Wednesday 30 January 2013

Kitab Hadith Yang Ringan, Murah, Mudah & Baik Dimiliki

By Shahmuzir
Kita semua cintakan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
Sebagai bukti cinta kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, maka tidak boleh tidak, kita hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:
  1. Ketahui ajaran-ajaran dan seruan-seruannya,
  2. Ikuti ajaran-ajaran dan seruan-seruannya, dan
  3. Sebarkan ajaran-ajaran dan seruan-seruannya.
Dengan cara inilah, maka kita dapat memanifestasikan cinta sebenar kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Bagaimana mahu tahu apakah ajaran-ajaran Baginda?

Selain al-Quran yang merupakan sumber utama dan pertama ajaran Islam untuk kita hayati sungguh-sungguh, hadith-hadith juga merupakan sumber utama untuk kita ketahui, ikuti dan sebar-sebarkan.
Ada banyak kitab-kitab hadith yang boleh didapati yang menyenaraikan kata-kata dan ajaran-ajaran Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam.  Namun di sini ingin saya kongsikan beberapa kitab hadith yang ringan, murah, mudah, baik dimiliki dan sudah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu atau Indonesia supaya mudah difahami oleh orang kebanyakan seperti kita.  Antaranya ialah:
1)  Hadith 40 – oleh Imam an-Nawawi
-  Mengandungi hadith-hadith yang menjadi dasar kepada agama.  Mesti dimiliki.  Ia boleh menjadi panduan dan formula kehidupan.
2)  Riyadhus-Solihin – oleh Imam an-Nawawi
-  Mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang disusun mengikut bab.  Sangat baik dijadikan bahan tadzkirah dan rujukan. Merangkumi aqidah, feqh dan akhlaq serta hadith-hadith dalam bentuk cerita-cerita.
3)  Syama’il Muhammadiyyah – oleh Imam at-Turmudzi
-  Mengandungi hadith-hadith yang menceritakan tentang rupa paras, peribadi, akhlaq dan cara hidup Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
4)  Bulughul Maram – Imam Ibnu Hajar al-Asqalani
-  Mengandungi hadith-hadith berkaitan feqh dan adab.
5)  `Umdatul Ahkam – Imam Abdul Ghani al-Maqdisi
-  Mengandungi hadith-hadith hukum yang dipilih sebahagian daripada sepakatan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.
Antara terbitan yang ada dalam pasaran Malaysia.
Antara terbitan yang ada dalam pasaran Malaysia.
Kitab-kitab ini boleh diperolehi di kedai-kedai buku Islami dengan berbagai-bagai terbitan, in shaa’ ALLAH.  Di Shah Alam contohnya ada banyak kedai-kedai buku Islami dan saya ada buat tinjauan di PKNS Shah Alam, hasilnya bacalah di sini:
Jika mahu mudah, tuan/puan boleh juga memperolehinya secara ‘online’.  Antara pihak yang menyediakan kemudahan memesan buku secara ‘online’ ialah:
Moga coretan ini bermanfaat buat kita semua, amin…
Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.

Tuesday 29 January 2013

RENUNGAN 1

Berikut adalah beberapa post yang hantar dalam facebook sekadar renungan dan pedoman:

"Perumpamaan orang yg selalu berzikir kepada Tuhannya dgn orang yg tidak pernah berzikir seperti orang yg masih hidup dgn orang yg sudah mati."

- Riwayat al - Bukhari


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Biarlah rezeki kita itu sedikit tetapi mendapat keberkatan dan dapat dimanfaatkan daripada banyak yang membazir atau mendorong diri menjadi bakhil dan ego. 
Sesungguhnya sifat ego adalah ibu segala sifat mazmumah kerana orang yang ego pantang dicabar dari sudut zahir dan bathin. Orang yang ego tidak pernah mengaku kalah dan tidak pernah mengaku salah....


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Orang yang sering menyimpan dendam dalam hatinya akan mencari-cari peluang untuk membalas dendam sama ada secara terang-terangan, sembunyi-sembunyi hatta secara halus sekalipun. 
Orang yang suka berdendam mudah terkena penyakit jantung akibat tekanan yang dihadapinya. 
Berhati-hatilah dan tanyalah pada diri kita sendiri adakah dendam bersarang dalam hati kita.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hati Qaswah :- hilangnya kelembutan dan rahmat pada hati. Memiliki hati sekeras Qaswah ini akan menyebabkan mereka tiada khusyuk dalam beribadah, tegar dan tidak mudah menerima apa yang dilihat dan didengari tentang kebenaran. Sebaliknya mereka mudah berpaling daripada taubat dan sukar kembali insaf kepada Allah swt. 

Berdoalah kita kepada Allah agar dapat dihindari hati kita sekeras hati Qaswah... Aamiin...


