Wednesday 1 August 2001

2001 - LAWATAN KE BEIJING, TIANMEN DAN CHENGDE

Alhamdullillah pada 27 Julai tahun 2001 saya berpeluang melawat ke Republik Rakyat China bersama setaf The Institution of Engineers, Malaysia
Jadual lawatan kami meliputi 3 daerah iaitu Bejing, Tianmen dan Chengde. 

Jarak Kuala Lumpur ke Beijing

Visa yang dikeluarkan oleh Kerajaan China



BEIJING
Beijing yang sebelum ini dikenali dengan nama Peking adalah merupakan ibunegeri Republik Rakyat China. Beijing adalah Bandaraya kedua terbesar di China selepas Shanghai. Ia juga merupakan salah satu daripada  4 Ibu Kota Kuno Agung China. 
Beijing menjadi ibu Negeri China sejak dari Zaman pemerintah Dinasti MingMaharaja Yongle yang bertanggungjawab memindahkan ibukotanya dari Nanjing ke Beijing. Malah Maharaja Yongle jugalah yang pertama menggelarkannya dengan nama "Beijing" .








Hotel tempat kami menginap ketika di Beijing


TIANANMEN SQUARE BEIJING

THE TIANANMEN SQUARE, BEIJING

TIANANMEN SQUARE
Dataran Tiananmen ialah dataran besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China. Tiananmen (Pintu Damai Syurga) terletak arah utara dan memisahkan dataran ini dengan Kota Larangan (The Forbidden City). Dataran ini adalah seluas 40.5 hektar (100. Ekar) dan merupakan dataran yang terbesar di dunia.
Berhampiran dataran ini juga terletaknya Makam Mao Zedong (Pengasas Republik Rakyat China pada 1949). Makam ini telah disiapkan pada tahun 1977.
Di sinilah pada 15 April 1989 berlakunya siri tunjuk perasaan yang dipimpin oleh pelajar, cendekiawan dan aktivis buruh di Republik Rakyat China. Kematian akibat rusuhan ini adalah antara 2,000 hingga 3,000 orang mengikut angka Persatuan Pelajar China  dan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa. 




Bersama rakan-rakan The Institution of Engineers, Malaysia




SUMMER PALACE
Summer Palace atau Istana Musim Panas terletak di pinggir bandar Beijing, China, kira-kira 15 km mengikut lebuhraya dari ibu kota Beijing. Ia menjadi tarikan pelancong  dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1998. 
Asalnya dibina dizaman Dinasti Jin (1115-1234) pada tahun 1153 oleh Maharaja Wanyan Liang









Seorang gadis Cina sedang menunjukkan cara-cara membuat Chinese Tea yang betul mengikut tradisi orang-orang Cina

THE FORBIDDEN CITY OF BEIJING
Dalam rangka lawatan Setaf The Institution of Engineers Malaysia pada tahun 2001, kami telah berpeluang untuk melawat Kota Larangan di Kota Beijing, China. Teringat saya kepada 2 buah filem yang pernah saya tonton suatu ketika dahulu yang mana penggambaran dilakukan di Kota Larangan ini. 

Filem "The Last Emperor" yang dikeluarkan oleh Columbia Pictures pada tahun 1987 mengisahkan kehidupan Maharaja Puyi , iaitu Maharaja China yang terakhir yang telah digulingkan pada tahun 1911. 
Filem "Shanghai Noon" lakonan Jackie Chan dan Owen Wilson yang diterbitkan pada tahun 2000. 

Kota Larangan (Forbidden City) adalah merupakan istana Maharaja China yang mula digunakan semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming. Kini ia menempatkan Muzium Istana yang dibuka untuk lawatan kepada orang ramai.
Istana ini telah digunakan oleh Maharaja China hampir 500 tahun sehingga Maharaja Puyi dari Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911.Dibina atas perintah Maharaja Zhu Di (Maharaja ke 2 Dinasti Ming) pada tahun 1406 hingga 1420 ia mengandungi 980 buah bangunan dan 8,707 buah bilik. Kota ini telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia  pada tahun 1987.




Setaf The Institution of Engineers, Malaysia 


THE GREAT WALL OF CHINA
Teringat ketika zaman persekolahan dahulu. Dalam pelajaran Ilmu Alam antara yang dipelajari ialah Negara China. Saya masih ingat bila melihat gambar Tembok Besar saya berasa begitu kagum dan teringin sekali melihatnya dengan lebih dekat.
Ternyata impian saya itu tercapai apabila saya berpeluang melawat Negara China pada tahun 2001 bersama setaf The Institution of Engineers,Malaysia. Kami berpeluang melawat Beijing, Tianmen dan Bandar Pergunungan Chengde


