Saturday, 10 June 2017

SENIMAN DAN SENIWATI SILAM - PERGINYA TAK AKAN KEMBALI

Rujuk:

Seniman dan seniwati yang telah pergi menemui penciptanya.

Tahun 1951
  • Jaafar Shah : 9 November 1951, Singapura (Lahir 1928, Singapura). Meninggal dunia ketika usia muda iaitu 23 tahun. Motosikalnya terlibat dalam kemalangan jalanraya di Mountbatten Road,Singapura. 
Tahun 1955
  • B.S. Rajhans : 31 Mei 1955, Singapura (Lahir: 1905, Kalkota, India). Nama Penuh Balden Singh Rajhans. Pengarah Filem Melayu yang pertama (Leila Majnun).
Tahun 1961
  • H.M.Rohaizad (Syed Mohd Hamid bin Syed Muhammad Al-Sagoff) : 17 Disember 1961, Singapura - pelakon dan pengarah filem. 
Tahun 1962
  • Tijah @ Miss Tijah : 22 Oktober 1962, Singapura
Tahun 1963
  • Norma Salim : Meninggal dunia akibat kemalangan jaranraya di Kampar, Perak pada 11 September 1963, isteri kepada Allahyarham Tan Sri S.M. Salim. 
  • A.R. Tahir : 11 September 1963 Seorang pelawak pentas (terkorban dalam nahas jalanraya bersama Norma Salim). 
Tahun 1964
  • Loke Wan Tho : 20 Jun 1964, Taiwan (Lahir:14 Jun 1915, Kuala Lumpur), jutawan Pertubuhan Cathay meninggal akibat nahas pesawat di Taiwan ketika menghadiri Festival Filem Asia Pasifik di Taipei. 
  • Osman Ahmad : 30 November 1964 , Singapura - Pengarah Muzik Malay Film Production
Tahun 1965
  • Nyong Ismail : 25 Ogos 1965 - Pelakon , antara watak beliau ialah berlakon sebagai ayah kepada Salmah (Saadiah) dalam filem Sarjan Hassan. 
Tahun 1966
  • Hussain Haniff : 4 April 1966, Singapura (Lahir: 1933 , Johor) - Pengarah Filem Cathay Keris Film Production. 
Tahun 1967
  • M. Zain : 31 Januari 1967, Singapura - pelakon dan pelawak. Antara lakonannya adalah filem "Labu dan Labi". Nama sebenar beliau ialah Mohd Zain bin Shariff. 
  • Babjan: 22 Februari 1967 (Lahir: 1913, Penang)
Tahun 1968
  • Yem : 9Ogos 1968
  • Yusof B. : 25 Disember 1968, Singapura
Tahun 1970
  • Mustarjo : 3 Januari 1970, Singapura. Nama sebenar Haji Mustar  bin Ahmad. 
  • Mak Dara : 7 Februari 1970, Singapura - pelakon dan penyanyi sekitar tahun 40'an. 
Tahun 1971
  • Usmar Ismail : 2 Januari 1971 (Lahir: 20 Mac 1921 di Bukit Tinggi, Sumatera,Indonesia). Pengarah Filem "Korban Fitnah" dan "Bayangan di Waktu Fajar".
  • Nordin Ahmad : 15 Jun 1971, Singapura (Lahir: 4 Ogos 1929 di Seberang Prai, P. Pinang).
  • Ahmad Dadida : 29 September 1971
Tahun 1972
  • Ahmad Nisfu : 25 Jun 1972 (Lahir: 1932 di Pulau Pinang). Di akhir hayatnya, beliau hidup sebatang kara dan berteduh di sebuah kubu lama di kawasan Geylang Serai. 
  • Alias Congo : 29 Julai 1972, Singapura
  • Aziz King Godobel : 20 Ogos 1972
Tahun 1973
  • A.R. Tompel : 30 Januari 1973 (Lahir: 24 Oktober 1918 di Tg.Balai, Indonesia). Nama sebenar Aman Ramli bin Jaafar. Beliau meninggal dunia akibat dilanggar kereta ketika melintas jalan di Setapak Kuala Lumpur. 
  • P. Ramlee : 29 Mei 1973, Kuala Lumpur (Lahir: 22 Mac 1929 di Pulau Pinang). Nama sebenar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. 
  • A.Bakar Jaafar : 22 November 1973
  • Osman Gumanti : 14 Disember 1973, Kuala Lumpur (Lahir: 1916 di Minangkabau). Pernah membintangi filem "Aloha" bersama Mariam. 
Tahun 1974
  • R. Azmi : 28 Februari 1974 di Klang, Selangor (Lahir: 1923, Linggi, NS).Nama sebenar Raja Azmi Raja Ambiah. 
  • Malek Sutan Muda : 20 Oktober 1974, Singapura
  • Sa'amah : 20 Disember 1974 di Mekkah Al Mukarramah. Ibu kepada seniwati Rahmah Rahmat. 
Tahun 1976
  • Shaiful Bahari : 5 Disember 1976, Tokyo, Jepun (Lahir: 19 September 1924 di Sumatera, Indonesia).
Tahun 1977
  • Salim Bachik : 7 Februari 1977, Kuala Lumpur. Beliau adalah ayah kepada Allahyarham Harun Salim Bachik. 
  • Yusoff Bujang: 11 April 1977
  • Fred Young : 2 Jun 1977 - Pengarah Filem dari Indonesia yang pernah mengarahkan filem Malaysia berjudul "Jauh Di Mata" dibintangi oleh Abdullah Chik dan Sophia Ibrahim. 
  • Norma Yuzie : 19 Julai 1977. Nama sebenar Norma Basaruddin. Pelakon Era 70'an, meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di Batu 2 Jalan Gombak, Kuala Lumpur ketika berusia 29 tahun. 
Tahun 1978
  • Zaharah Agus : 26 Mac 1978 di Pulau Pinang. Dikenali dengan watak Latifah sebagai isteri pertama dalam filem "Madu 3". 
Tahun 1979
  • Zain Zorro & Hamid Bond : 18 April 1979 - kedua-duanya terlibat kemalangan motor dilanggar oleh sebuah bas. 
  • Shariff Dol : 28 April 1979, Singapura. Nama sebenar Sharif Dol bin Asnawi. Antara watak beliau yang paling berkesan ialah watak Samseng Kampung Dusun dalam filem "Seniman Bujang Lapok". 
  • Salleh Melan : 16 Mei 1979
  • Musa Al-Bakri : 12 Julai 1979, Kuala Lumpur. Beliau adalah ayah kepada pelakon Marlia Musa.
Tahun 1980
  • Udo Omar : 20 Januari 1980 - paling dikenali dengan watak Haji Bakhil dalam filem "Labu dan Labi". 
  • Nor K.K. : 5 Mei 1980
  • Ahmad Wan Yet : 14 Jun 1980 - pencipta lagu "Burung Dalam Sangkar" dan "Mengapa Di Rindu" (Saloma). 
  • Mustaffa Yassin : 12 Oktober 1980, Singapura (Lahir: 1923 di Acheh, Indonesia)
Tahun 1981
  • Rahmat Ali : 15 Mac 1981, Singapura (Lahir: 13 Januari 1917 di Medan, Indonesia). Seorang pemuzik, Beliau adalah ayah kepada Pelakon Rahmah Rahmat.
  • H.M. Busra : 7 April 1981, Kuala Lumpur - Nama sebenar Mohamad Busra bin Hashim, meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke Semenyih selepas menghadiri Perasmian Pembukaan Festival Filem Malaysia ke-2 (FFM2) di Stadium Negara, Kuala Lumpur. 
Tahun 1982
  • Ho Ah Loke : 16 September 1982, Kuala Lumpur (Lahir: 1901 di Papua New Guinea) - menubuhkan Cathay-Keris Film Production bersama Loke Wan Tho. 
Tahun 1983
  • Haji Mahadi : 20 Februari 1983 (Lahir: 1914 di Negeri Sembilan) - Pelakon dan Pengarah Filem. Nama sebenar Haji Mohd Mahadi bin Haji Mohd Said. Pernah berkahwin dengan Mak Enon dan Khatijah Khodri (Jah Mahadi) yang pernah berlakon watak isteri kedua dalam filem "Madu Tiga". 
  • Salmah bt Ismail @ SALOMA : 30 April 1983 (Lahir: 1935 di Singapura) - isteri ketiga P. Ramlee dan pernah juga berkahwin dengan A.R. Tompel. 
  • Rendra Karno : 27 November 1983 (Lahir: 7 Mei 1920 di Indonesia) - berlakon bersama Latifah Omar dalam filem "Bayangan di Waktu Fajar" dan Maria Menado dalam Filem "Hilang Gelap Datang Terang". Beliau juga adalah pemenang anugerah  Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia-Pasifik kerana lakonannya dalam "Bayangan Di Waktu Fajar". 
Tahun 1984
  • Dollah Dagang: 6 Julai 1984
Tahun 1985
  • Runme Shaw : 2 Mac 1985,Singapura (Lahir: 1 Januari 1901 di Shanghai, China) - pengasas Shaw Brothers bersama adiknya Run Run Shaw.
  • Shariff Babu : 16 Mei 1985 - banyak berlakon filem-filem keluaran Merdeka Studio antaranya "Anak Bapak", "Gerimis", "6 Jahanam", "Ahmad Albab". 
Tahun 1986
  • Malek Selamat : 26 Mac 1986, Singapura (Lahir: 13.12.1936 di Singapura) - Filem pertamanya "Raja Bersiong". Beliau adalah jaguh lumba basikal sebelum terkenal sebagai pelakon. 
  • Sukarno M. Noor : 26 Julai 1986 (Lahir: 13.9.1931 di Jakarta, Indonesia)- pernah membintangi filem "Korban Fitnah" (1959) bersama Maria Menado dan Siput Serawak. Beliau adalah ayah kepada pelakon popular Indonesia Rano Karno
  • Salleh Ghani : 28 Ogos 1986, Kuala Lumpur (Lahir: 3.12.1923 di Muar, Johor) - editor Majalah Hiburan dan juga pelakon. 
Tahun 1987
  • Jasni : 7 Mei 1987 - seorang penyanyi dan juga suami Neng Yatimah. 
  • Zubir Said : 16 November 1987 di Singapura (Lahir: 22.7.1907 di Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia). Beliau adalah penggubah lagu Kebangsaan Singapura "Majulah Singapura". Nama beliau telah di abadikan disebatang jalan di Singapura (Zubir Said Drive)
