Friday, 30 November 2012

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :


Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :

☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai

 keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Wednesday, 28 November 2012

YJM 2012 : PENANG HEART WEEK 2012 - AEON SEBERANG PRAI CITY

Lokasi: AEON Seberang Prai City, Bkt Mertajam, Penang
Tarikh: 23 - 28 November 2013


Minggu Jantung Seberang Prai 2012 berlansung dari 23 - 28 November 2012 di AEON Seberang Prai City 
Selama 6 hari program ini berlansung, seramai 461 orang telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan dan 86 menjalani ujian Elektrokardiogram. 

AEON SEBERANG PRAI CITY


AEON Seberang Prai City Shopping Centre terletak di Jalan Perda Timur off Jalan Permatang Batu di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Ia dibuka pada 22 Ogos 2008. Bangunan 6 Tingkat ini terbahagi kepada 3 tingkat untuk meletak kereta dan 3 tingkat lagi pusat perniagaan. 

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Sebagaimana biasa pemeriksaan yang dijalankan adalah Ujian Kolesterol, Ujian Glukosa, Ujian Tekanan Darah, Indeks Jisim Badan (BMI), Pameran Poster dan Ujian Elektrokardiogram. 
 
Kaunter Pendaftaran

PAMERAN POSTER

Bilik yang digunakan untuk Ujian Elektrokardiogram


Ujian Glukosa dan Kolesterol


Nasihat Pemakanan dan Kesihatan


Ujian Tekanan Darah dan Body Mass Index


 


Terimakasih dari pihak YJM kepada jururawat-jururawat dari Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam termasuk 2 orang Jururawat yang memberikan khidmat secara sukarela iaitu En. Mohd Nawawi dan Cik Adibah, kedua-dua mereka menetap di Bukit Mertajam. 

BUKIT MERTAJAM
Bukit Mertajam merupakan sebuah bandar di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Malaysia. Ia juga lebih dikenali sebagai BM di kalangan penduduk setempat.Nama 'Bukit Mertajam' sempena sebuah bukit berdekatan yang terletak di sebelah Timur bandar ini.
Antara lokasi berhampiran ialah Kulim, Seberang Perai Tengah, Permatang Pauh, Penanti, Simpang Ampat, Kubang Semang, Lunas,Perai, Butterworth dan lain-lain.
Jajaran Lebuh raya Utara - Selatan terletak di sebelah Barat, kira-kira 5 km. Stesen kereta api terletak di tengah bandar untuk kemudahan penduduk. Stesen kereta api di Jalan Seri Bukit. Syarikat Rapid Penang Sdn Bhd menyediakan kemudahan bas tinjat-tinjat dari satu tempat ke satu tempat sejak 31 Julai 2007. Lebuh raya Butterworth- Kulim berhubung terus dengan Bukit Mertajam menerusi susur keluar Permatang Nibong.
Bukit Mertajam ditadbir oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam. MPSP mentadbir tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara,Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Bukit Mertajam sebuah bandar yang berkembang pesat di Seberang Perai Tengah.




 

BERTEMU SAHABAT LAMA
Syukur Alhamdullillah sepanjang saya di Seberang Prai ini saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan 2 orang sahabat lama satu intake dengan saya ketika berkhidmat dalam Tentera laut dahulu iaitu Kamsani dan Jalil setelah berpuluh tahun berpisah.
Turut saya temui ialah En. Mohd Shukri (juga bekas TLDM) yang kini bertugas dengan Majlis Perbandaran Seberang Prai. 



Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
21.10.2013 : 2.43 am







Wednesday, 21 November 2012

PENGERTIAN JIHAD DARI KACA MATA ISLAM...


Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/


Tarikh: Selasa, 11 Mei 2004 @ 11:43:11
Topik: Semasa


PERKATAAN Jihad yang disebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Holy war (Perang Suci) semata-mata seperti yang seringkali difahami oleh Barat terhadap Islam lalu mereka menafsirkan secara ganas terhadap Islam dengan menuduh Islam sebagai ganas dan umat Islam sebagai pengganas.

Islam adalah agama Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam termasuk hukumnya yang dianggap keras tetapi mengandungi cara dan hikmah yang membawa rahmat.

Perkataan Jihad adalah daripada bahasa Arab yang menjadi bahasa al-Quran dan menjadi bahasa Nabi Muhammad saw. Asal maknanya dari segi bahasa ialah Masyaqqah yakni kesukaran. Adapun maknanya menurut istilah syarak ialah, mengerahkan segala usaha dan tenaga bagi menghadapi orang yang menentang agama Allah (Kuffar), dan dimasukkan juga menetang hawa nafsu, syaitan juga fasik.

Menghadapi penentang agama Allah itu dengan jiwa raga, harta, fikiran, lidah dan hati. Menentang hawa nafsu itu ialah bersungguh-sungguh menuntut ilmu agama, beramal dengannya dan mengajarnya kepada orang lain. Menentang syaitan ialah menolak perkara yang syubhat (tidak jelas halal dan haramnya) dan kecenderungan hawa nafsu kepada kemungkaran kerana dihiasi oleh syaitan. Menentang fasik ialah dengan tangan, lidah dan hati.