========================================================================

Ghazwatul Fikr - sebuah propaganda yang dilakukan oleh Barat untuk menguasai minda umat Islam dengan cara yang sangat halus. Ia bermula sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah di Turki. Ianya terjadi kerana mereka tahu bahawa umat Islam tidak dapat disentuh dengan menggunakan cara kekerasan. Diantara propaganda yang dijalankan adalah melalui gaya hidup Barat, hiburan, sukan, makanan dan banyak lagi. Maka semakin hari semakin ramai umat Islam yang terpengaruh dengan propaganda ini. Berusahalah untuk menjadikan Islam satu satunya cara hidup. 
(Majalah Fardu Ain)


========================================================================

Senyuman yang dilemparkan akan membawa seribu kebaikan yang menanti bahkan dengan senyuman kita akan mendapat pahala dan dikira sebagai ibadat sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud , "Senyum terhadap saudara mu itu adalah sedekah."
(Hadis riwayat al-Tirmizi)


========================================================================

Menurut Imam al-Ghazali, beberapa jenis sifat Al-Sidq (Benar) antaranya ialah benar pada lidah (menyampaikan suatu kenyataan atau berita menepati apa yang sebenarnya), benar pada niat (membuat sesuatu amal kebajikan kerana Allah), benar pada azam (membulatkan tekad melakukan kebajikan seperti yang telah diazamkan), benar pada janji dan amal (berusaha bersungguh-sungguh supaya amalan lahirnya menepati apa yang tersembunyi dalam dirinya).

========================================================================

Menolak salah satu ayat daripada ayat-ayat Al Quran bermaksud menolak keseluruhannya kerana sifir al-Quran atau sifir aqidah, tidak sama dengan sifir matematik biasa. Dalam sifir aqidah, 6 ditolak satu, bersamaan dengan 0, bukannya 5. 
(Majalah Fardu Ain)


========================================================================

Akhlak Rasulullah SAW adalah Al Quran. Rasulullah SAW adalah cerminan keseluruhan isi Al Quran dalam bentuk praktik. Dengan akhlak yang begitu agung itulah Rasulullah SAW berjaya menawan hati manusia termasuk para penentangnya.

========================================================================

Muslim yang terbaik adalah Muslim yang mendahulukan akhlak, kerana Islam yang terpancar dari dalam dirinya adalah Islam yang berdasarkan akhlak yang mulia.
Rasulullah saw bersabda, "Sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


========================================================================

Rasulullah SAW bersabda, " Sesiapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat maka katakanlah yang baik ataupun diam sahaja."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

*** fikir-fikirkan apa yang ingin kita tulis dalam FB atau Twitter, adakah ianya memberikan manfaat atau tidak... apakah kita rasa seronok bila kita post sesuatu dalam FB akan menyebabkan ada pihak yang bertelagah, caci mencaci, maki hamun dan sebagainya... setiap apa yang kita tulis akan dicatat oleh Malaikat....

Allah SWT berfirman "tiada suatu kata yang diucapkan melainkan didekatnya ada malaikat pengawas yang selalu hadir"(QS.Qaf:18)


========================================================================

Didiklah anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang, kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau. 
(Saidina Umar al Khattab)


========================================================================

Membersihkan jiwa ialah dengan cara menghindari daripada penyakit dan kekotoran. Jiwa yang bersih akan tercerna di dalam hati tauhid, ikhlas, sabar, syukur, harap, kasih sayang dan sebagainya. Sementara itu, sifat riya’, ujub, takabbur, kasihkan dunia dan sebagainya akan dapat dihindari. Maka akan lahirlah peribadi seorang mukmin yang baik dan dapat memberikan manfaatnya kepada manusia yang lain .

========================================================================
29.1.2013

Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda

Apakah markas jin terletak di Segitiga Bermuda?Inilah soalan yang sampai sekarang masih merupakanmisteri
Muhammad Isa Da-wud, seorang pakar jin dari Mesir, mengungkapkan bahawa ternyata iblis mempunyai banyak istana. Dia pindah dari satu istana ke istana yang lain untuk mengatur kera-jaannya yang sangat besar. Dari sanalah mereka mengen-dalikan seluruh aktiviti untuk menyesatkan dan menggoda manusia.
Al-Qur’an memberikan isyarat mengenai dua lautan yang mengalir, yang mempunyai suatu keajaiban. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dua lautan mengalir, dan kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilalui masing -masing. ” (Ar-Rahman: 20-21).
SUKAR UNTUK DIBUKTIKANDengan itu, bukankah pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab ter-hadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segiti Bermuda?
Pesawat-pesawat dan kapal laut yang dinyatakan hilang di Segitiga Bermuda itu tiada diketahui jejaknya lagi. Kebiasaaanya, pesawat ataupun kapal laut yang mengalami kecelakaan ataupun tenggelam, dapat diketahui jejak atau bangkainya. Tetapi semua pesawat dan kapal yang hilang di Segitiga Bermuda tidak dapat dikesan sama sekali. Padahal pesawat atau kapal yang hilang itu dikendalikan oleh pilot dan nakhoda yang cekap.
Dari rakaman-rakaman yang berhasil ditemukan, dan setelah diadakan penye-lidikan, kehilangan pesawat-pesawat dan kapal-kapal tersebut tetap masih meru-pakan misteri yang sukar untuk dibuktikan.
• Pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segitiga Bermuda? ”
MISTERI SEGITIGA BERMUDAAntara pesawat-pesawat dan kapal-kapal yang hilang antara lain:• Pesawat Star Tiger, tanpa sebab-sebab yang jelas dan tanpa mengirim laporan apa pun, tiba-tiba lenyap dalam perjalanan ke Segitiga Bermuda. Padahal sebelum-nya pilot telah mengumumkan bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat di tempat yang dituju tanpa sebarang hala-ngan.
• Pesawat DC-3 dengan 35 penumpang hilang dalam jarak 80 km ke selatan Miami, tidak jauh dari Bermuda.
• Pesawat Star Areal yang hampir sama dengan pesawat Star Tiger, berangkat untuk meninggalkan Bermuda. Pilot mengumumkan bahawa cuaca sangat baik. Malangnya, pesawat tersebut tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan bangkainya.
• Sebuah kapal laut yang bernama Mary Silhouet, dite-mukan sedang terapung-apung di tengah laut Bermuda dalam keadaan kosong. Penumpangnya adalah seo-rang paderi dengan isteri dan seorang anak serta lapan kelasi kapal.
• Kapal Carol Darling mendekati pantai Carolina Utara tanpa seorang pun penumpang kecuali dua ekor kucing. Sedangkan kelasi kapalnya yang berjumlah 12 orang hilang tanpa jejak. Kapal tersebut dalam keadaan baik, dengan enjinnya yang masih berfungsi. Yang sangat aneh dalam peristiwa ini adalah di kapal itu terdapat sebuah meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum dibersihkan. Nam-paknya, suatu kejadian aneh telah berlaku dengan tiba-tiba.
• Kapal Houwitz tiba-tiba hilang bersamaan dengan peristiwa yang menimpa kapal Carol Darling, bahkan berlaku dalam waktu dan tempat yang sama. Kerajaan Amerika Syarikat sebelum-nya meyakini bahawa keja-dian yang menimpa dua kapal itu adalah disebabkan oleh para lanun laut.
• Kapal Syklob, sebuah kapal paling besar milik Amerika Syarikat tiba-tiba hilang di Segitiga Bermuda. Kerajaan Amerika merasa hairan bagaimana kapalnya hilang begitu saja tanpa dapat dikesan. Padahal kapal tersebut berlayar dalam cuacagamat baik dengan 300 kelasi. Seandainya kapal itu mengalami kesukaran atau-pun gangguan, tentunya mereka mengirimkan berita ataupun meminta bantuan, kerana kapal itu dilengkapi ^an radar dan alat-alat komukasi yang serba canggih.
• Lima pesawat tempur Amerika jenis TTB30 Finger bertolak dari pangkalannya di Lorderdile Florida. Kelima-lima pesawat itu terbang untuk meronda dan melakukan misi penyelamatan kapal-yang mengarungi lautan. Ketika jam menunjukkan pukul tiga petang, misi tersebut selesai melaksanakan tugasnya. Saat itu komando ekspedisi, Leftenan Charles Tylor, memberi arahan agar segera kembali ke pangkalan.
“Di sini Leftenan Charles Taylor, apa dapat didengar… ? Harap dijawab…kami kehilangan petunjuk untuk kembali… kami tersesat…saya tak dapat melihat daratan! Saya tak tahu arah Barat…semua yang ada di sekitar saya kacau… aneh .. .bahkan kawasan di mana kami berada sekarang tidak kami kenali…nampaknya… nampaknya. .. nampaknya….”
Tiba-tiba terdengar peringa-tan pertama tentang terjadi-nya bencana. Menara penga-was di Lorderdile Florida mendengar suara ketua ekspedisi Charley Taylor. Teks ucapannya yang dapat dirakam berbunyi: penyelamat itu tiba di tempat tujuan, tiba-tiba pesawat khusus itu hilang secara misteri tanpa dapat dikesan sedikit pun. Dengan itu lima pesawat peronda ditambah sebuah pesawat khusus yang membawa 13 pakar penyelamat, hilang secara tiba-tiba di Segitiga Bermuda.
Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis yang dikutuk Allah s.w.t., dan bahawasanya jin termasuk di dalam struktur pemerintahan maharaja iblis.
KERAJAAN IBLISDemikianlah berbagai peristiwa misteri yang berlaku di Segitiga Bermuda. Sehingga ianya dikenali juga dengan sebutan “Kuburan Atlantik.”Walaupun berbagai kajian dibuat untuk mengung-kapkan misteri Segitiga Bermuda, satu hal yang sering dilupakan oleh para pengkaji dan peniliti adalah bahawa di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan. Menurut pengakun jin Musthafa kepada Muhammad Isa Dawud, masyarakat jin adalah masyarakat yang vungat maju dan memiliki peradaban yang amat tinggi, n meninggalkan masyarakat manusia, khususnya dalam menggali dan mengo-lah benda-benda alam dan unsur-unsur perlombongan. Bahkan mereka telah berjaya menciptakan barang lombong yang bercampur dengan emas dan tembaga dan mengha-silkannya menjadi suatu benda bermutu tinggi dengan menggunakan kaedah yang tidak mungkin dapat dilaku-kan manusia, kecuali di masa Nabi Sulaiman a.s. Jin Musthafa juga melaporkan kepada. Muhammad Isa Dawud:”Aku mahu menyampaikan suatu berita yang sangat penting. Amerika,
“Di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan. Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis”
Inggeris dan Jerman bermak-sud membongkar rahsia Segitiga Bermuda. Mereka membuat satelit baru yang khusus untuk mengkaji ke-ajaiban Bermuda, di samping satelit-satelit yang telah mereka luncurkan sebelumnya. Ternyata mereka tidak dapat membongkar rahsia Bermuda. Sebab keajaiban yang ada di sana bukanlah keajaiban yang dapat dilihat dengan mata.Sebab di sana terdapat sebuah kerajaan iblis yang sudah sangat tua sekali usianya. Bagaimanapun mereka tidak akan membahayakan sesiapa saja yang tunduk kepada Allah. Sesungguhnya bila ada seorang Muslim yang mele-wati daerah maut itu, dan ia membaca ayat-ayat Al-Qur’an, nescaya iblis bersama pasukannya tidak akan dapat mencelakakannya.
Sumber: http://www.myberita.com/kerajaan-jin-di-segitiga-bermuda/
29.1.2013