  • Rose Yatimah : 14 Disember 1987, Kuala Lumpur (Lahir: 17.11.1943 di Singapura). Nama sebenar Rosnah binti Jasni. Beliau adalah isteri kepada Allahyarham Mustafa Maarof. Diperkenalkan oleh P.Ramlee dalam filem "Pendekar Bujang Lapok". 
Tahun 1988
  • Jaafar Abdullah : 2 Jun 1988 - Pegawai Penerangan Malay Film Production dan penerbit Majalah Filem. 
  • Annie Jasmin : 29 Ogos 1988, Singapura - terkenal dengan watak-watak komedi dan membintangi banyak filem-filem keluaran Malay Film Production and Cathay Keris. 
  • Minah Yem : 29 Oktober 1988, Kuala Lumpur - terkenal dengan nama "Minah Ketot", isteri kepada Yem dan juga ibu kepada Norsiah Yem.
  • A.K. Jailani :31 Oktober 1988, Kuala Lumpur
  • Amran Kenit : 29 Disember 1988
Tahun 1989
  • S. Kadarisman : 17 Februari 1989 di Singapura (Lahir: 12 Mei 1922 di Singapura). Nama sebenar Shahadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak. 
  • M.Yatim @ Maroeti : 23 Mac 1989
  • S. Sudarmadji : 23 April 1989 di Kuala Lumpur (Lahir: 19 Jun 1923 di Yogyakarta, Indonesia). Nama sebenar Syed Sudarmaji bin Syed Abdullah. Beliau adalah pelakon, Pengarah filem, Penulis skrip dsb. Anak perempuan beliau Sri Rahayu pernah popular dengan watak "Ayu" seorang kanak-kanak yang sering meminta upah 20 sen dalam Filem "Bujang Lapok". 
Tahun 1990
  • Mustafa Noor : 5 Januari 1990 - pelakon filem "Mawar Merah" (1987). Pelakon Lelaki Terbaik  pada Festival Filem Malaysia ke 7. 
  • Alfonso Soliano : 16 Jun 1990 di Kuala Lumpur - bertanggungjawab mengwujudkan Orkestra RTM dan juga merupakan pemimpin Orkestra RTM yang pertama. 
  • Nordin Arshad : 23 September 1990 di Kuala Lumpur - Penolong Pengarah di Malay Film Production, pernah membintangi filem "Antara Dua Darjat" arahan P.Ramlee dan "Nora Zain Ajen Wanita 001" bersama Sa'adiah dan Aziz Jaafar yang penggambarannya dilakukan di Hong Kong. 
Tahun 1991
  • Ramon A. Estella : (Pengarah Filem "Matahari" sebuah filem Perang)
  • Lamberto V.Avellana : 25 April 1991-Pengarah Filem "Sarjan Hassan". 
  • M. Suki : 11 Mei 1991 - pelakon watak utama dalam Filem "Laila Majnun" (1933). Pernah berkahwin dengan seniwati Zaharah Agus. 
  • Tita Duran : 2 Disember 1991
Tahun 1992
  • Halim Yatim: 29 Januari 1992 - penyanyi Pop era 60'an.
  • Sudirman Hj Arshad: 22 Februari 1992 di Kuala Lumpur (Lahir: 25 Mei1954 di Temerloh, Pahang) - Juara Bintang RTM 1976 dan Penghibur No. 1 Asia (1989). 
  • Rahman B. : 9 Mac 1992 - penulis cerita "Lela Satria" arahan S. Roomai Noor. Pernah mengarah filem "Bila Hati Telah Retak" lakonan Rubiah Suparman. Pernah menyanyi berpadusuara dengan Rosiah Chik untuk filem "Dang Anom". 
  • Mak Enon : 5 April 1992 di Kuala Lumpur - Nama sebenar Ainon Chik, pernah berkahwin dengan Shariff Baboo, Hamzah Dolmat dan pelakon Haji Mahadi. 
  • A. Rahim :20 April 1992 di Kuala Lumpur (Lahir: 1930 di Kuala Kangsar, Perak) - nama sebenar Abdul Rahim bin Abu. 
  • Norizan : 16 Mei 1992 di Kuala Lumpur (Lahir: 1928 di Taiping, Perak). Beliau adalah isteri kedua P. Ramlee dan pernah menjadi permasuri Sultan Perak sebelum bernikah dengan P.Ramlee.
  • Zainon Fiji: 26 Mei 1992,Singapura - pelakon dan isteri kepda pelakon Ali Fiji.
  • Siti Tg. Perak: 6 Ogos 1992 di Singapura. Nama sebenar Siti Sundari binti Samad. 
  • Kamariah Noor : 23 September 1992 - penyanyi lagu-lagu Melayu Asli dan merupakan adik kepada Hamzah Dolmat 
  • Osman Abadi : 20 Oktober 1992
Tahun 1993
  • Rahmah Rahmat : 29 Mac 1993 di Singapura (Lahir: 1943 di Medan, Indonesia) - ayahnya pemuzik Rahmat Ali dan ibu tirinya pelakon Latiffah Omar.  Beliau pernah berkahwin dengan Jins Shamsudin. 
Tahun 1994 
  • Dollah Sarawak : 21 Mac 1994. Nama sebenar Mohammad bin Hj Sulaiman. Ayah kepada pelakon Siput Sarawak.
  • Habshah: 28 April 1994 di Singapura
  • Phani Majumdar : 16 Mei 1994 (Lahir: 28 Disember 1911 di Kalkota, India). Pengarah filem-filem Melayu Malay Film Production. 
  • Rokiah Wanda : 5 Julai 1994 di Singapura (Lahir: 1926 di Muar, Johor). Nama sebenar Fatimah binti Ali. Penyanyi dan juga pelakon. 
  • Ismail Kassim : 18 September 1994 di Singapura. 
  • Yusof Suriya : 20 September 1994
Tahun 1995
  • S. Ahmad : 30 Mac 1995 - penyanyi lagu "Aku Tak Mahu Di Madu" dan pernah juga belakon filem. 
  • Dicky Zulkarnean : 10 Mei 1995 (Lahir: 12 Oktober 1939 di Jakarta,Indonesia)
  • Haji Arshad : 26 Ogos 1995 (Lahir: 21 Jun 1932 di Kuala Selangor). Nama sebenar Mohd Arshad Mahuri. Pernah menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 7 dalam filem "Tsu Feh Sofiah". 
  • Abdullah Chik : 19 September 1995 di Kota Bharu, Kelantan (Lahir: 1 Disember 1934 di Melaka). Nama penuh Abdullah Mada Sahib Chik. Beliau adalah pelakon dan penyanyi era 60'an dan 70'an. 
Tahun 1996
  • B.N. Rao : 18 Januari 1996 - pengarah filem yang bertanggungjawab membawa kejayaan box office luar biasa filem "Pontianak" lakonan Maria Menado, M. Amin, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof. 
  • Sandy Suwardi : 3 Februari 1996
  • S. Roomai Noor : 16 Mac 1996 di Mekkah Al Mukarramah (Lahir: 22 Februari 1923 di Temerloh, Pahang). Nama sebenar Muhammad Toyib bin Salleh. Filem pertama beliau "Chinta" arahan B.S.Rajhan pada tahun 1948. Pernah berkahwin dengan Siput Sarawak dan terakhir dengan Seniwati Ummi Kalthum. Beliau adalah ayah kepada penyanyi Anita Sarawak (bersama Siput Sarawak) dan Noorkumalasari (bersama Ummi Kalthum). 
  • Ibrahim Din : 16 Jun 1996 di Kuala Lumpur. Nama sebenar Ibrahim Faizal bin Din. Dikenali dengan watak "Mi" dalam filem "Do Re Mi" arahan P.Ramlee. 
  • Ali Fiji : 16 September 1996 di Singapura.
Tahun 1997
  • Omar Rojik : 4 April 1997 di Klang, Selangor (Lahir: 30 November 1923 di Alor Setar, Kedah).
  • Shariff Medan : 4 Ogos 1997 di Shah Alam, Selangor (Lahir: 1919 di Medan, Indonesia) - hero filem "Buloh Perindu", beliau meninggal dunia sebelum sempat menerima anugerah di Malam Seniman di Shah Alam, Selangor. 
  • Rahim Hamid : 23 September 1997 - pemuzik / penyanyi. Beliau adalah suami seniwati Mariam dan ayah kepada penyanyi Rahimah Rahim.
Tahun 1998
  • Junaidah : 1 April 1998 di Jakarta, Indonesia. Nama sebenar Junaidah Daeng Harris. Beliau adalah isteri  pertama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. 
  • Yusof Latiff: 12 Jun 1998 di Singapura (Lahir: 22 Jun 1922 di Singapura). Nama sebenar Muhammad Yusof bin Abdul Latif. 
  • Salleh Kamil : 4 Julai 1998 di Singapura (Lahir: 24 April 1924 di Singapura). Nama sebenar Salleh bin Abdullah. Sering muncul dengan watak-watak jahat. 
Tahun 1999
  • A. Karim Jais : 10 April 1999 - penyanyi yang terkenal dengan lagu "Julaidah" tahun 60'an. 
  • Siput Serawak : 3 Jun 1999 (Lahir: 1921 di Kuching, Sarawak. Nama sebenar Ramlah binti Mohamad Sulaiman. Pernah berkahwin dengan pelakon S.Roomai Noor dan beliau adalah ibu kepada penyanyi Anita Sarawak. 
  • M. Shariff : 7 Julai 1999. Nama sebenar Shariff bin Awang. Penyanyi irama Pop Yeh Yeh. 
Tahun 2000 
  • Broery Marantika : 7 April 2000. Penyanyi Indonesia yang pernah berkahwin dengan penyanyi Anita  Sarawak. 
  • Raja Ismail : 26 Mei 2000
  • Siti Zaiton : 18 Jun 2000 - Penyanyi Era 60'an (Pop Yeh Yeh). Lagunya yang popular "Malang Selalu:. 
  • Normadiah : 8 Ogos 2000 - Nama sebenar Edith Sumampouw. Setelah memeluk agama Islam pada usia 18 tahun beliau menukar nama kepada Norma bt Abdullah. Allahyarham A.R. Tompel adalah orang yang bertanggungjawab menukarkan namanya kepada Normadiah. Beliau adalah antara generasi pertama filem Melayu di Singapura. Beliau adalah isteri kepada seniman Aziz Jaafar.