Sedikit Info Mengenai Tembok Besar China:
Tembok Besar China adalah satu dari 7 Keajaiban Dunia dan telah disenaraikan dalam World Heritage UNESCO pada tahun 1987. Panjang Tembok Besar China ialah kira-kira 6,400 kilometer bermula dari Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai yang terletak berhampiran sempadan China dan Manchuria.
Dibina lebih 2,000 tahun dahulu oleh Maharaja China yang pertama, Qin Shi Huang di semasa Pemerintahan Dinasti Qin (221 SM – 206 SM).
Tinjauan yang dilakukan oleh ahli arkeologi pada tahun 2009 menggunakan peralatan teknologi masakini melaporkan bahawa panjang keseluruhan Tembok Besar China adalah 8,851 km (5,500.3 batu).
Walaupun Tembok Besar ini dibina di zaman Dinasti Qin, namun apa yang kita lihat pada hari ini adalah pembangunan yang dilakukan oleh Maharaja Dinasti Ming (1368M – 1644M). 

















PUTUO ZONGCHENG TEMPLE, CHENGDE

BEIJING TO CHENGDE



Hotel dimana saya dan rakan-rakan menginap ketika di Chengde


PUTUO ZONGCHENG TEMPLE,CHENGDE

Putuo Zongcheng Temple, salah satu daripada Tapak Warisan Dunia terletak di Bandar Pergunungan Chengde dalam daerah Hebei,China. Dibina pada tahun 1767 oleh Maharaja Qianlong (1735-1796) dari Dinasti Qing.

Chengde adalah kawasan pergunungan yang dipilih oleh Maharaja China di zaman Dinasti Qing sebagai istana ketika musim panas di China.

Antara yang menarik di Chengde ialah PUTUO ZONGCHENG TEMPLE salah satu daripada Tapak Warisan Dunia terletak di Bandar Pergunungan Chengde dalam daerah Hebei,China. Dibina pada tahun 1767 oleh Maharaja Qianlong (1735-1796) dari Dinasti Qing.
Pada tahun 1994, Putuo Zongcheng Temple dan juga Chengde Mountain Resort telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan UNESCO.


Xumi Fushou Temple dibina pada 1780 semasa Pemerintahan Maharaja Qianlong, salah satu dari 8 kuil yang terdapat di Chengde. 




Jinshangling adalah Tembok Besar China yang terdapat di daerah Chengde, Hebei Province di China, lebih kurang 130 utara-timor Beijing. Dibina pada tahun 1570 di Zaman Dinasti Ming mempunyai 67 Menara Kawalan. 




 THE THIRTEEN MING TOMBS

The 13 Ming Tombs terletak 50 kilometer dari Bandar Beijing. Ia adalah perkuburan 13 Maharaja Dinasti Ming (1368 – 1644) bermula daripada Maharaja Yongle (yang memindahkan ibu negeri China dari Nanjing kepada Beijing). The Xiaoling Tomb adalah tapak perkuburan Maharaja Dinasti Ming yang pertama iaitu Maharaja Hongwu. Maharaja Dinasti Ming yang terakhir dimakamkan di sini ialah Maharaja Chongzhen yang membunuh diri dengan menggantung diri pada 15 April 1644. 








THE SUMMER RESORT  PALACE, CHENGDE
The Summer Resort Palace adalah Istana Musim Panas dibina antara tahun 1703 dan 1792 semasa pemerintah Dinasti Qing. Ia mengambil masa 89 tahun untuk disiapkan. Berkeluasan 5.6 kilimeter iaitu hampir separuh daripada kawasan Perbandaran Chengde di China. Istana ini digunakan oleh Maharaja Kangxi, Qianlong dan Jiaqing untuk menghindari musim panas di Beijing. Ia dibina hampir menyerupai Kota Larangan di Beijing. 

TEMPLE OF THE HEAVEN
The Temple of the Heaven dibina oleh Maharaja Yongle dari Dinasti Ming pada tahun 1406 hingga 1420. Bagaimanapun kuil ini diperbesarkan dan dinamakan Temple of the Heaven oleh Maharaja Jiajing pada abad ke 16.
Kompleks ini dilawati oleh Maharaja dari Dinasti Ming dan Qing sebagai acara sembahyang tahunan memohon kepada dewa syurga untuk musim menuai agar mendapat tuaian yang baik untuk tahun itu. 









TOP CITY UNDER THE HEAVEN


Dibina pada tahun 1992 dengan keluasan seluas 380 ribu meter persegi menggabungkan senibina moden dan sejarah.






BEIJING WONDERLAND







KENANGAN DARI BEIJING


 Kenangan Mendaki Tembok Besar China


Demikian berakhir lawatan kami ke China pada tahun 2001. 

** selepas ini saya ada beberapa kali lagi melawat ke China seperti ke Shanghai, Suzhou, Hangzhou, Yangshuo, Guilin dan Guangzhou. 


Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
30 July 2023 > 12 Muharram 1445H: 3.11 pm