Jihad mempunyai takrif yang luas merangkumi segala aspek nikmat kurniaan Allah yang disumbangkan untuk menegakkan agama Allah yang menyeluruh dalam diri manusia secara individu, masyarakat dan negara. Nikmat Allah itu sama ada jasad dan ruh, harta dan tenaga. Agama Allah ialah Dinul Islam yang sempurna merangkumi segala aspek yang diajar dan dilaksanakan oleh Rasulullah saw yang menerimanya daripada Allah. Bermula daripada Iman dan pengakuannyadengan Iqrar Syahadah dan menghayatinya dalam diri masing-masing, keluarga, masyarakat dalam segala aspeknya. Islam itu ditegakkan sehingga mengatasi segala ajaran yang lain di semua peringkat. Bermula daripada membentuk peribadi muslim yang hatinya diperintah oleh Islam dan hati pula mengarahkan seluruh fikiran dan anggota jasad supaya beramal dengan Islam, seterusnya melaksanakan dakwah, amal makruf dan nahi mungkar dengan kesanggupan menghadapi segala cabaran mental dan fizikal. Jihad merangkumi penggunaan fikiran, tenaga, harta sehinggalah senjata mengikut keadaan dan cara penentangan dan cabaran yang dihadapi.

Jihad berlaku dalam diri sendiri untuk menentang hawa nafsu, kejahilan dan segala sifat yang buruk untuk membentuk diri dengan iman dan Islam. Firman Allah swt yang bermaksud:

Dan orang-orang yang bermujahadah pada jalan kami, sesungguhnya kami akan tunjukkan kepadanya jalan-jalan kami dan sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang melakukan kebaikan.

al-Ankabut: 69

Jihad juga berlaku di dalam keluarga, Rasulullah saw tidak mengizinkan seorang sahabat yang mahu mengikutnya berperang kerana ibubapanya memerlukan jagaannya, apabila Rasulullah saw bersabda kepadanya yang bermaksud:

Kepada kedua orang tuamu hendaklah kamu berjihad.

Jihad juga berlaku kerana menentang kemungkaran dalam masyarakat Islam sendiri. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

Tiadalah seseorang nabi yang diutuskan oleh Allah sebelumku, melainkan ada di sampingnya pengikut yang setia (Hawariyyun) dan para sahabat yang mengambil ajarannya dan mematuhi perintahnya, kemudian (setelah nabi wafat) berlaku penyelewengan di kalangan mereka, ada orang-orang yang bercakap mengenai agama apa yang tidak diamalkan dan beramal dengan apa yang tidak diperintah oleh agama. Maka barangsiapa yang berjihad menentang dengan tanganya dia beriman, yang berjihad dengan lidahnya dia beriman dan yang berjihad dengan hatinya dia beriman dan tiada lagi iman selepas itu walaupun sebesar biji yang halus.

Berjihad dengan tangan itu ditafsirkan juga dengan kuasa pemerintahan, kekeluargaan dan sebagainya. Berjihad dengan lidah ialah memberi nasihat dengan lisan dan tulisan. Benci dalam hati untuk orang yang tidak berkemampuan atau terlalu lemah imannya juga dikira Jihad.

Berjihad paling afdal ialah menasihati kerajaan yang zalim termasuk kerajaan Islam kerana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

Jihad paling afdal ialah mengatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim.

Jihad juga berlaku kerana menentang orang-orang bukan Islam yang menentang Islam atau menghinanya dengan hujjah atau menghalang dakwah, menzalimi penganut Islam dengan kekerasan sama ada di dalam tanah air sendiri atau di negara asing, atau menceroboh tanah air umat Islam atau kezaliman terhadap orang-orang yang bukan Islam seperti pencabulan terhadap hak kemanusiaan.

Setiap Jihad mempunyai cara hukum, akhlak yang mulia yang mempunyai perhitungan dosa dan pahala, firman Allah swt yang bermaksud:

Serulah kepada jalan Tuhan mu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan berhujjah dengan cara yang paling baik dan berhujjahlah dengan lebih kebaikan.

al-Nahl: 125

Hikmah itu ialah dengan menggunakan pendekatan yang paling sesuai dengan sasaran dakwah, latarbelakangnya dan bentuk cabaran yang dihadapi. Hikmah juga memilih cara yang terbaik di kalangan yang baik-baik, jangan mengambil yang kurang baik walaupun secara realitinya adalah baik.

Firman Allah swt yang bermaksud:

Dan perangilah orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas kerana Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas

al-Baqarah: 190

Hukum dan peraturan yang berkaitan dengan Jihad

HUKUM Jihad adalah wajib, secara fardhu kifayah dalam keadaan biasa; yakni sekiranya ada sebahagian daripada umat, atau masyarakat Islam atau dalam negara Islam yang menunaikannya maka bermakna Jihad telah ditunaikan, maka orang yang tidak menyertainya terlepas daripada dosa. Kadang-kadang dalam keadaan tertentu menjadikan hukum Jihad itu fardhu ain, yakni; wajib ke atas individu muslim apabila Islam, umat dan tanah airnya dalam bahaya, musuhnya sudah di perbatasan tanah air Islam atau sudah mencerobohinya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

Jihad itu berterusan sehingga ke hari Qiamat.