  • Harun Hassan : 2 September 2000
  • A R Ayappan : 19 Oktober 2000
  • Mohamed Abdullah : 16 Disember 2000
Tahun 2001 
  • Ghazali Sumantri : 1 Januari 2001. Nama sebenar Ghazali bin Razali. 
  • Zain Azman : 18 Januari 2001 - Nama Abdul Aziz Majid. Penyanyi Jazz terkenal era 60'an dan 70'an. Beliau merupakan anak Melayu yang pertama merakamkan suara di England pada tahun 1956. 
  • A. Ramlie : 9 Mei 2001 - penyanyi pop yeh yeh yang terkenal dengan lagu "Oh Fatimah". 
  • Jah Mahadi : 31 Mei 2001 - Nama sebenar Khatijah Khodri yang pernah berlakon sebagai isteri kedua dalam filem "Madu 3". Beliau pernah berkahwin dengan pelakon Haji Mahadi.
  • Fazidah Joned : 1 Jun 2001- nama sebenar Fadila Mohd jonid. Bintang Radio 1962. Suaranya akan berkumadang di Radio setiap menjelang Aidilfitri kerana lagu evergreennya "Selamat Hari Raya" (1965). 
  • Zaiton Hussein : 4 Jun 2001 - Pelakon yang memegang watak Opah dalam sketsa "Opah". 
  • M. Osman : 28 Julai 2001 - penyanyi pop yang popular dengan lagu "Suzana" dan pernah berlakon dalam filem keluaran Cathay Keris dan Merdeka Studio. Suami kepada penyanyi Afidah Es dan ayah kepada Pelakon dan Pengarah Aziz M. Osman. 
Tahun 2002 
  • Bab Mustaffa : (__________) lakonan mantap dalam filem "Gelora" arahan P.Ramlee. Nama sebenar Mustafar bin Baba. 
  • Mahmood June : 13 Februari 2002 - Nama sebenar Mahmood Junit Bin Derani. Pelakon serba boleh dan sering melakonkan watak-watak bengis. Filem pertama adalah "Orang Lichin" arahan L. Krishnan keluaran Cathay Keris pada tahun 1958. 
  • Rafeah Buang : 12 Julai 2002 - Nama sebenar Toh Puan Setia Datin Rafeah binti Buang. 
Tahun 2003
  • M. Amin : 8 Januari 2003 - Nama sebenar Muhammad Amin bin Hj Ihsan. Pelakon dan Pengarah Filem Melayu. Filem pertama lakonan beliau adalah "Bakti" arahan L. Krishnan pada tahun 1950 keluaran Malay Film Production. Manakala filem pertama arahan beliau ialah "Lanchang Kuning" pada tahun 1962. 
  • Farouk Afero : 13 April 2003
  • Ahmad Daud : 11 Jun 2003 - Nama sebenar Ahmad Daud bin Md. Hashim. Penyanyi dan pelakon. Filem pertama lakonan beliau adalah "Siapa Besar" keluaran Shaw Brothers pada tahun 1964. Datuk Ahmad Daud adalah suami kepada Seniwati Sa'adiah dan ayah kepada Fauziah Ahmad Daud (Ogy). 
  • Ibrahim Pendek : 25 November 2003 - Nama sebenar Ibrahim bin Hassan, satu-satunya pelakon Malaysia yang pernah berlakon di Hollywood dalam filem "The Spiral Road" pada tahun 1962 disamping Rock Hudson, Burl Ives dan Gena Rowlands. 
  • Sharifah Hanim : 25 November 2003. Nama sebenar Sharifah Hanim binti Syed Hamzah. Beliau adalah kerabat di Raja Perlis dan anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. 
Tahun 2004
  • Zainuddin Zimbo : 19 Januari 2004
  • Fatimah Ahmad : 30 April 2004 - filem popularnya "Dang Anom". Beliau meninggal dunia di Houston, Texas, Amerika Syarikat. Beliau pernah bersuamikan Hussain Haniff.
  • Ahmad B. : 3 Jun 2004
  • Kemat Hassan : 1 September 2004 - pelakon Malay Film Production. 
  • Siti Mariam : 30 Ogos 2004
  • Noran Nordin : 22 November 2004. Pelakon yang memegang watak isteri kepada Re (A.R. Tompel) dalam filem Do Re Mi. 
  • Musalmah : 16 Disember 2004
Tahun 2005
  • Ed Osmera : 2 Januari 2005 - Nama sebenar beliau ialah Shaikh Osman bin Shaikh Ibrahim. Filem pertama lakonan beliau ialah "Bidasari" arahan Datuk Jamil Sulong pada tahun 1965. 
  • Bibi Yem : 19 Januari 2005 - adik kepada pelakon Norsiah Yem
  • Rosiah Chik : 21 Januari 2005 - Nama sebenar Rosiah binti Abdul Manaf merupakan penyanyi lagu-lagu Melayu tradisional era 60'an dan 70'an. 
  • Norsiah Yem : 30 Januari 2005
  • Sa'adiah : 26 Februari 2005, Kuala Lumpur - Nama sebenar Satya binti Baharom. Lahir 10 Ogos 1937 di Singapura. Pelakon dan Pengarah Filem. Berkahwin dengan Datuk Ahmad Daud dan ibu kepada Fauziah Ahmad Daud (Ogy). 
  • Bat Latiff : 3 Mei 2005, Taman Melawati Kuala Lumpur - Nama Sebenar Mohd Ali bin Abdul Latiff,pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik untuk filem "Lela Manja" dan "Gerhana".
  • Aziz Jaafar : 23 Jun 2005 - Nama penuh: Abdul Aziz bin Jaafar. Merupakan pelakon, Pengarah filem dan penyanyi. Beliau berkahwin dengan Seniwati Normadiah. 
  • Noraini Hashim : 9 Julai 2005 - Pelakon filem dan drama TV
  • Nas Achnas : 5 Ogos 2005 - Pengarah filem Melayu. 
  • A. Razak: 27 September 2005
  • Ismail Din : 5 Oktober 2005, Mekkah Al Mukarramah ketika bulan Ramadhan - Pelakon komedi terkenal di Malaysia. 
Tahun 2006
  • S. Jibeng : 7 Februari 2006 - Nama sebenar Jaafar bin Sidiq. Beliau yang buat kedua belah matanya adalah merupakan penyanyi Era 60'an. Satu lagu beliau sering berkumandang ketika Hari Raya Aidilfitri adalah "Musafir di Aidilfitri".
  • Hani Mohsin : 15 Julai 2006 - nama sebenar Hani Mohsin Hanafi, artis terkenal Malaysia dan pengacara rancangan "Roda Impian". Pernah berkahwin dengan pelakon Tiara Jacquelina. 
  • Taufik Hj Ali : 13 September 2006
  • Seha : 10 Oktober 2006 (Penyanyi kumpulan Freedom) - penyanyi kumpulan Freedom yang popular dengan lagunya "Mulanya Disini" (1987). Beliau meninggal dunia kerana barah paru-paru ketika berusia 44 tahun. 
  • Pak Man Telo : 2 November 2006
Tahun 2007 
  • Hamzah Hussain : 21 April 2007 - Pegawai Penerangan Cathay Keris. Penulis Novel "Rumah itu Dunia Ku" yang kemudian dijadikan judul filem.
  • Kasma Booty : 1 Jun 2007
  • Izi Yahya : 25 Jun 2007
  • Tony Kassim : 12 Ogos 2007 - diperkenalkan oleh M. Amin dalam filem "Rumah itu Dunia Ku". 
  • Hussain Abu Hassan : 26 November 2007
Tahun 2008
  • Ali Rahman : 27 Mac 2008 - pelakon filem Melayu era 50'an. 
  • Yusni Jaafar : 1 April 2008 - Pelakon wanita yang sering memegang watak komedi. Pertama kali berlakon filem "Panglima Badol" (1975). Beliau adalah adik kepada seniwati Kasma Booty.
  • Salim I : 24 April 2008 - penyanyi pop era 60'an. 
  • Ahmad Mahmud : 27 Ogos 2008 di Petaling Jaya, Selangor - Datuk Ahmad Mahmud, lahir di Rembau, NS pada 17 Mac 1927. 
  • Raffi Hussain : 14 Oktober 2008 di Hospital Selayang, Selangor - nama sebenar Che Rofie Che Hussain. Penyanyi dan pelakon. 
  • Sabarudin P. Ramlee : 26 Oktober 2008 
  • Syed Alwi : 30 November 2008
  • Nasir P.Ramlee : 17 Disember 2008, Kuala Lumpur. Anak kepada P. Ramlee bersama isteri pertamanya Junaidah Daeng Harris. 
Tahun 2009 
  • Salmah Ibrahim : 30 April 2009 - pelakon filem Melayu yang juga isteri kepada seniman Nordin Ahmad. 
  • Ahmad Jaafar : 22 Mei 2009 - pemuzik yang aktif sekitar 60'an.
  • Shukery Hashim : 2 Jun 2009 di HUKM Cheras, KL. Pelakon filem dan drama TV. Meninggal dunia akibat kanser Pankreas.
  • Param : 14 Ogos 2009 di Hospital KL  - Pelakon dan pelawak veteren, nama sebenarnya P. Paramasivam. 
  • Rahimah Alias : 30 Disember 2009 - dalam Filem Labu dan Labi, beliau memegang watak isteri kepada Haji Bakhil (Udo Omar). 
Tahun 2010
  • Ahmad C. : 14 Januari 2010 di Hospital Kota Tinggi, Johor - nama sebenar Mohamad Abdul Hamid. Penyanyi dan pelakon veteran Malaysia. Beliau juga adalah salah seorang anggota Kumpulan Panca Sitara. 
  • Din Beramboi : 2 April 2010 di Hospital Selayang, Selangor akibat sindrom kejutan Denggi. Nama penuh beliau ialah Meor Ahmad Fuad bin Meor Badri. Lahir pada 22 Disember 1966 di Sg Besi, KL. Beliau adalah pelawak, pelakon, penyanyi, kartunis dan penyampai radio. 
