Wednesday, 4 December 1991

KD LEKIR : 7 AUG 1989 - 4 DEC 1991

KD LEKIR - 22ND CORVETTE SQUADRON

KD LEKIR
Pengkalan TLDM, Lumut, Perak
7.8.1989 - 4.12.1991





Kapal Diraja Lekir dinamakan bersama nama pahlawan Melayu Hang Lekir di mana beliau adalah salah seorang daripada 5 pahlawan Melayu bersaudara  di zaman Kesultanan Melayu Melaka pada pertengahan abad ke 15. Kapal yang berat 1580 tan ini dengan kepanjangan 97.3 meter merupakan kapal korvet yang berupaya untuk menangkis sebarang ancaman udara, permukaan dan bawah permukaan.


Skuadron Korvet ke-22 terdiri daripada KD KASTURI dan KD LEKIR. Kedua-duanya dinamakan, bersempena dengan lagenda ulung kepahlawanan Melayu dahulu kala, HANG KASTURI dan HANG LEKIR ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka pada kurun ke 15.


KD LEKIR dibina oleh Blohm Voss (HDW) Shipyard di Kiel, Jerman Barat pada 14 Mei 1983. Kapal ini dilengkapi dengan Meriam 100m/55 DP sebagai senjata utama turut dilengkapi dengan MM40 Exocet Surface to Surface Missile
Kapal ini kemudiannya melalui beberapa siri ujian laut, pengintegrasian dan penilaian terakhir sistem tempur sebelum ditauliahkan pada 15 Ogos 1984 oleh Panglima Tentera Laut kedua Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh.

Pegawai Memerintah pertama KD Lekir ialah Kdr Ramly Bin Abu Bakar N/400228.



Saya berkhidmat di KD Lekir dari 7 Ogos 1989 sehingga 4 Disember 1991. KD Lekir berpengkalan di Lumut, Perak. Sebagai anggota TLDM adalah suatu kebanggaan jika dihantar bertugas disebuah kapal yang serba canggih, kerana KD Lekir adalah merupakan kapal TLDM yang tercanggih ketika itu. Pegawai Memerintah KD Lekir ketika itu ialah KDR Noor Azman Hj Othman TLDM N/400404.


LRO Mohd Nor, LRO Pathma, LTO Roslan & LRO Zulheimy
Sepanjang 2 tahun lebih berkhidmat dengan KD Lekir, kapal banyak terlibat dengan tugas-tugas rondaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di samping terlibat dalam beberapa siri latihan dalam negeri dan juga luar negeri. Kapal juga terlibat dalam lawatan operasi ke Surabaya, Hong Kong dan Korea Selatan dan juga Australia dan New Zealand.

http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-surabaya-19891990-1991.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-hong-kong-1990.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-south-korea-1990.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-penang-irfr-1990.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-australia-1991.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-new-zealand-irfr-1991.html



 
 D Lekir juga terlibat dalam tugas pengawasan di kawasan pelantar Minyak di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak seperti di Miri dan juga Bintulu.



EX STARFISH 1990 / 1991
Antara latihan yang sering disertai KD Lekir ialah Ex-Starfisih, iaitu latihan bersama negara-negara FPDA (Five Power Defence Agreements) yang melibatkan kapal-kapal tentera laut dari Malaysia, Singapore, British, Australia dan juga New Zealand.



KD Lekir adalah merupakan kapal terakhir aku bertugas dalam TLDM sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 1996 setelah 16 tahun berkhidmat dengan TLDM.... Selepas KD Lekir aku dihantar bertugas di SKTLDM Kuantan dari 1991 hingga 1995 dan tamat Perkhidmatan pada Januari 1996.

Thursday, 31 October 1991

KD LEKIR : NEW ZEALAND IRFR 1991


Sambungan dari :
http://zulheimymaamor.blogspot.my/2012/09/kd-lekir-australia-1991.html

Dari Sydney, New South Wales, KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan pelayaran ke Auckland, New Zealand untuk menyertai RNZN International Royal Fleet Review dan juga Perbarisan menyambut Ulangtahun ke 50 Tentera Laut DiRaja New Zealand. 


