Sunday, 26 February 2012

YJM - Johor Heart Week 2012

Lokasi: AEON Tebrau City, Johor Bahru, Johor
Tarikh: 21-26 Februari 2012



Perjalanan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia (AT  YJM) yang berikutnya ialah Program Minggu Jantung Johor yang diadakan di AEON Tebrau City Johor Bahru.  Dibuka pada Januari 2006 AEON Tebrau City yang dahulunya dikenali dengan Jusco Tebrau City adalah  komplek membeli belah terkenal di JB.

Selama seminggu di sini kami menjalankan ujian Saringan Kesihatan untuk orang ramai di Kompleks ini. Antara ujian yang dijalankan ialah Ujian Tekanan Darah,Ujian Kolesterol, Ujian Glukose, Body MassIndex dan Ujian Elektrokardiogram (jantung). Seramai 912 orang telah menjalankan ujian saringan kesihatan dan 130 orang menjalani ujian Elektrokardiogram sepanjang 6 hari kami di sini. 




Pendaftaran sedang dijalankan
Sepanjang program dijalankan bantuan tenaga jururawat dan Penasihat Pemakanan dibantu oleh Jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. 

Kaunseling dan Nasihat Pemakanan diberikan kepada pengunjung

Antara ujian yang dijalankan ialah ujian Kolesterol dan Glukos

Ujian Tekanan Darah

Program berakhir pada 26 Februari 2012. 


Zulheimy Bin Maamor
13.10.2013


Sunday, 12 February 2012

TANJUNG TUAN, PORT DICKSON (2012)


 RUMAH API TANJUNG TUAN


Rumah Api Tanjung Tuan adalah nama yang tidak asing bagi pelaut-pelaut yang menyusuri Selat Melaka. Terletak di Port Dickson Negeri Sembilan, rumah api ini merupakan yang tertua di Malaysia. 
Rumah Api adalah merupakan panduan penting bagi kapal-kapal yang berlayar di sekitar kawasan berdekatan terutama di waktu malam. 
Sebagai bekas Pelaut, ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia dan bertugas dengan kapal-kapal TLDM ketika itu... kapal saya sering melalui Selat Melaka dan setiap kali melayari Selat Melaka, kami sering melalui perairan Tg Tuan.  Ketika itu di atas dek kapal, saya sering melihat Rumah Api Tanjung Tuan ini dari kapal. Ketika itu pernah terfikir dalam hati bahawa satu hari nanti saya ingin mengunjungi rumah api ini.....

Ternyata apa yang pernah saya fikirkan puluhan tahun dahulu menjadi kenyataan ketika saya bekerja dengan sebuah badan NGO iaitu Yayasan Jantung Malaysia yang ketika itu mengadakan Kursus Motivasi di Casa Rachado Beach Resort yang terletak tidak jauh dari Rumah Api Tg.Tuan. Kursus yang berlansung selama 2 hari itu turut memasukan acara lawatan ke Rumah Api Tg Tuan dalam program latihan. Ini ialah kerana untuk sampai ke Rumah Api tersebut terpaksa mendaki lorong berbukit yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

TEAM YJM DI TG. TUAN PORT DICKSON
11 FEBRUARI 2012





Laluan untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan

Tanjung Tuan yang juga dikenali sebagai Cape Rachado mengambil sempena nama “Battle of Cape Rachado” berlaku pada tahun 1606 antara Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dengan Armada Portugis yang akhirnya membawa kepada penyerahan Melaka oleh Portugis kepada Belanda pada tahun 1641.
Rumah Api ini dibina oleh Portugis pada tahun 1528 untuk membantu kapal-kapal memasuki pelabuhan Melaka ketika itu. Rumah Api ini dibina semula oleh British pada tahun  1817 semasa pemerintahan sementara British dibawah arahan Sir William Farquhar.
Pada tahun 1990, Rumah Api ini menempatkan Radar MEASAT yang dibina untuk memantau lalu lintas kapal di Selat Melaka dan membantu dalam komunikasi. 


Gambar di ambil dari Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Melihat lautan luas dari Rumah Api ini mengimbau kembali kenangan ketika saya bertugas di kapal dulu.... kalau dulu saya sering memerhatikan rumah api Tg Tuan ini dari atas dek kapal... kini saya berada di Rumah Api Tg Tuan dan melihat lautan luas yang suatu ketika dulu disinilah saya memerah keringat dan juga adalah lubuk rezeki saya suatu ketika dulu. Sungguh sayu rasa hati bila memikirkan yang saya pernah melayari lautan ini... 
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa di Tg Tuan ini terdapat pusaran air yang ganas yang pernah menenggelamkan sekurang-kurangnya 4 buah kapal perang milik Belanda dan Portugis sekitar tahun 1605. 
Banyak kisah-kisah misteri yang diceritakan mengenai Tanjung Tuan ini... sejauh mana kebenarannya ... hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. 
Saya juga pernah mengalami beberapa peristiwa aneh setiap kali  kapal melintasi Tg Tuan... kapal akan terputus hubungan radio (Radio Silence) kerana aku ketika itu adalah anggota Komunikasi TLDM... perkara ini jarang berlaku di tempat lain.. cuma di Tg Tuan sahaja hubungan radio akan terputus... tidak kedengaran apa - apa pancaran pun dari mana - mana stesen. 
Hal ini memang banyak kali terjadi terutama ketika aku bertugas dengan kapal  Ronda TLDM KD Sri Negri Sembilan ketika itu... apakah mungkin agaknya secara kebetulan nama kapal saya bertugas ini adalah nama negeri terletaknya Tg Tuan ini....
Wallahu Alam





Melihat matahari terbenam di Tg Tuan adalah merupakan suatu pemandangan yang cukup indah dan sangat cantik sekali. Saya tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan itu dalam sebuah foto yang saya ambil.

CASA RACHADO BEACH RESORT, PORT DICKSON, NS





Casa Rachado Beach Resort, Tanjung Tuan Port Dickson, N.Sembilan adalah penginapan kami ketika kursus motivasi tersebut dijalankan dari 11 - 12 February 2012...

Zulheimy Maamor
19.6.2013






Saturday, 11 February 2012

KURSUS MOTIVASI – PORT DICKSON 11-12 FEBRUARY 2012

KURSUS MOTIVASI – PORT DICKSON
11-12 FEBRUARY 2012
9 setaf Yayasan Jantung Malaysia telah menghadiri Kursus Motivasi di Casa Rachado Resort yang terletak di Port Dickson, N.Sembilan. Turut serta ialah 6 Ahli Lembaga Pengarah YJM. Kursus berjalan selama 2 hari. Kami menginap di Casa Rachado Beach resort.
Ceramah Motivasi disampaikan oleh Col (Rtd) Mohan. Selain dari kursus motivasi  setaf YJM juga terlibat dalam Latihan Team Building dan Jungle Trecking di Hutan Rekreasi Tg. Tuan.


Sebahagian Peserta Kursus Motivasi Yayasan Jantung Malaysia, 2012

TEAM BUILDING
Antara modul kursus termasuklah Team Building yang bertujuan mewujudkan semangat kerjasama antara pasukan. Dalam latihan ini para peserta kursus dikehendaki membina rakit dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan yang pertama menyiapkan rakit dianggap mempunyai semangat kerjasama yang kuat. 



RUMAH API TANJUNG TUAN
Satu lagi aktiviti yang dijalankan ialah mendaki bukit ke Rumah Api Tanjung Tuan. Latihan ini agak mencabar memandangkan sebahagian setaf YJM sudah agak berumur... namun umur bukanlah penghalangnya... kami semua berjaya sampai ke puncaknya iaitu dimana terletaknya rumah api Tanjung Tuan. 













Pemandangan Matahari terbenam di Tanjung Tuan adalah suatu pemandangan yang cukup menakjubkan ...begitulah indahnya alam ciptaan Allah Yang Maha Esa...SUBHANALLAH

Rumah Api Tanjung Tuan yang terletak di kawasan daerah Alor GajahMelaka merupakan rumah api antara yang tertua di Malaysia. Selain itu, rumah api ini dilancarkan pada tahun 1958.
Rumah api ini dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British, khususnya semasa Stamford Raffles. Ia kemudian dibina semula pada tahun 1860 setelah menara yang asal termusnah, akibat perang. Dari puncak Tanjung Tuan akan kelihatan pusaran air yang ganas yang menenggelamkan sekurang-kurangnya empat buah kapal perang Belanda dan Portugis pada tahun 1605.
Rumah api ini berfungsi untuk membantu kelasi, kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan. Ia dikawal dan diselenggarakan olehShahbandar Melaka. Sebuah radar untuk tujuan pengawalan laluan kapal-kapal besar di Selat Melaka baru saja dipasang di stesen rumah api ini pada awal tahun 1990.
Rumah api ini asalnya daripada bangunan kayu sahaja tetapi kini telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu yang memenuhi piawai antarabangsa. Kos pembinaannya lebih daripada sejuta ringgit. Di tepi rumah api ada lorong denai menuju ke Tok Keramat Lela dan medan tinjau Pulau Intan. Laluan denai daripada batu telah dibina oleh Jabatan Perhilitan Melaka. Disebabkan faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka kepada orang ramai.
CASA RACHADO BEACH RESORT PD
Sepanjang berkursus kami menetap di Casa Rachado Beach Resort. 
Casa Rachado adalah sebuah resort Caribbean bertemakan latihan di Pantai Cermin, pantai betul-betul di belakang Blue Lagoon di batu 10 Port Dickson. Hotel bajet ini menawarkan penginapan di dalam bilik tunggal, bersama-sama dengan unit-unit pangsapuri bilik tidur double dan triple. Kebanyakan kemudahan berfungsi, tetapi kemuncak penginapan di sini adalah ketenangan persekitaran, subur semula jadi, yang terletak bersebelahan dengan Cape Rachado hutan simpan. Juga, terdapat banyak aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh resort termasuk memancing, berakit, terbang musang, berkanu, kursus halangan, meredah hutan dan banyak lagi. Ini menjadikan ia satu tempat yang popular untuk perjalanan pembinaan pasukan kasual untuk kumpulan besar tetamu.







Setelah penat dengan kursus di siang hari..malam kami bersantai sekejap dengan Karaoke

Kursus selama 2 hari ini berakhir pada 12 Feb 2012. Banyak manfaat yang diperolehi oleh peserta kursus dan diharap semoga kursus seperti akan dijadikan Kursus Tahunan demi untuk membina satu organisasi yang mantap dengan para pekerja yang mempunyai semangat motivasi dan semangat kerjasama yang tinggi. 

Zulheimy Maamor
13.10. 2013