Sayyidina Abu Bakar ra Khalifah pertama menegaskan:

Tiadalah sesuatu kaum yang meninggalkan Jihad melainkan Allah menurunkan bala yang menyeluruh ke atas mereka.

Islam memperuntukkan hukum-hukum yang berkaitan dengan Jihad, seperti syarat, rukun dan adab yang wajib ditunaikan. Bermula daripada pelaksanaan mengikut maknanya yang luas dan mengikut keperluan dan keutamaan, maka Jihad tidak boleh terkeluar daripada takrifnya yang merangkumi Jihad di dalam diri masing-masing; iaitu menentang hawa nafsu dan was-was iaitu syaitan yang menjadi penghalang Jihad atau yang mendorong tindakan Jihad yang melampaui batas. Cara pelaksanaan yang tepat mengikut keadaan, iaitu dengan lidah, tulisan sehinggalah menggunakan senjata apabila terpaksa.

Jihad mestilah dengan hati ikhlas, jangan memaksa orang lain supaya menganut Islam, jangan melampaui batas bila bercakap dan bila berhujjah, seperti menghina peribadi, keluarga dan kaum, menggunakan bahasa yang halus dan difahami. Walaupun terpaksa berperang namun tetap diharamkan melampaui batas, seperti bertindak kejam melampaui had. Umpamanya menyincang orang yang sudah terbunuh, membunuh orang yang tidak terlibat dengan peperangan, seperti paderi-paderi, sami-sami, kaum wanita, kanak-kanak, orang tua, orang yang uzur, juga mereka yang tidak terlibat dengan peperangan, seperti peniaga, petani, nelayan, tanaman, binatang ternakan dan sebagainya, walaupun dalam peperangan. Oleh itu, Islam mengharamkan penggunaan senjata atom, nuklear, menyerang kawasan awam, hospital, pasar dan sebagainyayang tidak menjadi tempat ketenteraan dan menghalang operasi ketenteraan di kawasan-kawasan berkenaan.

Islam tetap mengutamakan keamanan dan cara damai, maka wajiblah berdakwah, menyedarkan masyarakat, menegur dan memberi peringatan secara aman dalam negara demokrasi, walaupun ada kelemahannya seperti peraturan dan undang-undang yang tidak munasabah lagi zalim. Pejuang Islam hendaklah menghadapinya dengan sabar dan bijaksana. Inilah Sunnah Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul as seperti yang ditegaskan di atas.

Ada juga mereka yang tidak faham hukum Jihad atau sengaja mengelirukan apabila menafsirkan Jihad itu dengan hanya peperangan bersenjata saja dengan dalil perintah berperang di dalam al-Quran setelah berlakunya Hijrah dan terdirinya negara Islam yang pertama di Madinah. Sebenarnya itu adalah fahaman yang salah terhadap Jihad, kerana Allah swt telah menetapkan di dalam beberapa ayat yang diturunkan di Makkah, menyebut perkataan Jihad, di antaranya ialah firman Allah swt di dalam surah al-Furqan yang diturunkan di Makkah yang bermaksud:

Maka, janganlah kamu mentaati orang-orang kafir dan berjihadlah menghadapi mereka dengan jihad yang besar.

al-Furqan:52

Begitu juga dalam surah lain yang diturunkan di Makkah yang berkaitan dengan Jihad. Di kala itu umat Islam tidak diizinkan berperang, maka Rasulullah saw berjihad secara berdakwah, berpidato, berdailog dan memperdengarkan al-Quran yang terkandung di dalamnya perkara aqidah, kisah benar yang berlaku. Penduduk Makkah dan kabilah Arab yang datang mengunjungi baginda telah menerima Islam dan meninggalkan kesesatan yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Hasil dari perubahan yang berlaku, Rasulullah saw dan para sahabat menghadapi tentangan yang hebat. Baginda dan sahabat menerimanya dengan sabar tanpa melakukan kekerasan dalam menghadapi tentangan tadi.

Artikel ini adalah ulasan yang di buat oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang



Monday, 19 November 2012

QUNUT NAZILAH



Bismillahirrahmanirrahim
Bersempena peristiwa dahsyat yang menimpa umat Islam hari ini di bumi Palestin secara khususnya, kita umat Islam di serata dunia adalah disunatkan (mengikut hadith-hadith sahih daripada Rasulullah SAW) ketika ini bagi melafazkan qunut nazilah pada setiap solat (jamaah) fardhu yang lima. Kalau kita jadi imam. Manakala setiap makmum pula perlulah mengaminkannya.
Qunut adalah perkataan Arab yang bererti ‘taat dan khusyuk kepada Allah’. Ia adalah satu istilah kepada perbuatan Rasulullah SAW yang mengangkat tangan berdoa selepas bangkit daripada rukuk rakaat yang terakhir. Qunut yang warid (bersumberkan amalan) daripada Rasulullah adalah seperti qunut solat witir dan qunut nazilah.
Nazilah adalah perkataan Arab berasal daripada kata ‘nazala’ bermaksud turun atau timpa. Ia bererti ‘suatu kesusahan, suasana genting, bencana yang menimpa manusia pada satu-satu masa’. Qunut nazilah yang dibacakan oleh Nabi adalah bersempena peristiwa peperangan Ahzab, peristiwa pembunuhan beramai-ramai para huffaz (penghafaz al-Quran) oleh kabilah Ri’l, Dzakwan dan ‘Ushayyah dan juga bagi memohon keselamatan beberapa sabahat baginda (spt Salamah Ibn Hisyam, ‘Iyyash bin Abi Rabi’ah dll) serta kaum muslimin yang ditindas.
Rasulullah SAW pernah mengamalkan qunut nazilah selama sebulan tanpa henti. Perkara ini tidaklah bermaksud menghadkan bacaan qunut tersebut selama itu tetapi ia sunat dibaca mengikut lama masa umat Islam berkekalan dalam sesuatu bencana. Kerana Rasulullah SAW menghentikan bacaan qunut tersebut setelah tawanan perang dibebaskan atau mad’u (mereka yang didakwahkan) itu memeluk Islam dan bertaubat.
Hadith imam Bukhari meriwayatkan Nabi melakukan qunut nazilah pada setiap solat Subuh, Zohor, Maghrib dan Isya manakala imam Ahmad dan Abi Daud meriwayatkan Nabi membacanya pada solat Asar juga. Terpulanglah kepada kita. Cuma paling kurang pun, marilah membaca qunut ini sekurang-kurang dalam solat Subuh, Asar dan Maghrib bagi menandakan sokongan kita kepada rakan-rakan dan sahabat yang berjuang di bumi Palestin. Kerana ini adalah antara yang kita mampu bantu.
Lafaz qunut nazilah hendaklah mengandungi doa keselamatan umat Islam dan doa kehancuran serta kekalahan musuh-musuh (atau diangkat bencana yang menimpa). Sebaik-baiknya hendaklah ringkas dan menggunakan lafaz Rasulullah SAW sendiri. Atau dengan sedikit tambahan seperti doa di atas. Biar sedikit tetapi ikhlas dan istiqamah daripada panjang lebar yang membebankan ahli jemaah yang lain (uzur, nak cepat dan sebagainya).
Wallahu aklam, semoga kita semua amalkan. InsyaAllah, bumi Palestin (tak lama lagi) akan diperintahkan oleh Islam. Allahu Akbar!
Rujukan: artikel di laman IslamWay.

Mari kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".


JIKA :

- Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),

- Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya

- Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri -
'Mengapakah saya tidak syahid?'



Sumber: https://www.facebook.com/



19 November 2012


Saturday, 17 November 2012

British Actress Inspired by Prophet's Life


Myriam Francois-Cerrah Embraces Islam


 I embraced Islam after graduating from Cambridge. Prior to that I was a skeptical Catholic; a believer in God but with a mistrust of organized religion.
The Qur’an was pivotal for me. I first tried to approach it in anger, as part of an attempt to prove my Muslim friend wrong. Later I began reading it with a more open mind.
The opening of Al Fatiha, with its address to the whole of mankind, psychologically stopped me in my tracks. It spoke of previous scriptures in a way which I both recognized, but also differed. It clarified many of the doubts I had about Christianity. It made me an adult as I suddenly realized that my destiny and my actions had consequences for which I alone would now be held responsible.
In a world governed by relativism, it outlined objective moral truths and the foundation of morality. As someone who’d always had a keen interest in philosophy, the Qur’an felt like the culmination of all of this philosophical cogitation. It combined Kant, Hume, Sartre and Aristotle. It somehow managed to address and answer the deep philosophical questions posed over centuries of human existence and answer its most fundamental one, ‘why are we here?’
In the Prophet Muhammad, I recognized a man who was tasked with a momentous mission, like his predecessors, Moses, Jesus and Abraham. I had to pick apart much of the Orientalist libel surrounding him in order to obtain accurate information, since the historical relativism which people apply to some degree when studying other historical figures, is often completely absent, in what is a clear attempt to disparage his person.
I think many of my close friends thought I was going through another phase and would emerge from the other side unscathed, not realizing that the change was much more profound. Some of my closest friends did their best to support me and understand my decisions. I have remained very close to some of my childhood friends and through them I recognize the universality of the Divine message, as God’s values shine through in the good deeds any human does, Muslim or not.
I have never seen my conversion as a ‘reaction’ against, or an opposition to my culture. In contrast, it was a validation of what I’ve always thought was praiseworthy, whilst being a guidance for areas in need of improvement. I also found many mosques not particularly welcoming and found the rules and protocol confusing and stressful. I did not immediately identify with the Muslim community. I found many things odd and many attitudes perplexing. The attention given to the outward over the inward continues to trouble me deeply.
Prophet Mohammad (peace be upon him) said: 'Forgive him who wrongs you. Join him who cuts you off. Do good to him who does evil to you and speak the truth even if it be against yourself.'

There is a need for a confident, articulate British Muslim identity which can contribute to the discussions of our time. Islam is not meant to be an alien religion, we shouldn’t feel like we’ve lost all trace of ourselves. Islam is a validation of the good in us and a means to rectify the bad. Islam is about always having balance and I think the Prophet's (peace be upon him) message was fundamentally about having balance and equilibrium in all that we do.
The Prophet's message was always that you repel bad with good that you always respond to evil with good and always remember that God loves justice so even when people are committing serious injustices against you, you have a moral responsibility and a moral obligation in front of God to always uphold justice and never yourself transgress those limits.
Prophet Mohammad (peace be upon him) said: 'Forgive him who wrongs you. Join him who cuts you off. Do good to him who does evil to you and speak the truth even if it be against yourself.'
Islam's beauty really becomes to its own when it becomes manifest and it becomes manifest when you make it into a tool for the betterment of society, human kind and the world.
The ideal from an Islamic perspective is for ethics to become lived ethics, to become an applied body of values and not remain unfortunately as it often is cloistered in the mosque of somewhere which is some more divorced from reality.
Myriam Francois-Cerrah became popular when she was a child for acting in the 90's hit film 'Sense and Sensibility.' Now she is gaining more popularity for being one of a growing number of educated middle class female converts to Islam in Britain.
She has recently contributed to a series of videos on Islam produced in the UK titled (Inspired by Muhammad).
 Source: http://www.onislam.net

Wednesday, 14 November 2012

Penjelasan Hukum: Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun


Penjelasan hukum : Doa Awal Tahun /Akhir Tahun

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre

Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..

Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

Asas pendapat pertama

kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

Asas pendapat kedua.

Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.

Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama.
Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

Jawapan kepada perbincangan ini.

Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?

Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?

Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid'ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid'ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.

Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?

Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara'. Bid'ah mustahabbah kata Imam Nawawi.

Kesimpulan:

Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Wallahu A'lam

Wasallallahu 'Ala Saiyidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in, Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin

Sumber :

1. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/10.html

2. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/11.html

Biodata Penulis :

Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari).Mantan Ketua Moderator Agama Laman Iluvislam.Com. Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Azab Allah Kepada Yang Meninggalkan Solat


by ADMIN on MAY 21, 2012
Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
 “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)