AUCKLAND, NEW ZEALAND




Devonport Naval Base terletak di Devonport,pantai Utara Auckland, New Zealand. Ditubuhkan seawal tahun 1841, pengkalan ini terdiri daripada HMNZS Philomel (pusat pentadbiran pengkalan), Fleet Support Organisation and juga Fleet Personnel and Training. 



N.ZEALAND INTERNATIONAL ROYAL FLEET REVIEW

Menyertai perbarisan Armada Tentera Laut Antarabangsa bukanlah sesuatu yang dapat dirasai oleh semua anggota Tentera laut. Menjadi satu kebanggaan bagi seorang anggota Tentera Laut terpilih menjadi duta kecil negara di peringkat antarabangsa. Begitulah yang dirasai oleh 70 pegawai dan anggota TLDM dari KD Lekir dan KD Mahawangsa yang menyertai perbarisan di Bandaraya Auckland,New Zealand. 

Diantara negara-negara yang turut terlibat dalam perbarisan armada Antarabangsa di bandaraya Auckland, NZ. 


KAPAL-KAPAL TERLIBAT DALAM NZ IRFR - 1991

New Zealand
HMNZS Canterbury, HMNZS Wellington, HMNZS Southlands, HMNZS Endeavour, HMNZS Waikato, HMNZS Manawanui, HMNZS Monowai, HMNZS Tui, HMNZS Tarapunga, HMNZS Takapu, HMNZS Hinau, HMNZS Wakakura, HMNZS Kiwi, HMNZS Moa dan HMNZS Kahu

Australia
HMAS Perth, HMAS Hobart, HMAS Ipswich dan HMAS Dubba

Canada
HMCS Yukon, HMCS Saskatchewan, HMCS Mackenzie dan HMCS Provider

Cook Island
MV Te Kukupa

Malaysia
KD Lekir dan KD Mahawangsa

Singapore
RSS Endurance, RSS Vigour dan RSS Valour

Tonga
HMS Savea

Vanuatu
RVS Tukoro

Western Samoa
MV Nafanua


 

Gambar di Sekitar Queenstreet, Auckland semasa NZ IRFR

HMNZS TAMAKI 





Pusat latihan bagi anggota - anggota Tentera Laut Di Raja New Zealand. 


HMNZS PHILOMEL


HMNZS Philomel adalah sebuah pengkalan utama bagi Pentadbiran Tentera Laut Di Raja New Zealand. HMNZS Philomel adalah sebahagian daripada Devonport Naval Base, North Shore City, Auckland, New Zealand.
Pengkalan ini dibina pada tahun 1921 apabila division Tentera Laut New Zealand mula-mula ditubuhkan. Pengkalan ini ditauliahkan semula sebagai pusat latihan pada tahun 1941. 


RPC di HMNZS Philomel, NZ



Setelah beberapa hari berada di Auckland, KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan destinasi seterusnya iaitu Port of Wellington di New Zealand. Semasa dalam pelayaran ke Wellington, kapal-kapal telah mengadakan latihan bersama di perairan New Zealand. 



Sesuatu yang jarang atau tidak ada di negara kita pasti akan menarik minat anak-anak kapal seperti contoh Gunung Berapi yang memang tidak ada di negara kita Malaysia. Semasa pelayaran ke Wellington, kapal telah melalui sebuah Gunung Berapi di New Zealand. Kami difahamkan bahawa terdapat beberapa gunung berapi di New Zealand dan kebanyakannya masih aktif. 

PORT OF WELLINGTON,NZ


Wellington adalah ibu negeri dan bandar kedua mempunyai ramai penduduk selepas Auckland. Ia terletak antara Selat Cookd an Rimutaka Range dan mempunyai penduduk berjumlah 393,400 orang. 
Nama Bandar Wellington adalah mengambil sempena nama Arthur Wellesley, Duke of Wellington yang pertama dan juga merupakan panglima Tentera Laut British semasa Battle of Waterloo.
Bandar Wellington pernah mengalami beberapa kejadian gempa bumi yang agak teruk pada tahun 1848 dan 1855.  Gempa bumi yang paling kuat pernah direkodkan di New Zealand ialah Gempa Bumi Wairarapa pada tahun 1855. 




