Monday 29 April 2013

Gambaran Hari Kiamat

Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Sumber: Facebook
29.4.2013

Antonio Inoki a.k.a Muhammad Hussain Inoki


ALHAMDULILLAH,LAGENDA PENGGUSTI JEPUN YANG PERNAH BERTANDING DENGAN MUHAMMAD ALI TELAH PUN MEMELUK ISLAM.

Antonio Inoki a.k.a Muhammad Hussain Inoki.begitulah nama beliau.Ahli gusti ini pernah bertanding dengan Juara Tinju dunia Muhammad Ali, dengan berakhir seri.Inoki terkena 1 hook dari Ali, dan Ali juga sekali dihumban oleh Inoki, dalam pertandingan 15 pusingan.

Ahli gusti Antonio Inoki mempunyai fizikal yang kuat dan seorang lagenda jepun dikhabarkan telah masuk islam pada tahun 1990-an lagi. Seperti dilaporkan oleh media huffingtonpost.com, ahli gusti tersebut telah mengesahkan dan mengumumkan namanya islamnya iaitu Muhammad Hussain Inoki.

Tahukah anda,Ketika perang teluk pada tahun 1990 dia pernah diutus ke Iraq untuk berunding dengan presiden Iraq ketika itu Saddam Hussein mengenai pembebasan warga Jepun yang djadikan tebusan.

Huffingtonpost.com melaporkan juga pada bulan Disember yang lalu Inoki mengambil bahagian dalam satu pertandingan International Peace Wrestling Competion bagi meraikan ulangtahun ke 60 tahun hubungan antara Jepun dan negara-negara di Asia Selatan dalam bidang sukan.

Inoki, yang juga duta keamanan telah mendirikan sebuah akademi gusti di Pakistan yang disokong oleh kerajaan tempatan.

Sebuah stesen TV melaporkan baru-baru ini ketika Inoki berkunjung ke Pakistan,dia menerima ucapan "selamat datang pahlawan". Inoki pertama kali melawat negara itu pada tahun 1976 untuk bertanding melawan ahli gusti Pakistan Pahalwan. Ketika itu pertandingan tersebut dibanjiri hampir 50 ribu orang.

Di tahun yang sama Inoki juga berhadapan dengan Muhammad Ali, seperti yang dilaporkan Guardian Dia dinilai sebagai "melawan prototaip seni bela diri campuran" di Tokyo. Ali mengenakan sarung tangan sementara Inoki tidak sama sekali.

"Ketika saya berhasrat menjadi mualaf, orang menyarankan agar saya menukar nama saya menjadi Muhammad Ali tapi saya menolak idea itu kerana saya sudah berjuang melawan Ali si peninju hebat," katanya berseloroh sambil tersenyum, menurut Dawn.com.


Selama perjalanannya Inoki yang pada tahun 2010 menjadi orang Jepun pertama yang dilantik menjadi World Wrestling Entertainment s Hall of Fame, dia berharap boleh membantu lebih untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara Pakistan dan Jepun, dan untuk terus membawa mesej-mesej keamanan di seluruh dunia.

Inoki lahir pada 20 Februari 1943, selain seorang ahli gusti dia juga dikenali sebagai artis seni pertahanan diri. Kini dia dilaporkan tinggal di New York dan Jepun.


Sumber : Facebook
29 April 2013

Sunday 28 April 2013

PIERRE VOGEL



Salah seorang wartawan bertanya kepada pendakwah terkemuka German iaitu Pierre Vogel atau nama islam nya Abu Hamza tentang kaitan antara keganasan dan Islam,beliau dengan lantang dan berani menjawab :

" Siapa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ? adakah orang islam?

Siapa yang mencetuskan Perang Dunia kedua? Adakah orang islam ?

Siapa pula yang telah membunuh 20 juta nyawa suku kaum Aborigine Australia?! Adakah orang Islam ?

Siapakah yang menghantar bom untuk menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki ? Adakah
orang Islam ?.

Siapa pula yang membunuh lebih 100 juta orang Indian Amerika Utara ? adakah orang Islam ?

Dan siapa yang membunuh 50 juta orang Indian di Selatan Amerika ? Adakah orang Islam ?

siapa pula yang menjadikan seramai 180 juta orang-orang Afrika sebagai hamba dan 88% dari hamba-hamba itu mati di buang di lautan Atlantik !! adakah orang islam yang melakukan nya ??

TIDAK ADA DI ANTARA KALANGAN PELAKU-PELAKU ITU ADALAH ORANG-ORANG ISLAM !!