PENGUSAHA PUB MENEMUI HIDAYAH MELALUI PUISI



PENGUSAHA PUB MENEMUI HIDAYAH MELALUI PUISI
November 2nd, 2011 | 8:07 pm

Pedro dilahirkan berbangsa Portugis di Melaka 56 tahun yang lalu. Beliau seorang penganut agama Kristian. Sumber pendapatannya ialah melalui sebuah restoran dan pub yang diusahakannya sekian lama. Perniagaan PUBnya sungguh laris dan dipenuhi pelanggan setiap malam. Dia seorang yang mudah mesra dan bijak melayan para pelanggannya. Setiap malam dia akan minum arak bersama mereka. Berpuluh tahun lamanya, itulah cara hidup yang diketahuinya. Ramai pelanggan menjadi sahabat karibnya, bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga di kalangan golongan ekspatriat yang ramai terdapat di sekitar Ampang yang terkenal dengan kawasan pejabat Kedutaan. Perniagaannya berkembang maju dan hidupnya mewah hasil dari penjualan arak. Beberapa bulan sebelum Ramadhan 1432, hidupnya berubah secara drastik. Tidak tahu dimana dan bagaimana untuk memulakan cerita…secara tiba-tiba berbagai persoalan tentang Tuhan dan kehidupan masuk ke dalam fikirannya. Persoalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya. Hidupnya menjadi tidak keruan, jiwanya kacau, benaknya diasak persoalan. Tiba-tiba bagai ada satu kuasa menyuruhnya untuk menulis bait-bait puisi yang ada di dalam kepalanya. Dia tidak faham apa yang ditulisnya lalu Pedro merujuk kepada seorang sahabatnya seorang penulis. Menurut sahabatnya apa yang digambarkan di dalam puisinya itu berbicara tentang Allah yang satu. Pedro menjadi bertambah bingung. Suatu malam dia tersentak dari tidurnya dan serta-merta mulutnya menyebut “Allahuakbar”….. ungkapan yang tidak pernah disebutnya selama ini. Pedro tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Bagaikan ada suatu desakan di dalam nalurinya untuk segera beriman kepada Allah. Keesokannya hari Sabtu dia memohon bantuan seorang rakan untuk membawanya ke PERKIM. 2 jam menunggu rakan itu tidak kunjung tiba. Pedro terus memandu ke PERKIM sendirian. Tiba di PERKIM, Pengawal Keselamatan di situ enggan membenarkan dia masuk dengan alasan pejabat tutup, meskipun terdapat beberapa orang ustaz yang sedang mengajar kelas agama di tingkat atas. Pedro terus memandu dan tidak tahu ke mana arah untuk dituju dan kepada siapa untuk mengadu. Dia tidak lagi dapat menanggung desakan di dalam jiwanya yang tidak akan tenteram selagi dia tidak menemukan jawapannya hari itu juga. Lalu dia terpandang sebuah masjid berhampiran dan mengambil keputusan untuk berhenti dan masuk memohon bantuan. Dia terserempak dengan beberapa orang jemaah yang baru habis menunaikan solat dan meminta mereka membawanya bertemu dengan orang yang dapat membantunya. Mereka seakan tidak acuh dengan permintaannya dan menyuruh dia masuk ke dalam mencari sendiri. Akhirnya beberapa orang pengikut tabligh yang berada di dalam masjid menawarkan diri untuk membawa dia ke rumah Imam yang terletak di belakang masjid.
Malangnya Imam sudah keluar. Lalu mereka mengambil keputusan untuk memohon bantuan pembantu Imam. Sampai di rumahnya, isteri pembantu imam tidak membenarkan mereka mengganggu suaminya yang sedang tidur. Walaupun dipujuk berkali-kali dia tetap enggan mengejutkan Imam. Dengan kuasa Allah tiba-tba Imam pun tiba dengan motorsikalnya di rumah bersebelahan. Lalu mereka menemui beliau dan memohon bantuannya. Hari itu juga Pedro memeluk islam dan memilih “Abdul Aziz” sebagai nama baru. Meskipun berbagai rintangan yang dihadapi dengan kerenah beberapa orang yang enggan membantunya, Pedro sedikit pun tidak berasa hati malah menganggap itu semua sebagai dugaan dari Yang Maha Kuasa untuk menguji samada dia benar-benar yakin dengan keputusannya untuk beriman kepada Allah Yang Satu. Namun dugaannya tidak terhenti di situ sahaja malah menjadi tambah hebat lagi. Penghijrahan Pedro telah menyebabkan dia kehilangan isteri dan anak-anaknya. Isterinya yang juga merupakan rakan kongsi mengambil keputusan untuk pulang ke Ipoh. Kesemua pekerjanya juga bertindak berhenti kerja termasuk mereka yang beragama islam. Ada yang berkata “This business will not survive if you stop selling drinks (Beer), you will be a bankrupt! Mark my Word!”. Para pelanggan juga menjauhkan diri. Malah ada yang marah dan menganggapnya gila kerana menutup pub. 4 hari selepas berakhirnya Ramadhan, Pedro membuka restorannya semula dan menukar ia dari sebuah pub kepada sebuah Restoran Portugis Islam. Pekerjanya yang beragama Islam juga kembali bekerja malah telah menjadikan Pedro sebagai inspirasi dan contoh untuk mereka bertaubat dan mendekati Allah. Mereka mula berusaha untuk tidak meninggalkan solat. Isterinya masih lagi seorang Kristian…seperti kata Pedro; “berikan dia masa…hidayah itu harus datang dari dalam dirinya dan bukan dipaksa”. Anak-anaknya secara perlahan-lahan sudah mula dapat menerima Pedro sebagai seorang Islam. Pedro harus bangkit semula membina hidupnya di hujung usia setelah kehilangan semua pelanggannya. Jika dahulu dia boleh memperolehi pendapatan sehingga 5 ribu ringgit sehari, sekarang 500 ringgit pun agak payah. Namun keyakinannya terhadap agama yang dipilihnya menjadikan dia lebih tabah dan pasti bahawa hidupnya kini lebih baik dari hari-hari semalam. Inilah kisah beliau. Kisah sebuah penghijrahan dari kejahilan ke jalan Allah SWT dan bagaimana ia merubah 360darjah hidupnya. Ketika saya meminta untuk menulis kisah beliau, Pedro sangat keberatan. Beliau tidak mahu menggunakan Islam sebagai landasan untuk menarik pelanggan ke restorannya. Tetapi setelah dipujuk dan saya menyatakan niat saya supaya ceritanya ini untuk tujuan berdakwah dan sebagai inspirasi kepada orang lain barulah beliau bersetuju.

*Jika anda berada di sekitar Ampang saya sarankan untuk menyokong saudara baru kita ini dengan mengunjungi Restoran beliau Alamat: Restoran Pedro Portugis Muslim, C-G, Dataran Palma, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor. Restoran ini juga menyediakan hidangan buffet setiap Sabtu dari 7pm -10pm. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. Amin.

**Kisah Pedro ini akan dijadikan sebuah dokumentari untuk tayangan sempena Maal Hijrah (27 November 2011) di TVAlhijrah (ASTRO114).
Untuk maklumat lanjut sila ke link berikuthttp://www.facebook.com/pages/4-Hidayah-4-hijrah/205165492889000
Updated 12/11/2011


HUKUM ZIHAR


HUKUM ZIHAR
Larangan Suami menyamakan Isteri dengan Emak atau Kakak atau Adik perempuan.

Malah dilarang juga Suami memanggil Isteri dengan panggilan MAMA, IBU, UMI, MAK.

Hukum (Zhihar) berdasarkan kesepakatan para ulama adalah haram. Ini dilandaskan kepada Firman Allah “Orang-orang yang menzhihar isterinya di antara kamu, (menganggap isterinya sebagai ibunya, padahal) tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan suatu perkataan mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun”.
(QS. Al-Mujadalah: 3).