  • Siti Rohani Wahid : 12 Julai 2010 di Hospital Putrajaya - Menantu Seniwati Sarimah, bekas Ratu Terengganu, pernah berlakon filem "Gila-Gila Remaja"
  • Mariam : 9 Ogos 2010
  • M.Rafiee : 16 September 2010 di Hospital Besar Changi, Singapura. Nama sebenar M.Rafiee Haji Khair. 
  • M.Rajoli : 17 September 2010 di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat barah otak. Nama sebenar Mohd Rajoli bin Mohamed Zain. Filem pertama lakonan beliau ialah "Mekanik" (1983). 
  • Yalal Chin : 16 Oktober 2010 di HUKM Cheras, KL - pelakon filem dan dramatis. 
  • Tony Castello : 13 Disember 2010, Hospital Changi, Singapura. - Nama Islamnya Mohd Nor Abdullah. Pernah memenangi Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik untuk filem "Anak Ku Sazali". 
Tahun 2011
  • Faizal Yusof : 1 Januari 2011 pelakon siri TV Malaysia. 
  • Aimi Jarr : 10 Mei 2011, di Taman Melawati, KL. Nama Sebenar beliau ialah Datuk Omar bin Puteh. 
  • Orkid Abdullah : 13 Mei 2011 di Hospital Ampang, KL. Penyanyi pujaan ramai sekitar 60'an dan 70'an. 
  • Mahyon Ismail : 21 Mei 2011 di Hospital Ampang Puteri, KL. Nama sebenar Mayayun binti Ismail. Mula berlakon dalam filem "Nasib Do Re Mi" (1966). Beliau adalah isteri kepada pelakon Hussein Abu Hassan dan ibu kepada pelakon Faizal Hussein, Dilla Hussein penulis skrip dan drama dan juga Fairuz Hussein penyanyi R&B. 
  • Zami Ismail : 19 Jun 2011 di Institut Jantung Negara, KL  - Pelakon dan pelawak yang paling diingati dalam Sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sebagai Pak Uda. 
  • Hasnah Haron : 11 Ogos 2011 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru - penyanyi era 60'an. 
  • M. Shahdan : 26 Ogos 2011 - pelakon era 70'an, pernah memegang pernan watak utama dalam filem "Hati Batu" (1973) bersama Latiffah Omar. 
  • Ahmad Jais : 11 Oktober 2011 di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor. Datuk Mohd Jais Ahmad, lahir di Kapar, Klang, Selangor pada 28 Mac 1936. lebih dikenali sebagai penyanyi, pernah juga berlakon dalam filem "Dara-Kula" dan "Si Badol". Filem pertama beliau ialah "Aksi Kuching" (1966).
Tahun 2012
  • Izwan Pilus : 21 Januari 2012 di Ampang, Selangor. Lahir 24 November 1979 di Melaka. Penyanyi muda yang baru meningkat nama di Malaysia. Meninggal akibat serang virus Kencing Tikus.
  • Latiff Ibrahim : 20 Februari 2012 di Institut Jantung Negara, KL. Penyanyi dan pelakon era 70'an. Datuknya pelakon veteran Aman Belon.  Bapa Saudaranya adalah pelakon Hussein Abu Hassan. Adiknya penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim  dan Kakaknya seniwati Sophia Ibrahim. 
  • Ismail Haron : 9 April 2012 - penyanyi kelahiran Singapura yang sering menyanyi bersama Anita Sarawak. 
  • Bob Kuman : 5 Mei 2012 di Kota Damansara, KL - (Lahir : 15 April 1971 di Rantau,NS. Nama penuh : Husni bin Mohd Rawi merupakan pelakon, pelawak dan penyanyi. 
  • Zami Ismail : 19 Jun 2012 di Institut Jantung Negara, KL. Pelakon dan pelawak terkenal di Malaysia. Paling di ingati ialah peranan beliau sebagai Pak Uda dalam Sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu". Penerima Anugerah Pelakon Komedi Terbaik  dalam FFM ke 9 pada tahun 1991. 
  • Osman Kering : 29 Jun 2012 di PPUKM, Selangor. Pelakon dan pelawak. 
  • Ismail Hutson : 21 Julai 2012 di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor. Nama penuh Dato' Ismail bin Haji Omar adalah pelakon filem Melayu yang juga Presiden Persatuan Zoologi Malaysia. 
  • Raja Hamidah : 12 September 2012 di Klang Gate, Hulu Klang, Selangor. Nama penuh Raja Hamidah Raja Saat, pelakon filem Melayu adalah isteri kepada Pengarah Filem Allahyarham Salleh Ghani.  
  • J. Kamisah : 21 November 2012 di Singapura - penyanyi pop tahun 60'an. 
Tahun 2013 
  • Yahya Sulong : 6 Februari 2013 di Hospital Kuala Lumpur - Datuk Yahya Sulong merupakan pelakon dan pelawak terkenal di Malaysia. Sebelum menyertai bidang seni beliau berkhidmat dengan Skuad Hutan, Polis DiRaja Malaysia dan berjuang menentang komunis. Filem pertama lakonan beliau adalah "Abu Nawas" pada tahun 1961. 
  • Omar Suwita : 11 Februari 2013 di Singapura. Nama sebenar Omar bin Saleh. Sering melakonkan watak jahat dan anagonis dalam filem-filem Melayu. 
  • Kuswadinata : 16 Februari 2013 di Hospital Ampang,KL akibat Kanser Usus. Nama sebenar ialah Kuswadi bin Bujang, lahir di Singapura pada 8 September 1938. Memulakan kerjaya lakonan dengan Malay Film Production pada tahun 1958. 
  • Azizah Mohammad : 28 April 2013 di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit Kanser Pangkal Rahim tahap akhir. Datin Azizah binti Mohamad adalah Penyanyi Era 60'an bersama kumpulan Orkes Nirwana. Beliau berkahwin dengan Datuk A. Rahman Hassan. 
  • Salbiah Harun : 1 Jun 2013 di Hospital Besar Melaka. Pelakon dan juga penyanyi, adik kepada S. Kadarisman. 
  • S. Shamsuddin : 4 Jun 2013 di Jurong, Singapura. Pelakon dan pelawak yang sering berlakon bersama P.Ramlee. 
  • Latiffah Omar : 9 Jun 2013 di HUKM akibat Kanser Usus. Lahir pada 26 Mac 1939 di Kg. Baru, KL. Nama sebenar beliau ialah Fatimah binti Omar. Filem pertama lakonan beliau ialah "Panggilan Pulau" tahun 1954. 
  • Ummi Kalthom : 24 Julai 2013 di Taman Melawati, KL. Nama Sebenar Datin Hajjah Patimah bt Bahaudin. Lahir 18 Okt 1932 di Lenggeng, NS. Pelakon filem Melayu di era kegemilangan. Suaminya adalah Datuk S. Roomai Noor dan beliau juga adalah ibu kepada pelakon Noor Kumalasari. 
  • Rosnah Mohd Noor : 4 Ogos 2013 di Hospital Kuala Lumpur. Penyakit Barah Payu Dara. Beliau adalah pelakon filem Melayu era 80'an. Beliau juga adalah penerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam FFM ke 6 pada tahun 1986. 
  • Maimon Mutalib :7 September 2013, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor akibat kanser payudara. Beliau adalah pelakon drama TV di Malaysia. 
  • Diana Nasution - 4 Oktober 2013 - penyanyi Indonesia yang popular di Malaysia sekitar tahun 80'an. Lagu popularnya "Benci Tapi Rindu". 
  • Noreen Noor : 22 Oktober 2013 di Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor akibat komplikasi buah pinggang dan jantung. Nama sebenar Noraine binti Mohamad Nor. Beliau adalah penyanyi dan pelakon era 80'an. 
  • Ahmad Busu : 10 November 2013 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor - pelawak terkenal dalam sketsa "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" 
  • Azean Irdawaty : 17 Disember 2013 di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya,Selangor akibat penyakit Tumor dan Lymphedema. Lahir 27 Februari 1950 di Alor Setar,Kedah. Beliau adalah pelakon dan penyanyi era 70'an. 
Tahun 2014
  • Run Run Shaw : 7 Januari 2014 - mengasaskan Shaw Brothers bersama abangnya Runme Shaw. Beliau meninggal dunia di Hong Kong ketika berusia 106 tahun. 
  • Kassim Masdor : 21 Januari 2014 di Singapura. Penggubah lagu terkenal di Singapura. Perintis kumpulan Panca Sitara.
  • Ali Mamak : 27 Mac 2014 di Pusat Perubatan UKM. Datuk Ali Mamak atau nama sebenar Jantan bin Osman merupakan pelakon dan pelawak veteran Malaysia. Sitcom terkenal beliau adalah "Santan Berlada" di awal tahun 80'an. 
  • Sidek Hussain : 27 April 2014 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau adalah pelakon drama dan filem  dan sering diberikan watak jahat. 
  • Kartina Dahari : 30 April 2014
  • Aziz Sattar : 6 Mei 2014 di Pusat Perubatan KPJ Kajang, Selangor. Nama penuh Datuk Abdul Aziz bin Sattar lahir pada 8 Ogos 1925 di Indonesia. Beliau adalah Pelakon, Pengarah filem, pelawak dan penulis skrip, sering berlakon bersama P.Ramlee dan S. Shamdsuddin dalam filem-filem Bujang Lapok. Pernah berkahwin dengan seniwati Dayang Sofia (bercerai). 