Sebelum itu,hendaklah anda ketahui maksud ''terrorisme'' dengan baik.Kalau non muslim lakukan apa-apa kesalahan seperti diatas mereka akan di sebut sebagai penjenayah,tapi jika orang muslim yang kesalahan seumpama nya,di sifatkan sebagai pengamal terrorisme,pengganas,pemberontak !!
oleh itu anda hendaklah membuat 2 kali timbangan,anda akan tahu dan mengerti siapakah yang sebenarnya PENGGANAS / TERRORIST !''

- Pierre Vogel-

SEDIKIT INFO MENGENAI PIERRE VOGEL.

Pierre Vogel di lahirkan pada 20 Julai 1978 di Frechen.Merupakan seorang ustaz,penceramah bebas,pendakwah dan merupakan bekas peninju professional.

Pierre Vogel yang lantang bersuara ini memeluk islam pada tahun 2001 dan menukar nama nya kepa Abu Hamza dan setelah memeluk islam,beliau mempelajari agama islam, ilmu Al Quran dan kemahiran bertutur bahasa Arab di sebuah Intitusi Pengajian Islam Swasta terkemuka di Mekah iaitu di Om Al Quran.

Sekembali nya beliau ke Berlin,Jerman pada tahun 2006,beliau mengajar dan menjadi seorang guru agama di masjid Al-Nur-Moschee (mosque) Neukölln,di jemput berceramah di kuliah-kuliah Universiti bahkan berdakwah kepada penganut agama lain juga.

Pierre Vogel berkahwin dengan seorang wanita dari Maghribi dan memiliki tiga orang cahaya mata.Sepanjang perjalanan beliau berdakwah,terlalu banyak kecaman,ancaman,fitnah,kritikan yang keterlaluan,sabotaj,dan pelbagai hinaan di terima oleh beliau kerana kelantangan bersuara membela umat islam dan islam dan juga kerana dakwah beliau,namun Pierre Vogel masih bergerak aktif berdakwah dan tidak pernah berputus asa.

GAMBAR :Pierre Vogel bersama rakan-rakan bekas peninju profesional.

Kredit : ~Dari Tinta Dan Pena Cik Sha~

P/S : Persoalan dan jawapan hampir sama juga terdapat dalam buku Dr zaki Naik "2o Soalan Paling Lazim Tentang islam " waallahualam

Sumber : Facebook
28.4.2013

Thursday 25 April 2013

Perihal Sirat Mustaqim.



Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.

2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.

3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.

4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.

5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.

6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.

7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.

8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.

9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.

10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

p/s: ini bukan gambaran sebenar Neraka. tp ia hanyalah sekadar lakaran semata2. harap maklum.

Titian Siraq 5,000 tahun mendaki, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun curam. Nauzubillah.

powered by-->>> Bacalah Quran Dan Hayatinya

Wednesday 24 April 2013

SRJK (INGGERIS) GOMBAK 2 1968 - 1973

Lambang Lama SRJK (I) Gombak


Lambang SK Gombak 2

Sek.Ren. Jenis Kebangsaan (Inggeris) Gombak 2, Kuala Lumpur yang kini dikenali dengan Sek.Keb. Gombak 2 ialah Sekolah kedua saya selepas Sek.Ren. Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Temerloh Kuala Lumpur. 
Saya bersekolah di SRJK (I) Jalan Temerloh KL hanya beberapa bulan sahaja selepas arwah ayah saya mengusahakan pertukaran ke SRJK (I) Gombak kerana ketika itu saya sekeluarga menetap di Jalan Sekolah, Gombak yang lebih dekat dengan rumah..

Sekolah ini dibuka dengan resminya pada 28 November 1964 oleh YAB Dato'Haron bin Hj Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu. 

Sekolah ini pada asalnya adalah dikenali dengan nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Gombak Selangor. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En.Michael Lounders. 
Namun pada tahun 1971 (ketika itu saya berada di darjah 4) , sekolah ini telah dibahagi kepada 2 sessi:

    • SRJK (Ing) Gombak 1 :  (Januari-Jun sesi pagi) dan (Jun-November sesi petang)
    • SRJK (Ing) Gombak 2 : (Jun-November sesi pagi) dan (Januari-Jun sesi petang)
Seingat saya Guru Besar pertama yang dilantik mengetuai SRJK (Inggeris) Gombak 2 ketika Cik Gu Ariffin bin Hj Yassin (1971)....

