terletak di antara Temerloh dan Kuantan. Maran mempunyai hasil pertanian, perternakan, dan macam-macam lagi untuk kemudahan penduduknya.
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Maran ialah Sungai Berkelah dan Lubuk Yu. Antara pekan-pekan kecil yang terdapat di dalam daerah Maran adalah Pekan Tajau, Pekan Awah, Pekan Chenor dan Pekan Sungai Jerik yang juga digelar Tong Kiat. Bandar Jengka yang menjadi nadi kepada masyarakat Jengka juga terletak dalam daerah Maran ini.


Papan Tanda yang mempromosikan Maran Bandar Ayam Kampung
Strategi Mewujudkan "Bandar Ayam Kampung" oleh Majlis Daerah Maran adalah merupakan hasrat Kerajaan Negeri Pahang yang mahu imej Maran terus melekat di hati pengunjung sebaai "Bandar Ayam Kampung" sebagaimana Temerloh yang sinonim dengan nama "Bandar Ikan Patin."



Maran mengingatkan aku ketika penah bertugas di SKTLDM Kuantan tahun 1992 - 1995 kerana Maran adalah antara laluan dari Kuantan ke Kuala Lumpur ketika itu sebelum terbinanya Lebuh baru ke Kuantan. 
Mungkin ini adalah laluan yang pernah aku lalui suatu ketika itu. 





JEREBU DI MARAN
Ketika program Kesihatan Penyakit Jantung dijalankan, negara telah dilanda oleh jerebu akibat kebakaran hutan yang berlaku di Indonesia. 
Kelihatan gambar dibawah ini ialah keadaan jerebu yang agak teruk melanda pekan Sri Jaya, Maran ketika itu. 




Masjid As Syakirin , Maran Pahang

Aku berpeluang solat Zohor di Masjid ini ketika menghadiri mesyuarat di Sri Jaya, Maran pada 12 Jun 2013. 

Zulheimy Maamor
YJM
1.11.2013 : 1.45 am

No comments: