Saturday 28 April 2012

2012 - MELAKA (AEON BANDAR BARU & LUBOK CHINA)


AEON BANDARAYA MELAKA
23-28 MARCH 2012



Program Minggu Jantung Melaka 2012 berlansung di AEON Bandaraya Melaka dari 23 hingga 28 March 2012. AEON Bandaraya Melaka terletak di Kawasan Bandar, Daerah Melaka Tengah, Peringgit.


HANG TUAH CITY HOTEL, BUKIT BARU, MELAKA
Sepanjang di Melaka kami menginap di Hang Tuah City Hotel (sebelum ini dikenali dengan Straits Meridian Hotel)  yang terletak di Taman Malinja , Bukit Baru, Melaka.






MENARA TAMING SARI


Menara Taming Sari dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Ia adalah Menara Gyro yang pertama di Malaysia dan direkodkan dalam Malaysia Book of Records. Mempunyai ketinggian 110 meter, pengunjung boleh melihat panorama bandaraya Melaka dari atas Menara ini.
Dinamakan sempena nama Keris Taming Sari, iaitu senjata yang digunakan oleh Legenda Melaka Pahlawan Hang Tuah. 

Taming Sari Tower.JPG





BUKIT BARU, MELAKA


Beberapa keping gambar yang sempat saya ambil sepanjang berada di Melaka. 



Masjid Al-Azim merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia di bina ada tahun 1984 dan siap sepenuhnya pada 12 Januari 1990. 






LUBOK CINA, MELAKA
28 APRIL 2012

Lubok Cina Melaka adalah kampong arwah ibu ku Hjh Yang Chik. Aku bersama Abang dan kakak-kakak ku pulang ke kampong pada 28 April 2012 untuk meninjau tanah pusaka peninggalan arwah ibu kami. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lubok Cina adalah sejauh 102 km. 










15.1.2015







Wednesday 25 April 2012

2012 - SMK BENTONG, PAHANG

Lokasi: Sek.Men.Keb. Bentong, Pahang
Tarikh: 25 April 2012
Jarak Perjalanan 
Kuala Lumpur ke Bentong : 62.2 km (58 minit)

SMK BENTONG

Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong.jpg

SMK Bentong adalah sekolah Menengah harian berasrama yang terletak di Kg. Benus, Bentong , Pahang. Ianya terletak kira –kira 5 km dari pusat Bandar Bentong.
SMK Bentong mengambil sempena nama Bandar Bentong. Menurut masyarakat tempatan, Bentong berasal daripada nama sejenis pokok buluh iaitu Buluh Betung yang banyak terdapat di kawasan ini. Sekolah ini dahulunya dikenali dengan Sekolah Menengah Aneka Jurusan. Ianya ditubuhkan pada 1 Januari 1965.
Guru Besar pertama SMK Bentong ialah En. Mohd Nor bin Hj Osman. Kebanyakan pelajar sekolah ini datang dari Kg. Benus, Felda Lurah Bilut, Felda Mempaga, Sertik dan Simpang Pelangai. 
Seramai 98 orang murid dan 17 Guru dan kakitangan sekolah menjalani ujian kesihatan. 



Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong
Kampung Benus
28700, Bentong
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092221163


Fax = 6092235081











BENTONG , PAHANG
Bentong merupakan salah satu daerah dalam Pahang. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 km². Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa. Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin pesat membangun. Jalan Bentong merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan. Bentong akan mempunyai komuter yang akan memhubungkannya dengan Kuala Lumpur. Di Bentong terdapat kawasan terkenal seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi. Sejarah nama Bentong adalah daripada "banyak untung" kerana pada masa dahulu Bentong mempunyai lombong bijih timah. Ayat tersebut dikatakan oleh orang Cina yang melombong, sehingga akhirnya ia menjadi "Bentong"







Gambar ini diambil semasa menghadiri mesyuarat penyelarasan di PKD Bentong

Semasa program di Bentong, kami menginap di Hotel Kristal yang terletak Jalan Chan Siang Sun, Bentong, Pahang. 



Hotel Kristal (Bentong)
Jalan Chan Siang Sun
28700 Bentong
Pahang
Tel: 09-223 2118


Zulheimy Maamor
14.10.2013
SM