  • Jamal Muhammad : 7 Mei 2014 di Hospital Putrajaya,WP. Dikenali dengan gelaran "Pak Cik Jamal" atau "Jamal Kerdil" adalah legenda dalam dunia penyiaran Malaysia. Beliau popular dengan rancangan "Mini Parlimen" dengan memegang watak speaker bersiaran pada 1983 hingga 1995. 
  • Adam Ahmad : 15 Mei 2014 di Hospital Ampang, KL. Beliau adalah penyanyi dan penggubah lagu. Lagu beliau yang paling popular adalah "Kau Pergi Jua".
  • H.M Shah : 26 Mei 2014 di Guangzhao, China. Nama sebenar Tan Sri Habib Mohammed Shah. Bekas Pengarah Urusan pertama akhbar Utusan Melayu. usahawan berjaya dan memiliki beberapa perniagaan antaranya Hotel Shah dan Shah Tower di Petaling Jaya serta Shah Village and Resort di Tanjung Keling, Melaka. HM Shah adalah bekas Pengarah Urusan pertama syarikat akhbar Utusan Melayu.Beliau seorang usahawan berjaya dan memiliki beberapa perniagaan antaranya Hotel Shah dan Shah Tower di Petaling Jaya serta Shah Village and Resort di Tanjung KelingMelaka.
  • Sharifah Aini : 5 Julai 2014 di Pusat Perubatan Pakar Damansara, KL akibat komplikasi fibrosis paru-paru. Beliau adalah satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia. Satu-satunya penyanyi Malaysia yang mempunyai peminat bukan sahaja di Malaysia malah dibeberapa buah negara seperti Jepun, Korea,Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia. 
  • Shuba Jay : 17 Julai 2014 dalam Nahas Pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Nama sebenar beliau adalah Shubashini Jeyaratnam. Beliau adalah pelakon Malaysia dalam rancangan TV tempatan seperti Spanar Jaya,  Gadis 3 dan Sugumana Sumaigal. 
  • Norshah Thamby : 30 Julai 2014 - wartawan dan pelakon, salah seorang pengasas Festival Filem Malaysia. 
  • Maidin Ibrahim : 13 Ogos 2014 di Gurun, Kedah. Pelawak veteran yang sering digandingkan dengan Allahyarham Pie. Menerima anugerah Aktor Pembantu Terbaik dalam Anugerah Skrin 2001. 
  • Jamil Sulong :  25 September 2014 di Bukit Utama Damansara. Dato' Jamil Sulong adalah pelakon, Pengarah Filem dan penulis lirik yang banyak menghasilkan filem di bawah Malay Film Productions Ltd. Filem pertama arahan beliau adalah "Batu Belah Batu Bertangkup" pada tahun 1957.
  • Mustapha Maarof : 15 Disember 2014 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, KL. Datuk Mustapha Maarof adalah pelakon veteran di zaman kegemilangan Filem Melayu. Beliau adalah suami kepada Seniwati Allahyarhamah Rose Yatimah.  Sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon Suraya Haron. 
  • Abdullah Hussain : 31 Disember 2014 di Petaling Jaya, Selangor. Datuk Abdullah Hussain adalah penerima anugerah Sasterawan Negara 1996. 
Tahun 2015
  • S. Hamid : 6 Februari 2015 di Singapura. Beliau adalah penyanyi lagu evergreen "Cenderawasih". Nama penuh beliau ialah Syed Hamid bin Ahmad bin Mohammad bin Abdullah Alkaff. S. Hamid adalah biduan pertama yang menjadi pasangan duet Saloma (Salmah binti Ismail) dalam rakaman piring hitam. 
  • Alex Komang : 13 Februari 2015 - pelakon Indonesia. Pernah membintangi filem "Puteri Gunung Ledang" disamping Tiara Jacquline dan M. Nasir pada 2004. 
  • Harun Salim Bachik : 8 Mac 2015, beliau rebah di tandas Stesen Minyak Hentian Gunung Semanggol, Bukit Merah, Perak. Beliau menghidap Athma sejak tahun 2010. Nama Sebenar beliau ialah Haron Aminar Rashid bin Salim. Beliau adalah pelakon komedi dan mula dikenali dalam drama bersiri "Rumah Kedai" awal tahun 90'an. Beliau adalah anak kepada pelakon tahun 50'an Salim Bachik. 
  • Julie Dahlan : 30 April 2015 di Hospital Ampang, KL. Nama sebenar beliau adalah Junaidah bt Dahlan. Beliau adalah pelakon dan penerbit filem terkenal di Malaysia. 
  • Samsudin Lamin : 1 Julai 2015 di Rawang, Selangor - Penyanyi veteren lagu-lagu Melayu Asli. 
  • Karim Latiff :  18 Ogos 2015 di Hospital Kuala Lumpur akibat barah paru-paru. Nama penuh beliau adalah Abdul Karim bin Abdul Latiff. Beliau adalah pelakon filem Melayu dan paling dikenali dalam watak "Safar" dan filem "Ahmad Albab" arahan P. Ramlee.
  • Nurbani Jusuf : 22 Oktober 2015 - pelakon Indonesia yang pernah berlakon disamping S.Roomai Noor, Latiffah Omar, Rendra Karno dan Salim Bachik dalam filem "Bayangan di Waktu Fajar". 
  • Yus Jambu : 30 November 2015 di Hospital Selayang, KL akibat serangan jantung. . Pelakon dan pelawak, nama sebenarnya Yussry Edoo, adalah Juara Raja Lawak Musim Pertama pada 11 Mac 2007. 
  • Mariani : 1 Disember 2015 di Sentul, KL. Nama penuh Siti Mariam Ismail adalah kakak kepada Biduanita Saloma. Beliau telah membintangi beberapa buah filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura. 
  • Momo : 10 Disember 2015
Tahun 2016
  • Ahmad Idris : 3 Februari 2016
  • Adnan Abu Hassan : 18 Mac 2016 di Hospital Selayang,KL. Datuk Adnan bin Abu Hassan adalah penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi dan muzik. Beliau adalah penerima anugera Wirama dalam Anugerah Industri Muzik ke 17 pada tahun 2010. 
  • Neng Yatimah : 19 Mac 2016 di Singapura. Yatimah bt Ahmad merupakan seniwati filem etnik Melayu tahun 50'an dan 60'an. Beliau adalah ibu kepada Seniwati Roseyatimah.
  • Zulkifli Ahmad : 26 Mac 2016
  • Mr. Os : 8 April 2016 di Hospital Selayang, Selangor akibat kanser paru-paru. Nama penuh beliau Mohd Yusof bin Abdul Hamid adalah pelakon, pelawak, penyanyi dan pengacara di Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan dalam filem "Balik Kampong" pada tahun 1986. Mr Os juga merupakan juara Maharaja Lawak Mega musim pertama menerusi penyertaannya bersama Abon sebagai gandingan Osbon.
  • Samantha Schubert : 25 April 2016, Prince Court Medical Centre, KL. merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan pemegang gelaran Miss Malaysia/World pada 1991. Beliau terkenal menerusi filem The Red Kebaya dan telah muncul dalam lebih 30 iklan komersial.
  • Suraya Haron : 1 Jun 2016 - pelakon filem Melayu era 60'an. 
  • Aziz Singah : 1 Julai 2016 di Seri Kembangan, KL akibat Kanser Prostat. Datuk Abdul Aziz Eddy Zaid Singah adalah pelakon treater, drama TV dan filem di Malaysia. 
  • Tamam Idris :  7 Julai 2016 di Pusat Perubatan UKM. Pelakon siri drama-drama di TV. 
  • Piee 11 Ogos 2016 - nama sebenar Shafiee Jaafar. Pelakon dan pelawak terkenal yang telah membintangi beberapa buah filem di Malaysia dan sering digandingkan dengan pelawak Allahyarham Maidin. 
  • S.M.Salim : 29 Disember 2016 di Kuala Lumpur. Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros merupakan seniman kedua selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mendapat gelaran "Tan Sri". 
Tahun 2017 
  • S. Rosley : 25 Januari 2017 di Singapura. Nama penuh beliau adalah Syed Ahdross Bin Syed Ahmad Alqadry merupakan seorang pelakon filem Melayu yang popular pada 1960-an. Mula berlakon menerusi filem Anak Buluh Betong (1965) arahan S. Kadarisman, diikuti filem Lampong Karam (1967). Beliau turut berlakon dalam filem Darma Kesuma ( 1967 ) bersama Dayang Sulu.
  • Ramli Ismail : 27 Februari 2015
  • Jins Shamsudin : 1 Mac 2017 di Kuala Lumpur. Nama sebenar Mohamed Zain bin Shamsudin adalah pelakon, Pengarah Filem  dan Senator. Pernah berkahwin dengan Seniwati Rahmah Rahmat. 
  • Johan Nawawi : 24 Mac 2017 di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor akibat serangan Jantung. Beliau adalah penggubah lagu terkenal di Malaysia. 
Di kemaskini : 10 June 2017 : 11.27 pm