Friday 25 January 2013

Islam Jadikan Manusia Lebih Bertamadun


Ghafani bin Awang Teh; Pengarah Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid, JAKIM
Berita Harian, 22 Mac 2008
 
KETUA paderi yang juga pemimpin tertinggi Gereja Anglickan Britain, Dr Rowan Williams dalam satu syarahan kepada pemimpin gereja di Royal Court of Justice, London pada 7 Februari lalu menyatakan sebahagian undang-undang syariah boleh disesuaikan dalam sistem undang-undang Britain pada masa akan datang tidak dapat dielakkan. Walaupun pandangan pemimpin gereja itu dikritik hebat, ketua paderi itu dengan tegas mempertahankan pendapatnya. Kenyataan beliau mendapat liputan media meluas di seluruh dunia.
 
Persoalan besar timbul ialah mengapa ketua paderi itu berani membuat kenyataan terbuka walaupun menyedari risiko besar mengenai kedudukan jawatannya. Kita percaya ketua paderi itu membuat kenyataan berani kerana beliau sudah membuat kajian teliti kelebihan undang-undang syariah yang mampu menjadikan kehidupan manusia lebih bertamadun.

Ahli sejarah British, Thomas Arnold, dalam buku The Call to Islam menyatakan kehadiran Islam di tengah masyarakat Arab pada suasana jahiliah bukan sekadar menggantikan budaya tradisi masyarakat Arab yang liar, tetapi membawa revolusi yang utuh dan sempurna bagi mewujudkan kehidupan kemanusiaan sempurna.
 
Pandangan tokoh cendekiawan Barat mengesahkan penjelasan al-Quran bahawa sesungguhnya Islam adalah agama yang sahih dan sempurna dan pada diri Muhammad itu teladan yang baik untuk diikuti manusia.
 
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Sirah ali-Imran, ayat 19)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Penghayatan akhlak Rasulullah SAW adalah berlandaskan al-Quran dan menjadi sumber untuk menjadikan ummah lebih bertamadun. Tamadun amnya bermaksud mencapai kemajuan dalam kehidupan dengan menghayati sifat mulia serta bertanggungjawab kepada Allah di dunia dan akhirat.
Rasulullah SAW menterjemahkan pengajaran al-Quran melalui sunnahnya. Sunnah atau hadis itu menjadi sumber rujukan kedua umat Islam selepas al-Quran. Sunnah itu merangkumi perbuatan, ucapan dan pengakuan Rasulullah SAW ketika menjelaskan dasar dan pelaksanaan meliputi pelbagai isu berkaitan kehidupan manusia.
 
Allah menegaskan bahawa Rasulullah SAW menjelaskan ajaran Islam bukanlah dengan mengikut hawa nafsu atau pendapatnya sendiri, tetapi berlandaskan panduan wahyu.
 
Kekuatan sunnah Rasulullah SAW terletak pada dakwah bilhal (dakwah melalui keindahan peribadi dan tingkah laku) yang menjadi penggerak utama dan paling berkesan ketika berdakwah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.” (Riwayat Ahmad dan Baihaqi)
 
Gerakan dakwah bilhal inilah menghasilkan revolusi aqidah, sosial dan politik dalam masyarakat Arab jahiliah. Bagaimanapun, revolusi akidah menjadi unsur penting menjadikan ummah lebih bertamadun kerana mengikat umatnya bertanggungjawab kepada Allah di dunia dan akhirat.
Kejayaan Rasulullah SAW mengubah keseluruhan reka bentuk akidah jahiliah kepada akidah yang sahih dalam masyarakat Quraisy tanpa menggunakan kekuatan senjata dalam masa 13 tahun adalah satu keajaiban.
 
Berdasarkan analisis, teknik yang digunakan Rasulullah SAW ialah menggunakan pendekatan membina insan, pemikiran dan disertai dengan akhlak yang hebat. Ketika ini ada persaingan sengit antara Islam dengan pemikiran orientalis dalam percaturan mengubah reka bentuk tamadun dunia.
Tamadun Barat lebih menekankan pencapaian kemajuan kebendaan dengan bebas tanpa ada hukum halal dan haram. Peranan Tuhan dalam kehidupan mereka semakin dipinggirkan. Sebaliknya, lebih mempercayai kepada ahli falsafah atau orientalis berbanding pegangan kitab suci mereka.
 