Setelah beberapa hari berada di Wellington, kapal meneruskan pelayaran dan singgah di beberapa pelabuhan sebelum pulang ke Malaysia. Di antara pelabuhan itu ialah Adelaide, Perth dan Surabaya
Kapal selamat tiba di Pelabuhan Lumut Perak (Jangka Masa tiba - tidak ingat).

Selepas pulang dari Pelayaran ke Australia dan New Zealand, aku telah ditukarkan ke Stesen Komunikasi TLDM Kuantan (SKTLDM Kuantan) di Tanjung Gelang, Kuantan dan berkhidmat di sana sehingga aku menamatkan perkhidmatan pada Januari 1996. 

Sesungguhnya kenangan bersama KD Lekir tidak dapat aku lupakan sepanjang hayat ku..... 


Zulheimy Maamor
25 September 2012 - 12.43 pm








Wednesday, 11 September 1991

KD LEKIR : AUSTRALIA , 1991


September 1991, KD Lekir dan KD Mahawangsa dipilih untuk menyertai Perbarisan Hari Ulangtahun ke 50 Tentera Laut Di Raja New Zealand (RNZN International Fleet Review) di Auckland, New Zealand. 
Dalam Perjalanan ke New Zealand, kapal telah singgah di beberapa destinasi seperti Darwin, Cairns, Sydney, Adelaide dan Perth di Australia dan juga Auckland dan Wellington di New Zealand. 

DARWIN - NORTHERN TERRITORY
Pelabuhan pertama kapal singgah ialah Pelabuhan Darwin di Utara Australia. 
Darwin adalah ibu Negeri Wilayah Utara Australia (Northern Territory), mempunyai penduduk seramai 127,500 orang. Sejarah Darwin bermula pada 9 September 1839 apabila kapal HMS Beagle belayar memasuki pelabuhan Darwin. John Clements Wickham telah menamakan pelabuhan itu “Port Darwin” bersempena nama seorang anggota Kapalnya, Charles Darwin yang telah mengikuti beliau dalam pelayaran yang terdahulu.
Bandar Darwin telah 2 kali dibina semula akibat kerosakan teruk. Kali pertama selepas serangan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan kali kedua apabila Cyclone Tracy melanda Darwin pada tahun1974. 



Cuaca di Darwin pada masa ketibaan kami di sana agak panas terik. Disebabkan keadaan cuaca yang agak panas, anak-anak kapal diberi kelonggaran untuk berpakaian bebas semasa berkelepasan di Darwin. 

CAIRNS, QUEENSLAND



Cairns adalah sebuah bandar di Utara Queensland, Australia diasaskan pada tahun 1876. Bandar Cairns dinamakan sempena dengan nama WilliamWellington Cairns , Gabenor Queensland yang dilantik pada January 1875.



Bandar Cairns terletak kira-kira 1,700 km (1056 batu) dari bandar Brisbane dan kira-kira 2,700 km (1,678 batu) dari Sydney. Cairns adalah destinasi pelancongan yang sangat popular di Australia. 

KURANDA RAINFOREST PARK, CAIRNS




Kuranda Rainforest Park terletak di kawasan Rainforest World Heritage seluas 100 ekar. Kawasan yang menjadi tarikan pelancong ini mengambil masa 5 minit perjalanan dari Kampung Kuranda dan setengah jama dari Cairns Tropical North Queensland, Australia. Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Rainforest Park ini. 




BUNGY JUMPS
Bungi Jumps adalah satu aktiviti sukan yang agak merbahaya, bukan semua orang sanggup melakukan penerjunan seperti ini. KD Lekir agak bertuah kerana ada anggotanya yang sanggup menyahut cabaran itu. 



Mossman George


Mossman adalah nama sebuah bandar di Utara Queensland di Sungai Mossman. Mossman George adalah merupakan kawasan hutan yang menjadi tarikan pelancongan ke Australia. Ia adalah sebuah kawasan seluas 56,000 hektar dalam Warisan Dunia. Hutan hujan Tropika yang tebal ini terkenal kerana keindahannya yang sangat mengkagumkan. Ia juga adalah merupakan tempat suci bagi kaum Asli Australia dari suku kaum Kuku Yalanji yang dikatakan telah mendiami kawasan itu selama lebih kurang 4000 tahun. 