Wednesday, 7 June 2017

TARIKH NUZUL AL-QURAN: SATU PERBINCANGAN


Oleh: Dr. Ahmad Najib bin Abdullah Al-Qari
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Sejarah Nuzul Quran

Pendahuluan:

Nuzul Al-Qur’an merupakan satu peristiwa penting berhubung sejarah Al-Qur’an itu sendiri. Justeru, ia mendapat tempat khusus dalam karya-karya Ulum Al-Qur’an (Ilmu-ilmu berkaitan Al-Qur’an ). Tumpuan diberikan untuk menjelaskan hakikat nuzul dan tahap-tahap penurunan Al-Quran.
Al-Syaikh Muhammad Abd Al-‘Azim al-Zarqani ada menyatakan bahawa Nuzul al-Qur’an adalah asas keimanan terhadap al-Qur’an itu sendiri dan juga keimanan terhadap Nabi SAW.[1]
Nuzul al-Qur’an bermaksud penurunan al-Qur’an. Ia terbahagi kepada dua tahap utama:
Pertama: Nuzul al-Qur’an dari Lauh Mahfuz ke langit dunia di Bait al-Izzah secara sekaligus.
Kedua: Nuzul al-Qur’an dari Bait al-Izzah di langit dunia kepada Nabi SAW secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Berhubung isu Nuzul Al-Qur’an yang dibincangkan ini, apakah maksud penurunan ( Nuzul )? adakah ia bermaksud Nuzul Al-Qur’an pada tahap pertama atau pada tahap kedua?
Jika kita mengumpulkan pendapat para ulama’ Islam dalam isu ini kita akan memperolehi pelbagai pendapat dan huraian.

Pendapat Pertama:
Pendapat yang agak masyhur memilih tanggal 17 Ramadhan sebagai tarikh Nuzul Al-Qur’an. Pendapat ini dipegangi sebahagian ulama’ sirah. Antara ulama’ sirah yang kuat berpegang kepada pendapat ini ialah Syaikh al-Khudhari dalam karyanya; Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyyah.[2] Pendapat ini merujuk kepada suatu riwayat daripada al-Waqidi menerusi Abu Ja’far al-Baqir yang mengatakan bahawa (penurunan ) wahyu kepada Rasulullah s.a.w bermula pada hari Isnin, 17 Ramadhan ( dan dikatakan pada 24 Ramadhan). Riwayat ini dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah:
روى الواقدي بسنده عن أبي جعفر الباقر أنه قال: كان ابتداء الوحي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثنين لسبع عشرة ليلة خلت من رمضان وقيل في الرابع والعشرين منه[3]
Maksudnya: Al-Waqidi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Ja’far al-Baqir bahawa dia berkata: Permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin 17 Ramadhan, dan dikatakan juga pada 24 Ramadhan.
Ada suatu hal yang agak menarik dalam kita membincangkan pendapat yang menyatakan 17 Ramadhan sebagai tanggal Nuzul Al-Qur’an. Setelah saya meneliti kitab Sirah Ibn Hisyam berhubung tajuk “ Ibtida’ Tanzil Al-Qur’an” ( Bermulanya Penurunan Al-Qur’an ), terdapat semacam satu kekeliruan apabila Ibn Hisyam ada membuat catatan berikut:
قال ابن إسحاق: فابتدئ رسول الله صلى الله عليه وسلم بالتنزيل في شهر رمضان، يقول الله عز وجل: ( شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان هدى للناس وبينت من الهدى والفرقان )
وقال الله تعالى ( إنا أنزلنه في ليلة القدر… )…وقال تعالى ( إن كنتم آمنتم بالله وما أنزلنا على عبدنا يوم الفرقان يوم التقى الجمعان ). وذلك ملتقى رسول الله صلى الله عليه وسلم والمشركون ببدر.
قال ابن إسحاق: وحدثني أبو جعفر محمد بن علي بن حسين: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم التقى هو والمشركون ببدر يوم الجمعة، صبيحة سبع عشرة من رمضان.[4]
Maksudnya: Ibn Ishaq berkata: Rasulullah SAW mula diturunkan wahyu kepadanya pada bulan Ramadhan. Allah Azza Wajalla berfirman ( maksudnya ): Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Qur’an sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan kepada petunjuk itu,juga sebagai pembeza ( antara yang haq dan yang batil ). Dan Allah Ta’ala berfirman ( maksudnya ): Sesungguhnya Kami menurunkannya ( Al-Qur’an ) pada malam al-Qadr …Dan Allah berfirman ( maksudnya ): Sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari al-Furqan, hari pertembungan dua kumpulan… Itulah ( yang dimaksudkan) pertemuan(peperangan ) Rasulullah SAW dengan golongan musyrikin di Badr. Berkata Ibn Ishaq: Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bertemu ( memerangi) golongan musyrikin pada hari Juma’at, pagi 17 Ramadhan…
Jika diperhatikan dan dihalusi, kenyataan di atas semacam mengaitkan elemen ‘al-furqan’ yang terdapat dalam al-Qur’an ( pada ayat 185, Surah Al-Baqarah ) dengan ‘yaum al-furqan’ ( hari al-Furqan, pada ayat 41, Surah al-Anfal ) yang merujuk kepada hari Peperangan Badr yang berlaku pada 17 Ramadhan. Oleh kerana perkara ini disebut di bawah tajuk “ Ibtida’ Tanzil al-Qur’an”, berkemungkinan ada pihak yang memahami bahawa Nuzul Al-Qur’an juga berlaku pada tarikh yang sama.

Pendapat Kedua: Nuzul Al-Qur’an berlaku pada 7 Ramadhan.

Pendapat Ketiga: Nuzul Al-Qur’an berlaku pada 18 Ramadhan.

Pendapat kedua dan ketiga ini dinyatakan oleh Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri dalam kitab sirahnya.

Pendapat Keempat:
Syaikh Safiyy al-Rahman sendiri membuat pilihan dan tarjih yang berbeza dengan ulama’ lain. Menurut beliau, Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 21 Ramadhan. Antara alasan yang dikemukakan seperti berikut:
1- Semua ulama’ sirah atau majoriti dari kalangan mereka sepakat mengatakan bahawa Nabi SAW dibangkitkan pada hari Isnin berdasarkan hadith Abu Qatadah r.a dalam Sahih Muslim dan lain-lain.
2- Hari Isnin pada tahun Nabi SAW dibangkitkan jatuh sama ada pada hari 7 Ramadhan, 14 Ramadhan, 21 Ramadhan dan 28 Ramadhan. Hadith-hadith yang sahih ada menyebut bahawa malam al-Qadr tidak berlaku melainkan pada malam-malam ganjil, sepuluh malam terakhir Ramadhan.
3- Setelah dibuat perbandingan antara firman Allah:
(إنا أنزلنه في ليلة القدر) dan riwayat Abu Qatadah tentang penentuan hari Isnin sebagai hari Nabi SAW dibangkitkan serta dipadankan dengan perhitungan taqwim yang tepat bilakah sebenarnya jatuh hari Isnin pada bulan Ramadhan tahun kebangkitan Nabi SAW, jelaslah bahawa baginda dibangkitkan pada malam 21 Ramadhan.[5]

Pendapat Kelima: Pendapat seterusnya, Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan. Pendapat ini berdasarkan hadith berikut:
قال الإمام أحمد: حدثنا أبو سعيد مولى بني هاشم، حدثنا عمران أبو العوام عن قتادة عن أبي المليح عن واثلة بن الأسقع أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أنزلت صحف إبراهيم عليه السلام في أول ليلة من رمضان، وأنزلت التوراة لست مضين من رمضان، والإنجيل لثلاث عشرة خلت من رمضان، وأنزل الله الفرقان لأربع وعشرين خلت من رمضان.[6]
Maksudnya: Berkata Imam Ahmad: Abu Sa’id Maula Bani Hashim memberitakan kepada saya, katanya: ‘Imran Abu al-‘Awwam memberitakan daripada Qatadah daripada Abi al-Malih daripada Wathilah bin Al-Asqa’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Suhuf Nabi Ibrahim AS diturunkan pada malam pertama Ramadhan, Taurat pula diturunkan pada 6 Ramadhan, Injil diturunkan pada 13 Ramadhan. Dan Allah menurunkan al-Furqan (Al-Qur’an ) pada 24 Ramadhan.
Hadith di atas dihukumkan hasan oleh Syaikh al-Albani, manakala Syaikh Ahmad Shakir menghukumkan sanad hadith ini sebagai sahih.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, hadith di atas bertepatan dengan firman Allah SWT ( Surah al-Baqarah: Ayat 185 ):
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ
Dan firmanNya ( Surah al-Qadr: Ayat 1 ):
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Kata beliau, berkemungkinan Lailah al-Qadr berlaku pada tahun kebangkitan Nabi SAW pada malam tanggal 24 Ramadhan di mana Al-Qur’an diturunkan secara sekaligus ke langit dunia dan pada masa yang sama ( 24 Ramadhan ) wahyu pertama diturunkan, iaitu firman Allah SWT:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ [7]

Al-Tabari juga ada menyebut satu riwayat dengan sanadnya menerusi Sa’id Bin Jubair daripada Ibn Abbas r.a katanya: Al-Qur’an diturunkan sekaligus dari Lauh Mahfuz pada malam 24 Ramadhan, kemudiannya ia ditempatkan di Bait al-‘Izzah.[8]
Al-Qurtubi pula menyebut hadith Wathilah Bin Al-Asqa’ di atas dan menyatakan bahawa hadith tersebut merupakan dalil atau hujah terhadap pendapat Hasan al-Basri yang menegaskan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.[9]

Al-Hafiz Ibn Kathir juga ada membawa hadith Wathilah ini dalam mentafsirkan maksud ayat 185, Surah al-Baqarah, kemudian beliau menyatakan bahawa Ibn Mardawaih ada meriwayatkan hadith daripada Jabir Bin ‘Abdullah r.a seumpama hadith Wathilah dengan sedikit perbezaan pada matan hadith berkenaan.[10] Beliau juga ada menyebut hadith ini dalam al-Bidayah wa al-Nihayah dan menyatakan bahawa berdasarkan hadith Wathilah ini, sebahagian ulama’ dari kalangan para sahabat dan tabi’in berpendapat bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.[11]
Turut menyebut hadith Wathilah ,Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di mana beliau mengambil hadith ini bagi menjelaskan Nuzul Al-Qur’an berlaku pada tanggal 24 bulan Ramadhan.[12]