Berdasarkan pemerhatian, walaupun Rasulullah SAW wafat pada 1429 Hijrah, tetapi pengaruh Baginda digeruni dan menghantui banyak pihak. Musuh Islam terus mengadakan kempen memburuk-burukkan Rasulullah SAW tanpa henti yang kelihatan mereka hilang kewarasan.
Bagi umat Islam kesegaran amalan sunnah dalam kehidupan memberi gambaran seolah-olah Rasulullah SAW masih hidup segar, terus memberi inspirasi kepada penegak Islam memperhebatkan tamadun manusia sejagat.
 
Ketika ini Barat memperkenalkan pelbagai konsep ideologi global seperti kapitalisme, komunisme, sosialisme, sekularisme, modenisme, liberalisme, pluralisme dan Islam Liberal yang semuanya cenderung ke arah menyeru manusia supaya menyisihkan Tuhan.
Sebahagian ideologi sesat ini yang muncul silih berganti sudah usang dan pupus ditelan zaman. Bagaimanapun, prinsip tamadun Islam terus kekal segar dalam keasliannya. Inilah kehebatan agama dan aqidah yang sahih.
Pada dasarnya pertembungan tamadun Islam dalam pelbagai aspek kehidupan dengan tamadun lain memang tidak dapat dielakkan. Pertembungan itu adalah kesinambungan pertembungan Nabi Adam AS dengan iblis.
 
Nabi Adam AS mewakili kumpulan penganut agama sahih. Manakala Iblis pula mewakili puak yang menentang syariat Allah dan puak yang menyisihkan Tuhan.
Hakikatnya, proses mentamadunkan ummah lebih cepat dan menjadi realiti apabila wujud persefahaman antara ketua organisasi dengan orang bawahan. Jika tindak tanduk pemimpin sendiri tidak bertamadun, dan gagal menghayati nilai peradaban yang murni, maka matlamat melahirkan umat bertamadun kurang berjaya.
 
Dengan demikian. setiap pemimpin, ketua masyarakat, ketua keluarga, dan ibu bapa hendaklah mempamerkan gaya hidup bertamadun untuk dijadikan ikutan orang bawahan atau orang yang dipimpinnya.
 
Sempena Maulidur Rasul dan sebagai usaha memperkukuhkan ajaran Rasulullah SAW, maka marilah kita menghayati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya ( selagi kamu berpegang teguh kedua-duanya) iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.” (Hadis riwayat Muslim).
 