HMAS CAIRNS



HMAS Cairns merupakan sebuah pengkalan Tentera Laut DiRaja Australia (RAN) yang terletak di Cairns, Queensland. Pengkalan ini ditubuhkan pada tahun 1971 sebagai pengkalan untuk kapal-kapal perang kecil.
HMAS Cairns bertanggungjawab untuk aktiviti bagi Bot Peronda RAN dan juga sebagai Markas Hidrografi RAN. 

 


Semasa berada di Cairns, kami telah diraikan oleh anggota Tentera Laut DiRaja Australia yang berpengkalan di HMAS Cairns di Junior Rates Club yang turut dihadiri oleh anggota wanita RAN. 

SYDNEY, NEW SOUTH WALES


Pada 19 September 1991, KD Lekir dan KD Mahawangsa telah selamat tiba di Sydney, New South Wales. 
Sydney adalah ibu negeri New South Wales, Australia dan merupakan bandar yang paling ramai penduduk di Australia. Ia terletak di bahagian Tenggara Laut Tasman.

Sydney diasaskan pada tahun 1788 dan merupakan tapak jajahan British yang pertama di Australia. Ia diasaskan oleh Arthur Phillip, Commodore of the 1st Fleet Royal Navy. Nama Sydney diambil dari nama Setiausaha Negara British ketika itu, Thomas Townshend, Lord Sydney.



SYDNEY HARBOUR BRIDGE AND OPERA HOUSE


Bersama LRO Chandran di hadapan Opera House, Sydney
1991

Sydney Harbour Bridge adalah jambatan keluli yang merentasi Pelabuhan Sydney. Ia dibina oleh sebuah firma British Dorman Long and Co. Ltd dibawah arahan Dr. J.J.C. Bradfield dari  Jabatan Kerja Raya New South Wales and dibuka pada tahun 1932.
Sydney Opera House pula dibuka kepada umum pada tahun 1973 dan dibina oleh Arkitek Denmark, Jorn Utzon. Sydney Opera House telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 28 Jun 2007. Sydney Opera House adalah juga pusat Seni yang paling sibuk di dunia dengan pelbagai aktiviti Seni dan budaya Australia. Lebih dari 1,500 persembahan diadakan pada setiap tahun. Ia adalah merupakan mercu tanda Australia yang cukup dikenali diseluruh dunia.



DARLING HARBOUR, SYDNEY



Darling Harbour adalah pelabuhan bersebelahan dengan pusat bandar Sydney, New South Wales, Australia. Ia mengambil sempena nama Lt. Gen. Ralph Darling, Gabenor New South Wales dari 1825 – 1831.

Depan: RO Rosman, LRO Zulheimy & RO Anor
Belakang: RO Zaid, RO Azman, RO Azmi & RO Nordin

Anggota-anggota Komunikasi KD Lekir di Sydney, Australia berpakaian Jaket hitam yang ditempah khas untuk Pelayaran ke Australia dan New Zealand.




Satu lagi kenangan manis di Sydney ialah bertemu dengan seorang bekas Anggota Royal Australian Air Force (RAAF) yang pernah berkhidmat di RAAF Butterworth, Pulau Pinang sekitar tahun 70'an dulu. Beliau berkahwin dengan warga Malaysia keturunan Cina. Isteri beliau ternyata amat gembira dapat bertemu dengan Rakyat Malaysia kerana beliau telah menetap hampir 25 tahun di Sydney. Malam itu mereka belanja saya makan di sebuah Restoran Malaysia di Sydney yang menyediakan makanan halal. 

SYDNEY PADDY'S MARKET


Sydney Paddy’s Market , sebuah syarikat Komersial yang mempunyai 2 pasaraya besar di Sydney, iaitu Paddy’s Market and Sydney 2129.

