Thursday, 26 June 1980

TLDM INTAKE 139 - LUMUT PERAK


15 Jan 1980 - bermula kehidupan baru dalam dunia ketenteraan. 
Pengambilan 139 mengukit nama dalam  sejarah TLDM sebagai kumpulan pertama menjalani latihan rekrut TLDM di KD Pelandok di Lumut , Perak. Sebelum ini latihan rekrut dijalankan di Sembawang, Singapura. 
Banyak kenangan pahit manis sepanjang 6 bulan menjalani latihan rekrut di sana.... Pengkalan TLDM Lumut ketika itu masih lagi bertanah merah dan  berdebu... belum banyak lagi jalan yang di tar. 
Kami rasa bertuah kerana kami adalah antara orang yang dapat melihat perkembangan pengkalan TLDM terbesar di negara ini... yang kini sudah semakin banyak berubah dan semakin cantik, semakin canggih dan semakin moden....
INTAKE 139
KUMPULAN REKRUT PERTAMA DILATIH DI LUMUT , PERAK
1980
PENGKALAN TLDM LUMUT, PERAK
1980



LATIHAN ILMU PELAUT
PULAU PANGKOR, PERAK
1980
TAMAT LATIHAN REKRUT PENGAMBILAN 139 - 26 JUNE 1980
26 June 1980 - Tamat Latihan Rekrut pengambilan 139.. kumpulan pertama mengadakan perbarisan tamat latihan di Lumut,Perak. 




Intake 139 akan tetap mengukir nama dalam sejarah TLDM sebagai kumpulan pertama menamatkan latihan di Lumut, Perak dan antara mereka yang turut menyaksikan perkembangan Pengkalan TLDM dari sebuah kawasan yang masih bertanah merah dan berdebu sehingga kini menjadi antara pengkalan yang tercanggih dan termoden di rantau sini.