Penulis adalah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

HIJRAH KE ARAH INSAN BERILMU


Oleh : Nik Norliza binti Awang @ Mustafa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
”Ummah Gemilang” merupakan aset negara yang paling bernilai kerana terciptanya sejarah kecemerlangan sesebuah tamadun bersumber dari kegemilangan ummah dalam meneroka pelbagai ilmu pengetahuan. Sejarah membuktikan kejayaan yang dimiliki oleh Ibn Sina dalam bidang perubatan, Al-Khawarizmi dalam bidang matematik dan astronomi, Ibn Khaldun dalam bidang falsafah dan ilmuwan lain yang telah menyumbangkan ilmu-ilmu mereka sehingga lahirnya satu tamadun ilmu.
Penguasaan ilmu secara seimbang dan menyeluruh perlu diterapkan dalam masyarakat hari ini supaya tidak berlaku ”kejahilan ilmu” yang menyebabkan negara terpaksa meminjam tenaga dari luar. Usaha kerajaan dalam RMK-9 untuk membangun modal insan melalui pendidikan, Inovasi dan nilai merupakan satu langkah yang harus disokong oleh semua pihak kerana ia memberi kesan yang sangat positif dalam pembangunan ummah.
Satu langkah yang tepat ialah berhijrah dari kepompong kemiskinan ilmu ke arah penguasaan ilmu pengetahuan sebagaimana al-Quran memberi motivasi kepada umatnya yang mafhumnya, ”Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Luqman:27)
Ilmu pengetahuan dapat diperoleh dari pelbagai sumber seperti pembelajaran, penelitian, pengkajian dan lain-lain. Allah SWT berfirman yang maksudnya, ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Surah al-Alaq: 1-5)
Perkataan Iqra’ adalah perkataan pertama dari wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhamad SAW. Iqra’ bukan hanya sekadar membaca sahaja tetapi juga membawa pengertian lain antaranya menelaah, mendalami, meneliti, meyampaikan, dan mengumpulkan. Wahyu pertama itu tidak menjelaskan apa yang harus dibaca, kerana al-Quran menghendaki umatnya membaca apa sahaja selama bacaan tersebut bismi rabbik dalam erti bermanfaat untuk kemanusiaan. Justeru, Iqra’ dapat difahami sebagai bacalah, telitilah, dalamilah, ketahuilah ciri-ciri sesuatu; bacalah alam, tanda-tanda zaman, sejarah ataupun diri sendiri yang tertulis atau tidak. Akhirnya perintah Iqra’ mencakup segala sesuatu yang dapat dijangkau oleh akal.
Perintah membaca merupakan perintah yang paling berharga yang dapat menghantar manusia ke arah insan berilmu pengetahuan dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa perintah membaca ini merupakan motivasi utama untuk berhijrah menjadi seorang yang berilmu. Sesungguhnya ilmu itu ibarat cahaya dan kejahilan itu merupakan kegelapan. Orang yang berilmu akan menerangi alam ini dengan pengetahuan yang dimilikinya dan memberi banyak manfaatnya kepada orang lain. Oleh itu dalam sebuah hadith ada menyebutkan bahawa, ”Apabila mati seseorang anak adam itu, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakan kepadanya '.( H. R. Muslim )
Peluang mendapatkan ilmu terbuka luas, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan asas dan prasarana bagi masyarakat bermula dari pra- sekolah hinggalah ke pusat pengajian tinggi, anak-anak hendaklah dibekalkan dengan pendidikan yang sempurna, kegagalan ibu bapa mendapatkan pendidikan anak-anak secara sempurna merupakan satu kesilapan yang besar kerana kegagalan anak-anak dalam pelajaran akan menyebabkan mereka keciciran dalam pelajaran. Kesannya bukan sahaja kepada individu terbabit, tetapi juga kepada masyarakat dan bangsa.
Kesukaran hidup merupakan cabaran utama yang perlu ditangani bersama, kita mungkin hanya menguasai satu ilmu, tetapi ilmu yang lain kita tidak menguasainya. Justeru kita hendaklah berusaha menjadi ummat yang berilmu dengan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Menguasai satu-satu ilmu tidak lah memadai untuk menjadi ummah yang gemilang.
Kedua-dua ilmu iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu Kifayah hendaklah diketahui secara menyeluruh kerana ilmu-ilmu ini dapat memandu manusia ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan dapat melahirkan umat yang beriman, beramal soleh serta bertaqwa kepada Allah SWT.
Ajaran Islam menganjurkan umatnya mencari ilmu pengetahuan untuk mencapai kebahagiaan hidup dan kesejahteraan dalam hidup. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. (Riwayat Ibn Majah) .Harus difahami, kewajipan ini tidak terbatas pada usia remaja sahaja tetapi sehingga ke usia emas, kewajipan ini tidak pernah berhenti walau sedetik.
Imam Syafi’i dapat dijadikan contoh, yang berlatarbelakangkan kemiskinan tidak menghalang beliau untuk mencari ilmu pengetahuan. Pada masa kecil lagi beliau telah menghafaz al-Quran dan banyak hadith. Cintanya kepada ilmu pengetahuan membawanya mengembara yang akhirnya menjadikan beliau ilmuwan unggul. Disebabkan keilmuannya dalam bidang hadith dia digelar Nasir as-Sunnah, Dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh dia dikenal sebagai penyusun pertama kitab Usul Fiqh dan pendiri mazhab Syafi’i.
Penerokaan umat Islam dalam berbagai-bagai disiplin ilmu telah membawa kemajuan dalam pelbagai bidang. Kesan kemajuan serta kecermerlangan tamadun ilmu dapat disaksikan hingga kini. Kecermerlangan mereka dalam bidang keilmuan sehingga mampu mencorak disiplin ilmu tidak mungkin datang secara kebetulan. Lantaran itu, untuk mencapai kecermerlangan dan kemajuan, tidak salah menoleh pada sejarah lampau untuk dijadikan iktibar. Dalam hai ini Allah SWT. Telah menyebutkan akan mengangkat darjat orang-orang berilmu kepada beberapa darjat melalui firman-Nya yang bermaksud:
...Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat...
(Surah al-Mujaadalah:11)
Mulianya orang yang berilmu sehingga Allah akan mengangkat darjat mereka. Kata pepatah “usaha tangga kejayaan”. Untuk itu, perlu satu penghirahan untuk menjadi insan berilmu. Tanpa usaha, sesuatu itu tidak akan datang dengan sendirinya. Orang lain tidak dapat mengubah diri kita, melainkan kita sendiri. Tanpa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, bagaimana seseorang itu mampu mengharungi kehidupan didunia ini dengan cemerlang.
Oleh itu berusahalah dari sekarang mencari ilmu pengetahuan sebanyak mungkin untuk menjadi ilmuwan yang mampu mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Semoga ilmu yang diperoleh bukan hanya dapat menyinari hidup sendiri, bahkan mampu menyinari generasi akan datang.