Kifarat (Denda) Bagi Suami yang Menzhihar Istrinya
Suami yang menzhihar Istrinya, maka dia wajib menbayar kifarat (Denda) sebelum dia bercampur dengan Istrinya. Sebagaiman yang termaktub dalam surat Al-Mujadalah. Allah SWT Berfirman “Orang-orang yang menzhihar isteri mereka, kemudian mereka hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan, maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang budak sebelum kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepada kamu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Barangsiapa yang tidak mendapatkan (budak), maka (wajib atasnya) berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Maka siapa yang tidak kuasa (wajiblah atasnya) memberi makan enam puluh orang miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan itulah hukum-hukum Allah, dan bagi orang kafir ada siksaan yang sangat pedih”
(QS. Al-Mujadalah: 3-4).


HAMKA - Ulama dan Pujangga Nusantara


HAMKA - Ulama dan Pujangga Nusantara
Oleh Hafidzi Mohd Noor 


Tidak ramai ulama yang mempunyai bakat seperti Buya HAMKA. Dia seorang kiyai (ulama) di samping seorang pujangga, sasterawan, budayawan, wartawan, pendidik dan tokoh pemimpin baik dalam bidang kemasyarakatan mahupun politik. Buya HAMKA amat dikenali dalam kalangan umat Islam di Malaysia khususnya pada tahun-tahun 1970-an yang amat senang dengan kuliah beliau yang penuh hikmah, lembut dan sarat dengan nilai-nilai falsafah. Bagi peminat kisah-kisah roman (cereka), novel-novel beliau sehingga hari ini seperti ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Vick’, ‘Menunggu Beduk Berbunyi’, ‘Di Lembah Kehidupan’, ‘Merantau ke Deli’, ‘Keadilan Ilahi’ dan ‘Di Bawah Lindungan Ka’abah’ masih diulang cetak dan menjadi bahan kepustakaan sastera Melayu yang sangat bernilai. Nilai-nilai seperti cinta, pengorbanan dan kesetiaan diadun di dalam novelnya berlatarbelakangkan realiti masyarakat pada zamannya yang melalui peralihan zaman sehingga menimbulkan konflik di antara kongkongan adat setempat dan tradisi dengan keluasan serta kesejagatan Islam yang progresif. HAMKA, satu nama yang tidak asing kepada dunia Islam khususnya di Nusantara adalah nama pena dan singkatan kepada nama penuhnya Hj. Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau dilahirkan di Padang Panjang, Pariaman, Sumatera Barat pada tahun 1908. Kampung halamannya yang terletak di danau Maninjau serta dikelilingi oleh Banjaran bukit Barisan yang indah itu besar pengaruhnya dalam membentuk jiwa seni dan kesusasteraannya yang halus. Pada usia remaja lagi beliau telah menghasilkan novelnya yang pertama ’Si Sabariah’. 
Pengaruh didikan ayahnya, Hj. Abdul Karim Amrullah (telah disentuh dalam bab yang lebih awal), seorang ulama progresif sangat besar dalam membentuk keperibadiannya. Polemik di antara kaum tua dan ayahnya yang mendukung fahaman ‘kaum muda’ melatari zaman kanak-kanaknya. Beliau juga dibesarkan pada saat kefahaman Komunis mula menular di Sumatera sehingga ramai anak-anak murid ayahnya yang mendapat pendidikan di Sumatera Tawalib (institusi yang dibangunkan oleh ayahnya) terpengaruh dengan ideologi tersebut; suatu yang sangat mengecewakan ayahnya. Sebenarnya, hubungan HAMKA dengan ayahnya terjejas apabila berlaku perceraian di antara ayah dan ibunya; dan ayahnya berkahwin lain. Semasa usianya meningkat kepada 13 tahun, ayah dan ibunya bercerai. Perceraian ini mengakibatkan jiwa remajanya memberontak dan beliau mula bergaul dengan golongan parewa. Beliau menghabiskan banyak waktu di luar berpencak, menari piring dengan memakai destar, menyaksikan perlawanan pacuan kuda, tempat orang berjudi dan menyabung ayam. Kerana sikapnya yang degil, beliau disebut sebagai anak nakal dan durjana yang tidak dapat dibaiki lagi. Satu sahaja kelebihan yang ada pada si Malik (panggilan orang kampung sewaktu kecil) iaitu beliau tidak pernah meninggalkan sembahyang. Bagi HAMKA, pengalaman pahit yang dilaluinya adalah natijah daripada kongkongan adat perpatih yang menjadi pegangan masyarakat Minangkabau. Kerana itu beliau mempunyai pandangan yang kritikal terhadap adat Minangkabau dan buah fikirannya ditumpahkan ke dalam dua buah buku iaitu ’Adat Minangkabau dan Agama Islam’ (buku ini diharamkan oleh Belanda) dan ’Adat Minangkabau Mengalami Revolusi’. Bahkan jika dihayati novel yang dikarang seperti ’Merantau ke Deli’ dan ’Keadilan Ilahi’, amat jelas HAMKA menjadikan penulisan