Monday, 31 August 1981

HARI KEBANGSAAN 1981


Kesemua dalam gambar ini adalah dari Intake 139 kecuali Rahman Arab dari intake 137


Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan tahun1981. Oleh kerana KD Raja Jarom ketika itu masih dalam pembaikan di Limbungan MSE, Pasir Gudang,kami telah dipilih mewakili zon selatan ke Perbarisan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Bertolak dari Stesen Keretapi Johor Bahru ke Kuala Lumpur, masing-masing membawa senjata M16. Oleh kerana kami adalah kumpulan pertama yang menggunakan uniform 2B baru menggantikan yang lama (berseluar pendek), jadi kami menimbulkan tanda tanya kepada ramai orang ketika itu. Semasa tiba di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, ramai mata memandang ke arah kami. Mungkin selama ini mereka biasa nampak Askar berbaju Hijau menggalas senjata... tapi kali ini baju biru dan setiap orang menggalas senjata. Semasa menunggu terak, kami singgah minum di cafeteria di stesen keretapi KL. Seorang Pak Cik kerana ingin tahu... bertanya kepada aku yang kami ini dari mana. Bila saya kata kami dari Tentera Laut, baru beliau faham dan gembira kerana beliau jarang tengok anggota Tentera Laut. Satu pengalaman indah yang tak dapat dilupakan.


Semasa di Kuala Lumpur kami menumpang di Kem Transit Jalan Ampang. Bergambar kenangan dengan anggota dari Tentera Darat yang turut serta dalam Perbarisan tersebut.

Thursday, 30 July 1981

KD GANAS, 1981

KD GANAS
1ST SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE)
MALAYSIAN BASE JETTY, WOODLANDS, SINGAPORE
3.2.1981 - 27.7.1981

KD GANAS
1ST SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE)
SINGAPORE, 1981
Tahun 1981, setelah tamat Kursus Asas Komunikasi Radio di KD Pelandok, Lumut, Perak, kami akan ditempatkan di unit masing-masing. Saya bersama 809023 ODCR Roseli Md Zin (American)  telah di tempatkan di atas Kapal Penyerang Laju (Misil) , KD GANAS yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Pegawai Memerintah KD Ganas ketika itu ialah N/400438 Lt Kdr Abdul Rashid Md Isa

KD Ganas adalah merupakan salah sebuah kapal TLDM dari Sekuadron pertama Kapal Pembinasa Laju (Misil). Sekuadron ini terdiri dari 4 buah kapal iaitu KD Ganas, KD Perdana, KD Serang dan KD Ganyang. Ditauliahkan pada 20 Mac 1973 di Limbungan Cherboug, Perancis. Kapal ini adalah dari kelas PERDANA yang dilengkapi dengan Sistem Peluru Berpandu EXOCET MM 38 Missile. 

Pegawai Memerintah pertama kapal ini ialah N/400179 Kdr TLDM Muhammad Yasin bin Hj Salleh



With ODCR Roseli Zin onboard KD Ganas
Singapore, 1981


Kami menaiki keretapi dari Ipoh ke Johor Bahru sebelum dibawa dengan trak ke Woodlands, Singapura. Ini lah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Singapura. Setelah tiba di Malaysia Base Jetty di Woodlands, kami mencari kapal masing-masing... namun kapal KD Ganas tidak kelihatan. Akhirnya kami diberitahu bahawa KD Ganas ketika itu berada di Sabah. Jadi aku dan Roseli akan ditumpangkan sementara di Pejabat Semboyan FOCRMNCCS di KD Malaya sehingga kapal kembali ke Singapura. 3 bulan lamanya kami di FOCRMNCCS.

Ini adalah antara 2 orang senior aku semasa OJT di KD Ganas....RO Fuad dan ROAmir (lebih dikenali dengan Amir Lat) manakala seorang lagi ialah RM Basiran. Anggota Komunikasi KD Ganas yang aku ingat ketika itu selain Amir dan Fuad ialah Osman Desa (Penaga), Adnan (Donan), LRO Chua Eng Chai, LRO Rama, Yeoman Lee Ah Sang dan RS Hassan Mamak... yang lain aku tak berapa ingat...



Satu-satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan semasa berkhidmat di KD Ganas ialah latihan Penembakan Peluru Berpandu (Exocet Missile) di Selat Singapura pada July 1981. Kapal yang menjadi target ketika itu ialah bekas KD Ledang yang telah dilucutkan tauliah.  
Setelah 6 bulan menjalani On Job Training di KD Ganas , aku ditukarkan ke KD Raja Jarom