Tuesday 22 January 2013

Fakta-Fakta Janggal Semasa Perang Dunia Ke 2


Oleh: takusahrisau

1.         Warga Jerman pertama yang terbunuh sejak Perang Dunia Kedua meletus adalah disebabkan oleh peluru daripada tentera Jepun semasa pencerobohan Jepun ke atas China pada 1937. (Jerman dan Jepun adalah antara negara utama yang membentuk pakatan Paksi selain Itali)
Sebaliknya berlaku kepada
2.         Warga Amerika Syarikat pertama yang terbunuh sejak Perang Dunia Kedua meletus adalah disebabkan oleh peluru daripada tentera Rusia semasa pencerobohan Rusia ke atas Finland pada 1940. (Amerika Syarikat dan Rusia adalah antara negara utama yang membentuk pakatan Berikat selain Britain)
3.         Tentera Infantri Amerika Syarikat divisyen ke-45 menggunakan simbol swastika pada bahu mereka.
Sebaliknya berlaku kepada
4.         Kereta api peribadi Aldolf Hitler digelar dengan gelaran ‘Amerika’.
Yang pelik
5.         Hiroyoshi Nishizawa adalah seorang juruterbang yang mempunyai reputasi paling cemerlang semasa Perang Dunia Kedua. Beliau telah menembak jatuh lebih 87 buah pesawat musuh. Lain-lain sumber menyatakan beliau menembak jatuh lebih 100 pesawat musuh. Namun, beliau akhirnya maut semasa menjadi penumpang kepada pesawat kargo yang ditembak musuh.
Nishizawa_lifevest
6.         Apabila tentera Berikat dapat menyeberangi sungai Rhine, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk memberi satu ‘tayangan’ unik- kencing di sungai Rhine.! Daripada pangkat prebet sehingga kepada Winston Churchill dan Jeneral Patton, kesemua mereka pernah melakukannya.
7.         U.S Army mempunyai unit kapal perang yang melebihi daripada yang dimiliki U.S Navy semasa Perang Dunia Kedua.
8.         Seramai 84 orang Jeneral Jerman telah dipenjara dan dihukum gantung oleh Aldolf Hitler kerana disyaki sebagai agen dan perisik. Ia termasuklah seorang Jeneral Jerman Nazi paling berjasa, Erwin Rommel yang digelar Desert Fox kerana kelicikan beliau merancang strategi perang.
361px-Bundesarchiv_Bild_146-1973-012-43,_Erwin_Rommel
9.         Salah satu cara tentera Jepun memusnahkan kereta kebal musuh adalah dengan menanam kelongsong-kelongsong artileri berat di dalam tanah dengan muncungnya menghadap ke langit. Apabila kereta kebal mendekati kelongsong-kelongsong yang ditanam, tentera Jepun akan mengetuk dengan kuat muncung kelongsong tersebut. Selepas itu,‘kebooommmm’.!
10.      Kebanyakkan tentera Waffen SS(Tentera infantri Jerman) bukan berketurunan Jerman. Kebanyakkan mereka adalah warga Bosnia, Chenchen, Turki, India, Korea dan banyak lagi.
Yang Agak Pelik
11.      Jerman hanya mengistiyharkan perang secara rasmi kepada satu-satunya negara iaitu Amerika Syarikat.
12.      Jerman kehilangan 136 Jeneral. Secara purata mereka kehilangan seorang Jeneral untuk jangka masa dua minggu.
13.      Di kalangan tentera Jerman Nazi yang ditangkap semasa pendaratan besar-besaran di Normandy adalah berpuluh-puluh tentera Jerman Nazi warga Korea(mereka adalah tentera Korea). Tentera Korea telah dipaksa berperang untuk Jepun sehingga mereka ditangkap oleh tentera Rusia dan dipaksa berperang untuk Rusia sehingga mereka ditangkap oleh tentera Jerman dan dipaksa berperang untuk Jerman sehingga mereka ditangkap oleh tentera Amerika Syarikat.
14.      ME-264 milik Jerman mampu untuk mengebom bandar New York sehingga menjadi padang jarak padang terkukur. Namun, Jerman tidak menggunakannya sebaik mungkin.
15.      U-Boat boleh dianggap kubur yang bergerak di lautan. 40,000 orang tentera Jerman berkhidmat di dalam kapal selam U-Boat. Namun, 30,000 orang gagal pulang ke tanah tumpah darah mereka. Mereka diistiyharkan mati dan hilang semasa berkhidmat.
16.      Calvin Graham adalah tentera Amerika Syarikat paling muda iaitu 12 tahun. Malah ia adalah rekod bagi tentera paling muda berkhidmat sepanjang Perang Dunia Kedua. Namun, Graham terpaksa pulang ke kampung dan dikenakan Dishonorable Discharge setelah beliau didapati menipu berkenaan usianya. Beliau menyatakan usianya adalah 19 tahun.
Calvin_Graham
Calvin Graham
17.      Sebanyak 433 buah pingat Medal of Honour telah diberikan kepada tentera-tentera Amerika Syarikat yang paling berjasa semasa Perang Dunia Kedua. Namun 219 orang daripada mereka menerimanya setelah mereka maut dalam pertempuran.
18.      Jerman kehilangan 110 orang komander Divisyen semasa Perang Dunia Kedua.
19.      Tentera Amerika Syarikat yang mempunyai pangkat paling tinggi terbunuh adalah Lt. Jeneral Lesley J. McNair. Beliau dibunuh oleh tentera Amerika sendiri, US Army Air Corp semasa operasi Cobra di Normandy.
50455086
20.      Beberapa orang tentera udara daripada kesemua negara yang berperang akan mengalami masalah untuk kentut dan akhirnya membawa maut. Kenapa?cuba kaji sendiri.
(apabila pesawat mendaki lebih 20,000 kaki, udara di dalam usus perut akan mengembang melebihi 300% dan seterusnya membawa maut.!)

Saturday 19 January 2013

An American Sister’s Struggle to Find & Keep Islam:::


I am born and raised in Jersey City.

My parents are from Columbia and from Italy.