popular sebagai saluran untuk mengkritik aturan adat dalam masyarakat Minangkabau. Seperti kebanyakan orang Minang, HAMKA juga suka berkelana. Ketika berusia 16 tahun, beliau berangkat ke Yogyakarta. Di sana beliau berkenalan dan belajar dengan HJ Omar Said Cokroaminoto, pimpinan SI yang terkenal itu. Dari Yogyajakarta beliau menuju Pekalongan untuk belajar dengan AR Sutan Mansur (ipar beliau), pemimpin Muhammadiyah. HAMKA pulang ke kampung halamannya di Padang Panjang dan menggerakkan tabligh (aktivisme) Muhammadiyah di rumah ayahnya. Pada tahun 1927, tanpa pengetahuan ayahnya, pada usia 19 tahun HAMKA telah belayar ke Mekah. Setelah pulang ke tanah air, beliau menjadi guru kepada buruh-buruh di sebuah kebun di Medan. Beliau dijemput oleh iparnya AR Sutan Mansur untuk kembali aktif dalam pergerakan Muhammadiyah. Beliau terus aktif berdakwah dalam organisasi Muhammadiyah sehinggalah pendudukan Jepun pada tahun 1942. Ketika itu beliau memegang pimpinan Muhammadiyah Sumatera Timur. Semasa pendudukan Jepun, HAMKA dan ramai tokoh ulama yang lain seperti KH Mas Mansur memberikan kerjasama kepada Jepun yang telah berjanji untuk memberikan kemerdekaan kepada Indonesia. Sebenarnya, Jepun hanya menggunakan ulama untuk mendapatkan sokongan rakyat agar terus menjayakan gagasan ‘Asia untuk Asia’. Jaminan itu tidak lebih daripada muslihat mereka untuk mengukuhkan cengkaman imperialisme Jepun sebagai ganti kepada penjajahan Barat. Walaubagaimanapun Jepun terpaksa memberikan kemerdekaan itu apabila sudah terang mereka berada di pihak yang kalah dalam perang pasifik. Proklamasi (kemerdekaan) diisytiharkan pada 17 Ogos 1945. Belanda tidak mengiktiraf kemerdekaan ini dan telah meminta bantuan British untuk kembali menjajah Indonesia. Rakyat Indonesia yang bertekad untuk mempertahankan kemerdekaan tersebut telah melancarkan Perang Revolusi yang berlangsung selama lima tahun. HAMKA sendiri menyertai pasukan bergerila memerangi pihak Berikat di Sumatera Barat. Ketokohan HAMKA sebagai ulama dan tokoh gerakan Islam bermula pada tahun-tahun 1950-an. Beliau dilantik menjadi pegawai kementerian agama pada tahun 1950. Dengan jawatan itu, beliau telah ditugaskan untuk mengajar di beberapa universiti dan Institusi seperti Perguruan Tinggi Agama Islam Negeri (PTAIN) Yogyakarta, Universiti Islam Jakarta, Fakulti Hukum dan Falsafah Muhammadiyah di Padang Panjang, Universiti Muslim Makasar dan Universiti Islam Sumatera Utara (UISU). Penglibatan beliau dalam politik bermula dengan Pemilihan Umum Pertama (PEMILU) Tahun 1955 di mana beliau dicalonkan sebagai anggota DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) Masyumi, Jawa Tengah. Tindakan Sukarno yang menerapkan gagasan ‘Demokrasi Terpimpin’ menyebabkan Dewan Konstituante dan semua parti politik dibubarkan pada tahun 1960 (demokrasi terpimpin adalah nama lain bagi kepimpinan autokratik atau diktator). Seiring dengan arahan Presiden yang menghalang mana-mana pegawai kerajaan untuk terlibat dalam ORMAS (Organisasi masyarakat), maka Buya HAMKA melepaskan jawatan sebagai pegawai agama dan terus aktif dalam Muhammadiyah. Bermula tahun 1960-an, Buya HAMKA mula menerima pelbagai mehnah kerana sikapnya yang tegas seringkali menimbulkan pertembungan dengan pihak pemerintah. Tindakan Sukarno menerapkan ‘demokrasi terpimpin’ dibidas oleh HAMKA sebagai ‘jalan lurus menuju neraka’. Pendiriannya yang tegas ini menyebabkan beliau menjadi sasaran pemerintah. Pada tahun 1964, beliau ditahan atas tiga tuduhan subversif di bawah akta ISA (Anti Subversive Act). Salah satu daripada tuduhan itu ialah terlibat sama dalam komplot untuk membunuh Presiden Sukarno dengan menerima sejumlah wang daripada Tunku Abdul Rahman (Persekutuan Tanah Melayu). Kesemua tuduhan itu adalah merupakan fitnah yang direka-reka untuk mencari ‘kambing hitam’ ketika Sukarno mengisytihar ‘ganyang Malaysia’ dalam peristiwa konfrantasi. Ketika dipenjarakan selama hampir tiga tahun (1964-1966) itulah Buya HAMKA melengkapkan ’Tafsir Al-Azhar’ (30 juzuk) yang merupakan karya beliau yang teragung. (Dipetik daripada buku "Jejak Risalah di Nusantara" Jilid 6) SEMINAR: ISLAM@NUSANTARA bersama Dr Hafidzi Mohd Noor sempena kemerdekaan pada 31 Ogos 2010. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila lihat bahagian kanan blog ini.
http://islamatnusantara.blogspot.com/2010/08/hamka-ulama-dan-pujangga-nusantara.html
14.11.2012 - 02.00 am