Saya tidak mempunyai kenangan gambar-gambar ketika sekolah Rendah kerana gambar-gambar tersebut kebanyakannya hilang ketika saya berpindah randah kerana bertukar tempat tugas ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia dari 1980-1996. 

Namun syukur Alhamdullillah... laman sosial Facebook ternyata telah banyak membantu saya mendapatkan kembali kenangan silam apabila Grup SRJK Gombak ditubuhkan dalam laman sosial FB.... Dari grup ini saya dapat berhubung kembali dengan rakan-rakan semasa sekolah Rendah dulu dan dari grup ini juga lah saya amat teruja kerana dapat kembali menatap beberapa keping gambar kelas saya yang penah saya miliki dahulu namun telah hilang... maklumlah dulu gambar pakai negatif, tak macam sekarang dah guna digital dan boleh di simpan dalam komputer... kalau hilang boleh cuci kembali... 
Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang upload gambar-gambar tersebut dalam laman FB yang dapat saya save kembali dalam komputer... 



Gambar ketika Darjah 2... saya memang ingat ini kelas saya cuma saya sendiri tak dapat nak pastikan yang mana satu saya... haha...
Ya ini saya memang pastilah kelas saya Darjah 3C kerana saya ingat Cikgu tu...CikGu Zaleha dan sebelah kanan cikgu tu Azizah bt Yusof (Class Monitor) sebab semasa darjah 3 saya duduk sebelah dia.... 

*** Update 2/7/2021 : Puan Azizah bt Yusof baru baru ini telah kembali ke Rahmatullah akibat COVID 19... Al Fatihah

Saya di barisan paling depan nombor 8 dari kiri....

Ketika ini murid-murid darjah 3 ditumpangkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Setia berhampiran Balai Polis Gombak kerana sebab - sebab yang saya pun dah tak ingat ...

Gambar ketika darjah 4... saya sebenarnya tak pasti samada ini kelas saya atau pun bukan.... cuma beberapa wajah dalam kelas ni memang saya kenal sangat...
Gambar ketika darjah 5
Saya berdiri paling kiri dalam barisan nombor 4....

Yang menariknya murid disebelah kiri saya (Mohd Rasid) pernah  bersama dengan saya ketika saya bekerja dengan The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) di Petaling Jaya dari tahun 1999 - 2011.... Ir. Mohd Rasid selalu datang ke IEM ketika meeting atau kursus.... Sepanjang 12 tahun di IEM saya lansung tak perasan dan tak ingat yang beliau pernah satu kelas dengan saya ketika Sekolah Rendah dulu... 



Setelah hampir 41 tahun berlalu... baru kini dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan Sekolah Rendah dulu... 
Kali pertama saya dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan Sekolah Rendah saya ialah dalam satu Majlis Perkahwinan anak seorang rakan kami di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota Kuala Lumpur pada 1 Mac 2014. 











Satu Reunion besar-besaran telah kami adakan di sebuah Hotel di Kuala Lumpur iaitu Hotel Grand Seasons yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Perjumpaan kembali antara bekas pelajar SRJK (Inggeris) Gombak 1 dan Gombak 2 (Class of 73). 












Zulheimy Maamor
24.4. 2013
Update: 16/5/2022




Sunday 21 April 2013

2013: TAMAN CHERAS PERDANA, KUALA LUMPUR

Lokasi: Dewan Rukun Tetangga CP 3, Taman Cheras Perdana, Kuala Lumpur
Tarikh: 21 April 2013

Pada 21 April 2013, Yayasan Jantung Malaysia telah dijemput untuk membuat Ujian Saringan Kesihatan kepada penduduk di sekitar Taman Cheras Perdana, Kuala Lumpur. 
Seramai 129 penduduk telah membuat Ujian Kesihatan sepanjang hari tersebut. YJM kali ini dibantu oleh para jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan juga AJK dan Rukun Tetangga CP3 Taman Cheras Perdana. 


 Kaunter Pendaftaran

Penduduk Tmn Cheras Perdana turut membantu kempen Kesihatan

Ujian Paras Glukosa dan Kolesterol
Antara penduduk yang hadir

Ujian Indeks Jisim Badan (BMI) dan Tekanan Darah
Nasihat Pemakanan dan Kesihatan








Terima kasih pihak YJM kepada jururawat-jururawat di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang telah banyak membantu melancarkan kempen kesihatan ini.