From being with my friends, spending time more with them, once I began on my own journey, really, because I really didn’t ask anyone exactly of other religion, it was just something teenagers at that age we really didn’t discuss about religion.

So I myself started searching on the Internet about Islam, that’s when I came into the site Why Islam, which was one of my web sites that I found, and they sent me a lot of information, books, the Quran, a prayer rug, hijab.

Once I got this information I started reading on my own. I also had ordered brochures about Islam. And once I continued to read more and more every day, it would just interest me and bring me more and more to continue to read and learn about it.

I continued to go on the web site here and there, and what I did see was a way to go into a mosque. They have you set up with someone in order to go and visit a mosque, so I did that, and they had e-mailed me and connected me with another sister, actually she had converted four months earlier, prior to my decision to converting, so I think that’s what made me feel more comfortable and push me to really convert was after I met this sister.

One day, through the Internet we connected, we called each other and we met and set up a date to go to the mosque. And after we did go to the mosque, she did take me before to an Islamic store, bought hijab, showed me how to wear hijab, and she made me feel very comfortable because she was African American, had converted four months prior, pretty much was going through the same process and questions that I felt that would push me away from Islam, and why I should convert. So every question I had she answered, and she was going through the same experience as I would after I converted.

That day that I did go with her to the mosque, she asked me if I wanted to take my Shahadah in the mosque. I had said La Ilaha Illa Allah Muhammadan Rasoul Allah, already at home, but she told me if you’d like you can say it with people around in the mosque. And she said one thing that made me and felt that it made me comfortable and I knew that this was for me, she asked me a question. And the question was if you died tomorrow would you like to die as a Muslim, and as a believer?

And that’s what made me think and brought me to say my Shahadah in the mosque that day, and the welcoming of everyone, all the ladies being so welcoming, comforting, crying, congratulating me, it felt like I was with a family that I was searching for and Al-Hamdulel-Allah after that day it was my journey into Islam, and learning more and getting closer to Allah.

Everything changed.

I believe it was the process, it’s a daily process. At first I started reading, you know, I was very very into Islam, reading books, learning, going to classes, just trying to find more friends, Muslim women that I can be around and teach me, and I guess very little that my attire of how I would dress, how I would act with others, to me it was a way of life so everything I did I took it step-by-step, especially with my parents because they are not Muslim.

I started wearing hijab about maybe four months after, little by little. So I started praying and my mom would see me, my dad would see me, just the way I would act around them, my dedication and my effort to show them that this was not something that I was just going to drift away from or something that I was trying to do to fit in with my friends, it was a struggle and a challenge until now after so many years I can say Al-Hamdulel-Allah, it’s changed so much, but it’s still sometimes a struggle at times with them.

I’m very happy and very in to it.

You know I wanted to do everything at the same time, which at that moment you feel so good and you want to give da’wah, and to tell everybody about Islam, you know let everyone know about this religion and how beautiful it is.

But slowly I realized around people, Muslim and non-Muslim, they would act differently towards me I guess. I don’t know if it was too much for them at the same time, and knowing me already for so many years, so little by little I just learned to slow down, take things step-by-step, and do the most important things which were prayer, read Quran, learn Arabic.

I did go and learn Arabic in school, Arabic 1, Arabic 2. I went to the Quran classes in the mosque, your iman (faith) is high then low, then up and down, and I just had to learn how to work on that and how to gradually keep myself stable as much as possible in my iman, because it’s a struggle, in this world I believe ever day.

I can say in the beginning it was a struggle at first. In Jersey City, most of my friends and most of the peers that I did have that were Muslim that I went to classes with. Most of them are from Arab descent, so I pretty much felt a little bit out of place at times, although they would never make me feel out of place, they would always make me feel like part of the family.

But it just felt because I was the only one that was American-born or Hispanic-Italian background, just trying to fit in, and with my family telling me you are not Spanish anymore, you took your race out of you, not understanding, so it kind of put me in the middle, like am I trying to fit in? Is this just not for me? Is this just for Arabs?

But Al-Hamdulel-Allah, now compared to then, I’ve met so many people that are Muslims, that are Pakistani, Indian, Spanish, white, African-American that makes me feel comfortable and I know that I’ve made the right choice.

So, at first it was a struggle, but Allah has made it easier and easier throughout the years for me I believe…


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=463961160332291&set=a.218942624834147.56126.113826612012416&type=1
19.1.2012

2013 : GOMBAK SETIA, KUALA LUMPUR

Lokasi: Dewan Kelab Warga Emas, Gombak Setia, Kuala Lumpr
Tarikh: 19 Januari 2013


Yayasan Jantung Malaysia telah dijemput untuk mengadakan Program Kesihatan oleh Kelab Warga Emas Gombak Setia, Kuala Lumpur. Program berlansung di Dewan Kelab Warga Emas, Gombak Setia pada 19 Januari 2013. Seramai 117 orang telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan yang di kendalikan oleh YJM dengan bantuan Jururawat-Jururawat dari Hospital PUSRAWI, Jalan Tun Razak, K.Lumpur. 
Program telah dirasmikan oleh Datuk Yew Teong Look, Pengerusi MCA Cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. 









Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
24.10.2013: 12.35 am