Kesimpulan yang dapat dibuat setelah meneliti pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas berhubung tanggal Nuzul Al-Qur’an seperti berikut:

1- Pendapat yang menyebut Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 17 Ramadhan bersandarkan riwayat al-Waqidi. Menurut ulama’ al-Jarh wa al-Ta’dil, al-Waqidi ( m. 207 H ), nama penuh beliau: Muhammad Bin Umar Bin Waqid al-Aslami seorang perawi yang sangat lemah ( matruk ) dan tidak diterima riwayatnya[13]. Pendapat ini juga ditolak oleh Syaikh al-Zarqani kerana ia bercanggah dengan pendapat yang masyhur lagi sahih.[14]

2- Pendapat Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri yang menyatakan Nuzul Al-Qur’an jatuh pada tanggal 21 Ramadhan merupakan cetusan ijtihad beliau semata-mata berdasarkan penelitian beliau terhadap hadith Abu Qatadah dan perkiraan taqwim yang dipegangi beliau dengan mengambil kira malam ganjil untuk Malam al-Qadr. Malam al-Qadr boleh berlaku pada malam-malam genap dan juga boleh berlaku pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir Ramadhan.

3- Pendapat yang menyebut bahawa Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan adalah kuat. Ini berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
I- Pendapat ini bersandarkan hadith marfu’ yang sahih dan diperakui oleh tokoh-tokoh dalam bidang hadith. Sebagaimana yang termaklum, apa jua permasalahan dalam Agama Islam perlu dirujuk kepada nas Al-Qur’an dan hadith. Dalam hal ini, hadith Wathilah Bin al-Asqa’ adalah rujukan utama dalam menentukan bilakah berlakunya Nuzul Al-Qur’an.
II- Matan hadith dengan jelas menyebut bahawa al-Qur’an diturunkan pada 24 Ramadhan.
III- Maksud atau mafhum hadith diterima pakai oleh ulama’ muktabar dari kalangan ahli hadith dan para mufassirin dan dijadikan hujah bagi menetapkan tanggal 24 Ramadhan sebagai tarikh tepat bagi Nuzul Al-Qur’an. Rujuk kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar, Imam al-Qurtubi dan al-Hafiz Ibn Kathir.

Penutup:

Kepelbagaian pandangan para ulama’ dalam membincangkan tarikh Nuzul Al-Quran membuktikan keprihatinan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap Al-Qur’an Al-Karim. Setiap pendapat ada sandaran hujah yang dipegangi. Ruang untuk perbincangan masih terbuka asalkan hati bertekad mencari kebenaran. Dan perbezaan pendapat dalam hal sebegini janganlah sampai membawa kepada pertelingkahan yang boleh meruntuhkan ummah.

————————————
[1] Lihat: Manahil al-‘Irfan, 1/40
[2] Lihat: al-Mubarakfuri, Syaikh Safiyy al-Rahman, al-Rahiq al-Makhtum, Beirut: al-Maktabah al-Thaqafiyyah, h. 77.
[3] Al-Dimisyqi, Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Beirut: Dar al-Fikr, 3/6.
[4] Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiyyah,1/239-240.
[5] Lihat: al-Rahiq al-Makhtum, h.77
[6] Imam Ahmad,al-Musnad , Beirut: al-Maktab al-Islami 4/107, al-Baihaqi , al-Sunan al-Kubra 9/188, al-Tabarani, al-Mu’jam al-Kabir, No 185. Al-Tabari, Ibn Jarir, Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Qur’an, ( Tahqiq: Ahmad Shakir),al-Qahirah: Dar al-Ma’arif, 3/446, Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No 1575. Lihat: Yasin, Dr. Hikmat Bashir,( 1994 ), Marwiyyat al-Imam Ahmad Bin Hanbal Fi al-Tafsir, Riyadh: Maktabah al-Muayyad, 1/128.
[7] Al-‘Asqalani, Ibn Hajar,( 1988 ), Fath al-Bari, al-Qahirah: Dar al-Rayyan li al-Turath 8/621.
[8] Al-Tabari, Jami’ al-Bayan 3/445.
[9] Al-Qurtubi, Muhammad Bin Ahmad al-Ansari, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, Beirut: Muassasah Manahil al-‘Irfan 2/198
[10] Al-Dimisyqi, Ibn Kathir, ( 2004 ),Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub, 2/180, lihat juga: 14/411
[11] Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/6
[12] Al-Albani, Muhammad Nasiruddin,( 1421 H ), Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah, Amman: al-Maktabah al-Islamiyyah, h.90
[13] Al-Baghdadi, al-Khatib, Tarikh Baghdad, 3/31, al-Zahabi, Muhammad Bin Ahmad Bin Uthman, ( 1992 ), Siyar A’lam al-Nubala’,Beirut: Muassasah al-Risalah, 9/454, 469, Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta’dil, 8/20
[14] Lihat: Manahil al-‘Irfan, 1/52.

Sumber:

7 Jun 2017 / 12 Ramadhan 1438H

Tuesday, 6 June 2017

Waktu Melayu Islam Masih Buat Benda Khurafat, Dua Tokoh Ini Cuba Bawa Perbaharuan

Pada awal abad ke-19, masyarakat Melayu yang dah lama memeluk agama Islam masih lagi mengamalkan perkara-pekara khurafat, seperti yang telah diperhatikan oleh seorang pegawai British dalam bukunya, Malay Sketches. Antara pemerhatiannya adalah orang Melayu ni taat sungguh pada agama, tapi juga suka berjudi, meminjam wang (tapi liat nak pulang balik), dan mengumpat.

Jadi pada zaman yang sama, muncul dua tokoh yang cuba mengajak orang Melayu kembali kepada ajaran Islam sebenar iaitu Syed Sheikh Al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin. Boleh dikatakan mereka berdua ni adalah pelopor utama gerakan pembaharuan dan seterusnya kepada gerakan kemerdekaan negara kita.

Sebelum kita beramah-mesra dengan dua tokoh ni, jom berkenal-kenalan dulu dengan cikgu mereka. Ceritanya, mereka berdua belajar kat Universiti Al-Azhar dan kat situlah mereka dipengaruhi dua reformis Islam yang lebih senior dari Timur Tengah iaitu Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Kedua-dua ‘mentor’ ni aktif dalam menyebarkan pemikiran mereka yang mengajak masyarakat untuk mencari kebenaran agama dan menentang penjajahan Barat terhadap umat Islam.

“Pemikiran Jamaluddin menegaskan bahawa Islam tidak menentang akal dan sains, tetapi menggalakkan penganutnya berfikir berdasarkan logik dan rasionalis berasaskan ijtihad (proses penyelidikan yang serius) dan tidak bertaklid (pendapat tanpa alasan dan hujah) membabi buta” – Hermeneutik Reaksi Reformasi Kaum Muda, p64

Usaha penerbitan pemikiran kaum muda ini dijalankan bersama sama Muhammad Abduh yang merupakan satu usaha menentang penjajahan dan eksploitasi Barat terhadap orang-orang Islam.” – Hermeneutik Reaksi Reformasi Kaum Muda, p57″



Jadi bila Sheikh al-Hadi dan Sheikh Tahir balik ke Tanah Melayu, mereka mula bawak pemikiran mereka tu kat masyarakat Melayu. Pada mulanya orang Melayu tak mahu ikut, sebab diorang kata ini semua baharu dan sesat. Orang Melayu masa tu macam kena culture shock la.

Dan antara ajaran yang dua tokoh kita tadi cuba bawak ialah…

[Nota: Selain daripada link yang diberikan, artikel ini akan banyak merujuk buku Hermeneutik Reaksi Reformasi Kaum Muda (dipendekkan jadi HRRKM) tulisan Dr Hashim Ismail, pensyarah kat Universiti Malaya.]

1. Ajak orang Melayu bezakan antara adat lama dan agama Islam

Macam yang dah dicakap tadi, kehidupan orang Melayu masa tu masih lagi dipengaruhi amalan animisme dan agama Hindu, malah dicampur adukkan dengan agama Islam. Amalan ni seperti percaya kat bomoh, ilmu kebal dengan ayat al-Quran, tilik nasib, guna tangkal, puja kubur wali atau keramat, mandi Safar dan sebagainya.

Benda-benda macam inilah yang Sheikh al-Hadi dan Sheikh Tahir nak hapuskan. Bagi mereka orang Melayu takkan maju kalau agama sendiri pun mereka tak faham.

Dengan tu, mereka seru orang Melayu supaya kembali kepada al-Quran dan Hadis. Sebab tu jugaklah, Sheikh al-Hadi pernah tegur belia Melayu waktu tu yang kata kalau nak jadi alim ni… “kena duduk kat masjid memanjang.”

Sheikh Tahir jugak pernah tulis kat majalah al- Imam, katanya:

“Setiap kejayaan yang dicapai seseorang itu adalah atas USAHA DAN IKHTIAR mereka sendiri dan ia tiada kaitan dengan faktor QADA’ DAN QADAR.” – HRRKM, p99
Tulisan ni diterbitkan pada 19 Sept 1906, hampir 110 tahun dulu! Sheikh Tahir cakap macam tu sebab masa tu orang Melayu sangat bergantung kat Qada’ dan Qadar tanpa usaha.

2. Mereka seru supaya anak perempuan diberi peluang untuk belajar



Antara perkara yang mereka lantang perjuangkan adalah pendidikan. Sebabnya, sebelum tu orang Melayu tak anggap belajar ni penting. Lagi-lagi anak perempuan. Bagi mereka, nanti bila dah besar sikit kahwinkan je anak perempuan tu, pastu selesai masalah. Senang dan mudah!