Zulheimy B. Maamor
YJM KL
30.10.2013

Wednesday 17 April 2013

2013 : MAKTAB SULTAN ABU BAKAR JB

Lokasi: Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor
Tarikh: 16-17 April 2013


Jarak Perjalanan
Yayasan Jantung Malaysia - Johor Bahru : 336 km

Program Kesihatan Peringkat Sekolah bagi tahun 2013 diteruskan di Maktab Sultan Abu Bakar, yang terletak di Jalan Sungai Chat, Seri Gelam, Johor Bahru, Johor. Seramai 275 murid dan guru telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepajang program dua hari bermula 16 hingga 17 April 2013. 

Puteri Specialist Hospital Johor Bahru turut membantu dengan menghantar jururawat-jururawat membantu dalam menjalankan Ujian Saringan kepada pelajar dan guru-guru. 






MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU
Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru atau dikenali juga dengan nama English College (EC) ditubuhkan pada 21 Mac 1914. 
Lokasi pertama sekolah ini pada mulanya ditempatkan berdekatan dengan Istana Sungai Chat dan berhadapan dengan Pantai Lido. Bekas tapak sekolah ini masih boleh diperhatikan sehingga sekarang. Seramai 21 orang pelajar ditempatkan di EC dibawah tunjuk ajar dua orang guru yang dibawa khas dari England, iaitu Mr. Morrison and Mr. Holman. 21 orang pelajar ini boleh dianggap sebagai pengasas atau permulaaan untuk EC berkembang menjadi institusi pendidikan Inggeris di Johor Bahru.
Pada 1928 juga, En. T. Drury yang telah menyertai Perkhidmatan Pendidikan Malaya semenjak daripada tahun 1921, dilantik sebagai Pengetua EC yang pertama.
Pada akhir tahun 1930, lokasi sekolah ini berpindah ke lokasi yang ada sekarang. Tapak sekolah yang asal hanya meninggalkan batu-batu blok dan sebuah tangga untuk pergi ke batu-batu blok tersebut, dan kesannya boleh dilihat sehingga sekarang. EC yang baru secara rasminya dibuka pada tahun awal tahun 1931. 
Salah dua daripada pelajarnya yang termasyhur ialah Tun Hussein Onn, bekas Perdana Menteri Malaysia, dan Tan Sri Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Pada tahun 1960, nama EC ditukar selepas tamatnya pemerintahan British di Tanah Melayu kepada Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) sempena mengambil nama Bapa Pembangunan Negeri Johor, iaitu Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim.

UJIAN SARINGAN KESIHATAN

Pameran Poster oleh Yayasan Jantung Malaysia
Kaunter Pendaftaran

Ujian Glukosa dan Kolesterol

Ujian Tekanan Darah dan Body Mass Index


Nasihat Pemakanan dan Kesihatan dari Jururawat Puteri Specialist Hospital, 
Johor Bahru











Kenangan bersama Guru Pengelola Kempen dan Jururawat dari Puteri Specialist Hospital,  
Johor Bahru


Semasa program di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru, saya dan team menginap di CIQ Hotel yang terletak di Jalan Lumba Kuda, Tanjung Puteri, Johor Bahru yang terletak lebih kurang 5.7 km dari Maktab Sultan Abu Bakar. 

Hotel CIQ
54, Jalan Lumba Kuda
Tanjung Puteri
80300 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-222 2211








JOHOR BAHRU, JOHOR



Johor Bahru atau lebih dikenali sebagai 'JB' merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia dengan penduduk sekitar 1.4 juta orang. 
Johor Baharu atau nama lamanya Tanjung Puteri diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggung Daeng Ibrahim. Bandar ini juga dikenali dalam sejarah kerana disinilah lahir parti UMNO pada tahun 1946. 
Johor Bahru diisytiharkan sebagai Bandaraya pada 1 Januari 1994 dengan Dato' Hashim bin Yahya dilantik sebagai Datuk Bandar JB yang pertama. 
JB juga tidak asing bagi aku kerana ketika dalam perkhidmatan Tentera Laut DiRaja Malaysia yang berpengkalan di Woodlands, Singapura sekitar tahun 80'an, JB adalah tempat aku dan kawan-kawan selalu melepak ketika hari minggu atau cuti. Banyak kenangan pahit manis yang tidak dapat aku lupakan, kerana JB begitu sinonim dengan TLDM sebelum pengkalan TLDM berpindah ke Lumut, Perak. 
Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia di Woodlands dimana aku pernah berkhidmat dari tahun 1981 - 82.  Kini tempat ini telah dijadikan Penjara oleh Kerajaan Singapura. 



Zulheimy Bin Maamor
YJM
30 Okt 2013