Paddy’s Market merupakan salah satu pasaraya yang paling terkenal di Australia. Antara yang dipasarkan disini ialah sayur-sayuran segar, buah-buahan, bunga-bungaan, perhiasan, cenderahati dan sebagainya.

Sydney Paddy’s Market diasaskan pada tahun 1834 oleh General Richard Bourke, Gabenor New South Wales.

Auckland & Wellington, New Zealand
Selepas beberapa hari berada di Sydney , KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan pelayaran ke Auckland untuk menyertai sambutan 50 tahun Royal New Zealand Navy dan kemudian ke Wellington, N.Zealand. 
(Rujuk Blog Lawatan Kapal ke NZ)

ADELAIDE, SOUTH AUSTRALIA



Adelaide adalah ibu negeri Australia Selatan dan merupakan bandar ke 5 terbesar di Australia dengan jumlah penduduknya melebihi 1.1 juta orang. Bandar Adelaide terletak kira-kira 20 km dari tepi pantai Teluk St Vincent, di utara Semenanjung Fleurieu dan Dataran Adelaide.

Nama Adelaide dikatakan berasal dari nama Ratu Adelaide, Isteri kepada Raja William IV yang lahir di German. Bandar ini diasaskan pada tahun 1836. Colonel William Light adalah merupakan pengasas bandar Adelaide. 
  
 
 KD Lekir & KD Mahawangsa tiba di Pelabuhan Adelaide selepas selesai menyertai acara sambutan 50 tahun Tentera Laut DiRaja New Zealand di Auckland dan Wellington. 
Dari Adelaide pelayaran kapal seterusnya ialah ke Pelabuhan Fremantle di Perth, Australia. 

PERTH , WESTERN AUSTRALIA


Perth adalah ibu negeri Western Australia. Ia adalah bandar ke 4 paling ramai penduduk di Australia dengan jumlah penduduknya sekitar 1.4 juta orang.

Bandar Perth ini diasaskan oleh Kapten James Stirling pada tahun 1829 dan dijadikan pusat pentadbiran Swan River Colony. 

 Anggota Band KD Lekir telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan di Harboursite Hotel yang terletak di Pelabuhan Fremantle di Perth Australia. 

Apa yang amat menarik di Perth ini adalah terdapat ramainya orang berketurunan Melayu di bandar. Pada mulanya saya ingatkan mereka rakyat Malaysia yang mungkin bekerja atau bercuti di sini...  tapi setelah berbual dengan beberapa orang dari mereka... ternyata mereka adalah rakyat Australia berketurunan Melayu... bukan rakyat Malaysia..malah ada antara mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Malaysia.. namun keinginan mereka amat tinggi agar dapat menjejakkan kaki ke negeri asal nenek moyang mereka dulu.

Kebanyakan masyarakat Melayu Australia tinggal di Pulau Christmas dan Kepulauan Cocos. Mengikut sejarah, orang Melayu mula dibawa ke Australia pada tahun 1826 oleh Alexander Hare untuk diambil bekerja di ladang-ladang yang menghasilkan pertanian tebu dan kelapa. Kebanyakan berasal dari Malaysia dan Indonesia.

Orang Melayu dari Kepulauan Cocos merupakan komuniti yang membentuk kumpulan lebih banyak di sini. Mereka berasal dari keturunan peneroka Melayu dari Tanah Jajahan British seperti Malaya, Singapura, Brunei dan sebahagian Kepulauan Riau. 

PELAYARAN PULANG KE TANAH AIR

KD Lekir dan KD Mahawangsa mengakhirkan sesi Lawatan ke Australia dan New Zealand dengan bandar Perth ada persinggahan terakhir di sini. Kapal meneruskan pelayaran balik ke Malaysia dari Perth,Australia dan singgah di Surabaya, Indonesia sebelum meneruskan pelayaran ke Lumut, Perak....

Setelah tiba di Lumut, Perak, saya mendapat arahan pertukaran dan di tukarkan ke unit SKTLDM Kuantan. Saya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan KD Lekir yang banyak memberikan pengalaman berguna kepada saya...... 




Zulheimy Maamor
20.9.2012 - 12.15 pm