Tapi mereka mula seru orang Melayu untuk bagi pendidikan kat golongan wanita (rujuk fail PDF). Sebab bagi mereka golongan wanita pun boleh berjaya dan patut diberikan kebebasan memilih. Bagi mereka, orang Melayu mesti kejar peluang untuk belajar dan pendidikan tu mestilah tak ada sebarang diskriminasi sama ada dengan darjat, jantina atau usia.

“Pendidikan kaum wanita diperjuangkan oleh golongan cerdik pandai Melayu bermula dengan ‘Hikayat Faridah Hanom’ (novel Syed Sheikh al-Hadi) yang memperkenalkan perjuangan pelajaran kaum wanita.” – HRRKM, p294.
Yang lagi menarik, mereka ajak orang Melayu belajar Bahasa Inggeris sebab bagi mereka bahasa inilah yang boleh bawa kemajuan (rujuk fail PDF). Sebab masa tu Barat sangat maju, mereka dah kuasai hampir semua ilmu pengetahuan. Perkara ni dah terbukti sekarang. Betul tak?

“Masyarakat digalakkan belajar bahasa inggeris dan sains bagi menghadapi kemajuan pemikiran Barat yang melanda umat Islam seluruh dunia waktu itu.” – HRRKM, p297.


Difahamkan jugak, Sheikh Tahir pernah bagi surat kepada Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah untuk yakinkan baginda supaya dibina satu tempat khusus seperti universiti kat Perak.

Mereka juga mengkritik sistem pembelajaran Islam di Tanah Melayu. Pernah sekali, Sheikh Al Hadi kritik sekolah pondok yang kerana tidak tersusun, ketinggalan zaman dan lebih bersifat menghafal. Korang tengok! berapa beraninya dia!




3. Sangat giat terbitkan buku, akhbar dan majalah

Untuk luaskan lagi gerakan pembaharuan, mereka terbitkan pelbagai majalah dan akhbar. Majalah yang popular waktu tu; majalah Al-Imam (rujuk fail PDF) yang juga dianggap sebagai lidah rasmi golongan pembaharuan. Selain itu ada lagi majalah dan akhbar lain macam Saudara, al-Ikhwan, Neracha dan al-Munir.

Semua majalah dan akhbar ni ada misi yang sama iaitu nak sedarkan orang Melayu termasuk di Indonesia, selain kebebasan bersuara dan menyebarkan pemikiran. Jadi akhbar dan majalah ni dipenuhi dengan pandangan, kritikan dan prinsip perjuangan diorang.(rujuk fail PDF)

Syed Sheikh Al-Hadi juga hasilkan beberapa novel, macam Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Cermin Kehidupan, Hikayat Puteri Nurul Ain dan banyak lagi. Novel-novel ni banyak bagi fokus pada perjuangan kebebasan wanita dalam pendidikan dan hidup.


Majalah al-Imam sebagai suara rasmi Kaum Muda (golongan pembaharuan).
Imej dari Muhammad Ismail Ibrahim.



4. Mengetuai gerakan ideologi menentang ulama yang masih berfikiran lama

Ketika tu, ada dua istilah untuk gambarkan dua golongan ulama.

Kaum Muda – golongan ulama dan reformis yang bawak pemikiran baharu dan ajak umat Islam untuk lebih progressif.
Kaum Tua – golongan ulama tradisional dan konservatif yang masih kekalkan pemikiran lama.
Menurut Hamka Kaum Tua adalah;

“Golongan ulama tua yang memandang ke zaman lampau, masih di takuk lama dengan pemikiran tradisional ulama silam yang tidak memberatkan perkembangan pemikiran pada zaman moden.”
(Hamka, Said Djamaluddin al-Afghani-Pelopor Kebangkitan Muslimin,1970)
Disebabkan Kaum Muda lantang mengkritik Kaum Tua. Banyak dari ajaran mereka dituduh sesat dan menyeleweng. Antara yang Kaum Muda kritik adalah pendapat-pendapat ulama Kaum Tua yang terlalu ikut adat dan tak ikut ajaran Islam sebenar, macam soal aurat dan solat.

“Ulama tradisional berpegang, seorang lelaki Muslim bersolat mesti mengenakan kain sarung, baju dan memakai kopiah tetapi Syeikh Al-Hadi berpendirian, seorang lelaki Muslim boleh bersolat selagi beliau memakai pakaian yang menutup tubuhnya dari pusat ke lutut. Ini termasuk memakai seluar, kot, kemeja dan tali leher.

“Pendapat ini menjadi kontroversi hebat dalam kalangan masyarakat ketika itu dan hanya diterima umum selepas lewat tahun 1960-an.” – dipetik dari Utusan Malaysia.

Sheikh Tahir Jalaludin ada swag. Imej dari Bicara as-Syira

Bila Kaum Muda terbitkan majalah al-Munir lepas majalah al-Imam ditutup. Kaum Tua jugak mula terbitkan majalah mereka sendiri yang dipanggil al-Mizan. Tujuannya nak bantah pendapat dan idea dari Kaum Muda.

Karya, majalah dan buku Kaum Muda pun mula dilarang masuk ke beberapa buah negeri negeri Melayu. Sebenarnya golongan Kaum Tua ni ada kuasa sebab diorang berkuasa kat pejabat kadi dan mufti.

Antara ulama yang digelar Kaum Tua adalah Sayyid Alwi bin Tahir al- Haddad (Mufti Johor), Hj Abu Bakar Muar (ulama Johor), Sheikh Osman Jalaluddin al-Kelantani (ulama Kelantan),Sheikh Fadhlullah Suhaimi (ulama Pengasas PAS) dan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli (ulama Indonesia).


Antara ulama Kaum Muda di Indonesia. Imej dari soeloehmelajoe

Walaupun pertembungan dua golongan ni boleh dikatakan sengit. Tetapi pertembungan itu lebih bersifat perang idea dan ideologi. Masing-masing ada hujah bagi mempertahankan pendapat masing-masing dan masyarakat bertindak sebagai pemerhati dan perlu bijak dalam memilih.

5. Bersahabat dengan pemimpin dan ulama dari Indonesia

Antara ulama Indonesia yang menyokong kuat gerakan ni adalah Syeikh Abdul Karim Amrullah. Kalau korang nak tahu, Syeikh Abdul Karim Amrullah ni adalah ayah kepada Hamka.

Selepas itu, Hamka teruskan perjuangan ayahnya dengan terbitkan buku, majalah dan novel. Maka lahirlah novel yang kita selalu dengar macam “Di Bawah Lindungan Kaabah” dan “Tenggelamnya Kapal van der Wijck” yang dalamnya mengkritik budaya Minangkabau dan masyarakat Indonesia masa tu, walaupun ada unsur cinta dalam jalan penceritaannya.

Boleh dikatakan Hamka adalah salah seorang yang paling aktif dekat Indonesia dalam menyebarkan pemikiran Kaum Muda. Hamka sendiri pernah hantar surat kat Mufti Johor, Sayyid Alwi bin Tahir al- Haddad yang tuduh gerakan Kaum Muda ni sebagai sesat.

Surat tu bertajuk “Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor” yang sekarang dah pun dibukukan. Jadi sapa-sapa yang nak baca boleh la beli.

Hamka jugak ada tulis buku tentang perjuangan ayahnya dalam buku “Ayahku”. Dalam buku ni Hamka ada cerita pasal fatwa ulama tradisional Indonesia bernama Syeikh Abdul Hadi yang tuduh pemikiran Kaum Muda sesat.

“Syeikh ini membawa fatwanya di Seluruh Sumatera untuk mengecam Kaum Muda yang dianggap sesat. Sementara Kaum Muda mengutuk sekeras-kerasnya umat Islam yang taksub kepada ulama sebegini, sehingga sisa makanan mereka pun direbut-rebut
untuk dimakan kembali bagi mendapat berkat” – Hamka (HRRKM, p101)
Hamka jugak terlibat dalam perjuangan kemerdekaan Indonesia, pernah berkawan baik dengan Soekarno dan jugak pernah kena fitnah sampai dia kena masuk penjara.

Tapi dengan semua tu, Hamka sekarang dah diiktiraf sebagai seorang ulama, sasterawan, pemimpin dan pejuang, bukan je kat Indonesia tapi kat seluruh nusantara.


Buya Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Imej dari Persis Al- Amin


Pengaruh pemikiran mereka masih releven sampai sekarang

Syed Sheikh al-Hadi dan keluarganya di depan rumah mereka. Imej dari The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady.

Jadi selepas apa yang dibuat oleh tokoh-tokoh ni, maka muncullah lagi ramai pemikir Melayu. Antaranya: bekas Presiden PAS Dr Burhanuddin Al-Helmi (rujuk fail PDF), nasionalis Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), tokoh wartawan Abdul Rahim Kajai, Dipertua UMNO pertama Dato Onn Jaafar (rujuk fail PDF), pendeta bahasa Za’ba dan ramai lagi.


Dari kiri: Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), Dr Burhanudin al-Helmy dan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba).


Masa sekarang individu yang aktif menyambung pemikiran ni adalah Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin (Dr Maza) dan Dr Uztaz Rozaimi.

Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Dr Ustaz Rozaimi 


Syed Sheikh al-Hadi meninggal dunia pada 20 Februari 1934 ketika berusia 67 tahun dan Sheikh Tahir pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun bersamaan 26 Oktober 1956. Kedua-dua mereka tak dapat lihat Tanah Melayu merdeka.

Walaupun tak dikenang seperti mana pemimpin atau tokoh lain, perjuangan mereka sentiasa akan ada dalam lipatan sejarah.


Kesimpulannya, tokoh-tokoh ni dah berusaha untuk ubah nasib nenek moyang kita dulu dan tugas kita sekarang adalah belajar dan teruskan perjuangan mereka.

Sumber: