Thursday 31 October 1991

KD LEKIR : NEW ZEALAND IRFR 1991



Sambungan dari :
http://zulheimymaamor.blogspot.my/2012/09/kd-lekir-australia-1991.html

Dari Sydney, New South Wales, KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan pelayaran ke Auckland, New Zealand untuk menyertai RNZN International Royal Fleet Review dan juga Perbarisan menyambut Ulangtahun ke 50 Tentera Laut DiRaja New Zealand. 

AUCKLAND, NEW ZEALAND







Devonport Naval Base terletak di Devonport,pantai Utara Auckland, New Zealand. Ditubuhkan seawal tahun 1841, pengkalan ini terdiri daripada HMNZS Philomel (pusat pentadbiran pengkalan), Fleet Support Organisation and juga Fleet Personnel and Training. 


N.ZEALAND INTERNATIONAL ROYAL FLEET REVIEW
Perbarisan Armada Tentera Laut Antarabangsa di Auckland, New Zealand disertai oleh 35 buah kapal perang daripada 9 negara iaitu Malaysia, Australia, Canada, Kepulauan Cook, Singapura, Tonga, Vanuatu, Samoa Barat dan New Zealand. Upacara dirasmikan oleh Gabenor Jeneral, Puan Dame Catherine Tizard.
Menyertai perbarisan Armada Tentera Laut Antarabangsa bukanlah sesuatu yang dapat dirasai oleh semua anggota Tentera laut. Menjadi satu kebanggaan bagi seorang anggota Tentera Laut terpilih menjadi duta kecil negara di peringkat antarabangsa. Begitulah yang dirasai oleh 70 pegawai dan anggota TLDM dari KD Lekir dan KD Mahawangsa yang menyertai perbarisan di Bandaraya Auckland,New Zealand. 

Diantara negara-negara yang turut terlibat dalam perbarisan armada Antarabangsa di bandaraya Auckland, NZ.
KAPAL-KAPAL TERLIBAT DALAM NZ IRFR - 1991

New Zealand
HMNZS Canterbury, HMNZS Wellington, HMNZS Southlands, HMNZS Endeavour, HMNZS Waikato, HMNZS Manawanui, HMNZS Monowai, HMNZS Tui, HMNZS Tarapunga, HMNZS Takapu, HMNZS Hinau, HMNZS Wakakura, HMNZS Kiwi, HMNZS Moa dan HMNZS Kahu

Australia
HMAS Perth, HMAS Hobart, HMAS Ipswich dan HMAS Dubba

Canada
HMCS Yukon, HMCS Saskatchewan, HMCS Mackenzie dan HMCS Provider

Cook Island
MV Te Kukupa

Malaysia
KD Lekir dan KD Mahawangsa

Singapore
RSS Endurance, RSS Vigour dan RSS Valour

Tonga
HMS Savea

Vanuatu
RVS Tukoro

Western Samoa
MV Nafanua















Gambar di Sekitar Queenstreet, Auckland semasa NZ IRFR





Kapal dibuka untuk lawatan orang awam di Auckland, N. Zealand


HMNZS TAMAKI 



HMNZS Tamaki adalahPusat latihan bagi anggota - anggota Tentera Laut Di Raja New Zealand sepertimana KD Pelandok di Lumut, Perak.

Nota:
HMNZS Tamaki telah dilucutkan tauliah pada tahun 2000.

HMNZS PHILOMEL



HMNZS Philomel adalah sebuah pengkalan utama bagi Pentadbiran Tentera Laut Di Raja New Zealand. HMNZS Philomel adalah sebahagian daripada Devonport Naval Base, North Shore City, Auckland, New Zealand.
Pengkalan ini dibina pada tahun 1921 apabila division Tentera Laut New Zealand mula-mula ditubuhkan. Pengkalan ini ditauliahkan semula sebagai pusat latihan pada tahun 1941. 

Gambar Kenangan bersama Laskarnita Royal New Zealand Navy





3 Sahabat dari RNZN yang sentiasa membantu kami semasa di New Zealand







Setelah beberapa hari berada di Auckland, KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan destinasi seterusnya iaitu Port of Wellington di New Zealand. Semasa dalam pelayaran ke Wellington, kapal-kapal telah mengadakan latihan bersama di perairan New Zealand. 


HMCS Yukon dari Canada yang  turut terlibat dalam Latihan AUCKEX 1/91


Pegawai Memerintah KD Lekir, Kdr Noor Azman Hj Othman (Tengah) bersama anggota-anggota Komunikasi KD Lekir ketika kapal melalui White Island, N. Zealand.



Sesuatu yang jarang atau tidak ada di negara kita pasti akan menarik minat anak-anak kapal seperti contoh Gunung Berapi yang memang tidak ada di negara kita Malaysia. Semasa pelayaran ke Wellington, kapal telah melalui sebuah Gunung Berapi di New Zealand. Kami difahamkan bahawa terdapat beberapa gunung berapi di New Zealand dan kebanyakannya masih aktif. 

PORT OF WELLINGTON,NZ





Wellington adalah ibu negeri dan bandar kedua mempunyai ramai penduduk selepas Auckland. Ia terletak antara Selat Cookd an Rimutaka Range dan mempunyai penduduk berjumlah 393,400 orang.
Nama Bandar Wellington adalah mengambil sempena nama Arthur Wellesley, Duke of Wellington yang pertama dan juga merupakan panglima Tentera Laut British semasa Battle of Waterloo.
Bandar Wellington pernah mengalami beberapa kejadian gempa bumi yang agak teruk pada tahun 1848 dan 1855.  Gempa bumi yang paling kuat pernah direkodkan di New Zealand ialah Gempa Bumi Wairarapa pada tahun 1855. 








HMCS Yukon dari Canada yang turut serta dalam IRFR New Zealand 1991


Setelah beberapa hari berada di Wellington, kapal meneruskan pelayaran dan singgah di beberapa pelabuhan sebelum pulang ke Malaysia. Di antara pelabuhan itu ialah Adelaide, Perth dan Surabaya.
Kapal selamat tiba di Pelabuhan Lumut Perak (Jangka Masa tiba - tidak ingat).

Selepas pulang dari Pelayaran ke Australia dan New Zealand, aku telah ditukarkan ke Stesen Komunikasi TLDM Kuantan (SKTLDM Kuantan) di Tanjung Gelang, Kuantan dan berkhidmat di sana sehingga aku menamatkan perkhidmatan pada Januari 1996. 

Sesungguhnya kenangan bersama KD Lekir tidak dapat aku lupakan sepanjang hayat ku..... 

Hj. Zulheimy Maamor
Update: 30 July 2023 > 12 Muharram 1445H: 2.51 am